Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label gastrik. Show all posts
Showing posts with label gastrik. Show all posts

Hukum Qada' Puasa Ramadhan dengan Puasa 6 Syawal

with 1 comment

Jom puasa 6 Syawal!


Salam Syawal semua. Seronok beraya di kampung halaman? Masih lagi dalam mood beraya? Jangan lupa qada' puasa yang dicutikan (wanita sahaja) itu. Alangkah bagusnya jika kita dapat berpuasa sunat 6 di bulan Syawal. Banyak pahala tu! Tapi ramai yang dok gaduh bolehkah qada' puasa Ramadhan dengan puasa 6 Syawal? Macam mana ni? Jangan dok pening-pening. Mari kita baca keterangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan ini. Jemput baca!



Alhamdulillah, kita baru selesai melaksanakan ibadat puasa Ramadan dengan jayanya. Semoga Allah kurniakan kepada kita penerimaan segala ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan sama ada yang wajib mahupun yang sunat. Dengan menjelmanya Syawal, disamping kita berhari raya dengan penuh kesyukuran, kita juga digalakkan untuk melaksanakan puasa enam Syawal. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan. 

Dalam Irsyad Fatwa kali ini, banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan Hukum Qadha’ Puasa Ramadan Bersekali Dengan Puasa 6 Syawal. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini akan menjawab persoalan berkaitan dengan isu ini. Semoga kita semua menjadi hamba-hamba Allah yang bertakwa dan cintakan amalan soleh.

Kelebihan Puasa Enam

            Terdapat hadis yang menunjukkan kelebihan puasa enam. Antaranya:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالٍ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ
Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”
Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Turmuzi, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain. Imam al-Turmuzi berkata hadis hassan.

Ini menunjukkan bahawa maksud puasa Ramadan seolah-olah setiap hari mewakili 10 hari. Justeru, ditambah dengan enam hari Syawal, maka jadilah ia 360 hari. Itulah tafsiran sebahagian ulama.



Hukum Puasa Qada’ Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal

Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.
PERTAMA: SAH
  • Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat. Inilah pendapat:
  • Imam Ibn Hajar al-Haitami
  • Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah (1/162) dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
  • Imam al-Barizi. Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)
  • Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)
  • Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin
 KEDUA: TIDAK SAH
  • Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ tidak kepada puasa sunat Syawal. Inilah pendapat:
  • Imam al-Asnawi
  • Syeikh Ibn al-Solah
  • Abu Makhramah
  • Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)
Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.
Tarjih
Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.
Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).
Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ dan puasa enam Syawal. Sekian.
Sumber dan kredit: Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan

Cara Elak Serangan Gastrik Dengan Shaklee

with 0 Comment
Adooi sakitnya gastrik!

Salam semua! Semoga ceria selalu! Apa? Ada yang sakit perut? Tersalah makan, makan lambat atau tidak makan? Gastrik? Nak tahu bagaimana gastrik terjadi? Jemput baca entri ini yang akan berkongsi cara elak serangan gastrik. 

set supplement atasi gastrik shaklee


Penyakit yang sangat biasa dialami di kalangan org dewasa ialah gastrik. Sekiranya kita mengalami sakit perut apabila tidak makan atau makan lambat, perkataan yang sering kita dengar adalah gastrik. Istilah gastrik seringkali disalahgunakan apabila seseorang itu mengalami sakit perut. Mari kita baca serba sedikit mengenai penyakit ini. Insyallah ia boleh membantu kita menentukan samada sakit perut disebabkan gastrik atau pun sebaliknya.

Apa Gastrik?
Gastrik atau istilah perubatannya gastritis. Sejenis penyakit keradangan pada dinding/ pengalas/ mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya keradangan berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Faktor punca berlaku gastrik adalah:
sumber
  • Pengambilan alkohol yang kerap dan berlebihan 
  • Penggunaan ubat anti keradangan yg bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti aspirin dan ibuprofen. Ubat-ubat ini selalunya diberikan oleh doktor untuk merawat sakit keradangan sendi (arthritis) dan keradangan lain. Ubat ini boleh menyebabkan gastrik jika diambil dalam jangka masa yang agak lama.
  • Jangkitan virus, kulat atau bakteria. Bakteria yang seringkali dikatikan dgn penyakit ini dan merupakan penyebab utama adalah Helicobacter pylori. Bakteria ini mudah merebak di kawasan yg kurang bersih dan masuk ke dalam badan manusia melalui makanan atau air yg telah dicemari oleh bakteria ini.. 
  • Penyakit autoimmune di mana sistem immunisasi yang sepatutnya berperanan sebagai ketahanan badan terhadap penyakit telah menyerang sel-sel di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut. 
  • Refluks hempedu (bile reflux) - refluks hempedu atau aliran balik hempedu ke dalam perut boleh menyebabkan keradangan pada dinding perut.
  • Pernicious anaemia - satu penyakit kekurangan darah merah di mana perut tidak dapat menyerap vitamin B12
  • Punca lain adalah seperti berlakunya keadaan yang menyebabkan stress melampau seperti trauma, pembedahan major dan luka akibat kebakaran. 
  • Tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal. Perut kita ni umpama kipas tangan, berlipat-lipat.Sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat-lipat, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Di situlah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut untuk membantu pencernaan dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita sedia maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, ia boleh menyebabkan radang yang lebih teruk.
Bagaimana kita nak elak serangan gastrik ini? Setiap penyakit ada penawarnya. Begitu jugalah dengan gastrik. Penyakit ini boleh pulih seperti sedia kala jika kita berjaya menghindarkan punca-punca berlakunya gastrik. Tapi kita jangan risau. Kita boleh amalkan supplement Shaklee untuk mengelakkan serangan gastrik terjadi. Insyallah gastrik akan sembuh jika terus diamalkan.

Sebelum tu mari kita mengetahui apakah simptom gastrik ini:
  • Sakit ulu hati
  • Rasa mual
  • Rasa perut kembunng
  • Kemungkinan pesakit juga akan muntah
  • Sendawa (jika berlaku, ianya tidak mengurangkan rasa sakit)
  • Rasa kenyang dgn hanya makan dlm kuantiti yg kecil
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan
Mari kita lihat apakah supplement Shaklee untuk atasi serangan gastrik :

ESP
  • Meneutralkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik. ESP bersifat alkali dan apabila bercampur dengan asid perut ia akan mengurangkan hakisan pada dinding perut.
  • Kemudian zat asid amino dalam ESP akan membina sel dan tisu baru pada dinding perut.
Ostematrix
  • Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • Membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.
B Complex
  • Bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • Melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
  • Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.
Jom kita tengok testimoni pula :

Cara Elak Serangan Gastrik Dengan Shaklee

Testimoni set supplement atasi gastrik shaklee

Pembelian dan konsultasi produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini



Vitamin Untuk Atasi Gastrik di Bulan Puasa

with 1 comment
Dilema pengidap gastrik di bulan puasa

Salam semua. Sihat? Janganlah tak sihat pulak. Kita perlu badan yang sihat untuk menyambut Ramadhan ini. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Jika kita sihat maka senanglah kita nak menjalani ibadah puasa dan melipat gandakan amalan-amalan lain seperti bertarawikh dan bertadarus Al-Quran.

atasi gastrik dengan vitamin shaklee

Bercerita pasal puasa ni pasti pengidap gastrik menghadapi dilema. Hati bersemangat nak berpuasa, tapi jika gastrik melanda semua kerja tak jadi. Asyik menahan sakit jer. Puasa pun boleh terbantut. Kesian kan? Yang sihat jangan pula nak ambil kesempatan kata gastrik sebab nak tuang puasa. Berdosa beb!

Jangan risau. Zaman moden ini memang terdapat vitamin untuk atasi gastrik di bulan puasa. Insyallah ia dapat membantu pengidap gastrik untuk berpuasa dengan lebih tenang. Sebelum itu, mari kita baca untuk mengetahui serba sedikit penyakit gastrik ni.

Bagaimana gastrik terjadi?

Perut kita mengandungi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.


Testimoni vitamin shaklee atasi gastrik


Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan. Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut. Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.


Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut. Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.



Gejala Gastrik
  • Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol. 
  • Mual. 
  • Muntah. 
  • Hilang selera dan terasa sebu. 
  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit. 
  • Hilang berat badan.
  • Pedih ulu hati.

Bahaya Gastrik

Jika keradangan ini dibiarkan tanpa rawatan, lama kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. Jom kita baca pengalaman pesakit gastrik ini

Testimoni vitamin shaklee atasi gastrik

Atasi gastrik dengan Shaklee


Ostematrix
  • vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.


B Complex
  • bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
  • berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.

Apa kata mereka setelah mengamalkan Shaklee?

Testimoni vitamin shaklee atasi gastrik

Vitamin Untuk Atasi Gastrik di Bulan Puasa

Vitamin Untuk Atasi Gastrik di Bulan Puasa


Sesungguhnya jika ada cara lain yang boleh mengatasi gejala gastrik, anda wajib untuk mengamalkannya. Tiada istilah rukhsoh puasa selagi anda belum cuba mengamalkan vitamin ini untuk atasi gejala gastrik anda. Insyallah vitamin Shaklee dapat atasi gastrik anda di bulan puasa tahun ini.  

Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sayang uols semua!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?