Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label buah pinggang. Show all posts
Showing posts with label buah pinggang. Show all posts

Jangan Ambil Mudah Gejala Kencing Kotor Ketika Hamil

with 0 Comment

Cegah lagi baik daripada mengubati


Sejak akhir-akhir ini banyak benar cerita buruk tentang Shaklee. Isu yang tak betul tapi diulang-ulang saban tahun. Saya malas nak layan cerita negatif yang tidak betul ini. Memang nak bisnes Shaklee ni banyak cabarannya. Almaklumlah produk Shaklee ini kan bagus dan terbaik. Ada yang dulu benci tapi sekarang tangkap cintan dengan Shaklee. Ada yang dulu benci tapi sekarang menjana pendapatan dengan Shaklee. Hahahahaha

Set vitamin kencing kotor


Barang yang baik tidak memerlukan kata-kata indah untuk dicanang. Kalau benih yang baik tu campak ke laut mana pun, ia tetap hidup dan menjadi pulau. Betul tak? Tadi saya baru dihubungi oleh seorang bakal ibu muda yang mengalami masalah kencing kotor ketika hamil. Ibu ini baru sahaja membuat pemeriksaan rutin ibu mengandung dan doktor mengesahkan beliau mengalami gejala kencing kotor ketika hamil.

Kencing kotor ketika hamil ini jangan kita ambil mudah. Jangan pandang enteng! Jangkitan kuman boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan buah pinggang rosak. Paling menakutkan apabila kuman berjaya merebak ke dalam darah dan boleh menyebabkan kematian. Bukan itu sahaja, ibu hamil kemungkinan risiko tinggi berlakunya bersalin bayi pra matang. Dahsyatkan? Kata kunci di sini jangan ambil mudah!



Kencing kotor atau Urinary Tract Infection (UTI) ialah  jangkitan kuman di saluran kencing. Jangkitan kuman telah melibat ke bahagian pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh)

Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabila jangkitan kuman berlaku, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.

Apakah punca wanita hamil mendapat kencing kotor?

  • Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus.
  • Wanita yang hamil pula mudah menghidap jangkitan kuman berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Ini disebabkan perubahan hormon dalam wanita hamil. 
  • Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing. 
  • Dalam masa yang sama, rahim yang membesar juga menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
  • Otot pada pundi kencing akan menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak. 
Set vitamin kencing kotor

Simptom dan gejala kencing kotor
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak (kencing tak lawas)
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk, sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang.
  • Sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Alhamdulillah, pengalaman 3 kali saya mengandung tidak pernah mengalami gejala kencing kotor ketika hamil ini. Saya sentiasa aware dan amalkan setiap tips mengandung dengan cara yang betul. Paling penting kena pastikan nutrisi ibu hamil sentiasa mencukupi.

Tips pencegahan kencing kotor ibu hamil

  • Minum lebih banyak air masak Sekurang-kurangnya lebih 8 gelas sehari. Air kencing yang jernih menunjukkan kuantiti air dalam badan kita mencukupi. Jika masih lagi bewarna kuning itu menunjukkan badan kita masih lagi kekurangan air. 
  • Jangan risau dengan kekerapan membuang air kerana ia sangat bagus untuk proses penyigkiran air kencing kotor ini.
  • Segeralah pergi membuang air kecil jika terasa berbuat demikian. Jangan bertangguh atau menahan kencing terlalu lama kerana ia menggalakkan bakteria membiak dalam pundi kencing.
  • Wanita hamil perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas. Ia bertujuan untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat dan diperbuat dari nilon
  • Walaupun hamil, aktiviti seks boleh dilakukan dengan suami. Namun dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks
  • Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor
  • Kurangkan makan makanan manis atau minum air yang mengandungi kafein
  • Amalkan pemakanan vitamin ibu hamil shaklee bagi memastikan tiada komplikasi ketika hamil. Insyallah fasa kehamilan kita sentiasa sihat, bertenaga dan ceria!

Set Vitamin Kencing Kotor

Set vitamin kencing kotor

  • Garlic Complex -  Bertindak sebagai antibiotik secara semulajadi
  • Sustaine Vitamin C - Meningkatkan sistem badan. 
  • Ostematrix - Membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon. Membantu perkembangan tubuh badan normal , membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

PERHATIAN

  • Jika ibu hamil masih lagi mendapati air kencing kotor dan kelihatan berdarah atau demam yang teruk selama 3 hari,  dinasihatkan agar terus berjumpa doktor 
  • Doktor akan segera memberi rawatan antibiotik. Janga lambat berjumpa doktor kerana kencing kotor mudah dan cepat merebak ke buah pinggang. 



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Kesilapan Ramai Wanita Dalam Menangani Senggugut atau PMS Boleh Membawa Maut

with 0 Comment

Sakit Sahaja mesti telan ponstan!



Kesakitan senggugut boleh dihilangkan dengan mudah hanya dengan mengamalkan makan ubat seperti panadol, ponstan, aspirin, tramadol, ibuprofen dan sebagainya. Sebenarnya ubat-ubat ini untuk menahan sakit sahaja dan tidak mampu untuk menyembuhkan senggugut. Nak tak nak kita kena akui kesilapan ramai wanita dalam menangani masalah senggugut atau PMS ini ialah hanya melegakan senggugut buat sementara waktu tanpa berusaha untuk menyembuhkan senggugut. 


Sengugut kerap dialami wanita ketika kedatangan haid. Peringkat ringan sengugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar haid yang tidak menentu. Sengugut yang dialami pada zaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin. Namun sesetengah kes, ia berpotensi menjadi lebih serius. 

Bagi senggugut atau 'period pain' yang kronik, akan meyebabkan wanita mengalami kesakitan yang kuat pada bahagian perut, keletihan melampau, sakit belakang, muntah-muntah dan cirit birit. Sengugut yang sudah tahap kronik dan dibiarkan berlarutan boleh mendatangkan masalah lain seperti kemandulan.  




Apakah yang menyebabkan sengugut berlaku? Pengeluaran sejenis bahan, iaitu prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugut. Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat. Ini akan menyebabkan wanita yang mengidap senggugut akan sakit dan tidak selesa berjam-jam lamanya.

Tanda-tanda senggugut menyerang 

  • Kedatangan haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek. Lebih teruk lagi jika  ia datang sehingga dua kali dalam sebulan.
  • Sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatangan haid.
  • Terdapatnya gumpalan di dalam darah yang keluar sebagai darah haid.
  • Mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.
  • Kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.

Kadangkala senggugut disertai dengan beberapa gejala:

  • Sakit kepala
  • Rasa loya
  • Muntah-muntah
  • Masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.
  • Mudah pitam atau pengsan.
  • Simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh melanjutkan tempoh haid.
  • Kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari.

Kesilapan ramai wanita dalam menangani senggugut tau PMS

Bukan sedikit, tapi ramai rupa-rupanya wanita yang mengambil langkah yang sama. Hampir semua wanita yang mengalami PMS atau senggugut akan ambil ubat sebagai penahan sakit.

Tidak boleh salahkan pengidap senggugut. Sebenarnya mereka ambil ubat penahan sakit kerana mereka tidak tahu ada pilihan yang lebih baik.  Sedangkan mereka tak sedar apa yang mereka lakukan itu seolah olah sedang 'menjahanamkan' buah pinggang mereka secara perlahan-lahan.

Sejujurnya, kita boleh ambil pain killer ini jika keadaan sudah tidak berdaya dikawal. Kalau sebulan takpa lagi. Ada wanita senggugut terpaksa 'bercinta' dengan ponstan bertahun-tahun lamanya. Setiap bulan ketika haid datang mesti ambil ponstan untuk tahan kesakitan senggugut. 

Cuba bayangkan berapa banyak yang kita 'terpaksa' makan dan cuba bayangkan kesan jangka panjang terhadap buah pinggang nanti. Jika satu hari nanti kita dah sakit buah pinggang, baru nak menyesal? Sudah terlambat. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.


Hilangkan Senggugut Secara Semulajadi

Setiap penyakit ada penawarnya. Kini mimpi ngeri setiap bulan wanita senggugut pasti tidak menjelma lagi jika mengamalkan GLA Complex. Insyallah, cara ini lebih selamat kerana ia tidak menggunakan sebarang bahan kimia tetapi ia dicipta hanya menggunakan bahan semula jadi. Jemput baca kebaikan GLA Complex 



Secara ringkasnya GLA ini memberikan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Ia melegakan kesakitan akibat senggugut, mengurangkan sakit kepala dan membantu kitaran haid agar tidak 'berterabur'.

Untuk langkah pencegahan senggugut jangka panjang dan sekaligus menghapuskan masalah senggugut ini setiap bulan, saya mencadangkan kepada pengidap senggugut untuk mengamalkan supplement senggugut shaklee ini.


B - Complex
  • Pengambilan B-Complex dapat melegakan stress/ ketegangan ketika haid, mengurangkan rasa sakit dan mengawal emosi.
  • Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik.
  • Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
Ostematrix 
  • Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar
  • Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D - yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen.
  • Magnesium - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
  • Boron - membantu dalam metabolisme tulang
  • Zink,mangan, dan tembaga - bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
GLA Complex
  • Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
Apa lagi tunggu tu? Wanita yang senggugut cepatlah bertindak. Inilah masanya untuk anda hapuskan mimpi ngeri setiap bulan. Takkan nak tahan sakit setiap bulan? Nak guling-guling atas tilam setiap bulan? Nak mc setiap bulan? Jom amalkan Set Senggugut Shaklee sekarang! Kebahagiaan pasti muncul untuk anda. Pasti!



Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya

Get Clean Water Pitcher adalah Water Filter Terbaik di Malaysia

with 1 comment
Kurangkan bebanan buah pinggang kita!

Cuba kita bayangkan air yang diminum setiap hari mengandungi bendasing halus, berbau dan masih ada klorin masuk ke esofagus setiap kali kita minum. Segala macam bendasing itu akan masuk ke tubuh kita. Siapakah yang akan tapis atau filter benda alah tu? Dah tentulah buah pinggang kita kan? Itu baru sehari. Kalau hari-hari, bertahun, berpuluh tahun mcm mana? Cuba kita bayangkan.  Adakah buah pinggang kita dapat menampung beban ini? Tentulah boleh rosak buah pinggang kita. Adakah kita sedar kepentingan air bersih selama ini? Justeru itu marilah kita mengurangkan bebanan buah pinggang kita dengan minum air yang bersih setiap hari.


Bagaimanakah kita nak dapat air bersih? Memang diakui air di Malaysia ini telah diproses sebelum disalurkan ke rumah penduduk untuk digunakan. Tapi siapa boleh jamin air paip di rumah kita tu betul-betul bersih dan tidak tercemar. Terutamanya di kawasan Lembah Klang. Masalah air bersih masih gagal ditangani oleh pihak berkuasa. Masih wujud lagi air berlumpur, kotor, berbau dan sebagainya. Walaupun air itu dimasak dengan suhu mendidih sekalipun ia masih tidak dapat menghapuskan pelbagai kekotoran bendasing ini. Kalau tak percaya cuba perhatikan air yg telah dimasak dibiarkan selama beberapa jam. Kita akan dapat perhati mendapan kekotoran bendasing terkumpul di dasar jag atau botol.

 Tak perlu menghabiskan duit beribu-ribu untuk dapatkan water filter


Justeru itu Shaklee memperkenalkan Get Clean Water Pitcher untuk membantu kita minum air bersih setiap hari. Tak perlu menghabiskan duit beribu-ribu untuk dapatkan water filter. Get Clean Water Pitcher adalah water filter terbaik di Malaysia. Hanya sekadar rm tiga angka di bawah rm1k kita sudah boleh mendapatkan water filter di rumah kita sekaligus dapat menikmati air yang bersih setiap masa.

Tepuk dada tanyalah iman. Nak yg mahal ke atau yg murah tapi berkualiti dan memang diakui sebagai water filter terbaik di Malaysia.

Kenapa saya memilih Get Clean Water Pitcher ini?
  • Mudah digunakan...tak perlu nak bersusah payang pasang ke singki... 
  • Hanya tuangkan sajer air kedalam jag, dan tak perlu tunggu lama air sudah boleh terus diminum
  • Kualiti air yang jernih dan rasa yang sedap...sama seperti penapis air yang mahal dipasaran.
  • Tak Perlu susah payah mencuci filter...kerana setiap 303 liter (80gelen) air hanya perlu tukar filternya sahaja..senang keja..kalau filter lain kena basuh kalau dah nampak kekuningan...sungguh malaskan!!!
  • Mudah dibawa kemana-mana...balik kampung, jalan-jalan, berkelah dll.. dijamin seisi keluarga dapat minum air bersih...so, tak perlu lagi beli air mineral...buang duit & mencemarkan alam sekitar dgn botol-botol plastik mineral itu.
  • Dan yang penting sekali... HARGA MAMPU MILIK!! kini semua orang boleh memiliki penapis air dengan harga yang sangat murah dan tidak perlu bersusah-payah lagi masak air, atau pergi ke kedai-kedai yang menyediakan tempat penapis air itu...atau menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata nak memiliki air yang bersih..
  • Jimat duit bukan....yang penting semua dapat manfaatnya...tiada lagi air karat dirumah..tiada lagi risiko meminum plumbum berat & apa2 jenis kotoran lain...

Jom kita kenal lebih dekat lagi dengan Get Clean Water Pitcher Shaklee ni.

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

  • Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
  • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
  • Yang penting dapat menjaga kesihatan buah pinggang kita.


Apakah kelebihan dan keistimewaan  Get Clean Water Pitcher ini

  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
  • Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos dan tak perlu dimasak
  • Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  • menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar
Apa kata pengguna Get Clean Water Pitcher ini?

 Tak perlu menghabiskan duit beribu-ribu untuk dapatkan water filter

 Tak perlu menghabiskan duit beribu-ribu untuk dapatkan water filter

Adakah kita sedar kepentingan air bersih selama ini? Justeru itu marilah kita mengurangkan bebanan buah pinggang kita dengan minum air yang bersih setiap hari. Wajibkan diri kita untuk sentiasa minum air yang ditapis selalu. Jadikan Get clean water pitcher Shaklee satu keperluan rasmi di rumah kita. Kita sihat dan keluarga kita pun sihat! Ameen bahagia.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:



Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?