Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tips Sebelum Balik Kampung dan Cuti Panjang

with 0 Comment

Balik kampung! Hati girang!


Wah seronoknya nak balik kampung! Tak sabar nak jumpa orang tersayang. Suasana raya di kampung semakin menggamit diri. Segala persiapan balik kampung sudah pun hampir selesai. Lagu-lagu raya sudah pun di downoad ke dalam thumb drive untuk menambah kemeriahan hari raya sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Tapi sudahkah kita double check apa yang penting sebelum kita balik kampung? Jom kita baca tips sebelum balik kampung dan cuti panjang ini. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.


1. Tutup punca kuasa elektrik 


Perkara paling penting sebelum kita keluar rumah. Tolong periksa semua plug dan pastikan kita tutup dan cabut plug dari soketnya. Jika kita balik kampung untuk seminggu dan anda water heater/boiler kat umah, sila offkan dulu boiler tu. Takut nanti air di dalamnya kering dan 'meletup'. Jangan kita berputih mata dapat tahu rumah kita terbakar nanti.

2. Tutup kepala tong gas memasak


Bagi yang memasak guna gas silinder, ini merupakan langkah pencegahan kebakaran yang perlu dilakukan. Tutup kepala tong gas silinder. Jangan dibiarkan injap gas terbuka kerana risiko berlaku kebocoran gas adalah tinggi. Malang tidak berbau.

3. Kosongkan air kolah


Kalau rumah ada kolah kecik dalam bilik air, sebolehnya kosongkan dulu. Kalau ada penutup kolah, itu lagi bagus. Pastikan segala tempat yang ada takungan air di dalam rumah dan di luar rumah dibersihkan dan dikeringkan. Jangan jadikan diri kita usahawan penternak nyamuk aedes tak bertauliah pula. :)

4. Simpan segala barangan berharga di tempat yang selamat


Ni dekat nak raya ni, penyamun perompak pakat dok intai umah kita nak buat 'kenduri'. Tentu sekali kita tak mahu rumah kita jadi tempat 'kenduri' pencuri kan. Jadi, simpan barangan berharga di tempat yang selamat. Jangan dibiarkan di ruang tamu kerana kecuaian sebegini akan memudahkan 'projek' pencuri tersebut. 

5. Kunci semua pintu dan gril


Yang ni pasti kebanyakan kita tak akan gagal lakukan. Tapi, pintu bilik kunci tak? Memang lecehla kan nak kunci semua pintu bilik. Betul tak? Demi keselamatan takkan takleh buat kot? Mencegah lebih baik dari mengubati guys! Kuncilah semua pintu di rumah kita.

6. Buka lampu dalam rumah


Bunyi macam membazir letrik, tapi kaedah ini sangat membantu! Tambah kalau rumah ada pasang automatik light. Setkan time pukul berapa nak on dan off lampu. Pastikan time dekat nak maghrib tu lampu tu automatik akan on dengan sendirinya. Subuh esoknya ia akan padam kembali. Hati pun tak risau jika kita tinggalkan rumah kita lama.

7. Buang sampah


Jika nak rumah diserang ulat dan berbau busuk silalah jangan buang sampah. Baunya memang semerbak. Boleh pengsan! Jadi pastikan kita meninggalkan rumah kita dengan keadaan sampah kosong. Bukan rumah orang lain pun. Rumah kita jugak yang bersih nanti. Rumah kita ni kan syurga kita.

8. Telefon bimbit dan gajet


Dunia sekarang memang tanpa smartphone macam rasa hidup dalam gua. Rasa macam hidup ini tak berguna. Jadi memang patutlah ramai yang claim ini nyawa kedua. Pastikan kita jangan lupa bawak handphone. Charger pun penting jugak. Lagi bagus kalau ada powerbank, time travel ni memang powerbank sangat berguna! Kat kampung nanti takyah berebut soket ngan anak buah sedara mara.

9. Servis kereta


Pastikan kereta kita dalam keadaan tip top. Servis kereta untuk memudahkan perjalanan kita. Jangan sampai tersadai di tepi jalan kerana kehabisan air bateri, temperature naik, minyak itam kering dan sebagainya. Memang tension tau kalau kereta buat hal kat jalan! 

Last, but not least.....

10. Baju raya


Ini memang mustahak. Jenuh dok bershopping di jalan TAR, Plaza Alam Sentral bagai tapi terlupa bawak baju raya. Menangis tak berlagu dibuatnya. Pastikan baju raya kita, pasangan kita, anak-anak kita di bawa. Periksa dulu booth kereta tu banyak kali. Takut tertinggal beg pakaian di rumah plak.

11. Supplement dan vitamin

Musim perayaan ini macam-macam juadah lazat dihidangkan.Rumah sana ada menu special, rumah sini ada daging rendang, hujung kampung ada ketupat bagai... Pendek kata makanan di musim raya ni memang lazat dan sukar ditolak. Perut yang sebulan puasa ni macam terkejut tetiba dalam satu hari sumbat macam-macam makanan. Jadi kenalah bawa vitamin ini untuk jaga kesihatan kita sentiasa sihat. Amalkan vitamin perayaan ini:


Omega guard - Mengawal dan menghapuskan kolestrol jahat dalam darah kita



Phytocol - Bertindak menghalang kolestrol jahat memasuki dalam darah kita. Ambil sebiji sebelum menjamah makanan. Insyallah kolestrol tak dapat meresap masuk dan kita pun bolehlah melantak makanan tanpa takut kepada kolestrol.



Nutriferon - Untuk kuatkan sistem imunisasi badan kita. Tak seronok tetiba kita demam pula masa raya kan.... 



Vitamin C - Antioksida. Juga untuk kuatkan antibodi dalam badan kita. Selesema ke resdung di pagi raya confirm hilang di pagi raya.

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya



Akhir sekali, saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada pembaca setia blog saya khususnya dan semua umat muslim amnya. Maafkan segala salah silap saya selama mana saya berblog dan bershaklee dgn uols. Saya sayang uols! 

6 Tips Peranan Suami Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

with 3 comments

Suami dan Isteri wajib berkerjasama!


Kaum Lelaki atau suami memahami dengan jelas akan kepentingan dan kebaikan susu ibu sebagai pemakanan terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan minda anak. Namun demikian, masih ada segelintir kaum lelaki beranggapan untuk menjayakan penyusuan susu ibu hanyalah dibawah tanggungjawab isteri semata-mata. Bagi mereka, peranan suami terhad dalam penawaran berkaitan kewangan seperti pembelian kelengkapan bayi, pam susu berkualiti dan makanan sihat.



Sebelum itu jom kita tengok video di bawah. Ada pengajaran yang tersirat dalam video ini. Adakah tindakan suami dalam video ini betul?


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Sudah lihat? Apa yang kita boleh dapat dari cerita video berkenaan? Senang ke nak menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun? Nak nak lagi kalau isteri itu seorang yang bekerjaya. Memang kena ada ketabahan dan keazaman yang kuat untuk menjayakan misi murni ini. Suami? Suami kenalah lebih fleksibel dan ambil tahu kehendak dan keperluan isteri yang menyusu ini. Barulah orang kampung saya cakap berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Betul tak?


Untuk menjayakan penyusuan susu ibu ia memerlukan komitmen, keazaman dan pengorbanan tinggi yang bukan sekadar terangkum kepada seorang insan bergelar isteri sahaja. Malahan para suami juga berperanan penting untuk terlibat menggemblengkan tanggungjawab ini sekaligus mejayakan penyusuan susu ibu.

Jom kita baca 6 tips peranan suami menjayakan penyusuan susu ibu.

1. Sokongan moral


Suami perlu memberi galakan kepada isteri untuk memberi susu ibu sejak daripada awal isteri hamil dan selepas bersalin. Sokongan daripada suami amat diharapkan oleh isteri. Suami boleh bersama menimba ilmu penyusuan susu ibu. Kalau tak tahu semua pun tidak apa. Memadai tahu perkara asas serba sedikit kepentingan dan kelebihan susu ibu.


2. Sokongan dari segi emosi


Apabila selepas bersalin dan di awal penyusuan, pelbagai masalah yang isteri hadapi dalam menyesuaikan diri dengan dunia susu ibu. Permulaan susu ibu yang sedikit (kolostrum) selalu menjadi tekanan kepada isteri kerana menganggap tidak cukup susu. Tambahan pula jika keluarga menekan supaya bayi diberikan susu formula. Di siniah peranan utama suami diperlukan. Suami perlu memberi sokongan moral yang tak berbelah bahagi kepada isteri demi menjayakan penyusuan susu ibu. Pada peringkat ini memang diuji ketahanan mental. Suami perlu kuat dan sentiasa memberi motivasi galakkan kepada isteri. Jangan cepat mengalah dan berputus asa.

Kadang-kadang pelbagai masalah lain juga berlaku seperti bengkak susu, puting melecet, bayi meragam dan sebagainya. Maka suami perlu memberi sokongan supaya isteri terus tabah dan bersabar.


3. Membantu hal rumah tangga


Suami perlu membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutamanya ketika isteri baru selepas bersalin dan sedang menyesuaikan diri dalam dunia penyusuan. Suami boleh mengambil alih tugasan seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak, dan sebgainya. Biarlah isteri berehat seketika dan fokus kepada bayi dan penyusuan. 


4. Bersama berjaga malam


Pada awal kelahiran, bayi kadang kala sering berjaga atau kerap bangun malam untuk menyusu. Para suami sokonglah isteri dan bersama bangun malam walaupun sekadar menemani isteri menyusukan bayi. Ini dapat mengurangkn tekanan stress yang dialami oleh isteri. Jika bayi kerap berjaga malam sehingga pagi, ambillah giliran untuk menjaga bayi dan biarkan isteri tidur dan berehat seketika.


5. Sokongan kewangan


Bantulah isteri untuk bersama membeli peralatan penyusuan seperti pam susu, warmer, botol susu dan sebagainya. Jangan biarkan isteri keseorangan menampung semua barangan keperluan penyusuan. Banyangkan jika isteri tidak menyusukan bayi, berapa banyak wang yang perlu suami keluarkan setiap bulan untuk susu formula yang jauh lebih mahal.


6. Belikan vitamin ibu menyusu


Untuk memastikan isteri sentiasa sihat dan bertenaga, suami boleh membelikan isteri milkbooster atau vitamin ibu menyusu. Jika susu ibu mulai kurang dan merudum, segeralah untuk mendapatkan milk booster set 3M Shaklee. Insyallah dengan amalan pemakanan supplement tambahan dan tips ibu meyusu yang betul, isteri dapat menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. 


Imam Muda Hizbur  membelikan set vitamin ibu menyusu untuk isterinya

Isteri Imam Muda Hizbur




Kepada suami yang masih tercari-cari untuk membelikan isteri vitamin susu ibu, bolehlah klik Set Vitamin Ibu Menyusu.


Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Suplemen Ini Tidak Berkesan Pada Saya?

with 0 Comment
Tak jadi apa pun?


Kali ni, saya nak share dengan kawan2 antara feedback yang diterima semasa sessi follow up. paling popular, cara nak makan suplemen ; kesan makan suplemen. so, kita dah ada cerita macam mana nak makan suplemen tu.. now ni saya nak share jawapan kepada feedback kawan2 mengenai kenapa ada di kalangan kita makan suplemen ni tapi macam kurang berkesan...(^_^)



KES SATU;

Selepas mengambil vitamin, mata mudah mengantuk dan badan letih.

Golongan ini adalah golongan yang KURANG MINUM AIR ATAS ALASAN MALAS KE TANDAS. Jika ini berlaku pada anda, better jangan amik supplement kerana pengambilan supplement memerlukan banyak air demi penyerapan yang baik oleh badan manusia. Jika pengambilan biasa bagi kita ialah 2 liter air..keadaan ini hanya sesuai jika kita tidak mengambil apa2 supplement.Namun bagi pengamal supplement, pengambilan air perlu banyak demi menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrien oleh badan. Pengambilan air juga membantu meningkatkan keperluan oksigen oleh tubuh. Badan akan mudah letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam.

Maka kesimpulannya: kes pertama ini ialah kerana kekurangan air yang kritikal.


KES KEDUA :

Pengambilan supplement membuatkan susu saya PEKAT tetapi kurang dari segi kuantiti.

Ini adalah kesan normal bagi mereka yang baru dengan supplementPengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang sekata dan banyak. Seperti yang kita sedia maklum setiap badan adalah tidak sama.

Macam ibu sendiri....ibu suka makan vitamin sekaligus pada waktu malam after dinner. Tetapi sebelum tido ibu pastikan ibu minum 2 liter. Alhamdulillah nampak gaya Addin dan Nasa pun dah ikut jejak ibu sebelum tido minum air kosong sebanyak boleh....hehehehe.

Ada orang yang makan sekaligus pada waktu pagi bersamaan dengan 5 biji contohnya. Si ibu ini akan mendapati susunya pada perahan jam 10am dan 1pm adalah pekat dan sedikit in term of kuantiti. Namun kuantiti susu perahannya akan back to normal selepas jam 5 pm dan perahan berikutnya.

Mengapa ianya terjadi?

Ini kerana kepekatan darah adalah dikemuncak antara waktu jam 10 pagi sehingga jam 2pm. Mungkin waktu ini si ibu kurang minum air....namun selepas jam 2 pm si ibu mula minum semula pada kadar yang lebih seimbang.

Bagaimana nak mengatasi masalah ini?

Jika kalian adalah ibu yang mempunyai masalah dalam kes KEDUA ini apa yang boleh ibu sarankan ialah:

Selepas makan pagi, amik mana-mana 2 jenis vitamin dalam set B. Manakala bakinya diambil selepas makan tengahari....ini akan membantu keseimbangan air di dalam badan dan dapat mengurangkan kepekatan darah yang tertumpu pada sesetengah masa.

Memang jika ada yang bertanya, pada waktu bilakah terbaik untuk mengambil vitamin, ibu akan menjawab ibu mengambil waktu malam kerana sel badan akan rejuvenate sewaktu kita sedang tidur namun ibu sentiasa memastikan pengambilan air adalah sekurang2nya 2 liter sebelum ibu tidur. Sehingga kini sudah menjadi amalan bagi ibu walau tidak menyusu lagi. alhamdulillah.


KES KETIGA

Tiada perubahan langsung

Setiap apa yang terjadi mesti ada sebab dan musabab namun berapa ramai antara kita yang melakukan MUHASABAH atas segala yang terjadi dalam kehidupan sehariannya?
Ada satu kes yang ibu study...si ibu ini tidak mendapat apa2 manfaat langsung dari pengambilan vitamin. Setelah ditanya dan diselidiki...si ibu ini adalah golongan peminum kopi yang tegar. Sehari mesti minum 3 cawan kopi kerana padanya kopi membantu diirinya menjadi cergas dan kurang mengantuk. TANPA disedarinya pengambilan kopi itulah yang memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badannya. Maka pengambilan supplement tidak akan memberi impak apa2 ke atas dirinya kerana vitamin banyak musnah disebabkan pengambilan kafein tadi.
Tidak kurang juga si ibu yang tidak mendapat manfaat kebaikan vitamin kerana tiada sikap istiqamah dan sabar. Sedangkan inilah yang dituntut dalam agama untuk berjaya dunia dan akhirat. Disiplin sangat penting dalam menjayakan istiqamah.

so kawan2, tepuk dada tanya Iman (^_^). sekiranya kawan2 menghadapi masalah atau kemusykilan tentang suplemen yang kawan2 ambil, jangan segan-silu hubungi kami ya.

Hubungi saya di sms/call 016-5199271 atau maznifaeza@gmail.com

kredit: yoursupermom

10 Tips Mengajar Anak

with 0 Comment

Tips dan panduan mengajar anak
Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.


1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

credit: karangkraf

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?