Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label cinch energy tea. Show all posts
Showing posts with label cinch energy tea. Show all posts

Ramai Merungut Kenapa Lelaki Perut Buncit Selepas Kahwin

with 7 comments

Adakah buncit itu menawan?


Ramai yang bertanya kenapa lelaki perut buncit selepas kahwin. Selalu juga dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kahwin nanti mesti gemuk.” Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik.

Kalau jenis gemuk  sebelum kahwin macam tak pelik sangat. Yang jadi pelik bila sebelum kahwin kurus kering dah kahwin badan naik berpuluh kilo. Kadang-kadang badan ok, tak naik sangat pon, tapi perut dah 2 tahun mengandung pon tak beranak lagi. Huhuhu. Ini yang menjadi misteri nusantara ni kenapa perut boleh buncit selepas kahwin. Mari kita baca perincian di bawah.
  • Mana tak buncit, makan-minum semua tersedia bila dah kahwin, nak pergi bersenam pon agak malas sebab bini dah ada kat rumah bersenam dengan bini lagi best.
  • Dah kahwin, tak payah lah nak fikir pasal ‘market’. Cukuplah ada bini sorang.
  • Isteri suka masak dan suka cuba resipi baru, suami akan jadi bahan uji kaji dan juri professional.
  • Dah memang keturunan perut buncit, nak buat macam mana. Terima saja la…


Tapi hakikatnya ada fakta yang perlu kita tahu:

  • Lelaki yang dah kahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon yang membuatkan perut senang buncit.
  • Bila ade sexual intercourse, orgasm dan sebagainya kelenjar pituari kat otak akan merembes hormon yang menggalakkan pembesaran sel.
  • Lepas kahwin, selalu ada sexual activities. Kadar testosteron menurun masa air mani keluar akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Sebab tu perut senang buncit sebab badan susah nak bakar lemak/kalori.
  • Hormon estrogen (pengumpul lemak) yang tinggi dalam badan yang merosakkan hormon testosteron. Kurang hormon testosteron, muscle produced akan berkurang.

Perempuan pun sama jugak, tapi perempuan lepas kahwin bertambah berat badan secara overall sebab terkena ‘buatan orang’. Fakta telah mengatakan perempuan bertambah berat badan kerana khasiat air mani si suami itu sendiri. Antara khasiatnya:
  • Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein yang berkhasiat.
  • Protein yang banyak akan meransang pertumbuhan sel dalam badan & menurunkan metabolisme.
  • Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
  • Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Bukanlah kena melawan fitrah kehidupan berumah tangga, tapi bila tengok pada punca banyak datang dari faktor hormon. Jadi, cara untuk atasi dan kurangkan perut buncit atau gemuk selepas berkahwin kita kena ‘kacau’ balik hormon kita. Paling utama, kurangkan hormon estrogen melalui pemakanan ataupun ambil anti-estrogen. Senaman dan gaya hidup sihat perlu diamalkan kerana boleh menstimulasikan kelenjar hormon kita agar bekerja secara optimum.

Lagi satu cara ialah kita kena tingkatkan kadar metabolisme badan kita. Tambahan pula umur semakin meningkat kadar metabolisme akan menurun. Bagi mengekalkan atau meningkatkan kadar metabolisme sentiasa tinggi saya cadangkan kita mengamalkan Cinch Energy Tea Shaklee. Boleh baca perinciannya dengan klik Kebaikan dan Keisitimewaan Cinch Energy Tea Shaklee.

Secara ringkasnya CInch Energy Tea ini dapat:

  • Mengandungi antioksidan EGCG yang meningkatkan kadar metabolisme dan pembakaran lemak
  • Mengurangkan selera makan
  • Membantutkan pembinaan sel lemak
  • Memberi kesegaran dan bertenaga terutama ketika memandu 

Cinch Energy Tea Shaklee tingkatkan kadar metabolisme badan

Jangan putus asa untuk kurus dan hilangkan perut buncit. Jempu baca dan klik Tips Untuk Kurus. Anda juga boleh dapatkan Set Slimming  Shaklee untuk membantu mengurangkan berat badan dengan lebih sihat dan berkesan.

Betulkah orang cakap buncit itu seksi? Rasa macam tak jer. Buncit ini merugikan. Susah cari saiz baju seluar dan paling tak best nampak tua sebelum usia. Jadi kepada lelaki dan encik suami yang buncit jomlah berubah untuk hilangkan perut buncit dan amalkan kehidupan yang sihat. Apa tunggu lagi dan jangan bertangguh! Belilah Cinch Energy Tea dan Set Slimming Shaklee dengan saya sekarang!


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


10 Langkah Mudah Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme

with 0 Comment

Jangan berputus asa untuk kurus!

Kekadang kita dah amalkan diet, senaman bagai tapi berat badan macam tak turun-turun. Berbulan-bulan kita istiqamah. Tapi hasilnya tak seberapa. Kalau turun pun setengah kilo mahupun sekilo. Ada yang sampai berputus asa dan pasrah jer bila keadaan in berlaku. Kenapa ini berlaku? Jeng jeng jeng...

kurus dengan shaklee

Adakah kadar metabolisme boleh berubah bagi setiap individu? Sudah tentu. Sekiranya kita sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan,  meningkatkan metabolisme kita boleh membantu mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

Apakah metabolisme?

Metabolisme bagi setiap individu adalah berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak dalam tubuh seseorang. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak

Berikut adalah 10 langkah mudah untuk meningkatkan kadar metabolisme kita:

  1. Minum Air Secukupnya. Kita mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh kita untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan kita berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Kita juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan! Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut kita sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika kita tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan kita mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme kita. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila kita tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari kita juga akan menaikkan kadar jantung kita dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) kita sehingga 40%. Kita tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
  8. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  9. Pedas! Sekiranya kita suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk kita. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  10. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
kurus dengan shaklee

Amalkan 10 tips di atas. Insyallah kadar metabolisme kita dapat ditingkatkan sekaligus mempercepatkan proses mengurangkan berat badan kita. Tapi uols nak tahu tak? Sekarang dah jadi bualan mulut orang. Tahu tak cinch energy tea Shaklee sekarang laris bak goreng pisang panas. Dikatakan ramai yang berpuas hati dengan Cinch Energy Tea Shaklee ni. Ramai yang telah berjaya mendapat berat badan yang ideal dan tiada lagi masalah berat badan berlebihan.

Jom kita baca. Sila klik link di bawah


Jika ada pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Kebaikan dan Keistimewaan Cinch Energy Tea Shaklee

with 2 comments

Minuman kegemaran saya!


Sejak akhir-akhir ini Cinch Energy Tea telah menjadi bualan mulut orang ramai.  Ada yang sampai terbawa ke alam tidur dan bermimpi minum Cinch Energy Tea ini. Hahaha.. Memang agak laris. Ramai telah mendapatkannya.  Tapi kenapa fenomena ini terjadi? Apa yang bestnya Cinch Energy Tea ini?  

Cinch Energy Tea bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik untuk menaikkan metabolisme badan anda, ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).

Cinch tea shaklee

Fungsi ekstrak yang ada dalam Cinch Energy Tea

1) Matcha Green Tea

  • antioksida yang sangat tinggi
  • energy booster
  • metabolisme booster
  • bakar kalori up to 4x

2) Taurina
  • menggalakkan metabolisme
  • lebih bertenaga
  • larutkan lemak
  • membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) White Tea
  • membakar lemak-lemak berlebihan
  • menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
  • meningkatkan metabolisme
  • juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) Rooibos Red Tea
  • tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • melarutkan lemak
  • meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
  • agen detox yang kuat
5) Red Tea
  • Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
  • pejuang kanser yang kuat
  • Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

Siapa yang perlukan Cinch Energy Tea Shaklee ini?

testimoni cinch tea

Sesiapa sahaja yang memerlukan tenaga tambahan. Mereka yang sedang berdiet sangatlah digalakkan mengambil teh ajaib ini.


Anda ingin bertenaga sepanjang hari. Hadapi masalah metabolisme yang Rendah? Dah cuba diet sendiri tapi gagal? Dah cuba kurangkan nasi dan bersenam tapi masih gagal? Mungkin salah satu kurang berjaya adalah sebab metabolisma badan anda terlalu rendah dan tidak dapat membakar kalori dengan sebaik yang mungkin.
Jadi, memang banyak kebaikan dan keistimewaan Cinch Energy Tea Shaklee ni kan? Apa tunggu lagi. Anda wajib dapatkan Cinch Energy Tea Shaklee sekarang! 
Jika ada pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini






Cara Pengambilan Set Kurus Shaklee dengan Saya

with 5 comments
Jom kurus dengan Shaklee
Kurus dan Ramping itu menawan! Memang tidak disangkal lagi! Siapa kata gemuk itu menawan? Memang ada yang berkata 'gemuk itu menawan' tapi hanya dibibir sahaja tapi di hati tidak begitu. Mungkin sekadar menjaga hati sahaja. Memang rugi bila berat badan kita meningkat. Nak cari saiz pakaian susah, nak jenjalan cepat penat, penyakit senang dapat, katil roboh dan kekadang tu spring kereta pun boleh patah.

Kurus dan Ramping itu menawan!


Saya mohon maaf entri saya kali ini berbaur provok. Bukan menghina orang yang obesiti tapi lebih untuk memberi kesedaran bahawa mengawal berat badan unggul ini banyak faedahnya. Justeru itu saya mempelawa mereka yang menghadapi masalah kegemukan ini untuk mengamalkan cara pengambilan set kurus Shaklee dengan saya.

Sebelum tu mari kita berkenalan dengan konsep detox --> bakar --> bina

Alfalfa sebagai agen detox


Supplemen yang disyorkan untuk detoks adalah Alfafa.
Kedua-dua suplemen ini berfungsi merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. Yang paling penting ia semulajadi

Kenapa Perlu Detoks?

Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna.

Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.


Kurus dan Ramping itu menawan!

Lecithin membakar lemak

Fungsi utama Lecithin adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'. Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya membawa ia keluar. Tahukah kita? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan. 

Membina dengan Cinch Shake


Kandungan dalam Cinch diperkaya dengan Leucine dan ianya dirumus khas untuk membantu anda memecahkan kitaran diet yo-yo.
Untuk setiap hidangan Shaklee Cinch, anda akan mendapat:
  • 24 gram protein, 
  • 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 
  • 6 gram serat larut
Kurus dan Ramping itu menawan!
Protein amat diperlukan bagi pembinaan otot. Dengan otot yang sihat mampu menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori dengan baik. Kelebihan protein juga membantu anda merasa kenyang dan secara langsung membantu anda mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Kebaikan Cinch Shake
  • Rendah Indeks glisemik = 22; sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten.
  • Powered by Leucine untuk memelihara otot semsas anda menurunkan berat badan
  • Mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan membuatkan anda merasa kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi = 6 gram serat setiap hidangan
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting
  • Dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy)
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.
Dari kajian klinikal, Cinch membantu menghilangkan lemak yang terdapat pada otot dan dengan bantuan Leucine, akan membina otot dan mengekalkannya dalam bentuk jisim tanpa lemak (lean muscle). 

Jika ada bajet lebih, boleh add onn Cinch Energy Tea

Cinch Energy Tea Mix ini diambil bersama-sama dengan Cinch Shake Mix Shaklee dan produk-produk untuk tujuan pelangsingan lain yang telah dicadangkan oleh Shaklee. Energy Tea Mix dapat diminum sebagai snek ataupun minuman ringan waktu petang terutamanya bagi penggemar teh. Energy Tea Mix Shaklee adalah kurang gula dan semestinya sangat bagus untuk kesihatan. Selain itu, keistimewaan Enerygy Tea Mix ini ialah:

Kurus dan Ramping itu menawan!

  • Selamat dan merupakan penggalak tenaga semulajadi
  • Ditambah dengan taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Pilihan alternatif terbaik menggantikan kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
  • Tanpa gluten, tiada perasa tiruan, pewarna dan bahan pemanis 

Cara pengambilan set kurus Shaklee dengan saya.

Alfafa
5 biji alfafa sebelum breakfast
5 biji sebelum tidur

Lecithin
3 biji selepas lunch
3 biji selepas dinner

Cinch tea
1-2 sticks sehari bila2 masa.blh hidang sejuk atau panas. Blh dipelbagaikan variasi penyediaan.add honey, ginger, mint blh. Suka hati nak minum cmne..boost energy ..fokus bertambah..

Cinch shake.
1 scoop dicampur dengan 250ml susu rendah lemak atau plain water. Guna shaker.
Untuk permulaan ambil sekali sehari sebagai meal replacement.nak biasakan badan dengan pengmbilan cinch shake sebagai meal replacement. Samada bfast,lunch atau dinner. Apabila habis 1 canister. Ambil 2 kali sehari.. kesan penurunan lagi cepat..ambil bfast-lunch, bfast-dinner atau lunch -dinner.
Pastikan sehari mesti minum air paling sikit 2 liter. Boleh minum air segelas setiap sejam

Sila kawal kalori pemakanan setiap hari. Ambil makanan berkhasiat. Elakkan makanan deep fry serta bergoreng.. Blh guna minyak zaitun sebagai ganti minyak masak utk menumis. 
Exercise secara berkala dan jangan lupa  berdoa kepada Allah untuk menunaikan hasrat dan impian kita

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?