Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Ibu Runsing Anak Sering Sembelit

with 0 Comment

Jangan biarkan sembelit sengsarakan anak kita!


"Muna oh muna. Muna tengah buat apa tu?" Hati saya mula risau apabila suasana rumah menjadi senyap tanpa suara dan kelibat anak kedua saya Ilmuna Izzahra. Baru 5 minit tadi terdengar keletah dia bermain seorang diri dengan patung barbie kesayangan dia tu. "Apa anakku buat ni?"Dengus hati saya. Kerisauan mula menjelma di minda. Akhirnya saya menjumpai CikMuna berada dalam bilik tidur sambil berdiri dengan mata berair dan hidung kembang kempis. Sah CikMuna sembelit! Aduhaai kesiannya macam mana boleh sembelit ni!
Mealshakes Shaklee atasi masalah anak sering sembelit

Bagaimana sembelit terjadi?

Anak sering sembelit terjadi kerana najis menjadi keras dan kering.  Ia adalah kerana anak kita jarang membuang air besar.  Faktor utama sembelit adalah kerana kekurangan kandungan serat di dalam diet harian anak kita. Anak kita juga kurang minum air masak yang secukupnya.  Serat dan jumlah air yang cukup adalah sangat penting untuk pergerakan makanan di dalam usus. Gangguan pergerakan makanan dalam usus akan menyebabkan najis terkumpul dan akan menyebabkan najis keras dan menyukarkan pembuangan air besar.

Bahaya sembelit
  1. Penyakit saraf – Sembelit adakalanya menjadi petanda kepada penyakit lain seperti penyakit sarafcerebral palsy dan masalah tulang belakang.
  2. Jangkitan air kencing – Ini adalah kerana najis keras akan menekan saluran air kencing dan mengganggu pengaliran air kencing.
  3. Pendarahan dan dubur luka – Pengumpulan najis yang terlalu lama akan menyebabkan usus bengkak.  Kesukaran membuang air besar akan menyebabkan anak anda meneran sehingga bahagian luar duburnya akan luka dan berdarah.  Kadangkala ia akan menyebabkan pendarahan.
  4. Kesan psikologi – Kajian doktor mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit mempunyai kurang keyakinan diri.
Anak saya CIkMuna memang jenis tak suka makan sayur. Mujur dia masih suka makan buah-buahan. Tapi kerap juga CikMuna mengalami sembelit. Mungkin dia kadangkala kurang minum air masak kot. Berusia 3 tahun memang kesian melihat dia bergenang air mata apabila dia terpaksa melakukan misi 'membuang' ini dengan perit.

Tapi sejak saya memberikan CikMuna minum Mealshakes Shaklee, masalah sembelit berjaya diatasi. Kini CikMuna tidak lagi trauma untuk membuang air besar dan saya pun tidak rungsing lagi kerana masalah anak sering sembelit berjaya diatasi dengan Mealshakes Shaklee.

Mealshakes Shaklee atasi masalah anak sering sembelit

Ops saya nak belanja uols dengan video ini. Kisah seorang ibu yang sangat gembira sejak mengamalkan mealshake Shaklee. Jom kita tonton!



Apakah keistimewaan  Mealshakes Shaklee ini?

Mealshakes merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut.

Bagaimana Mealshakes Shaklee membantu atasi anak sering sembelit?

  1. Kandungan serat di dalam Mealshakes Shaklee ini adalah jenis yang larut di dalam air dan akan bertindak sebagai 'pencuci' usus dan perut anak kita. 
  2. Serat ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang kolestrol berlebihan.
  3. Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul, ia akan menjadi gumpalan najis, 
  4. Serat akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis lembut. Sembelit dapat dielakkan 
  5. Di sinilah pentingnya anak kita minum air masak mencukupi.
  6. Akhirnya, serat di dalam Mealshakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan mudah.
Masalah anak saya sering sembelit sudah berjaya diatasi. Masalah sembelit anak uols bila pula nak diatasi. Uols sanggup melihat kesengsaraan si manja kita ketika membuang air besar? Jika tak sanggup dan mahu mengatasi masalah anak sering sembelit, lekaslah dapatkan Mealshakes Shaklee dengan hanya klik gambar di bawah

Mealshakes Shaklee atasi masalah anak sering sembelit


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Kenapa Awek Cun Takut Hilang Wajah Cantik Berseri

with 2 comments

Saya nak sentiasa cantik berseri!



Hahahaha tajuk entri kali ni macam tak betul sahaja. Adakah awek cun sahaja yang takut hilang wajah cantik berseri? Habis tu yang awek biasa-biasa tak pentingkan kecantikan wajah cantik berseri? Cantik ke, cun ke itu semua subjektif. Kekadang memang kita nampak awek tu cun tapi mata orang lain tidak pula. Betul tak? Yang penting hargailah anugerah yang Allah berikan kepada kita. Kita wajib bersyukur!



Percaya atau tidak wanita memang beauty consciousness walaupun ada yang cuba menafikannya. Paling tidak pun wanita akan menyental bedak di pipi bila dikunjungi atau bertemu si jantung hati. Kita semua sangat pentingkan kecantikan. Terutamanya bab muka. Muka cantik berseri tanpa jerawat dan jeragat memang menjadi idaman semua wanita. Orang kata dari wajah turun ke hati! Hahahaha

Tapi awas! Jangan jadi seperti wanita dalam video ini. Sedikit kesilapan telah membuatkan dia menderita selama 7 tahun! Apakah kesilapan yang telah dilakukannya? Jom tengok video di bawah ini. Jangan tak tengok, nanti rugi tau!


Wanita memang takut hilang wajah cantik berseri kerana:

  • risau suami atau kekasih cari gadis lain
  • nampak tua sebelum masanya
  • hilangkan keyakinan diri untuk kemajuan kerjaya
  • kemesraan hubungan suami isteri menjadi pudar
  • malu untuk berselfie di media sosial
  • hilang aset utama daya penarik


Wanita yang bergelar isteri wajib berwaspada dengan fakta ini:

Lelaki memang suka pandang muka perempuan berdahi licin. Dari dahi licin itu, baru pandangannya turun dan turun dan turun. Maksudnya apa? Maksudnya meskipun kebanyakan mereka suka tengok muka dahulu, kalau muka cantik, kelemahan lain terus boleh ditoleransi. Lupa terus isteri di rumah! That's why isteri dituntut jaga penampilan diri, suka berhias untuk suami demi kerukunan rumah tangga.

Jadi wanita jangan jadi pemalas untuk mencantikkan diri. Kena berusaha pelihara kecantikan diri dari seawal usia muda. Jenuhlah kita nak menjaga kulit, menghapus jeragat, mentonyoh pencoci pelembap penyegar siang malam pagi petang kan. Jangan risau! Kini ada cara mudah untuk sentiasa cantik berseri. Tapi tahukah kita kecantikan dalaman perlu dirawat dahulu. Biasanya bila dalaman cantik, luaran pasti cantik. Jom baca beberapa tips kecantikan yang saya nak kongsikan dengan uols. Jemput klik link yang uols suka nak baca di bawah:


Set Kecantikan Kulit Shaklee Untuk Wajah Cantik Berseri





Wanita perlu sentiasa cantik berseri

Sebelum entri ini berakhir, saya nak semua wanita hayatilah bait-bait ayat di bawah:

  • Isteri yang mampu menyenangkan hati suami adalah penawar dalam rumah tangga
  • Suami yang senang hati, rumahtangga terjaga dan anak - anak terbela.
  • Jagalah kesihatan dan kecantikan diri kita dari muda supaya dikemudian hari kita tidak akan mengeluarkan banyak belanja dalam kos perubatan dan kecantikan diri!
Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Tips dan Petua Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung

with 3 comments

Rambut aurat wanita!


Rambut adalah mahkota paling berharga bagi seorang wanita. Memiliki rambut yang cantik menjadi idaman setiap wanita. Aset yang paling berharga untuk dipelihara agar ia sentiasa kelihatan anggun dan mempersonakan. Namun bagi wanita yang bertudung, usah memandang remeh terhadap penjagaan rambut ini walaupun ianya merupakan aurat yang ditutup rapi bagi pandangan luar.



Takut rambut rosak! Semoga ia tidak menjadi alasan utama wanita islam tidak berhijab. Zaman moden serba canggih ini terdapat banyak tips dan petua penjagaan rambut untuk wanita bertudung. Hanya tinggal nak tak nak sahaja. Orang kata, "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih." 

Jom baca tips di bawah ini. Semoga ianya menjadi info bermanfaat dan dapat membuka hidayah lebih ramai wanita muslimah bertudung. Insyallah!

1. Cuci rambut secara berkala.


Secara berkala bukanlah bermaksud kita harus mencuci rambut pada setiap hari. Mencuci setiap hari akan menyebabkan rambut kehilangan minyak semulajadinya.


2. Elakkan membasuh rambut menggunakan air panas.

Suhu tinggi boleh menyebabkan rambut menjadi kasar dan menggerbang. Gunakan air sejuk semasa mencuci rambut untuk melembutkan kutikel rambut dan membantu rambut agar lebih bersinar.


3.Gunakan syampoo semulajadi

Bahan kimia adalah sangat tidak bagus untuk rambut, jadi gunakan produk semulajadi seperti minyak kelapa. Pilihlah syampu dengan bahan semulajadi dan sesuai dengan kondisi rambut dan kulit kepala kita. Jangan lupa gunakan kondisioner juga!




Saya cadangkan uols untuk menggunakan Set Syampoo ProSante Shaklee yang memang menggunakan sumber semulajadi bebas bahan kimia. Untuk perinciannya sila klik 


4. Memakai hijab ketika rambut kering


Memakai hijab atau tudung ketika rambut masih basah merupakan satu kesilapan besar ! Rambut yang basah dan lembap menyebabkan kepala berkelemumur dan mudah bercabang. Berikan masa untuk rambut anda kering sebelum ia dilitupi. Namun jika anda sedang mengejar masa, keringkan rambut anda menggunakan pengering rambut, dan jangan lupa gunakan produk perlindungan rambut !


5. Longgarkan ikatan rambut

Mengikat rambut dengan terlalu ketat boleh merosakkan rambut dan menyebabkan keguguran. Jika kita sering mengikat rambut dengan cara “pony tail” atau “bun”, jangan ikat dengan terlalu ketat, biarkan rambut anda bernafas.


6. Lepaskan rambut


Bebaskan ikatan rambut kita jika berada di rumah atau di tempat-tempat yang sesuai tidak berhijab. Rambut yang sering diikat akan mudah gugur dan berbentuk serta menggerbang.

7. Pilih pengikat rambut yang betul

Adalah dinasihatkan kita memilih pengikat rambut dari bahan seperti kapas atau pengikat berenda untuk mengurangkan geseran antara rambut dan tudung. Pastikan pengikat rambut tidak terlalu ketat ya.

8. Trim rambut secara berkala




Apabila rambut sering diikat ke belakang, ia sering menyebabkan rambut rosak di bahagian hujung. Jadi rajinkan diri ke salon untuk trim hujung rambut pada setiap beberapa bulan sekali.

9. Pilih tudung dari material selesa


Pastikan kita memakai hijab atau tudung yang selesa dipakai dan tidak panas. Jika kulit kepala kita panas dan berpeluh, rambut tidak dapat 'bernafas' dan menjurus kepada masalah kulit kepala seperti kulit kepala berminyak, berkelemumur dan sebagainya. Macam saya sekarang ini lebih selesa ke mana-mana dengan tudung bokitta. Memang awesome!


10. Manjakan rambutmu


Sekali sekala, hadirkan diri ke salon muslimah berdekatan anda untuk merawat rambut dan mengurut kulit kepala anda. Rawatan rambut secara berkala akan mengekalkan kesihatan dan kelembutan rambut anda. Urutan kulit kepala boleh membantu memperbaiki pengaliran darah dan pertumbuhan rambut yang optimal.


Ops! Nanti dulu! Saya nak belanja uols video seorang wanita yang mengalami keguguran rambut yang kronik sampai suami dia pun risau! Hahahaha, jom kita tonton macam mana dia boleh atasi masalah rambut ini. Layaaanz

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.


Okay itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga dapat menjadi info berguna dan bermanfaat kepada semua pembaca blog SuperbVitamin. Last but not least, sejak saya mengguna Set Syampoo ProSante Shaklee rambut saya tidak menghadapi masalah dan kelumumur pun tiada. Jika uols berminat bolehlah calling-calling saya!

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

CikMuna Suka Selfie

with 0 Comment

Sihat, ceria dan gembira berselfie!

Bertuah anak zaman sekarang. Bertuah sebab mereka dilahirkan di zaman digital yang dipenuhi gajet-gajet menarik. Dulu kita semasa kecil lebih terdedah untuk manfaatkan alam semula jadi seperti bermain tarik upih kelapa, main lompat ketinting, lawan batu seremban, galah panjang lompat getah zero point dan sebagainya. Anak zaman sekarang memang terdedah untuk lebih menerokai dunia gajet. Paling kurang pun mesti pandai godek smartphone kita. Macam anak saya Ilmuna Izzahra 3 tahun sudah lebih advance dari mama dia untuk 'explore' smartphone.
vitamin untuk kanak kanak


Anak saya Ilmuna Izzahra atau lebih mesra dipanggil CikMuna memang sudah pandai download game di playstore. Memang itulah yang selalu dia buat. Nak main game jer. Lagi satu kegemaran dia ialah edit gambar yang ada di galeri. Pelbagai skill edit berjaya dilakukan CikMuna. Ada gambar jadi hitam putih, modified background dan macam-macam lagi. Kegemaran mengedit gambar ini telah membawa dia ke hobi satu lagi iaitu selfie. Suka tangkap gambar sendiri atau berselfie. CikMuna suka selfie! Hahahahah

Selfie, satu 'trend' semasa yang kini semakin menjadi kegilaan ramai. Di media sosial tempat perkongsian gambar juga semakin dipenuhi dengan aksi-aksi selfie. Ada kajian mengatakan mereka yang suka berselfie ini memiliki sifat negatif seperti mental lemah, emosi sukar dijangka, berkhayal, syok sendiri dan banyak lagi. Tapi bagi saya terpulanglah kepada cara dan niat orang tu berselfie. Lapangkan dada dan fikir positif. Sekali sekala okay juga berselfie ini. Dapat legakan stress dan menghiburkan hati kita! Kita berhak untuk ceria dan gembira! Betul tak kenkawan? Hahahaha


Jom kita tengok aksi CikMuna yang sihat, ceria dengan keletah macam-macam berselfie!










Kegembiraan anak-anak adalah anugerah tidak ternilai untuk kita sebagai ibu bapa. Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah untuk membesarkan anak-anak kita dengan sihat, ceria dan gembira. Saya percaya pasti kita rungsing jika ada anak selalu demam dan sakit-sakit. Kanak-kanak terdedah kepada jangkitan bakteria dan sistem imuniti mereka masih belum matang. Jadi kita patut memberi supplement tambahan seperti vitamin kanak-kanak kepada anak-anak kita. Kesimpulannya kesihatan yang sihat, ceria dan gembira adalah faktor utama anak saya CikMuna suka berselfie! Eh betulkah? Hahahahah


Ramai yang bertanya saya apakah vitamin untuk anak yang terbaik? Saya beri anak saya vitamin apa? Ini jawapannya. Jemput klik Vitamin Untuk Anak

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.
















Tips Dan Cara Mudah Bersalin Normal

with 0 Comment

Keajaiban ciptaan tuhan

Salam ceria mommy preggy dan mommy to be! Semoga enjoy dan gembira menghadapi fasa menakjubkan ini. Kenapa menakjubkan? Sebab kita orang perempuan sahaja yang boleh merasai keajaiban Allah SWT iaitu mengandungkan zuriat suami kita. Kaum Adam mampu ker? Hahahaha. Mati hidup semula pun kaum lelaki tidak boleh mengandung. Betul tak?

Set bersalin berpantang Shaklee memang terbaik


Saat bersalin adalah sesuatu yang dinantikan. Ibu hamil akan mula mengalamai pelbagai perasaan bercampur baur ketika due date semakin hampir. Gembira, suka, takut, cuak, dan sebagainya mula bersarang di minda kita. Sebagai ibu yang mempunyai pengalaman 3 kali bersalin normal, saya nak kongsikan tips dan cara mudah bersalin normal khas untuk ibu mengandung. Jom baca!

Tips dan cara mudah bersalin normal

Pastikan doktor telah mengesahkan ibu hamil boleh bersalin normal terlebih dahulu

Set bersalin berpantang Shaklee memang terbaik
Be positive and happy


  • Amalkan pemakanan sihat yang telah disarankan oleh doktor.
  • Boleh guakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbualah dengan bayi dan diri sendiri agar mudah bersalin.
  • Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin diakhir kehamilan.
  • Bagi suami maafkan semua kesalahan isteri.
  • Sibukkan diri membuat kerja rumah.
  • Bersetubuh dengan suami lebih kerap dihujung kehamilan.
  • Banyakkan berjalan sehingga saat terasa hendak bersalin dan selagi mampu. Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.
  • Baca ayat2 Al-quran semasa terasa sakit nak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang kali.
  • Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan baby keluar.

Guna teknik meneran yang disarankan doktor. Boleh klik di sini 

Tips Meneran Ketika Bersalin


Set bersalin berpantang Shaklee memang terbaik
Bertenanglah ketika meneran
Semasa tempoh berpantang saya cadangkan ibu bersalin mengamalkan set bersalin berpantang Shaklee jika ingin menikmati tempoh berpantang dengan perasaan yang gembira dan ceria. Set bersalin berpantang Shaklee memang terbaik dan menjadi pilihan majoriti ibu bersalin. Nak tahu lebih lanjut sila klik Set Bersalin Shaklee

Set bersalin berpantang Shaklee memang terbaik

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Mesti Ada Dalam Beg Tangan Wanita

with 0 Comment

Ini bukan harta karun!

Pernah uols tahu apa 'harta karun' yang selalu ada dalam beg sesorang wanita? Apakah item yang menjadi peneman setia dan wajib sentiasa ada bersama wanita? Pernahkah uols merisik tanya teman rapat apakah yang terkandung dalam beg tangan mereka?




Beg tangan antara aksesori wajib pelengkap gaya wanita. Malah kehadiran beg tangan yang sesuai turut menambahkan kecantikan dan keanggunan si pemakai. Pelbgai barang keperluan penting mampu diisi dalam beg tangan.

Hahahaha, entri kali ini memang santai dan menarik. Saya nak berkongsi apakah harta karun yang ada dalam beg tangan saya.  Jeng jeng jeng....


  • Dompet atau purse. Ini memang penting. Pelbagai kad penting seperti kad pengenalan dan lesen memandu tersimpan di sini.
  • Aksesori – Pin, Pad, Compact Powder, gincu, toner
  • Tasbih – Bekalan untuk zikir harian
  • Buku nota, pen dan kalkulator
  • Buku produk dan fliyers Shaklee
  • Pill box vitamin harian. Saya memang pengguna tegar vitamin Shaklee. Kenapa saya suka Shaklee? Jom klik di sini  
Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

7 Tips Kemas Rumah Mudah Dan Cepat

with 8 comments

Jangan tunggu hujung minggu!

Salam ceria semua! Selamat berbahagia di mana jua uols berada. Pastikan kita sentiasa awasi ahli keluarga dalam keadaan selamat. Almaklumlah Malaysia masih aman! Betulkah aman? Aman sangatkah?


Rumah berselerak? Rumah macam tongkang karam? Nak tahu tips kemas rumah mudah dan cepat? Senang sahaja, kita minta pertolongan Doraemon! "Alat pengemas rumah!" Hahahaha. Bestkan kalau Doraemon ni benar-benar wujud. Senang kerja kita! Hahahaha





Hari ini saya nak sharing tips kemas rumah mudah dan cepat. Buangkan tabiat nak tunggu hujung minggu baru nak kemas rumah. Kalau hujung minggu sibuk macam mana? Sebulan sekali kot baru nak kemas rumah. Dah tahap teruk tu. Jemput baca entri ni sampai habis. Tips ini memang sesuai untuk mereka yang bekerjaya dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengemas.

1. Basuh pakaian setiap hari


Jangan tunggu hujung minggu dengan pakaian penuh dan berselerak barulah hendak dibasuh. Jadikan tabiat basuh pakaian satu tugas wajib setiap hari.

2. Pengurusan kain baju yang mudah

Bila sebut kain baju, ada tiga langkah yang memang akan kita buat iaitu basuh, lipat dan susun. Tapi bahagian yang paling malas hendak buat adalah melipat baju!Tips paling mudah dilakukan adalah sewaktu menyidai pakaian tersebut, gantung atau disangkutkan sahaja. Contohnya seperti kemeja. Ketika mengangkat pakaian, ambil kemeja tersebut dan terus sangkut dalam almari. Siap satu kerja!

3. Bijak membahagikan kerja dalam satu masa.

Tips ini mesti diamalkan jika kita nak cepat mengemas rumah. Sambil kita menyapu lantai, kita juga boleh membasuh baju. Sambil tunggu baju kita dibasuh oleh mesin baju, kita boleh buat kerja lain seperti menyapu, basuh bilik air dan sebagainya.

4. Ikut arah jam

Tips ini memang elok diamalkan. Pastikan kita mengemas mengikut arah jam. Sebaiknya kita mula mengemas di bahagian dapur dahulu kemudian barulah di ruangan lain. Tetapkan titik permulaan dan ikutlah arah putaran jam. Cara ini akan lebih sistematik dan mempercepatkan proses kita mengemas rumah. 

Memang kalau berkemas, saya akan mulakan bahagian dapur dulu sebab sebaik bangun pagi dan ruang pertama yang wajib saya tuju adalah dapur untuk masak air dan sarapan keluarga

5. Dari atas ke bawah

Lakukan proses mengemas dari bahagian atas dulu seperti buang sawang-sawan di dinding dan siling, habuk yang melekat di kipas siling dan sebagainya. Jika rumah 2 tingkat, kita dinasihatkan untuk bermula mengemas dari bahagian atas kemudian ke bawah. Ini untuk mengelakkan kita membuat kerja yang sama berulang kali. 

6. Berhibur sambil mengemop lantai

Mengemop lantai tidak perlu dilakukan selalu. Elok dilakukan selang sehari. Seminggu sekali sudah memadai. Sebelum mengemop lantai, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah vakum lantai, supaya habuk dan sampah sarap dapat kita singkirkan. Saya akan menggunakan Basic H Shaklee untuk mengemop lantai. Lantai jadi bersih berkilat dan yang penting tiada bahan kimia.


Mengemoplah lantai dengan sepenuh hati kerana ia adalah senaman semula jadi yang dapat membakar kalori badan kita. Pasanglah muzik atau lagu kegemaran kita ketika mengemop lantai untuk mendapatkan feel mengemop yang best. Cubalah! 

7. Gunakan bantuan mesin

Zaman moden yang canggih sekarang begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah. Kita boleh guna penyedut hampagas atau vakuum. Kerja kita menjadi lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi iaitu penyapu.


Last but not least. Kena amalkan 5S di rumah



1. SEIRI – SISIH
Cuba lihat di sekeliling rumah yang penuh dengan pelbagai barangan. Asingkan yang mana masih boleh digunakan dan yang rosak buangkan sahaja.

2. SEITON – SUSUN
Susun perabot dan aksesori yang ada secara kemas dan teratur. Kaedah ini juga akan dapat mengelakkan rumah kita kelihatan semak dan sesak.

3. SEISO – SAPU
Lakukan pembersihan atau menyapu lantai setiap hari. Jangan tunggu hujung minggu untuk melakukannya.

4. SEIKETSU – SERAGAM
Walaupun ruang kediaman asalnya berkeadaan bersih dan kemas, ia pasti akan menjadi berselerak apabila digunakan. Oleh itu kita perlu mengulangi seiri, seiton dan seiso untuk memastikan keadaan kediaman sentiasa bersih dan kemas.

5. SHITSUKE – SENTIASA AMAL
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya di dalam rumah. Untuk itu kita perlu menerapkan disiplin yang tinggi kepada setiap ahli keluarga.
Dah habis baca tips kemas rumah mudah dan cepat ni? Tunggu apa lagi! Jomlah kita kemas dan cantikkan rumah kita. Persekitaran yang bersih dan cantik dapat menghasilkan aura yang positif di rumah kita. Lagipun kebersihan itu sebahagian dari iman kan? Betul tak?
Sebelum entri ini berakhir, mari saya belanja kisah ibu yang supermom superb duperb buzy tapi masih mampu berbisnes.

Jom kita tonton video 2 minit ini. Rugi tau tak tengok 

Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes



Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes. from iReach HD on Vimeo.


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?