Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Hukum Qada' Puasa Ramadhan dengan Puasa 6 Syawal

with 1 comment

Jom puasa 6 Syawal!


Salam Syawal semua. Seronok beraya di kampung halaman? Masih lagi dalam mood beraya? Jangan lupa qada' puasa yang dicutikan (wanita sahaja) itu. Alangkah bagusnya jika kita dapat berpuasa sunat 6 di bulan Syawal. Banyak pahala tu! Tapi ramai yang dok gaduh bolehkah qada' puasa Ramadhan dengan puasa 6 Syawal? Macam mana ni? Jangan dok pening-pening. Mari kita baca keterangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan ini. Jemput baca!



Alhamdulillah, kita baru selesai melaksanakan ibadat puasa Ramadan dengan jayanya. Semoga Allah kurniakan kepada kita penerimaan segala ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan sama ada yang wajib mahupun yang sunat. Dengan menjelmanya Syawal, disamping kita berhari raya dengan penuh kesyukuran, kita juga digalakkan untuk melaksanakan puasa enam Syawal. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan. 

Dalam Irsyad Fatwa kali ini, banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan Hukum Qadha’ Puasa Ramadan Bersekali Dengan Puasa 6 Syawal. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini akan menjawab persoalan berkaitan dengan isu ini. Semoga kita semua menjadi hamba-hamba Allah yang bertakwa dan cintakan amalan soleh.

Kelebihan Puasa Enam

            Terdapat hadis yang menunjukkan kelebihan puasa enam. Antaranya:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالٍ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ
Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”
Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Turmuzi, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain. Imam al-Turmuzi berkata hadis hassan.

Ini menunjukkan bahawa maksud puasa Ramadan seolah-olah setiap hari mewakili 10 hari. Justeru, ditambah dengan enam hari Syawal, maka jadilah ia 360 hari. Itulah tafsiran sebahagian ulama.



Hukum Puasa Qada’ Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal

Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.
PERTAMA: SAH
  • Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat. Inilah pendapat:
  • Imam Ibn Hajar al-Haitami
  • Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah (1/162) dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
  • Imam al-Barizi. Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)
  • Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)
  • Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin
 KEDUA: TIDAK SAH
  • Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ tidak kepada puasa sunat Syawal. Inilah pendapat:
  • Imam al-Asnawi
  • Syeikh Ibn al-Solah
  • Abu Makhramah
  • Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)
Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.
Tarjih
Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.
Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).
Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ dan puasa enam Syawal. Sekian.
Sumber dan kredit: Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan

9 Tips Galak Anak Berpuasa Dengan Perasaan Seronok Dan Gembira

with 3 comments

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Kareem


Sebenarnya kartun Upin Ipin memang banyak memaparkan kebaikan dan mempunyai nilai tauladan yang dapat dicontohi oleh anak kita. Bagus untuk anak kita menontonnya. Kekadang kita sebagai ibu bapa pun ralit menonton Upin Ipin ini disebabkan kartun ini membawa kita mengimbau kenangan silam di zaman kanak-kanak kita.

Berpuasa dengan Shaklee


Sebagai contoh episod Upin Ipin berpuasa di bulan Ramadhan berjaya membuat hati kita tercuit dan fikiran kita bingkas melayang ke zaman kanak-kanak. Kita mula teringat kenangan kita mula-mula belajar berpuasa dulu. Baring depan peti sejuklah, rendam muka dalam kolah sejam sekali, akal buat-buat terlupa makan dan sebagainya. Macam-macam ragam. Betul tak? 

Tips galak anak berpuasa yang mudah ialah menyuruh mereka menonton Upin Ipin episod berpuasa di bulan Ramadhan. Jadi anak kita dapat menghayati betapa seronoknya berpuasa dan ini memudahkan tugas kita untuk mendidik mereka berpuasa.

Anak sulung saya Irfan Izzarif mula belajar berpuasa pada tahun lepas ketika umur 6 tahun. Alhamdulillah dapat 24 hari dia berpuasa. Itu pun berjenuh jugaklah saya 'berperang' dengan dia. Pendekatan psikologi selalu saya amalkan bagi mengalih fikiran anak saya ni daripada asyik berfikir tentang lapar dan dahaga. Hari pertama sahaja susah dan memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak berpuasa.

Berpuasa dengan Shaklee


Okay mari kita baca tips galak anak berpuasa dengan perasaan seronok dan gembira. Saya senaraikan mengikut pengalaman saya mengajar anak saya berpuasa.

  1. Ajar anak niat puasa, terangkan kenapa kita perlu berpuasa. 
  2. Masa kejut untuk bersahur, secara perlahan-lahan beritahu tentang kelebihan bersahur.
  3. Sahur bersama-sama. Pastikan masakan sahur makanan kegemaran anak kita dan sedap!
  4. Semasa seharian berpuasa, jika anak penat, suruh dia mandi untuk segarkan badan.
  5. Menjelang berbuka, tanya anak kita apa makanan kegemaran untuk berbuka. Jika boleh ajak anak kita membantu siapkan hidangan berbuka.
  6. Jangan beri anak bermain lebih-lebihan di kawasan luar rumah. Nanti letih nak air pula.
  7. Jika ada adik kecil, jangan beri adik-adik kecil makan depan mereka.. Biskut kering pun boleh terliur tau.
  8. Beri galakan dan sokongan moral semasa berpuasa. Sentiasa ungkapkan, "Irfan boleh berpuasa!"
  9. Berikan makanan semasa berbuka dan bersahur dengan hidangan lengkap dan berkhasiat. 
Tapi tips ini yang paling penting untuk anak kita berpuasa dengan bertenaga dan menghindar berlaku dehydration. Jom amalkan!

1. Waktu bersahur jangan lupa bancuhkan Mealshakes untuk anak kita.

Saya akan pastikan anak saya minum Mealshakes bagi memastikan dia bertenaga ketika berpuasa disamping mengekalkan kadar nutrisi diri sentiasa mencukupi. Jom baca kebaikan Mealshakes

Berpuasa dengan Shaklee

Berpuasa dengan Shaklee





2. Waktu berbuka pula jangan lupa jadikan performance drink ini sebagai minuman utama berbuka puasa. 

Badan kita kehilangan banyak air ketika berpuasa. Performance Drink dapat mengelak berlakunya dehydration. Jom baca kebaikan Performance Drink

Berpuasa dengan Shaklee

Pastikan Ramadhan kali ini anak kita dapat berpuasa dengan selesa, lebih bertenaga dan yang paling penting ialah sihat. Berikanlah anak kita Mealshakes ketika bersahur dan berbukalah dengan air Performance Drink. Jom dapatkannya sekarang dengan saya.

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:


♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



Tips Khas Untuk Ibu Menyusu Bulan Puasa

with 0 Comment

Berpuasa itu Rukun Islam ketiga!

Ramadhan Al Kareem memang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Bulan ini sangat istimewa kepada umat Islam kerana pelbagai ganjaran pahala boleh kita rebut dan nikmati. Umat Islam akan menjalani ibadat puasa selama sebulan, berterawikh di masjid, tadarus Al-Quran dan sebagainya. Tapi bagi ibu menyusu pasti berada dalam keadaan dilema. Kenapa perlu ada perasaan tu? Takut susu kurang? Bimbang badan menjadi lemah dan tidak bermaya jika meneruskan penyusuan? Risau tenaga kurang dan melepek sepanjang hari? 



Ibu menyusu jangan bimbang berduka durja kerana amalan penyusuan susu ibu adalah amalan yang mulia. Berpuasa sememangnya lapar dan dahaga. Belum dengar lagi berita ibu menyusu maut di bulan Ramadhan. Entri kali ini saya ingin berkongsi tips khas untuk ibu menyusu di bulan puasa. Jom kita baca!


Makan 3 kali sehari

Ibu menyusu memerlukan tambahan kalori sehingga 700 kalori sehari. Biarpun berpuasa, kita perlu makan 3 kali sehari iaitu ketika sahur, berbuka dan waktu moreh. 


Makan makanan seimbang


Sewaktu sahur, berbuka dan semasa moreh, pastikan kita mengambil makanan yang seimbang mengikut saranan piramid makanan


Makan kurma



Kurma mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh. Kurma turut kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah di antara 1.8-2.0% manakala kandungan gulanya pula adalah 50-57%. Kita sangat digalakkan untuk memakan tiga hingaa tujuh biji kurma setiap kali waktu makan terutamanya ketika bersahur


Minum air banyak


Jumlah air yang perlu kita ambil setiap hari adalah 3 liter sehari atau lebih. Lebih tepat lagi 1liter untuk setiap 25kg berat badan. Oleh itu, kita digalakkan untuk banyakkan minum air kosong bermula dari waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang waktu imsak. Selain air kosong, kita juga boleh ambil jus buahan segar, minuman panas yang memberi tenaga seperti coklat dan susu segar. Air panas dipercayai dapat membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.


Kerap menyusu dan mengepam



Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu akan dihasilkan. Bagi yang bekerja dan berpisah sementara dengan bayi, kita perlu mengepam payudara kerana semakin banyak susu ibu dikeluarkan, semakin banyak ia dihasilkan. Kebiasaannya susu ibu lebih banyak di awal pagi iaitu ketika waktu sahur.


Kawalan minda


Sentiasa yakin bahawa kita masih boleh meneruskan penyusuan biarpun berpuasa. Jangan sesekali berfikiran bahawa susu ibu berkurangan sehingga tidak cukup untuk keperluan anak. 


Set Mighty Triple Gem

Tips Khas Untuk Ibu Menyusu Bulan Puasa

Anda boleh terus membeli Set ini dengan Shaklee tanpa melalui saya dengan lebih cepat dan mudah. Hanya perlu klik link di bawah:

Set Combo Puasa1
Set Combo Puasa2
Full Set Combo Puasa

Ibu menyusu boleh mengamalkan set ini ketika berpuasa di bulan ramadhan. Rasa gusar nak berpuasa sebab takut tak tahan lapar dan takut production susu merudum kan? Jangan Risau. ESP, Mealshake & PD boleh membantu kita. InsyaAllah ibadah puasa kita akan berjalan lancar.. 

Berpuasa adalah Rukun Islam ketiga dan fardu ke atas setiap muslim. Jadi bukan alasan kita untuk ponteng berpuasa dengan mudah. Cabaran ibu menyusu amatlah mencabar. Walaubagaimanapun ganjaran pahala yang besar Allah berikan kepada ibu yang menyusu ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu menyusu diluar sana. Ingat! Anak kita hanya minum susu ibu dan bukan susu lembu!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Vitamin Untuk Atasi Gastrik di Bulan Puasa

with 1 comment
Dilema pengidap gastrik di bulan puasa

Salam semua. Sihat? Janganlah tak sihat pulak. Kita perlu badan yang sihat untuk menyambut Ramadhan ini. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Jika kita sihat maka senanglah kita nak menjalani ibadah puasa dan melipat gandakan amalan-amalan lain seperti bertarawikh dan bertadarus Al-Quran.

atasi gastrik dengan vitamin shaklee

Bercerita pasal puasa ni pasti pengidap gastrik menghadapi dilema. Hati bersemangat nak berpuasa, tapi jika gastrik melanda semua kerja tak jadi. Asyik menahan sakit jer. Puasa pun boleh terbantut. Kesian kan? Yang sihat jangan pula nak ambil kesempatan kata gastrik sebab nak tuang puasa. Berdosa beb!

Jangan risau. Zaman moden ini memang terdapat vitamin untuk atasi gastrik di bulan puasa. Insyallah ia dapat membantu pengidap gastrik untuk berpuasa dengan lebih tenang. Sebelum itu, mari kita baca untuk mengetahui serba sedikit penyakit gastrik ni.

Bagaimana gastrik terjadi?

Perut kita mengandungi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.


Testimoni vitamin shaklee atasi gastrik


Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan. Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut. Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.


Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut. Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.



Gejala Gastrik
  • Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol. 
  • Mual. 
  • Muntah. 
  • Hilang selera dan terasa sebu. 
  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit. 
  • Hilang berat badan.
  • Pedih ulu hati.

Bahaya Gastrik

Jika keradangan ini dibiarkan tanpa rawatan, lama kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. Jom kita baca pengalaman pesakit gastrik ini

Testimoni vitamin shaklee atasi gastrik

Atasi gastrik dengan Shaklee


Ostematrix
  • vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.


B Complex
  • bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
  • berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.

Apa kata mereka setelah mengamalkan Shaklee?

Testimoni vitamin shaklee atasi gastrik

Vitamin Untuk Atasi Gastrik di Bulan Puasa

Vitamin Untuk Atasi Gastrik di Bulan Puasa


Sesungguhnya jika ada cara lain yang boleh mengatasi gejala gastrik, anda wajib untuk mengamalkannya. Tiada istilah rukhsoh puasa selagi anda belum cuba mengamalkan vitamin ini untuk atasi gejala gastrik anda. Insyallah vitamin Shaklee dapat atasi gastrik anda di bulan puasa tahun ini.  

Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sayang uols semua!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Kekal Segar dan Bertenaga Ketika Berpuasa dengan Mighty Triple Gem

with 0 Comment
Ramadhan datang lagi!

Salam ceria semua! Jangan murung-murung. Senyumlah selalu. Melalui senyuman kita dapat mengecas ion-ion positif untuk diri kita. Kita kena sentiasa sihat dan ceria barulah mudah kita memperolehi kisah-kisah positif dalam hidup kita. Betul tak?

Selalu saya asyik bercerita tentang testimoni orang saje. Entri kali ini saya nak cerita kisah marathon saya ganti puasa pada tahun lalu. Memang begitu mencabar! Saya masih ada 18 hari puasa yang tak qadha' lagi menjelang Sya'ban tahun lepas. Setelah ditolak cuti keperempuanan, saya betul-betul kesuntukan masa. Uhhh....Saya juga seorang ibu yang menyusukan bayi. 

suplement untuk berpuasa

Oh ya, lupa nak bagitahu. Saya terpaksa menqadha' puasa selama sebulan lantaran melahirkan anak kedua saya pada 3 Ramadhan tahun 2011. Saya memang tak berpeluang menunaikan puasa langsung walaupun sehari pada tahun tu. Apa nak buat kan... Allah telah mengurniakan saya rezeki sambil menguji keimanan saya.

Nasib baik ada set Mighty Triple Gem. Ia menjadi peneman setia saya sepanjang marathon ganti puasa. Bahkan ia menjadi semakin akrab di Bulan Ramadan. Sebagai ibu menyusu saya  kena menjaga kesihatan saya supaya tidak terhidrat untuk kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa. Jadi mommy-mommy yang breastfeeding kalau rasa cuak dan gusar, janganlah ponteng atau skipp puasa. 

Zaman moden ini dah banyak suplement atau vitamin yang dapat membantu kita berpuasa dan meneruskan penyusuan kita kepada bayi kita. Saya kekal segar dan bertenaga, susu pun cukup, meriah dan pekat. Yang penting saya semakin slim dan ramping kerana puasa marathon! huhuhuhu.

Jom kita bersual kenal dengan Mighty Triple Gem

suplement untuk berpuasa


Energizing Soy Protein
  • Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
  • Membekalkan tenaga,
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
French Vanilla Mealshakes
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik mampu memberikan tenaga yang berpanjangan di bulan puasa.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
Performance Drink (Orange Flavour)
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum di waktu berpuasa. 

Alhamdulillah, saya selesai menqadhakan puasa saya sehari sebelum Ramadhan. Legaaaa. Tahun lepas memang mencabar. Berpuasa marathon sambil menyusukan bayi. Nasib baik ada set Mighty Triple Gem. Saya kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa dengan Mighty Triple Gem.

suplement untuk berpuasa


Sudahkah kita buat persediaan nak berpuasa? Terutamanya ibu yang menyusukan bayi. Memang boleh tanpa suplement utk berpuasa. Tapi ibu-ibu pasti akan berasa longlai dan tidak bermaya. Bila kita letih, mood kita akan menjadi kurang baik dan mengakibatkan pengeluaran susu terjejas.

Mighty Triple Gem bukan hanya untuk Ibu menyusu sahaja, semua golongan, lelaki, perempuan, ramaja, tua, muda, miskin, marhain, dan kaya boleh menikmatinya. Cepat grab mighty triple gem ini untuk anda kekal segar dan bertenaga berpuasa di bulan Ramadhan.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Keluarga Saya Jatuh Cinta dengan Kebaikan Meal Shakes Shaklee

with 0 Comment
Kebaikan Meal Shakes 

Salam Ceria Semua! Semoga semua sihat selalu. Hari ini saya bersemangat nak updet blog saya ni. Bulan ni ada PROMOSI Meal Shakes... Jun adalah peluang untuk kita grab meal shakes ini seberapa banyak yang boleh.  Sememangnya keluarga saya jatuh cinta dengan kebaikan meal shakes Shaklee ni. Itu yang excited nak cerita tentang Meal Shakes... 


keluarga Saya Jatuh Cinta dengan Kebaikan Meal Shakes Shaklee



Apa itu Meal Shakes? 



Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.



Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan serta sarat dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anak anda.



Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?


  • Bayi bermula 1 tahun ke atas
  • Sumber utama vitamin untuk kanak-kanak
  • Perangsang kepada anak yang kurang selera makan
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga emas
Keistimewaan Meal Shakes Shaklee
  • Sumber yg kaya dgn fiber, protein dan kalsium
  • Rendah glisemik dan lemak
  • Lengkap dengan protien dan 24 jenis A-Z vitamin penting, minerals dan trace minerals yang di perlukan untuk tumbesaran
  • Rasa french vanila yg sedap
Kelebihan Meal Shakes Shaklee
  • membantu perkembangan minda dan IQ anak
  • menambah selera makan anak-anak
  • membantu masalah sembelit
  • mengatasi masalah selalu selsema dan asma
  • menguruskan badan


Keluarga Saya Jatuh Cinta dengan Kebaikan Meal Shakes Shaklee


Kalau uols masih tak percaya, jom kita lihat testimoni-testimoni mengenai meal shakes. Jemput klik di sini. 

Sempena harga runtuh Meal Shakes ini, mari kita grab set vitamin yang berkaitan dengan Meal Shakes ni:


Kini, keluarga saya jatuh cinta dengan Meal Shakes ni. Memang menjadi menu wajib sarapan pagi setiap hari. Perut kenyang disamping sarat dengan vitamin. Anda bagaimana?

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?