Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label chewable vita-C. Show all posts
Showing posts with label chewable vita-C. Show all posts

Tips Cegah Dan Atasi Ruam Lampin Paling Awesome

with 3 comments

Adooooooi, baby kena ruam lampin!

Ruam lampin disebabkan oleh kegatalan kulit yang berlaku apabila bahan kimia air kencing mula dipecahkan oleh kuman-kuman. Mula-mula kulit akan menjadi bintik-bintik dan lembap. Kemudian kulit menjadi tebal dan berkedut dan seterusnya menggelupas di bahagian tepi. 


Saya mempunyai pengalaman kisah ruam lampin ni. Anak saya Ilmuna dulu pun terkena ruam lampin. Kesian sangat tengok dia bila naik merah-merah celah kangkang dan sekitar kemaluan dia. Masa nak cuci kencing dan air besar mesti dia menangis sekuat hati. Aduhaaaai sedihnya! Tapi setelah saya amalkan tips cegah dan atasi ruam lampin paling awesome ini, ruam lampin terus lenyap dan tidak muncul-muncul lagi. Alhamdulillah syukur.

Penyebab Ruam Lampin

  • Geseran: Geseren yang berlaku antara kulit bayi dan lampin yang basah boleh menyebabkan ruam lampin terjadi.
  • Kerengsaan: Kerengsaan berlaku disebabkan bahan dari lampin itu sendiri (kadang-kadang kena cuba tukar jenama pampers untuk keserasian bayi), atau sebab bahan pencuci (semasa membasuh lampin) atau juga boleh disebabkan air kencing bayi itu sendiri. Mungkin bayi dibiarkan terlalu lama tanpa ditukar lampinnya.
  • Jangkitan kulat: Jangkitan kulat atau fungal ini biasa berlaku disebabkan oleh organisma candida.
  • Alergik: Bayi mungkin alergic kepada sabun, losyen atau bahan pencuci lain.
Testimoni herbal blend atasi ruam lampin


Tips Cegah Dan Atasi Ruam Lampin Paling Awesome

  • Lampin bayi hendaklah ditukar lebih kerap. pilih pampers yang punyai daya resapan yang tinggi supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulit. 
  • Basuh sehingga bersih kemudian lap dengan tuala bersih dan lembut pada keseluruhan punggung, bahagian kemaluan dan celah peha sehingga kering.
  • Bersihkan bahagian kelamin dan punggung dengan teliti dan rapi setiap kali buang air besar. 
  • Biarkan anak kita bebas dari lampin seketika. Tidak perlu memakai lampin pada masa ini sehinggalah ruamnya kering dan bertambah baik.
  • Jika ruam itu berlaku disebabkan alergik kepada sabun atau bahan pencuci yang digunakan, maka berhenti memakai produk tersebut.
  • Boleh gunakan krim-krim yang dijual di pasaran untuk masalah ruam lampin seperti krim anti fungus. Tapi saya cadangkan krim Herbal Blend Shaklee untuk atasi ruam lampin ini. Herbal blend memang awesome!
Testimoni herbal blend atasi ruam lampin


Kandungan Herbal Blend yang membantu merawat ruam lampin

Terdapat kandungan ekstrak Rosemary dalam Herbal blend ini. Ia boleh bertindak sebagai antibakteria untuk lawan jangkitan kuman. Kulit bayi yang melecet boleh menyebabkan jangkitan kuman jika dibiarkan, jadi sapuan herbal blend dapat menyelamatkan keadaan.
Lagi satu sebab khasiat rosemary boleh merangsang pembaharuan sel kulit dan memperbaiki kulit yang teruk sensitif tadi.

Rahsia kedua adalah pada Ekstrak Chamomile. Digunakan secara tradisional sejak zaman dahulu lagi bagi meradakan keradangan. Ia bertindak sebagai anti keradangan pada kulit kemerahan yang terjadi akibat ruam lampin.


Herbal blend ni krim serbaguna. Berikut ialah keistimewaan dan kegunaan Herbal Blend ini: 
  • Melembutkan kulit kasar dan rekahan atau pecah-pecah pada tumit
  • Membantu menghilangkan parut pada kulit. Parut jerawat kat muka pun boleh hilang..
  • Hilangkan ruam lampin dan ruam pada badan bayi. Apa-apa jenis ruam pun boleh.
  • Bantu atasi gatal-gatal pada kulit. 
  • Beri kelegaan ketidak selesaan semasa demam
  • Boleh jadi losyen untuk keguaan seharian
  • Bantu kurangkan keradangan kulit

Jom kita tengok testimoni di bawah ini:


Testimoni Herbal Blend #1
Testimoni herbal blend atasi ruam lampin

Testimoni Herbal Blend #2
Testimoni herbal blend atasi ruam lampin

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Mencegah Pneumokokal dengan Shaklee

with 0 Comment
Pneumokokal ancam kanak-kanak

Saya dah lama nak bercerita tentang ni. Bulan lepas semasa saya menemani anak sulung saya Irfan bersunat di sebuah klinik saya terbaca artikel mengenai penyakit ini di dinding klinik. Ejaan dan bunyinya sangat pelik. Saya memang tak pernah dengar mengenai penyakit ini. Memang kekurangan info mengenainya. Awas! Penyakit ini amat merbahaya kepada kanak-kanak. Tetapi baru-baru ni anak kawan saya disahkan mengidap penyakit ini. Lantas terus saya updet entri mengenai pneumokokal dan cara pencegahannya.


cegah kanak-kanak dari pneumokokal


Mungkin ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneu- mokokal itu sebenarnya. Ramai yang kurang prihatin terhadap masalah penyakit penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak. Antara penyakit berjangkit dan kematian utama di kalangan kanak-kanak yang semakin disedari di seluruh dunia ialah pneumokokal (PnD).


Apa itu jangkitan Pneumokokal?

Penyakit pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.


Anggaran yang dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu turut mendapati, setiap tahun penyakit itu menyebabkan kematian lebih sejuta kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah di negara membangun.

Bakteria s. pneumoniae menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa seperti pneumonia, meningitis dan bakteremia (keracunan darah) dan juga otitis media (jangkitan bahagian tengah telinga).

Jemput baca kisah sedih ini di sini. 

Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?

Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.



cegah kanak-kanak dari pneumokokal
Gambaran X-ray yang menunjukkan paru-paru yang mengalami pneumonia.
Dianggarkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak tadika dan prasekolah juga menjadi pembawa bakteria pneumokokus yang boleh disebarkan kepada kanak-kanak lain dalam pergaulan harian di tadika atau taman asuhan.

Lagi kisah bahayanya pneumococcal di sini. 

Apakah ada vaksin dan bagaimana ia diberikan?

Vaksin terdahulu ialah pneumococcal polysaccharide vaccine (PPV) yang mengandungi 23 antigen pada lapisan yang telah ditulenkan. Vaksin yang terbaru ialah pneumococcal conjugate vaccine (PCV) yang telah diubahsuai dengan menggabungkan 7 lapisan kapsul polisakarida yang telah ditulenkan dan setiap satunya digabungkan dengan toksin difteria yang telah di nyah aktifkan, untuk mempertingkatkan keberkesanan vaksin ini. Polisakarida adalah kandungan gula kompleks yang merupakan sebahagian daripada kuman bakteria itu sendiri. Vaksin ini harus diberikan melalui suntikan ke dalam otot. 



cegah kanak-kanak dari pneumokokal

PCV boleh diberikan pada usia 2, 4 dan 6 bulan, manakala dos ke 4 diberikan pada usia antara 12 hingga 15 bulan. PCV atau PPV boleh diberikan kepada kanak- kanak berusia 2 hingga 5 tahun.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibubapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada bayi-bayi mereka yang sihat. Vaksin ini adalah disarankan untuk kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya seperti pesakit Talasemia 


Mencegah pneumokokal dengan Shaklee

Sebagai ibubapa kita boleh mencegah pneumokokal dengan meningkatkan tahap imunisasi anak kita. Anak-anak saya dari umur 1 tahun lagi telah diberi vitamin shaklee seperti Nutriferon, Omega Guard, Chewable Vita C dan Meal Shakes Shaklee bagi memelihara kesihatan mereka. Ini hanya sebagai langkah-langkah pencegahan atau menambah sistem imun mereka dari peringkat awal. Jadi, apa yang perlu kita buat ialah jaga pemakanan mereka serta cegah awal penyakit-penyakit biasa atau berjangkit ini dari awal.


cegah kanak-kanak dari pneumokokal

Jemput baca kebaikan dan keistimewaan vitamin ini:

Nutriferon
Omega Guard
Chewable Vita C
Meal Shakes


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271

♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Chewable Vita C Shaklee: Kepentingan Vitamin C kepada Kita

with 4 comments
Kebaikan vitamin C dalam Chewable Vita C Shaklee

Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.

Menariknya Chewable Vita C ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas tetapi turut boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka vitamin berbentuk pil yang perlu ditelan dengan air. Mudah sahaja untuk makan Chewable Vita C ni. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.

kebaikan chewable vita C Shaklee


Secara asasnya kebaikan Chewable Vita C ini sama dengan Sustained Released Vita C. Apa kebaikannya? Jom kita baca!
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 
Keistimewaan Chewable Vita C

  • Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
  • Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
  • Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
  • Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga


Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:

  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan


Keperluan Vitamin C dalam badan kita:

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Vitamin Kanak-Kanak: Kepentingan Vitamin Untuk Anak

with 0 Comment
Kepentingan Vitamin Untuk Anak

Dalam menghadapi gaya hidup moden ini mampukah kita memastikan keperluan vitamin kita mencukupi, tambahan pula dengan kebatasan masa mengurus kerjaya dan rumah tangga kita sememangnya tidak cukup tangan untuk menyediakan makanan yang betul-betul berkhasiat untuk diri sendiri mahu pun keluarga kita.


Anak adalah harta kita paling bernilai
Apa akan terjadi kepada anak-anak kita? Maklum sajalah kita memang seharian suntuk di tempat kerja. Dapatkah kita meluangkan masa untuk memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak kita? Bercakap mengenai kasih sayang kepada anak salah satu konsep kasih sayang  adalah memastikan keperluan nutrisi permakanan yang lengkap dengan khasiat dan vitamin kepada anak kita.

Sebelum itu mari kita baca kepentingan vitamin untuk kanak-kanak

  • Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
  • Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
  • Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
  • Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

Tanggungjawab ibu akan bertambah berat bila memikirkan berapa kilo sayur kena makan ni? apa jenis lauk ikan, daging atau ayam kena beli? Bagaimana dengan proses penyediaan makanan pula. Bolehkah kita memastikan zat-zat vitamin yang terdapat dalam makanan itu kekal atau hilang? Stress dan memang stress bila kita fikir deep macam ni. Betul tak?

Dari kajian menunjukkan pelbagai masalah kesihatan kanak2 termasuk asma dan ekzema berkait rapat dengan pemakanan – pengambilan ikan dan bijirin. Kajian yang dibuat ke atas 598 kanak2 menunjukkan peningkatan terhadap kesihatan kanak2 yang menghidap masalah di atas setelah menambah pengambilan ikan dan serat, manakala menambah pengambilan buah dan sayur tidak membantu untuk mengurangkan masalah mereka.


Jadi, apa yang anak kita perlukan dari sumber ikan dan bijirin tu? – Protein,Minyak ikan, Serat.

Namun, menurut environmentalist, pengambilan ikan yang banyak boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kerana kandungan logam berat seperti merkuri akibat pencemaran air laut. Jadi, dari mana kita nak dapatkan kebaikan protein dan minyak ikan ni? Info

Sesibuk mana pun kita sebagai ibubapa, keperluan makanan anak jangan diabaikan. Bagi mengurangkan bebanan dan keluh kesah ibubapa,  di sini saya mengesyorkan untuk mengambil makanan tambahan atau vitamin sebagai keperluan nutirisi makanan lengkap untuk  anak mereka. Justeru itu saya mencadangkan beberapa  vitamin untuk kanak-kanak seperti berikut.

Omega Guard

Merupakan minyak ikan terbaik . Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak. Info lanjut mengenai Omega Guard klik sini

Meal Shakes
  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua

Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap. 


Chewable Vita-C 100mg
Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C. 

  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan 
  • enting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B

WOW!! Saya ada buah tangan untuk uols. Jom tengok kisah ibu yang rungsing bila anak  selalu tidak sihat. Akhirnya setelah.... Oooopss! Nak tahu seterusnya kliklah video di bawah ini. Wajib tengok! Jangan tak tengok tau. Nanti rugiiii...



Secara ringkas
  • Kanak-kanak bawah 1 tahun – minum susu ibu dan mendapat khasiat dari susu ibu yang diminum.
  • Kanak-kanak 1-3 tahun – ambil mealshake sesudu sehari yang dicampur dengan air sejuk atau suam. Boleh ambil Omega Guard. Omega Guard juga dikenali sebagai vitamin 'pecah' oleh kanak2 krn perlu pecahkan kapsul dulu sebelum dipicitkan ke mulut. Juga boleh ambil soy protein (ESP) dalam kuantiti yang serupa.
  • Kanak-kanak 4 tahun ke atas – mealshake, omega guard,  dan chewable Vita-C.


Peringatan: Kena pastikan anak tiada alahan protein soya kerana Meal Shake Shaklee adalah soy based.

Mari dapatkan khidmat nasihat percuma untuk kesihatan anak2 dengan pembelian di Superb Vitamin Shoppe!



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?