Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label haid. Show all posts
Showing posts with label haid. Show all posts

10 Punca Suami Isteri Tidak Subur Yang Mesti Kita Tahu

with 1 comment

Pengikat Kasih Penyambung Keturunan



Kehamilan sering dikaitkan dengan kesuburan. Untuk hamil setiap pasangan suami isteri perlu subur. Suami perlu menghasilkan sperma yang berkualiti manakala isteri pula menghasilkan ovum untuk disenyawakan oleh sperma  tadi.


Menurut Doktor Salwana Mohyiddin Pakar Sakit Puan Hospital Tanah Merah Kelantan, Isteri dan suami perlu jelas bahawa dalam 100 pasangan mandul, 30 adalah faktor isteri, 30 adalah faktor suami, 30 adalah faktor kombinasi suami dan isteri, manakala 10 lagi adalah normal bagi keduanya yang dipanggil "unexplained infertility" ataupun mandul tanpa penjelasan. 

Sudah lumrah setiap pasangan yang berkahwin pasti berhasrat memiliki cahaya mata. Namun tidak semua pasangan suami isteri itu bertuah. Ini semua rezeki Allah. Tapi apabila setiap pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin masih lagi belum ada tanda-tanda untuk mendapatkan zuriat, pasti ada yang tidak kena. Setiap masalah pasti ada puncanya. Apakah punca belum dapat zuriat walaupun sudah lama berkahwin? Jom kita baca 10 punca suami isteri tidak subur di bawah.



Menurut Dr Khairiah Seman daripada Pusat Bersalin Barakah, terdapat empat kategori penyebab mengapa seseorang wanita atau isteri lambat hamil. Antaranya ialah, masalah isteri, masalah suami, masalah kedua-duanya dan yang terakhir kedua-duanya normal namun belum diberi rezeki untuk mempunyai zuriat.


Bagi wanita, isu kesuburan banyak dipengaruhi oleh ketidak seimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi. Berikut adalah masalah-masalah yang menjadi faktor mengapa anda sukar untuk hamil.


  1. Kerosakan pada tiub fallopio yang akan menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fallopio yang rosok adalah disebabkan keradangan serta ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim.
  2. Berlakunya endometriosis. Ia terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim wanita.
  3. Sperma akan gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus atau serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan oleh pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari ovum wanita.
  4. Wanita yang mempunyai kelainan ataupun kecacatan pada sistem pembiakan juga sukar untuk hamil. Sistem pembiakan seperti rahim, tiub fallopio, rahim yang bermasalah menjadi faktor utama mengapa seseorang wanita itu tidak boleh hamil.
  5. Faktor usia juga antara penyebab wanita sukar ataupun lambat hamil. Wanita berusia 35 tahun ke atas mempunyai peluang yang lebih tipis untuk hamil jika dibandingkan dengan mereka dalam lingkungan usia sihat wanita iaitu 20 hingga 30 tahun.
  6. Emosi yang tertekan ataupun stress juga akan membantutkan usaha anda untuk mendapatkan zuriat.
  7. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil alkohol, merokok dan kafein yang tinggi akan mempengaruhi ketidaksuburan wanita.
  8. Masalah gagal untuk mendapatkan cahaya mata bukan hanya berpunca daripada golongan hawa sahaja. Dalam beberapa kes, lelaki juga dipercayai menjadi punca mengapa rumahtangga mereka tidak dikurniakan zuriat.
  9. Antara faktornya ialah lelaki juga boleh menjadi tidak subur disebabkan masalah hormon. Gangguan pada hormon sering berlaku kepada mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang yang menyebabkan testosterone tidak dapat dihasilkan hingga testis mengecut.
  10. Masalah sperma adalah masalah utama ketidaksuburan golongan adam. Ologospermia, bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap meliliter air mani dan tidak berkualiti adalah perkara lazim terjadi yang mengurangkan peluang pasangannya untuk hamil.

Apa yang penting di sini ialah setiap pasangan jangan cepat berputus asa untuk berikhtiar mendapatkan zuriat. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya dianugerahkan cahaya mata pengikat kasih sayang. Ada juga pasangan mendapat anak setelah lebih 10 tahun berkahwin, ada 8 tahun, 5 tahun dan sebagainya.

Ingat! Yang penting berusaha dan jangan berputus asa. Jom berikhtiar dengan set kesuburan di bawah ini:





♥Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 

♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Kesilapan Ramai Wanita Dalam Menangani Senggugut atau PMS Boleh Membawa Maut

with 0 Comment

Sakit Sahaja mesti telan ponstan!



Kesakitan senggugut boleh dihilangkan dengan mudah hanya dengan mengamalkan makan ubat seperti panadol, ponstan, aspirin, tramadol, ibuprofen dan sebagainya. Sebenarnya ubat-ubat ini untuk menahan sakit sahaja dan tidak mampu untuk menyembuhkan senggugut. Nak tak nak kita kena akui kesilapan ramai wanita dalam menangani masalah senggugut atau PMS ini ialah hanya melegakan senggugut buat sementara waktu tanpa berusaha untuk menyembuhkan senggugut. 


Sengugut kerap dialami wanita ketika kedatangan haid. Peringkat ringan sengugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar haid yang tidak menentu. Sengugut yang dialami pada zaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin. Namun sesetengah kes, ia berpotensi menjadi lebih serius. 

Bagi senggugut atau 'period pain' yang kronik, akan meyebabkan wanita mengalami kesakitan yang kuat pada bahagian perut, keletihan melampau, sakit belakang, muntah-muntah dan cirit birit. Sengugut yang sudah tahap kronik dan dibiarkan berlarutan boleh mendatangkan masalah lain seperti kemandulan.  




Apakah yang menyebabkan sengugut berlaku? Pengeluaran sejenis bahan, iaitu prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugut. Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat. Ini akan menyebabkan wanita yang mengidap senggugut akan sakit dan tidak selesa berjam-jam lamanya.

Tanda-tanda senggugut menyerang 

  • Kedatangan haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek. Lebih teruk lagi jika  ia datang sehingga dua kali dalam sebulan.
  • Sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatangan haid.
  • Terdapatnya gumpalan di dalam darah yang keluar sebagai darah haid.
  • Mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.
  • Kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.

Kadangkala senggugut disertai dengan beberapa gejala:

  • Sakit kepala
  • Rasa loya
  • Muntah-muntah
  • Masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.
  • Mudah pitam atau pengsan.
  • Simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh melanjutkan tempoh haid.
  • Kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari.

Kesilapan ramai wanita dalam menangani senggugut tau PMS

Bukan sedikit, tapi ramai rupa-rupanya wanita yang mengambil langkah yang sama. Hampir semua wanita yang mengalami PMS atau senggugut akan ambil ubat sebagai penahan sakit.

Tidak boleh salahkan pengidap senggugut. Sebenarnya mereka ambil ubat penahan sakit kerana mereka tidak tahu ada pilihan yang lebih baik.  Sedangkan mereka tak sedar apa yang mereka lakukan itu seolah olah sedang 'menjahanamkan' buah pinggang mereka secara perlahan-lahan.

Sejujurnya, kita boleh ambil pain killer ini jika keadaan sudah tidak berdaya dikawal. Kalau sebulan takpa lagi. Ada wanita senggugut terpaksa 'bercinta' dengan ponstan bertahun-tahun lamanya. Setiap bulan ketika haid datang mesti ambil ponstan untuk tahan kesakitan senggugut. 

Cuba bayangkan berapa banyak yang kita 'terpaksa' makan dan cuba bayangkan kesan jangka panjang terhadap buah pinggang nanti. Jika satu hari nanti kita dah sakit buah pinggang, baru nak menyesal? Sudah terlambat. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.


Hilangkan Senggugut Secara Semulajadi

Setiap penyakit ada penawarnya. Kini mimpi ngeri setiap bulan wanita senggugut pasti tidak menjelma lagi jika mengamalkan GLA Complex. Insyallah, cara ini lebih selamat kerana ia tidak menggunakan sebarang bahan kimia tetapi ia dicipta hanya menggunakan bahan semula jadi. Jemput baca kebaikan GLA Complex 



Secara ringkasnya GLA ini memberikan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Ia melegakan kesakitan akibat senggugut, mengurangkan sakit kepala dan membantu kitaran haid agar tidak 'berterabur'.

Untuk langkah pencegahan senggugut jangka panjang dan sekaligus menghapuskan masalah senggugut ini setiap bulan, saya mencadangkan kepada pengidap senggugut untuk mengamalkan supplement senggugut shaklee ini.


B - Complex
  • Pengambilan B-Complex dapat melegakan stress/ ketegangan ketika haid, mengurangkan rasa sakit dan mengawal emosi.
  • Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik.
  • Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
Ostematrix 
  • Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar
  • Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D - yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen.
  • Magnesium - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
  • Boron - membantu dalam metabolisme tulang
  • Zink,mangan, dan tembaga - bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
GLA Complex
  • Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
Apa lagi tunggu tu? Wanita yang senggugut cepatlah bertindak. Inilah masanya untuk anda hapuskan mimpi ngeri setiap bulan. Takkan nak tahan sakit setiap bulan? Nak guling-guling atas tilam setiap bulan? Nak mc setiap bulan? Jom amalkan Set Senggugut Shaklee sekarang! Kebahagiaan pasti muncul untuk anda. Pasti!



Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya

10 Perkara Yang Isteri Kena Tahu Apa Yang Suami Mahu

with 0 Comment

Bacaan untuk 18 SX sahaja


Sekiranya ditanya kepada semua suami, apa perkara yang mereka nak isteri mereka tahu tetapi sangat susah untuk diluahkan, pasti bermacam-macam perkara yang akan dibualkan.
Walaupun seorang lelaki biasanya suka berterus terang ( direct to the point ), tetapi masih ada beberapa perkara yang suami kita atau kaum lelaki susah untuk meluahkannya, tetapi sangat mahu isterinya tahu perkara tersebut. Jadi isteri kenalah tahu apa yang suami mahu.


1. "Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang memang tak tahu"
Kebanyakan wanita gemar membuat pasangan berteka teki.Wanita suka menyembunyikan perasaan dan samada sedih , gembira,merajuk dan sebagainya,dengan harapan suami atau pasangan tahu apa yang sedang difikirkan.Contoh bila disoal "ada masalah ke?"Jawapan : "tak ada apa-apa lah", tetapi sebenarnya "ada".
2. "Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur,selalu abang yang mula dulu!".
Biasanya dalam hubungan suami intim suami isteri, suami yang dulu akan memulakan langlah pertama untuk aksi pada malam tersebut.Jarang sekali isteri yang memulakannya. Sebenarnya ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.
3."Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"
Tunjukkan 'kenakalan" kepada suami. Pasti suami suka


4."Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"
Kebanyakan lelaki tidak suka sekiranya dipersoalkan cara dia berpakaian. Biarkan dia menentukan imej nya asalkan tidak menyalahi adat dan hukum agama.
5."Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"
Lelaki sangat berbangga kalau ada isterinya mengepit tangannya ketika berjalan-jalan.Dalam hati suami akan berkata"tengoklah wahai orang ramai,ni lah isteri aku,tengok dia sangat sayangkan aku".
6."Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?".
Suami biasanya tak berapa cerewet dalam memilih sesuatu untuk di beli berbanding isteri. Pada kebiasaannya suami agak malas untuk membuat pilihan.Sekiranya isteri mendesak untuk suami memilih, biasanya dia akan memilih dengan sambil lewa, asalkan kita berdua beredar dari tempat tersebut.
7. "kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang"
Tunjukkan sifat kemanjaan kita sebagai isteri dengan cara diatas. Suami kita akan berasa dia adalah seorang yang dihargai.

8. "Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu berkias-kias"
Suami lebih suka kalau isteri mintak tolong dengan berkata"bang, mintak tolong basuhkan bilik air!" berbanding "bang, nanti mak ayah nak datang, bilik air dahla tak bersih,  saya banyak kerja nak buat, tak sempat nak basuh, abang tolonglaa basuhkan!!" 
9."Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah jawab sayang , memang abang maksudkannya"
Selalu isteri bertanya soalan yang sama kepada suami, "abang sayang saya tak?" suami jawab "sayangggg",kemudian tanya lagi"betul ni sayang?"suami jawab lagi " betul ,abang sayang" kemudian tanya lagi"betul ? aahh, tipulah!".suami nak jawab apa lagi?
10. "Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tantang kesalahan abang."
Boleh dikatakan semua lelaki tak suka dibebel, walaupun ada sesetengahnya senyap membisu bila kena bebel dengan isteri. Lelaki biasanya dapat menerima teguran yang sederhana dan berlapik,dan masih dapat menerima teguran dalam bentuk bebelan tetapi janganlah menggunakan kata-kata kesat yang menjatuhkan maruahnya.

Jom kita tonton video pendek ini, kisah suami yang kebingungan. Dapatkah si isteri menyelesaikan masalahnya? Menarik untuk ditonton
Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019-2249556 atau 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu untuk cepat hamil?

with 0 Comment

Periksa cecair serviks anda!

GLA Complex membantu wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu ketika subur. Namun, tak semua orang memperolehi cecair yang sebegitu ‘subur’.


Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan wanita itu. Cecair yang subur akan membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio lalu bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih lagi hidup di situ sehingga hari ke-5. 

Jadi, puan-puan  yang masih belum dikurniakan rezeki anak, atau dah pernah beranak tapi dah 5 tahun tak dapat juga anak kedua bolehlah cuba periksa cecair serviks masing-masing. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Jadi, jangan ambil ringan dalam mengenali cecair kesuburan kita yek. Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA Complex? Jawapannya tidak. GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tetapi kalau dah subur tu memang tiadalah sampai sebulan 2-3 kali bertelur yer.


Jom kita baca soalan popular yang sering saya terima tentang GLA Complex Shaklee.


Apa beza GLA Dan EPO? Shaklee tiada jual EPO?
Jawapan: EPO kaya dengan GLA. Borage juga kaya dgn GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada EPO. Tetapi ramai yang tak tahu kepekatan GLA berbeza dalam kedua-duanya. Borage mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) borage juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

Patut beli EPO atau GLA Complex Shaklee?
Jawapan: Buatlah keputusan sendiri. Apa yang saya boleh beritahu adalah GLA COMPLEX Shaklee menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya.

Kenapa produk Shaklee disebut GLA Complex? Kenapa tak disebut minyak borage je? 
Jawapan: Kerana kandungannya memang complex. Bukan sekadar borage. GLA Complex Shaklee mengandungi asid gamma linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik

 GLA Complex Shaklee membantu untuk cepat hamil

Sekarang anda boleh jawab sama ada nak EPO atau GLA Complex. 
Anda nilaikanlah sendiri. Jadilah pengguna yang bijak dan jangan pening-pening lagi.

Saya dan rakan-rakan  saya (gambar di atas) yang cantik molek dan jelita semuanya memilih GLA Complex! GLA Complex Shaklee memang terbaik! Tak kenal maka tak cinta! 

Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya. Boleh hubungi saya untuk pembelian di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Panduan Mudah Untuk Mengesan Hari Subur

with 0 Comment
Ramai dikalangan wanita yang taidak tahu mengira kitar haid dan mengesan hari subur. Adakalanya semua ini kita tak ambil tahu malah tak kisah pun. Tak sepatutnya jadi begitu. Sebagai wanita kita perlu tahu tahap dan hari kesuburan kita. Terutamanya yang baru berkahwin. Waktu subur penting kerana pada masa itu telur di ovum telah keluar dari kilangnya untuk disenyawakan.





Mengesan hari subur

  • Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya.
  • Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun boleh mengagak yang terbaik.
  • Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14.
  • Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari
  • Kitar haid 28 hari, iaitu tempoh kitar haid yang normal bagi kebanyakan wanita.

Info penting:

  • Hari pertama keluarnya darah haid dikira sebagai Hari 1.
  • Maka pada hari ke 12-15 adalah hari-hari yang subur.Pada ketika inilah waktu yang sesuai untuk diadakan hubungan kelamin.
  • Hari ke 14 adalah hari dimana telur dilepaskan dari ovari ke tiub fallopio atau dikenali sebagai ovulasi.
  • Tetapi kenapa hari ke 12, 13 dan 15 juga termasuk dalam hari-hari
  • Subur? Ini adalah berdasarkan teori bahawa sperma berupaya untuk hidup dalam rahim selama 12-48 jam setelah ejakulasi manakala ovum mempunyai masa 12-24 jam sahaja setelah ovulasi untuk disenyawakan oleh sperma.Oleh itu, jika hubungan kelamin dilakukan 1-2 hari sebelum ovulasi, sperma sudah tersedia dalam rahim untuk mempersenyawakan ovum. Sebaliknya jika hubungan kelamin dilakukan selepas ovulasi, ovum sudah tersedia di tiub fallopio untuk ‘menerima kedatangan’ sperma.
Jika kita mempunya kitaran haid tidak normal, maka hendaklah kita berusaha untuk mengatasi masalah ini. Dapatkan kitaran haid yang normal supaya kita senang untuk mengesan hari subur kita sekaligus memudahkan proses untuk hamil berlaku.

Ramai wanita, ibu, dan gadis yang telah berjaya mendapatkan kitaran haid normal setelah mengamalkan GLA Complex Shaklee. Sila klik untuk baca Kebaikan dan keistimewaan GLA.

Jangan ambil mudah masalah haid tidak teratur. Haid yang normal merupakan faktor penting kesuburan seorang wanita. GLA Complex Shaklee boleh membantu. Dapatkan GLA segera dengan klik


Jika ada pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini



Pengidap PCOS Masih Ada Harapan Untuk Hamil.

with 2 comments
Jangan risau! Masih ada harapan untuk hamil

Salam ceria semua! Pastikan hidup kita sentiasa positif. Walaupun sedang menghadapi kesulitan kita mesti sentiasa positif dan berdoalah kepada Allah supaya segala kekusutan terungkai dan kesulitan terhapus.

Entri saya kali ini agak serius iaitu  tentang punca, simptom, diagnos dan rawatan untuk PCOS. PCOS bermaksud Polycistic Ovarian Syndrom.


GLA Complex shaklee vitamin untuk wanita mengidap PCOS

PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik) merupakan salah satu masalah kesihatan wanita. Ia turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome. 

Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron. 


PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

sumber pama.karangkraf.com  

Saya selalu menerima sms dan email berkenaan dengan PCOS ni. Ramai wanita yang mengidap PCOS bertanya kepada saya, sama ada mereka boleh mengandung atau tidak. Memang PCOS menyebabkan wanita sukar untuk hamil. Tapi jangan risau! Pengidap PCOS masih ada harapan untuk hamil.


GLA Complex shaklee vitamin untuk wanita mengidap PCOS


Sebelum itu mari kita baca beberapa fakta mengenai PCOS

  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. .
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. 
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS. 
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi. 
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan. 
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnos secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.

Bagaimana cara untuk mendiagnos bagi mengenal pasti sama ada anda mengidap PCOS atau tidak? 

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan cara:
  • Menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
  • Ujian tahap hormon testosterone dalam badan
  • Ujian ultrasound
Rawatan untuk PCOS:
Setakat ini masih belum ada ubat untuk merawat PCOS. Ia adalah penyakit sepanjang hayat. Pengidap PCOS masih ada harapan untuk hamil. Pengidap PCOS yang ingin mengandung perlu mengambil pil hormon seperti GLA Complex Shaklee  dan set kesuburan wanita.

Hamil dengan GLA Complex Shaklee

Jangan memandang enteng jika anda mempunyai masalah haid tidak menentu, darah haid yang banyak dan berat badan berlebihan kerana ia boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil. Berjumpalah doktor dengan segara. 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

GLA Complex Menyelesaikan Masalah Haid Tidak Teratur

with 0 Comment
Rungsing kerana haid tidak teratur

Salam semua pencinta blog SuperbVitamin. Entri kali ini saya nak cerita tentang hal keperempuanan. Hanya perempuan yang mengalaminya dan memiliknya. Apakah itu? Semestinya haid. Perempuan yang normal pasti mempunyai kitaran haid yang teratur. Bagaimanakah yang tidak teratur? Masih perempuan kah? Huhuhuhu

Rungsing masalah haid tidak teratur


Masalah haid tidak teratur sering melanda kepada kebanyakan kaum wanita sama ada baru berkahwin, sudah lama berkahwin, sudah mempunyai anak dan merancang untuk hamil lagi atau yang masih gadis sunti. Walaupun nampak remeh tapi ia akan menjadi serius jika wanita berkahwin ingin hamil. 

Jika dibiarkan ia akan menyebabkan sistem pembiakan kurang subur. Salah satu daripada punca kitaran haid yang tidak teratur  ialah ketidakstabilan hormon di dalam badan yang akan mengeluarkan hormon stress lalu  menganggu ovulasi dan seterusnya mengganggu kitaran haid anda.

Dibawah merupakan 12 punca kenapa haid tidak teratur:

Penggunaan Ubat-ubatan 
Sekiranya anda mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu atau herba, berkemungkinan ubatan tersebut akan mempengaruhi kitaran haid anda.

Berlebihan Hormon Prolaktin 
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat atau tidak datang selama berbulan-bulan. Masalah gangguan hormon seperti ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA Complex Shaklee.

Menyusukan anak
Sekiranya ibu menyusukan anak, kemungkinan besar haid si ibu tidak akan datang. Menyusukan anak boleh mengelakkan berlakunya hamil dalam masa terdekat. Amat bagus untuk merancang jarak anak berikutnya.

Masalah tiroid 
Rasa panas, berdebar-debar dan kekurangan berat badan secara mendadak adalah tanda bahawa anda mungkin mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Kegemukan 
Lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kerana lemak merupakan tempat simpanan hormon estrogen. Lebihan hormon estrogen akan menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Sekiranya anda mengurangkan 10% daripada berat badan anda, peluang anda untuk hamil akan meningkat. 

Terlalu kurus 
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadap kitaran haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak bersenam seperti atlit dan penari balet. Kitaran haid anda akan kembali teratur sekiranya anda mendapat berat badan yang ideal.

Tersilap tarikh haid yang terakhir
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka.  Pastikan anda mencatat hari pertama haid anda pada setiap bulan sebagai rujukan.

Monopos 
Bagi mereka yang berusia lewat 40an, haid yang sedikit & kekerapan yang kurang adalah petanda bahawa anda akan mengalami menopos.. Sekiranya anda bimbang, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear bagi memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Perancang keluarga
Sekiranya anda mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi maka kitaran haid anda akan terganggu.

Hamil 
Akhir sekali, mungkin haid anda lewat kerana anda mengandung. Tahniah!

Rungsing masalah haid tidak teratur

Untuk atasi masalah haid tidak teratur, saya cadangkan anda amalkan GLA Complex. Selain daripada mengatasi masalah haid tak teratur, GLA Complex juga banyak kelebihan lain..

Boleh baca di sini untuk mengetahui 

Faedah & Kebaikan GLA Complex Shaklee


Jom kita lihat testimoni di bawah:
Testimoni GLA Complex Shaklee

Jadi masih tidak percaya lagi? Terbukti GLA Complex menyelesaikan masalah haid tidak teratur kaum hawa.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?