Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label stok ebm. Show all posts
Showing posts with label stok ebm. Show all posts

ESP Milkbooster Terbaik Untuk Ibu Menyusu

with 0 Comment

Mencari Milkbooster terbaik!



Saya sering menerima mesej daripada para ibu sama ada melalui sms atau pun whatssap bertanyakan apakah milkbooster terbaik untuk ibu menyusu. Tanpa berlengah terus jari jemari saya memberi jawapan. ESP! Ya ESP Shaklee milkbooster terbaik Ibu menyusu. Badan kita menjadi lebih bertenaga dan susu akan menjadi lebih pekat.

Saya seorang breastfeeding mother. Saya memang mengamalkan vitamin ibu menyusu Shaklee untuk memberikan saya tenaga, cergas, susu banyak dan meriah. Saya sekarang sedang menyusukan anak ketiga saya Iman Izziqry 3 bulan. Sebelum ini saya berpengalaman dan telah berjaya menyusukan anak kedua saya Ilmuna Izzahra selama 2 tahun 6 bulan. Kini saya menumpukan penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk Iman. Semoga Allah permudahkan usaha saya ini.


Anak ketiga saya, Iman Izziqry
Jom tengok stok susu EBM saya. Nampak tak susu berwarna kuning pekat? Jangan risau warna kuning pekat itu menunjukkan susu ibu penuh dengan nutrien yang secukupnya. Kini tidur saya tidak lagi kerap diganggu dengan rengekan iman yang kelaparan di waktu malam. Milkbooster dapat menjadikan susu pekat dan mengenyangkan.


Susu ibu menjadi pekat dan menggiurkan

Susu ibu menjadi pekat dan menggiurkan

Seeloknya ESP perlu digabungkan dengan Alfalfa sebagai kombinasi milkbooster terbaik untuk ibu meyusu.


Kelebihan ESP + Alfafa


  • Mempercepatkan penghasilan susu &memekatkan susu 
  • Esp merupakan milkbooster terbaik yang merupakan protein soya
  • Breast sentiasa penuh dengan ESP 
  • Bayi cepat kenyang & tidak menyusu dengan kerap 
  • Perubahan boleh dirasai seawal minggu pertama jika ibu konsisten mengepam & minum air 3 liter sehari
  • Mencantikkan kulit dan wajah berseri-seri 
  • Menganjalkan lebihan perut dan bhgn bdn yg kendur
  • Menghilangkan keletihan seharian
  • Memulihkan dalaman wanita
  • Memberi kepuasan seksual yang berganda
  • Sebagai detoks dan mengurangkan berat badan
  • Menegangkan, payudara
  • Mengurangkan masalah keputihan
  • Menghilangkan kedinginan selepas bersalin 
  • Mengurangkan alergic & resdung 



Jika ibu-ibu masih lagi teragak-agak nak pilih set milkbooster, saya cadangkan uols klik link di bawah ini. Insyallah ia dapat membantu. Jomlah klik!

Panduan memilih vitamin ibu menyusu


Jangan lupa yek! Milkbooster ini adalah mempercepatkan penghasilan susu ibu sahaja. Apa pun konsep supply vs demand itu penting. Susu ibu mestilah sentiasa kerap dikosongkan dari payu dara untuk mengalakkan penghasilan susu dengan lebih cepat.

Pastikan ibu menyusu mengamalkan rutin wajib sebagai seorang breastfeeding mother seperti menambahkan kekerapan pam atau direct feeding, dan juga pengambilan air dan kalori yang mencukupi. Akhir kata selamat berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun. Susu kita untuk anak kita!


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Tips Memindahkan Stok Susu EBM

with 0 Comment

Kenangan berpantang!

Assalamualaikum semua! Semoga ceria selalu! Rasanya belum terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pencinta blog Superb Vitamin. Ampun maaf dipinta jika ada coretan di blog saya ini yang menyinggung perasaan uols semua. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan berceloteh di blog saya ini. Lama blog saya bersawang.  Almaklumlah ibu berpantang di kampung yang kemudahan internetnya kejap ada dan kejap tiada.





Oh yeah! Semalam adalah hari merdeka saya! Merdeka berpantang 44 hari! Dah boleh gantung semua bengkung, tungku, stokin. Yeayyh! Pastinya saya merindui momen berparam pilis, bertungku, bertangas, berurut segala.. chewahh!! Rindu le sangat. Terima kasih to my beloved umi & abah yang banyak bagi bantuan & sokongan sepanjang berpantang. Tanpa mereka mahunya saya jadi hulk. Hihii
Raya 2014

Sekarang ni tengah berusaha nak kurangkan berat badan pulak. Misi nak dapatkan kembali 48kg. Macam biasa lecithin, alfalfa, esp, chinch shake jadi peneman. Moga breastfeeding dapat bantu dalam segala usaha saya ini.

Bercakap mengenai breastfeeding ni, sempat juga saya membuat stok susu ebm ketika berpantang hari tu. Saya juga telah melakukan power pumping dan mengamalkan vitamin milkbooster Shaklee untuk menghasilkan susu yang melimpah ruah, pekat dan menggiurkan. Syukur Alhamdulillah!

Susu ebm yang telah beku

Susu ebm yang telah beku

Kini tibalah masanya untuk pulang ke rumah di Shah Alam. Perjalanan dari Teluk Intan ke Shah Alam mengambil masa lebih kurang 2 jam. Stok susu ebm juga kenalah dipindahkan. Untuk info susu ebm yang beku ini tidak boleh dibiarkan cair kemudian dibeku semula. Jika cair sahaja susu ini hendaklah diberikan serta merta kepada bayi kita. Takkan nak bagi semua stok ebm ni kpd bayi kita sekaligus kan? Naya anak kita nanti. Hahaha

Susu ebm tidak boleh melalui proses 2 kali pembekuan! Ia akan rosak dan tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi kita. Jom ikuti tips bagaimana saya memindahkan susu ebm ini dari Teluk Intan ke Shah Alam.

1. Untuk memastikan susu ebm kekal beku, kita memerlukan beberapa barang seperti ini:

Bekas kedap udara


Ketulan ais batu yang banyak

2.Kemudian masukkan stok susu ebm itu ke dalam bekas kedap udara ini. Lihat gambar di bawah

Kak Ngah Muna sibuk bantu mama

Susu ebm yang beku

Proses menyimpan susu ebm ke dalam bekas

3. Akhir sekali jangan lupa taburkan garam ke dalam bekas kedap udara ini. Tujuannya untuk membantu melambatkan ais batu itu cair. Tutup dengan kemas bekas ini. Kalau boleh balut penutup bekas ini dengan masking tape untuk memastikan penutup ini betul-betul rapat.

Garam ditaburkan
Alhamdulillah setibanya di rumah saya susu ebm ini masih kekal beku. Saya segera masukkan susu ebm ini ke peti ais di rumah saya. Kini saya berazam dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk memudahkan saya menjayakan penyusuan susu ibu kepada Iman Izziqry sehingga 2 tahun.

Ibu-ibu diluar sana yang ingin mendapatkan info dan ilmu penyusuan bolehlah hubungi saya. Saya sudah 2 kali mempunyai pengalaman menyusukan anak saya sehingga berusia 2 tahun. Ingat! Susu ibu adalah terbaik di dunia! Anak kita berhak untuk mendapatkannya.


Akhir sekali saya nak belanja uols video ibu yang superb buzy dan cekal untuk menjayakan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Jom tonton video pendek ini. Siapa tak tengok dia rugi tau!



Jika ada pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Kenapa Susu Ibu Kurang?

with 1 comment
Cara Mudah Nak Banyakkan Susu Ibu

Salam ceria untuk peminat setia blog saya. Mommy2 breastfeeding  yang superb dooperb macam mana progress penyimpanan stok EBM kalian? Kenapa susu ibu kurang? Susu banyak ke? Lemah semangat? Jiwa tak kental? Atau hangat-hangat tahi ayam saje untuk meneruskan misi penyusuan 2 tahun?

Apa kata kita baca apa yang saya nak kongsikan dengan mommy-mommy sekalian. Mungkin boleh dapat tips atau motivasi darinya... :)

Setiap kali saya cari tips untuk tambah susu lebih kurang sama je..pam..pam..pam..dan terus pam...Memang betul konsep pam tu..tapi kenapa susu ibu kurang jugak? Jom baca, saya nak share 5 cara nak tambah susu...

tips banyakkan susu ibu

  1. Tambah masa dan kekerapan - Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand.
    Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu. Memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walaupun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari.Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.
  2. Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)
  3. Pemakanan seimbang - Secara peribadinya saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.
  4. Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda dan sebagainya.
  5. Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu. 
Bagaimana pun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply & demand. Pengambilan suppliment/makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran.

Panduan untuk memiliki vitamin:
Set vitamin ibu menyusu
Set vitamin milk Booster
Set vitamin bersalin/Berpantang
Set vitamin ibu hamil
Set vitamin ibu ramping bayi montel



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi   saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk  
info terkini


Saya Ibu Bekerjaya dan Menyusu Bayi

with 6 comments

Cara membekalkan susu ibu ke pusat asuhan atau nursery



Salam ceria kepada pengunjung setia blog ini. Hari ini saya nak sharing tips bagaimana mengelolakan susu ibu (EBM). Saya akan berkongsi susur galur EBM ini dari proses penghasilannya hinggalah ke tangan pengasuh atau nursery. Jom baca cara membekalkan susu ibu ke pusat asuhan atau nursery. :)


Saya wanita bekerjaya yang menyusukan bayi

Saya memang seorang isteri dan ibu yang sibuk. Bukan sahaja sibuk menguruskan rumah tangga tapi sibuk melaksanakan tugas utama saya yang hakiki iaitu membuat bangunan. Sekarang saya sedang menyiapkan projek pembinaan Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh. Saya ibu bekerjaya dan menyusu bayi! Siapa cakap wanita yang bekerjaya tak boleh fully breastfeeding? Saya telah membuktikannya! Saya boleh! Berkat keazaman dan tekad serta dorongan yang hebat daripada keluarga saya, Alhamdulillah saya masih mampu menyusukan anak kedua saya Ilmuna Izzahra yang kini sudah menjangkau usia 1 tahun 6 bulan.



Cara simpan stok susu EBM


Jom kita baca proses penyediaan susu ibu EBM, yang sepatutnya

Setibanya di rumah, saya akan mulakan proses dengan mengasingkan EBM yang diperah di tempat kerja tadi sebanyak 4 oz setiap botol dan dimasukkan ke dalam peti ais. Kemudian letakkan kesemua EBM itu ke dalam bahagian sejuk peti ais (bukan bahagian beku).


Cara memproses susu ibu

Untuk info saya akan melakukan power pumping di Masjid Ibn Sina yang terletak berdekatan dengan pejabat tapak saya. Maklumlah di pejabat tapak mana ada bilik untuk ibu-ibu breastfeeding ni. Lagipun kurang selesa di situ. Usai sahaja solat zohor saya akan melakukan proses penghasilan susu EBM. Jangan lupa tau untuk hulurkan sedikit jariah almaklumlah kita ni menggunakan elektrik masjid ini. :)

Pada sebelah malamnya lebih kurang jam 11 malam saya akan keluarkan 3 plastik beg  EBM beku yang bertarikh paling lama dari bahagian beku kemudian saya letakkan dalam sebuah bekas yang berisi air paip dan masukkan ke dalam bahagian sejuk peti ais. Cara ini membantu EBM beku tadi cair dengan sempurnanya di keesokan paginya.


Seawal jam 4 pagi saya biasanya terbangun. Selalunya masa ni saya mengambil peluang untuk melakukan power pumping. Selepas mengepam saya akan mulakan proses memindahkan EBM yang dicairkan tadi ke dalam botol-botol untuk ke pusat asuhan. 

Bagaimana nak melabel botol-botol ini?

Mula-mula saya akan susun 3 botol 'fresh EBM' dan 3 EBM yang dicairkan semalaman itu. Kemudian saya akan melabelkan setiap botol. Manakala baki 'fresh EBM' di bahagian sejuk saya akan pindahkan ke bahagian beku. saya akan labelkan dulu EBM yang telah dicairkan kepada nombor 1, nombor 2 dan nombor 3. Sebabnya EBM beku yang telah di cairkan WAJIB di gunakan dalam tempoh 24jam. Jadi anak saya akan habiskan EBM yang dicairkan terlebih dahulu. Dan 3 botol 'fresh EBM' akan dilabelkan mengikut turutan dari nombor 4 hingga nombor 6.




Mengapa kita perlu sediakan 'fresh EBM'?

Sebabnya anak kita, kadang-kadang tidak habiskan kesemua stok susu yang kita bekalkan setiap hari, mungkin 4 atau 5 botol sahaja yang dapat dihabiskan. Atau mungkin kesemua susu dapat dihabiskan sekiranya saya lewat mengambilnya di pusat asuhan. Sekiranya susu tersebut tidak dihabiskan, saya akan meminta jasa baik pengajar pusat asuhan untuk terus meletakkan susu tersebut di dalam peti ais Pusat Asuhan untuk digunakan keesokkan harinya. 'Fresh EBM' dapat tahan selama 2-3 hari dibahagian sejuk peti ais. Dan sekiranya hari tersebut adalah hari jumaat (hari terakhir bekerja) saya akan membawa pulang 'Fresh EBM' tersebut untuk dibekukan. kredit to naluriibu

Amaran: EBM beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Sekiranya bayi anda tidak menghabiskan stok dari EBM beku yang telah dicairkan dalam tempoh 24 jam, susu tersebut perlu dibuang.



Kemudian saya akan masukkan botol-botol itu ke dalam cooling beg. Untuk info cooling beg ini boleh tahan selama 12 jam.  Serahkan beg cooling itu kepada pengasuh taska. Saya amat beruntung kerana taska anak saya ini menyokong amalam susu ibu. Biasanya pihak taska akan mengeluarkan botol-botol susu dari cooling beg dan disimpan di bahagian sejuk peti ais.

saya breastfeeding mommy

Begitulah rutin saya hari-hari. Yang paling penting adalh disiplin. Kesabaran dan kecekalan hati juga amat penting. Bukan senang tau nak menjayakan breastfeeding ni. :)

Panduan untuk memiliki vitamin:

Set vitamin ibu menyusu
Set vitamin milk Booster
Set vitamin bersalin/Berpantang
Set vitamin ibu hamil
Set vitamin ibu ramping bayi montel



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi   saya di:


Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk  
info terkini

Susu Ibu + Suplemen VS Susu Formula, Mana Lebih Jimat?

with 0 Comment
Mana Lebih Jimat?

Hai mommy-mommy yg Awesome! Hari ini saya nak kongsi siket pengalaman saya tentang breastfeed. 
Almaklumlah masa mula-mula nak breastfeed anak kedua saya ni telah mendapat tentangan dari suami saya.Tapi kini tidak lagi...:)  anak saya dah nak masuk 11 bulan dah ni. Saya masih fully breastfeeding baby saya Ilmuna Izzahra.


Banyak kebaikan bila saya amalkan susu ibu untuk bayi saya. Selain Islam menggalakannya ia juga dapat menjimatkan wang dan ekonomi keluarga. Itu yang membuat suami saya tersenyum. Katanya lebih baik beli vitamin Shaklee untuk saya dari beli susu formula. 

Ada ibu yang menganggap set breastfeeding Shaklee mahal... xmampu nak beli.. Ada yang lebih rela top up / berikan anak susu formula berbanding berusaha mencari alternatif menambah susu. Jom kita kira sendiri mana yang lebih jimat, sbb ramai yang sangat concern tentang DUIT kan ;)

JOM BUAT KIRA-KIRA - Cost comparison:

SUSU FORMULA: 
Average 1 tin RM30 - RM50 (yang mahal RM100+ 1 tin)
Sebulan 3-4 tin susu = RM150 - RM200 (average)
Sehingga umur 2 tahun, anda perlu habiskan sebanyak = RM3600 - RM4800* (untuk susu formula sahaja)

SET BREASTFEEDING SHAKLEE (basic)
Vitamin C + B complex + Vitalea + Alfalfa.
1 set = 4-6 bulan
Average sebulan hanya RM60** 
Sehingga umur 2 tahun, anda perlu habiskan sebanyak = RM1440 sahaja

Tengok..berapa penjimatan yang anda telah buat.. Anda jimat average RM2160- RM3360 ;)

Jika anda perlu membuat stok EBM, untuk membeli pam, storage, bag, chiller dll average RM600* sahaja..

RM1440 + RM600 = RM2000~ sahaja untuk 2 tahun ;)
Jika anda membeli Medela Freestyle sekalipun, anda masih JIMAT dan pastinya boleh digunakan untuk anak-anak yang ke-2, 3, 4,5 kan??? ;D

Itu baru perbandingan kos untuk persediaan penyusuan susu ibu & suplemen vs susu formula.. belum lagi compare tentang khasiat, bonding antara ibu dan anak, nilai kasih sayang, antibodi dalam susu ibu dll ;)

Bonus pengambilan Vitamin Set Breastfeeding Shaklee:
# Ibu dan bayi mendapat kesihatan yang optimum

# Mencukupkan keperluan nutrisi ibu menyusu
# Susu meriah
# Bayi cepat kenyang dan membesar
# Kulit wajah lebih licin dan berseri
# Badan lebih cergas
# Tiada stress
# Ibu dan bayi jarang demam/ selsema / jatuh sakit
# Suami makin sayang ;)

Pilihan di tangan anda.. Nak berusaha FIGHT untuk penyusuan penuh susu ibu atau nak bagi bayi anda susu formula?! Paling kurang kita dah berusaha sedaya upaya untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita.. usaha ambil suplemen, usaha tambah ilmu, gunakan teknik penyusuan yang betul... Tapi hasilnya, kita serahkan kepada Allah ;)



Untuk info terkini sila LIKE page FB: www.facebook.com/superbvitamin
Untuk info, konsultasi dan order boleh pm saya di superbvitamin@gmail.com atau sms/call 016-5199271

Nota: Suplemen atau Vitamin membantu menambah susu ibu dengan syarat prinsip asas penyusuan supply vs demand dipatuhi.. Pam susu 2-3 jam sekali. :)

Cara Menyimpan Stok Susu EBM

with 0 Comment
Istimewa untuk ibu yang menyusukan anak sahaja


Sebelum kelahiran anak kedua saya pada Ogos tahun lalu, saya memang berniat untuk breastfeed bayi saya sehingga umur 2 tahun atau lebih. Hati saya mula rungsing bila mengenangkan di mana nak simpan stok EBM tu. Memandangkan di rumah saya hanya ada peti ais 1 pintu sahaja, saya telah meminta suami untuk membeli peti ais yang besar iaitu 2 pintu. Pada mulanya suami saya membantah tetapi bila diterangkan nawaitu suci saya, terus dia bersetuju. Malah kami sama-sama mencari info dan artikel bagaimana cara terbaik menyimpan stok EBM. 
Entry saya hari ini ingin berkongsi pengalaman dan cara saya menyimpan stok susu EBM saya. Selamat membaca! :)

  1) Susu fresh baru perah (Suhu bilik) 
Suhu 25c - 37c  - 4 jam
Suhu 15c - 25c  - 8 jam

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?