Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label garlic complex. Show all posts
Showing posts with label garlic complex. Show all posts

Petua Atasi Masalah Keputihan Ketika Mengandung

with 4 comments

Cegah sebelum parah!


Saya sudah berkahwin dan alhamdulillah, saya kini hamil empat bulan. Sepanjang tempoh kehamilan, saya mengalami masalah keputihan dan berbau yang kurang menyenangkan, tetapi tidak gatal.
Saya ada bertanyakan masalah ini kepada doktor, tetapi menurutnya, perkara itu normal bagi ibu hamil selagi ia tidak berbau yang sangat busuk dan gatal. 


Memandangkan saya tidak selesa dengan bau yang tidak menyenangkan itu, saya mengambil ubat antikulat yang dimasukkan ke dalam faraj seperti yang disarankan oleh doktor. 


Tetapi saya tidak memakan sebarang ubat terbabit kerana ia tidak dibenarkan pengambilannya oleh ibu hamil, saya hanya dinasihatkan untuk memakan probiotik. Untuk pengetahuan doktor, saya tidak mengalami sebarang masalah keputihan sebelum saya hamil.



Atas nasihat doktor, suami saya juga memakan ubat antikulat, namun masalah saya masih berlarutan sampai ke hari ini. Terkini saya menggunakan pantyliner herba, tetapi masih tidak nampak keberkesanannya. Saya harap doktor dapat membantu saya menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini.



Azura Ab Karim, 
Kuala Lumpur 

Seeloknya keputihan terbabit diperiksa puncanya menggunakan ujian mudah. Sampel keputihan akan diambil menggunakan sapuan (swab) dan dihantar ke makmal untuk ujian kultur kuman serta ujian secara kaedah PCR bagi kuman tertentu. 

Dalam kebanyakan kes, keputihan wanita disebabkan oleh kulat Candida. Tetapi ada juga yang mengalami jangkitan kuman lain seperti bakteria. Ada juga yang mengalami lebih daripada satu jenis jangkitan kuman. Ubat antikulat hanyalah untuk kulat.

sumber 


Hilangkan Keputihan Dengan Garlic Complex 


Bagi wanita hamil, bawang putih boleh membantu melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol. Bawang putih juga berpotensi mengurangkan keletihan semasa mengandung. Selain itu, kajian daripada Universiti Maryland Medical Center, menunjukkan bawang putih ini berupaya memusnahkan bakteria berbahaya, kulat dan virus. 


Menurut kajian dari University of Pittsburgh Medical Center, bawang putih sangat sesuai dan berpotensi dalam membantu dalam merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung. Garlic Shaklee berfungsi seperti antibiotik semulajadi dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan. Klik untuk baca  Kebaikan Garlic Complex dengan lebih lanjut.

Masalah keputihan ketika mengandung ini tidak boleh diambil mudah. Sebelum ia memudaratkan diri kita dan bayi dalam kandungan lebih baik kita rawatnya. Jadikan pengalaman mengandung kita ini sentiasa berada dalam situasi sihat, ceria dan gembira. Ayuh dapatkan garlic complex ini dengan cepat dan mudah dengan klik gambar di bawah ini.

ATAU



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Bahaya Penyakit Darah Tinggi Kerana Ia Boleh Membawa Maut

with 1 comment



Salah satu sebab mengapa penyakit darah tinggi diabaikan ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala menakutkan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.

Justeru, tidak hairanlah jika kita kurang berminat untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.

Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai penyakit senyap inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius. Ini termasuklah penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi.

Secara tidak langsung, ia juga mempunyai impak yang besar pada ekonomi kerana kos penjagaan pesakit meningkat dan kehilangan produktiviti akibat pesakit tidak dapat bekerja,'' demikian menurut Ketua Jabatan Nefrologi, Jabatan Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaki Murad.

Kurangnya kesedaran dan minat orang ramai untuk mengambil tahu berhubung hipertensi ini menyebabkan kadar peratusannya cukup membimbangkan. Di negara ini sahaja, tinjauan Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada 1996 mendapati, 30 peratus penduduk yang berusia 30 tahun ke atas menghidap hipertensi.

Darah TInggi atau Hipertensi

Hipertensi merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap hipertensi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap hipertensi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali.


Hipertensi berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi.

Setiap hari jantung akan berdenyut lebih daripada 100,000 kali. Darah akan dipam dari jantung ke seluruh pembuluh darah setiap kali jantung berdenyut. Di antara degupan jantung, tekanan dalam dalam pembuluh akan menurun. Bacaan tekanan darah direkodkan dalam dua nombor, contohnya 120/80.

Nombor yang pertama, 120, adalah tekanan darah pada dinding pembuluh darah apabila proses degupan jantung berlaku. Ia juga dikenali sebagai sistolik. Manakala, nombor kedua, 80, merupakan tekanan pada pembuluh darah ketika jantung berehat antara degupan jantung. Ia dikenali sebagai diastolik.

Hipertensi Tidak Memilih Jantina di Kalangan Penghidapnya.

Secara purata, dianggarkan satu pertiga penduduk di seluruh dunia menghidap hipertensi. Kajian di Amerika Syarikat (AS), mendapati kekerapan menghidap hipertensi lebih tinggi di kalangan penduduk negara itu, terutama mereka yang berketurunan Afrika dan Caribbean. Menurut Dr. Zaki, sebagai langkah mencegah dan menangani hipertensi lebih berkesan, garis panduan rawatan hipertensi diperkenalkan khusus untuk pengamal perubatan.

Garis panduan praktik klinikal (CGPs) edisi ke-2 ini adalah hasil usaha panel Garis Panduan Rawatan Hipertensi Malaysia, Kementerian Kesihatan, Akademi Perubatan Malaysia dan Persatuan Hipertensi Malaysia.

Garis panduan ini diterbitkan untuk menyelaraskan amalan pengamal perubatan di seluruh negara apabila merawat pesakit hipertensi,' katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan mengambil peluang menjalani pemeriksaan tekanan darah setiap kali berjumpa doktor.


Menurut Dr. Zaki, oleh kerana hipertensi adalah pembunuh senyap, pesakit dinasihatkan supaya mematuhi jadual ubat-ubatan yang ditetapkan. Kegagalan pesakit mematuhi jadual rawatan ubat-ubatan yang ditetapkan menyebabkan masalah ini sukar dikawal. Malah, risiko menghidap penyakit kronik seperti serangan jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang berfungsi juga tinggi,'' katanya. Beliau tidak menafikan, ubat-ubatan antihipertensi yang perlu diambil seumur hidup ini mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Namun, katanya orang ramai tidak perlu bimbang dengan generasi baru ubat-ubatan antihipertensi kerana sebahagian besarnya mempunyai kesan sampingan yang terlalu sedikit. Menangani hipertensi tanpa ubat-ubatan (non pharmacological management) melalui perubahan gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam menangani hipertensi. Ini termasuklah:
  • Mengawal berat badan
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Tidak mengambil minuman keras
  • Melakukan senaman secara kerap
  • Pemakanan sihat
  • Berhenti dari merokok.


Jenis Hipertensi

Hipertensi essential (HE)
Ia diwarisi secara keturunan dan faktor persekitaran. Dianggarkan 90 peratus mereka yang menghidap hipertensi terdiri daripada jenis ini. HE ini tidak boleh dicegah, tetapi kesannya dicegah.

Seseorang lebih cenderung mendapat hipertensi ini sekiranya mereka mengambil makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Tekanan juga, dikenal pasti sebagai faktor penyumbang hipertensi jenis ini.

Hipertensi sekunder
Ia disebabkan oleh penyakit-penyakit hormon, jantung, ubat-ubatan, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

Gejala
Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala kepada penghidapnya. Bagaimanapun, jika hipertensi terbabit agak serius, individu terbabit biasanya mengalami sakit kepala.



Apakah Yang Meningkatkan Tekanan Darah?

Tekanan darah meningkat sekiranya ada tindak balas pada aktiviti lasak seperti senaman dan terkejut. Keadaan seperti ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen bertambah dan tekanan darah meningkat.

Dalam keadaan sejuk secara tiba-tiba, kapilari darah bawah kulit akan mengecut untuk menyimpan haba tubuh. Keadaan ini juga, meningkatkan tekanan darah. Kesemua tindak balas ini dikawal oleh sistem saraf pusat.

Peningkatan dan penurunan tekanan darah bergantung pada perubahan aktiviti. Ia juga cenderung untuk meningkat seiring dengan peningkatan usia. 

Sekiranya, bacaan tekanan darah meningkat setelah beberapa kali ujian dilakukan, ia dikenali sebagai hipertensi. Bagaimanapun, jika bacaan ini menurun pada tahap tertentu, ia dikenali sebagai hipotensi.

Klasifikasi ini berdasarkan bacaan purata yang diambil dua kali atau lebih setiap kali berjumpa doktor, selepas lawatan imbasan peringkat permulaan.

Apabila tekanan darah sistolik dan diastolik termasuk dalam pelbagai kategori, kategori tertinggi akan dipilih untuk mengklasifikasikan tekanan darah individu terbabit.

Sumber Maklumat: Utusan Malaysia

Ok, sekarang saya nak share produk shaklee yang sesuai diambil bagi pesakit darah tinggi:

Garlic Compex

  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
  • menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan darah
  • Perincian lanjut boleh klik Kebaikan Garlic Complex Shaklee

Omega Guard


  • Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari  American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.
  • Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
  • Perincian lanjut boleh klik Kebaikan dan Keistimewaan Omega Guard Shaklee
Saya tahu uols tak perlukan produk ini jika belum mengalami stroke, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan sebagainya. Kenapa perlu jatuh sakit baru nak mengubati. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Hargailah kesihatan kita. Jangan abaikan kesihatan kita. Sebolehnya biarlah kita dapat melihat anak-anak kita membesar dan berjaya dalam hidup sebelum kita dijemput ilahi.

Jika uols sedar penyakit darah tinggi ini merbahaya silalah dapatkan supplement yang boleh mengawal hipertensi ini dengan cepat dan mudah. Hanya klik gambar di bawah ini


ATAU


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Kebaikan Garlic Complex Shaklee Stabilkan Tekanan Darah Tinggi

with 3 comments

Bila kali terakhir kita buat pemeriksaan tekanan darah?


Bawang Putih telah lama dikenali sebagai bahan makanan penyedap rasa dan penambah aroma makanan. Bukan semua orang menyukai baunya, namun amalan pemakanan bawang putih banyak kebaikan untuk kesihatan kita.

Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal.


Sekarang ni kalau kita nak makan bawang putih, kita tak payah susah-susah nak kopek bawang putih di dapur lagi. Shaklee sangat perihatin dengan menghasilkan produk berasaskan bawang putih iaitu Garlic Complex. Kebaikan utama Garlic Complex Shaklee ialah stabilkan tekanan darah tinggi. Jom kita baca kebaikan Garlic Complex yang lain di bawah.

Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal.

Kebaikan Garlic Shaklee


  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal.
  • Membantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air.
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti radang
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak.
  • Menggabungkan faedah kesihatan bawang dengan faedah antioksidan spesrmint dan rosemary.
  • Membantu melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.
  • Mengawal tekanan darah tinggi. Hasil kajian mendapati Garlic mampu menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point dengan mengambil 2-4 tablet Garlic Shaklee setiap hari. 
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. 


Siapakah yang perlukan Garlic Shaklee


  • Individu yang sering mengalami kembung perut
  • Individu yang sering mengalami alahan
  • Individu yang ingin melakukan detoksifikasi
  • Wanita/lelaki yang ingin menurunkan tahap kolestrol sesuai untuk pesakit jantung.
  • Pesakit darah tinggi yang nak stabilkan tekanan darah tinggi


Apa perbezaan Garlic Complex Shaklee dengan Garlic lain di pasaran?

  • Hanya menggunakan bawang putih dari jenis premium untuk menghasilkan Garlic Shaklee yang bekualiti. 
  • Bawang putih yang digunakan ini ditanam secara organik di California, USA semasa musim panas dan sudah tentu ia bebas dari segala racun perosak. Yeaahh.. buat kita rasa lebih yakin kan kan !! 
  • Tidak berbau garlic. Shaklee menggunakan dwi-teknologi agar setiap tablet Garlic Shaklee mempunyai bau yang special dengan perasa herba Rosemarry dan Spearmint. Mesti ramai tak suka bau asal garlic segar tu kan.. 
  • Mengandungi pelbagai jenis vitamin E bagi meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya dalam tubuh. 

Selagi kita bernyawa kita dituntut untuk menjaga kesihatan kita. Jangan berputus asa untuk merawat penyakit kita. Sebagai umat Muhammad SAW kita dituntut berusaha dan berdoa kepada Allah untuk diberikan kesihatan yang sihat selalu. Jangan biarkan penyakit kita terus menguasai diri kita. Berikhtiarlah segera. Dapatkan Garlic Complex Shaklee untuk stabilkan tekanan darah tinggi sekarang! Jom klik untuk mengetahui harga Garlic Complex di bawah


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:


♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.




Cara Mengawal Kolestrol - Jangan tunggu sebelum parah!

with 1 comment

Jangan tunggu sebelum parah!

Kolestrol ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein. Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri.



Ini akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok. Justeru itu, amat penting bagi anda mengawal tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung. Semua orang tahu bahawa kolestrol mempunyai kaitan dengan penyakit kronik seperti kardiovaskular atau strok. Kita selalu dinasihatkan diet sihat


Diet sihat

Diet yang sihat serta seimbang akan membekalkan nutrien harian dan komponen makanan lain yang membolehkan anda memiliki minda serta tubuh yang sihat dan juga bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian anda. Sebaiknya, makanlah pelbagai jenis makanan kerana tiada makanan khusus yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan. Makanan yang berbeza dalam kumpulan yang sama (seperti beras, roti dan bijirin sarapan) membekalkan nutrien yang berbeza dalam jumlah yang berbeza. 


Diet sihat kawal kolestrol


Makanlah diet yang seimbang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam. Untuk mendapatkan keseimbangan kolestrol sihat, kurangkan kuantiti kolestrol dan makanan berlemak daripada daging. Selain itu, tingkatkan pengambilan ikan (bukan ikan goreng) dan makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian.


Gaya hidup sihat 

Menjadi aktif secara fizikal adalah sama pentingnya dengan makan secara sihat . Aktiviti fizikal akan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, kekuatan dan kefleksibilan membakar kalori untuk menjadikan anda sentiasa sihat dan langsing serta membuatkan anda kelihatan, rasa dan berfikir dengan lebih baik.



gaya hidup sihat bantu kawal kolestrol

Senaman yang tidak mencukupi boleh menyebabkan berlebihan berat badan atau obes di mana akhirnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. Sekurang-kurangnya bersenam selama 30 minit setiap hari dengan berjalan kaki. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, maka anda perlu bersenam dengan lebih kerap (dan untuk jangka masa yang lebih lama) untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

Amalan pemakanan vitamin

Selain itu, untuk mengawal kolestrol kita disarankan mengamalkan pemakanan vitamin atau suplemen tambahan. Vitamin yang bagus untuk mengawal kolestrol adalah seperti berikut:

vitamin untuk jantung


Satu lagi produk yang menarik untuk kita amalkan ialah Phytocol Shaklee. Kenapa ia menarik? Phytocol dicipta khas untuk penggemar makanan. Kita boleh makan apa sahaja makanan berkolestrol tinggi asalkan kita amalkan phytocol sebelum kita menjamah makanan lazat tersebut. Bagaimana phytocol bertindak?




 Jom klik Keistimewaan dan Kebaikan Phytocol Shaklee




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Garlic Complex Shaklee

with 0 Comment
Kelebihan Garlic Complex sebagai pencuci darah


Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.


Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.

Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.

Jom kita tengok apa istimewanya GARLIC COMPLEX ni.


Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.
sumber: vitaminsemulajadi.com

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee dalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

*Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.  

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?