Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label set vitamin utk lelaki. Show all posts
Showing posts with label set vitamin utk lelaki. Show all posts

Menuduh Isteri Mandul, Sebenarnya Jamil Punca Tidak Subur

with 0 Comment

Jangan mudah menuduh isteri mandul!


Siapa pernah menonton filem Madu 3 arahan Tan Sri P.Ramlee? Jangan beritahu saya tak pernah menonton! Boleh kerat jari saya ini jika ada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tak menonton cerita Madu 3. Bahkan ada yang menontonnya berulang-ulang kali tanpa rasa jemu malah boleh hafal dialog dalam filem tersebut. Hahahahaha betul tak? "Butang baju melayu aku mana pah?"

Jamil watak dalam filem itu telah membuat keputusan untuk berkahwin lagi  dengan alasan isteri pertama Puan Latipah mandul dan belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin. 


Saya tak mahu bercerita bab huru hara komedi dalam filem ini  apabila tembelang Jamil pecah. Mungkin sudah skrip cerita diolah sebegitu atau kebetulan, Jamil telah berkahwin lagi dengan isteri ketiga iaitu Puan Rohani beberapa bulan selepas dia berkahwin dengan Puan Hasnah iaitu isteri kedua beliau. Ketika itu tiada tanda-tanda Puan Hasnah berbadan dua. Nampak tak? Kenapa Jamil senang sangat menuduh Puan Latipah mandul? 


Persoalannya di sini siapakah yang mandul? Puan Latipah, Puan Hasnah, Puan Rohani atau Encik Jamil? Kenapa wanita atau isteri selalu dipersalahkan apabila gagal melahirkan zuriat? Adakah wanita sahaja patut dipersalahkan dalam hal ini. Kaum Adam pula boleh mendabik dada dan terus ego untuk tidak meletakkan punca sebenar kegagalan mendapatkan zuriat? Apakah ini memang sudah menjadi lumrah? Oh kejamnya dunia.


Meletakkan kesalahan dan tanggungjawab ke bahu isteri kerana kegagalan menimang cahaya mata sebenarnya tidak relevan. Untuk mendapatkan cahaya mata kedua-dua belah pihak iaitu suami isteri perlulah sihat dan subur. Sebelum kita pergi lebih jauh apa kata kita baca dulu penyebab lelaki tidak subur.



9 penyebab Lelaki Tidak Subur

  1. Berat badan tidak ideal – terlalu kurus atau terlalu gemuk boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon
  2. Pengambilan ubat terlarang seperti ganja boleh menyebabkan kemandulan atau ubatan antibiotik seperti tetracycline boleh  menurunkan hormone testosterone sehingga 20%.
  3. Tekanan perasaan
  4. Merokok – merokok boleh menyebabkan masalah kesuburan kepada lelaki
  5. Faktor pekerjaan dan persekitaran – sebagai contoh saintis yang sering terdedah kepada bahan kimia berlebihan boleh menyebabkan kemandulan.
  6. Pemakanan yang tidak sihat seperti gemar mengambil makanan sejukbeku atau makanan ringan.
  7. Air mani tidak normal dan tidak mengandungi sperma yang mencukupi
  8. Masalah pada buah zakar seperti jangkitan atau luka pada testis.
  9. Hypogonadism- peningkatan usia menyebabkan lelaki kekurangan hormone testosterone dan boleh menjadi tidak subur.
Bagi lelaki, faktor kesuburan mereka adalah berkaitan dengan kesempurnaan sperma yang dihasilkan oleh mereka. Mari kita tengok gambar-gambar di bawah ini yang menerangkan perbezaan di antara sperma yang sihat (normal) dan sperma yang  tidak sihat (abnormal).




Ujian Kesuburan Lelaki
Ujian air mani merupakan satu-satunya ujian yang boleh menentukan kesuburan lelaki. Dalam ujian ini, sample air mani suami akan diambil dan diuji bagi mengenalpasti kemampuannya  menghasilkan sperma dan tahap kesuburan sama ada  bilangan sperma mencukupi, mempunyai struktur yang normal dan aktif. Para suami dinasihatkan tidak perlu takut untuk membuat ujian ini kerana walaupun mempunyai masalah, ianya boleh dirawat  dan dipulihkan berdasarkan masalah yang dialami.

Justeru itu suami wajib melakukan ujian kesuburan dan bukan mengharapkan isteri sahaja menjalani ujian kehamilan. Nak anak tapi seorang sahaja yang berusaha, mana nak jadi. Memang ternyata bab ini lelaki memang ambil mudah dan langsung tak serius. Mereka anggap diri mereka tidak bermasalah, gagah, perkasa dan sebagainya. Suami perlu rendahkan ego dan pergilah melakukan ujian kesuburan bersama isteri agar masalah sebenar dapat dirungkaikan. Uolls rasa Encik Jamil tu pernah buat ujian kesuburan tak?Hahahaa

Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kesuburan lelaki

Amalan pemakanan vitamin kesuburan lelaki. Set kesuburan lelaki Shaklee memang tidak mengecewakan. Malah ramai pasangan suami isteri berpuas hati sejak mengamalkan set kesuburan lelaki ini. Jom kita tengok luahan mereka di bawah ini:

~Testimoni 1

~Testimoni 2
~Testimoni 3

Set Kesuburan Lelaki Shaklee




1. Vita-E Complex
  • melindungi jantung
  • mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • anti-Penuaan
  • anti-oksidan yang kuat
  • meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga
  • memperbaiki arthritis
  • memperbaiki parut

2. Zinc Complex
  • memperbaiki kebolehan seksual lelaki dan meningkatkan keupayaan seks
  • zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki
  • menambahkan keupayaan fungsi seksual lelaki
  • membentuk kolagen
  • memperbaiki masalah berkaitan prostat
  • membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan memperbaiki diabetes
  • mempercepatkan pemulihan luka

3. CoqHealth
  • meningkatkan kesuburan
  • meningkatkan bilangan sperma
  • meningkatkan kelajuan pergerakan sperma
  • mengurangkan peratusan sperma yan abnormal
  • menguatkan fungsi jantung
  • mencegah penyumbatan pada saluran darah.

Kata bidalan, "Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya." Kalau kita tidak berusaha bagaimana kita nak berjaya. Yang penting jangan berputus asa untuk dapatkan zuriat. Setiap pasangan suami isteri patut berusaha untuk mendapatkan zuriat. Janganlah kita berdoa kepada Allah tanpa usaha. Apapun setelah kita berusaha kita hendaklah bertawaqal kepada Allah kerana rezeki itu hak Allah untuk berikan kepada kita.

Jom berusaha untuk tingkatkan kesuburan lelaki dengan mengamalkan set kesuburan lelaki Shaklee. 



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019-2249556 atau 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.





Coq Health Plus Shaklee Vitamin Kesuburan Suami Isteri

with 0 Comment
Vitamin untuk cepat dapat zuriat

Hahahaha. Saya ada cerita best untuk dikongsikan. Perkara yang baik jangan kita rahsiakan. Supaya orang lain pun dapat manfaat dan kita juga boleh dapat pahala. Betul tak?

Tahun lepas Shaklee ada mengeluarkan product baru iaitu Coq Health Plus yang  mengandungi Co-enzyme Q10, Vitamin E dan ekstract daripada Tea Hijau untuk penjagaan kesihatan jantung. Boleh baca perincian Coq Health Plus (klik sini). Rupanya kebaikan Coq Health Shaklee ini bukan untuk jantung sahaja, tapi ia boleh bertindak sebagai vitamin kesuburan suami isteri. Wow! Wonderfull! Macam mana tu? 

Testimoni Coq Health Plus Shaklee untuk kesuburan lelaki

Kesuburan Isteri 

Faktor yang boleh menjadi pergantungan utama telur wanita pada CoQ10 ialah untuk tenaga. Proses pengeluaran telur, ovulasi dan perkembangan embrio di kalangan wanita mengambil sejumlah tenaga dan memerlukan CoQ10 yang merupakan sumber utama tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran protein.Semakin meningkat usia, badan menghasilkan kurang CoQ10 sekali gus menjejaskan kesuburan kita.
Teori ini disokong oleh penemuan positif dalam penyelidikan di Kanada pada tahun 2009 yang telah menunjukkan subjek kumpulan ujian diberikan suplemen CoQ10 menghasilkan lebih banyak dan lebih baik telur yang berkualiti, mencatatkan kadar kehamilan yang tinggi dan kelahiran anak-anak yang lebih ramai daripada orang-orang yang tidak menerima CoQ10.
Kesuburan Suami
Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung kepada CoQ10. Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Sperma yang baik ialah sperma yang mempunyai antioksidan yang tinggi.  Enzim CoQ10 dapat menghasilkan antioksidan yang kuat dan bermanfaat untuk kesuburan.
Coq Health Plus Shaklee Vitamin Kesuburan Suami Isteri
Fungsi antioksidan adalah melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif yang membawa kepada kematian sel. CoQ10dapat meningkatkan kedua-dua air mani dan sel sperma dan meningkatkan pergerakan sperma.
Jika dalam entri sebelum ini menyatakan Vitamin Kesuburan Shaklee untuk lelaki ialah Vitamin E dan Zinc Complex, kini bolehlah replace vitamin E dengan Coq Health Shaklee Plus. Ini kerana Coq Health Plus Shaklee berbeza dengan jenama lain. Coq Health Plus Shaklee turut mengandungi vitamin E denganGreen Tea Extract. Kombinasi CoQ10 & Vita-E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat didalam Vita E kerana CoQ10 membantu mengitar & menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
Ekstrak Teh Hijau pula mengandungi procyanidins yang telah ditemui dan dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah  dan jantung) CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji & diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber boiketersediaan CoQ10nya. Tanpa gluten.

Coq Health Plus Shaklee untuk kesuburan lelaki

Untuk pasangan suami isteri yang berusaha untuk mendapatkan zuriat bolehlah mengamalkan Coq Health Plus dengan set vitamin kesuburannya (sila klik). Sebagai manusia biasa kita mestilah berusaha ke arah mendapatkan zuriat. Jika diizinkan Allah pasti ada rezeki untuk kita menimang cahaya mata. Apapun rezeki itu hak Allah. Kita hanya berusaha. Perancangan Allah itu memang terbaik untuk kita. La Tahzan!

Jom tengok testimoni di bawah:
Coq Health Plus Shaklee Vitamin Kesuburan Suami Isteri

Coq Health Plus Shaklee Vitamin Kesuburan Suami Isteri

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Ramai Jatuh Cinta dengan Kehebatan dan Kebaikan Vivix Shaklee

with 7 comments

Vivix memang berbaloi-baloi



Salam Ceria semua!



Hari ini saya nak berceloteh mengenai Vivix Shaklee! Apa tu Vivix? Pernah dengar ke? Apa kehebatannya? Jom kita baca untuk mengetahui mengapa ramai jatuh cinta dengan kehebatan dan kebaikan vivix shaklee ni?

Testimoni vivix shaklee


Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi  polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung. 



Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 



Apakah kehebatan Vivix Shaklee?




a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.


b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)


Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.

Kebaikan Vivix Shaklee


* Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

* Memelihara keseluruhan kesihatan

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda

* Membantu anda merasa lebih bertenaga

* Mengurangkan risiko kanser

* Membantu pesakit diabetic

* Menguatkan sistem imun

Jom saya belanja uols dengann video ini. Kisah seorang suami yang tidak mempercayai supplement. Dah nak lumpuh pon masih berdegil. Nasib baik isteri dia bersabar dan beri juga dia supplement Shaklee... Ini kisahnya



Masih tak percaya bahawa Vivix ni power? Jom kita baca testimoni di bawah ini...


Testimoni Vivix #1
kehabatan dan kebaikan vivix shaklee

Testimoni Vivix #2

Testimoni vivix shaklee


Testimoni Vivix #3
kehabatan dan kebaikan vivix shaklee

Testimoni Vivix #4
kehabatan dan kebaikan vivix shaklee

Perhatian - Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusu dan mereka yang berumur bawah 18 tahun
Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Pertanyaan, konsultasi dan order boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Vitamin untuk Kesihatan Lelaki (Men's Vital Health)

with 2 comments

Vitamin Untuk Lelaki 



Dengan cara hidup zaman sekarang ditambah dengan pemakanan yg tidak seimbang, kurang rehat, stress dan pencemaran udara/air, lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi. Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti:


  • Mati pucuk
  • Pembesaran prostate
  • Kelesuan
  • Kurang tenaga & stamina
Program Men’s Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.
Kebaikan:

- Memelihara kesihatan prostat
- Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
- Memelihara jantung yang sihat
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal
- Mengawal tahap kolestrol yang sihat

Set Men’s Vital Health

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?