Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label panduan makan vitamin. Show all posts
Showing posts with label panduan makan vitamin. Show all posts

Ghairah Pasangan Muda Nak Tahu Bayi Lelaki atau Perempuan

with 0 Comment

Yang Penting Sihat!



Tatkala disahkan hamil oleh doktor pasti setiap pasangan yang baru berkahwin tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Kebiasaannya si ayah lebih suka anak sulungya seorang lelaki. Ada juga si ibu yang berharap anak sulungnya seorang perempuan. Ada juga yang tak kisah. Haaaiissh! Macam-maca ragam manusia kan? Inilah keseronokannnya dunia perkahwinan dan zuriat adalah pengikat kasih sayang hubungan suami isteri.



Ada beberapa tips dan petua bagaimana nak tahu bayi lelaki atau perempuan. Jom kita baca seterusnya.

1. Pergerakan bayi yang pertama


Sudah menjadi lumrah dunia lelaki lebih aktif dan kuat berbanding perempuan. Ibu yang hamil bayi lelaki biasanya merasakan pergerakan bayinya seawal 2-3 bulan. Manakala bayi perempuan agak lewat berbanding bayi lelaki iaitu pada bulan kelima atau enam.

2. Bahagian pergerakan bayi yang kerap

Ibu mengandung akan merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri jika jantina bayi itu adalah perempuan. Bayi lelaki pula sebaliknya di bahagian kanan. Sesetengah ibu hamil juga mengatakan posisi tidur jika hamil bayi perempuan juga lebih cenderung ke arah kiri . Sebaliknya pula jika menghamilkan bayi lelaki.

3. Bentuk perut


Cara ini adalah cara yang paling diketahui umum terutamanya jika si ibu mempunyai saiz kandungan yang agak besar dan mudah dilihat. Perhatikan perut di cermin. Jika jantina janin adalah perempuan, maka perut ibu mengandung akan kelihatan sangat bulat dan pinggang terasa penuh. Jika hamil bayi lelaki, perut ibu mengandung akan kelihatan sama ada lebih bujur dan panjang atau pun kelihatan agak tajam dari sisi depan. Bahagian pinggang akan terasa lebih kosong.

4. Orang memuji anda


Cara ini adalah cara orang lama tapi tiada pembuktian yang menyokongnya. Jika ramai memuji ibu mengandung kelihatan cantik dan berseri-seri kebiasaannya jantina dalam kandungan adalah anak perempuan.

5. Mengidam

Sesetengah wanita hamil mengidam makanan tertentu. Contohnya, mengidam sayur-sayuran setiap kali hamil bayi perempuan dan mengidam daging setiap kali hamil bayi lelaki. Jika ibu mengandung mengidam sayur-sayuran pada kehamilan sebelumnya dan bayi adalah perempuan, maka perhatikan kehamilan yang seterusnya. Jika ibu mengandung tetap lebih cenderung memakan sayu-sayuran juga, kemungkinan besar bayi yang dikandung adalah perempuan.

6. Kelakuan

Ibu hamil biasanya menonjolkan sifat atau jantina anaknya. Contohnya, lebih suka melihat permainan budak lelaki atau wajah kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kadangkala, ada juga ibu hamil membenci jantina yang bertentangan dengan jantina anaknya dalam kandungan. Contohnya membenci budak perempuan jika kandungannya lelaki.

7. Cincin

Sesetengah ibu mengandung mengamalkannya untuk mengetahui kehamilan dan melakukannya untuk tujuan suka-suka. Bagaimana mengunakannya? Buka cincin dan ikatkan pada seutas benang. Angkat hujung benang itu dan biarkan cincin berada atas perut tergantung. Perhatikan cincin itu. Jika cincin bergoyang lurus ke hadapan maka bayi anda berkemungkinan lelaki. Tetapi jika pergerakan cincin ke arah melintang, dipercayai bayi dalam kandungan itu adalah perempuan.

8. Ultrasound

Merupakan cara terbaik untuk mengetahui bayi dalam kandungan dan 99% tepat.

Namun begitu setiap ibu hamil perlu memastikan dirinya dan bayi dalam kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat. Ini lagi penting daripada kita ghairah nak tahu jantina bayi dalam perut. Apa yang Allah berikan itu adalah rezeki dan wajib kita bersyukur. Ibu hamil jangan culas untuk membuat pemeriksaan berkala dengan doktor. Amalkan pemakanan set vitamin ibu hamil untuk memastikan keperluan nutrisi semasa hamil sentiasa mencukupi. 

Jom saya belanja uols dengan video ini. Kisah ibu hamil yang sering mengalami hb rendah. Bermacam-macam cara digunakannya. Akhirnya beliau menemui..... Jom tonton! Tak tengok rugi tau!


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Macam-macam komplikasi boleh terjadi semasa hamil. Salah satunya ialah anemia.
Anemia ini terjadi apabila kandungan hemoglobin (sel darah merah) dalam darah kita rendah. Sel darah merah ni sangat penting tau sebab dia lah yg membawa masuk oksigen ke setiap sel tisu dalam badan. Cara nak tambah sel darah merah ialah dengan zat besi.
Malang sekali, kebanyakan mak yg hamil ni kekurangan zat besi dalam simpanan bagi memenuhi keperluan extra badan (sebab dah ada baby). Lagi teruk kalau dah kena morning sickness dan selalu muntah-muntah. Awas jangan sampai masuk wad!

Ibu hamil yang mengalami masalah anemia dan ingin mendapatkan vitamin Shaklee, 

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019-2249556 atau 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Kenapa Pengambilan Vitamin Tidak Memberi Kesan?

with 0 Comment
Dapatkan panduan yang betul
Jangan cepat menunding jari mencari kesalahan orang lain. Sebelum menyalahkan orang lain, kita perlu muhasabah diri kita dulu. Kenal kelemahan kita. Apa sikap kita yang negatif. Cukupkah tindakan positif kita. Kena selidiki keseluruhan apa yang menyebabkan sesuatu masalah itu terjadi. Bukan main semborono sahaja meletakkan kesalahan kepada pihak lain demi menutup kelemahan diri kita.
amalkan vitamin dalam kehidupan seharian

Begitu jugalah dengan pengambilan vitamin dalam kehidupan seharian. Memang benar kita akan berasa kecewa bila kita dapati pengambilan vitamin tidak memberi impak positif pada diri kita. Seolah-olah tiada perbezaan positif yang ketara dapat kita nikmati. Lantas kita cepat menuduh vitamin tidak berkesan dengan kita. Vitamin ini tak bagus. Aaargh! Memang senangkan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa kan kan?
Jangan salahkan vitamin kalau vitamin itu sudah menjalani pelbagai ujian klinikal dan saringan sebelum ia dibenarkan penjualannya kepada kita. Kenapa tidak? Sebab itu kita kena lihat semula cara kita makan vitamin atau lebih mudah kita semak balik life style kita macam mana. Kalau ada salah diri sendiri pon rasa tak puas ati. Susah gitu tau. 
Ada beberapa faktor yang menyebabkan pengambilan vitamin tidak memberi kesan kepada tubuh seseorang itu. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:

Pengambilan air kosong
  • Pengambilan air kosong dipandang remeh. Ramai yg lebih gemar minum air manis atau yg berwarna. Tapi kita lupa yg air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan menyebabknan kegemukan. Kita digalakkan minum air putih 3 liter sehari. Bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Air putih penting untuk pastikan detokfikasi berjalan lancar supaya toksin dapat dikeluarkan daripada badan. Air merupakan bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan, membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel ke seluruh badan. Kekurangan air akan menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan. 
  • Makan Vitamin secara banyak dan sekaligus pada satu masa. Tujuannya takut terlepas makan vitamin yang lain. Ini boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa tertentu,lebih-lebih lagi sebalum tidur. Sedangkan pada masa yang sama anda kurang ambil air putih bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil. Bila membeli vitamin dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai daripada Perunding Kesihatan. Cuba agihkan pengambilan vitamin mengikut keperluan dan kesesuaian supaya kepekatan darah kita tak meningkat secara mendadak pada satu2 masa. Dalam masa kita juga membantu agar buah pinggan tak terbeban dalam memproses nutrien dalam badan. Makin kurang air, makin terbeban ginjal kita untuk memproses.
  • Pengambilan Kafein. Pengambilan minuman berkafein boleh ganggu penyerapan nutrisi vitamin yang diambil. Bila mengambil dengan kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menyebabkan pembaziran pada khasiat vitamin yang diambil dan kerosakan pada vitamin.
  • Pengambilan Vitamin bersama ubat. Bagi kita yang masih dalam pengawasan doktor dan bercadang mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan mengambil kedua-duamya secara serentak. Kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya. sekiranya anda mengambil  vitamin dan ubat, jarakkan pengambilan ubat atau vitamin 2 @ 3 jam.
  • Tidak konsisten dalam pengambilan Vitamin. Ni kalau rasa nak, makan, kalau malas tak nak makan. Ada juga yang berhenti separuh jalan bila lihat tiada kesannya. Harus faham, kesan suplemen ke atas tubuh kita adalah perlahan-lahan.Ramai orang yang tidak penah mengambil suplemen sebelum ini akan mengalami Healing Crisis selepas mengambil Suplemen Shaklee semulajadi. Jangan risau ia adalah positif kerana badan kita dalam proses pemulihan. Berikan masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar-benar merasai keberkesannya. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan minum air 3 Liter sehari.
  • Pantang larang makan vitamin. Ada jugak yg tak ikut pantang larang atau cara makan vitamin tu sendiri. Contohnya multivitamin Vitalea tak boleh diambil bersama dengan susu sebab multivitamin yg lengkap dengan zat besi kalau diambil bersama dengan susu akan menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi. Kan rugi? Contoh lain, vitamin E tak boleh diambil dengan alfalfa sebab kalau diambil dengan alfalfa akan mengganggu penyerapan Vitamin E. So kalau dah dimaklumkan apa yg boleh dan tidak, elokla ikut.
Oleh itu, bagi mendapat kesan pengambilan vitamin secara optimum, cuba elakkan perkara seperti yang tersebut. Jangan main makan sahaja vitamin ni. Kena ada ilmunya.  Yang paling penting dapatkan vitamin daripada pengamal vitamin yang betul. Kita kena dapat cara panduan dan aturan amalan vitamin yang betul untuk mendapat kesan optimumnya. Bukan makan, pakai dan buang. Rugi dan tak berbaloi.

Jadi jika uols nak amalkan vitamin dalam kehidupan seharian bolehlah berurusan dengan saya. Insyallah saya akan guide uols. Everything all in. Bagi saya kepuasan melihat orang lain gembira adalah saat yang paling bahagia daripada menjual semata-mata. Nak dapat konsultasi lengkap dan berterusan kenalah beli vitamin shaklee dengan saya! Sayang uols!
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Q&A Tentang Vitamin Shaklee | Ibu Menyusu

with 0 Comment

Soalan popular dari breastfeed mother

Hari ini saya nak sharing soalan-soalan yang popular ditanya oleh Mommy2 breastfeed yang mengamalkan vitamin Shaklee. Antara soalan yang menjadi kelazimannya adalah:


Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari?

Maksimum pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga dan panas kesan pengambilan suplemen ini.

Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini?

Boleh. Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron)

Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)?

Boleh, malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anaemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood yang stabil semasa menstrual.

Sekiranya saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu?

Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct)

Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang impak?

Tidak. Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu badan.

Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur?

Sebelum tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.

EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal?

Ya, ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B Complex.

Kesan yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.

Saya @ baby demam selepas pengambilan vitamin Shaklee.

 Ini dinamakan HEALING CRISIS. Anda boleh baca penjelasan lanjut di entry ini .

Alhamdulillah. Jika ada persoalan-persoalan lain, jangan segan-segan untuk bertanya ya. Selalu saya tekan kepada customers saya, 'jangan senyap aje kalau ada problem' ;-)

Ingat 3 perkara penting ini jika anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu.
  1. Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam.
  2. Minum air tidak kurang 3 liter sehari.
  3. Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.
kredit: yoursupermom


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?