Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Tanda-Tanda Isteri Anda Hamil Anak Perempuan

with 2 comments

Boleh baca tapi jangan percaya 100%



Hahahaha, entri kali ini santai sedikit. Asyik nak buat entri serius jer. Kali ini saya nak kita relaks-relaks minda sambil baca apakah tanda-tanda seorang isteri hamil anak perempuan. Hasil dari pengalaman saya dan juga cakap-cakap orang lama maka dapat disimpulkan tanda-tanda yang menentukan jantina bayi berdasarkan keadaan isteri mengandung. Jom baca dan saya sangat seronok untuk berkongsi dengan pembaca blog saya kali ini.

set ibu hamil cergas


Ingat ya! Jangan percaya 100%. Mungkin ada benar atau secara kebetulan. Jadi janganlah meroyan dan meraban teben jika keluar nanti bukan jantina bayi yang kita idamkan.

Tanda-tanda isteri hamil anak perempuan

  • Isteri mengalami morning sickness yang agak teruk. Adakalanya berterusan sehingga kelahiran
  • Degupan jantung bayi lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Ibu hamil merasakan beban berat pada pinggul
  • Payudara kiri lebih besar dari kanan
  • Lihatlah perut isteri, adakah ia semakin bulat.
  • Perut ibu hamil nampak “tinggi”.
  • Ibu hamil suka tidur mengiring ke kiri
  • Isteri yang mengandung suka makanan manis dan sukakan buah-buahan
  • Jadi lebih cerewet ketika hamil
  • Ibu mengandung jadi lebih moody dari kebiasaan
Tanda-Tanda Isteri Anda Hamil Anak Perempuan
Bayi perempuan


Tanda-tanda isteri hamil anak lelaki

  • Isteri tidak mengalami alahan atau morning sickness yang teruk. Ada sesetengahnya tidak mengalami apa-apa alahan langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Ibu hamil sukakan makanan yang masam dan masin
  • Ibu hamil juga selalu sakit kepala
  • Lihatlah perut isteri, adakah ia memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”
  • Perut ibu mengandung nampak “rendah”
  • Ibu hamil suka tidur mengiring ke kanan
  • Wajah isteri kelihatan lebih berseri ketika hamil
  • Hidung ibu hamil tampak lebih mekar
set ibu hamil cergas
Bayi Lelaki

Jadi macam mana? Para suami yang isteri mengandung pergilah ulik-ulik isteri anda tu. Adakah dia sedang mengandung baby girl or boy? Hahahahahah

Tapi kalau nak lebih tepat, pergilah buat scan. Apapun ini semua rezeki Allah. Tak kisah lelaki ke perempuan tapi yang penting bayi dan ibu sihat walafiat dan dipermudahkan urusan bersalin nanti.

Oh ya! Lupa saya nak beritahu. Kepada ibu-ibu yang sedang hamil pastikan marhalah kehamilan uols kali ini berlaku dengan perasaan yang ceria, gembira dan sihat. Tiru macam saya. Semasa saya mengandung diri saya sihat, bayi dalam kandungan pun sihat dan rasa ceria sahaja. Nak tahu apa yang saya amalkan? Jeng... jeng.. jeng...

Inilah yang saya amalkan. Set Ibu Hamil Cergas

Tanda-Tanda Isteri Anda Hamil Anak Perempuan

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Hukum Qada' Puasa Ramadhan dengan Puasa 6 Syawal

with 1 comment

Jom puasa 6 Syawal!


Salam Syawal semua. Seronok beraya di kampung halaman? Masih lagi dalam mood beraya? Jangan lupa qada' puasa yang dicutikan (wanita sahaja) itu. Alangkah bagusnya jika kita dapat berpuasa sunat 6 di bulan Syawal. Banyak pahala tu! Tapi ramai yang dok gaduh bolehkah qada' puasa Ramadhan dengan puasa 6 Syawal? Macam mana ni? Jangan dok pening-pening. Mari kita baca keterangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan ini. Jemput baca!



Alhamdulillah, kita baru selesai melaksanakan ibadat puasa Ramadan dengan jayanya. Semoga Allah kurniakan kepada kita penerimaan segala ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan sama ada yang wajib mahupun yang sunat. Dengan menjelmanya Syawal, disamping kita berhari raya dengan penuh kesyukuran, kita juga digalakkan untuk melaksanakan puasa enam Syawal. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan. 

Dalam Irsyad Fatwa kali ini, banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan Hukum Qadha’ Puasa Ramadan Bersekali Dengan Puasa 6 Syawal. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini akan menjawab persoalan berkaitan dengan isu ini. Semoga kita semua menjadi hamba-hamba Allah yang bertakwa dan cintakan amalan soleh.

Kelebihan Puasa Enam

            Terdapat hadis yang menunjukkan kelebihan puasa enam. Antaranya:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالٍ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ
Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”
Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Turmuzi, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain. Imam al-Turmuzi berkata hadis hassan.

Ini menunjukkan bahawa maksud puasa Ramadan seolah-olah setiap hari mewakili 10 hari. Justeru, ditambah dengan enam hari Syawal, maka jadilah ia 360 hari. Itulah tafsiran sebahagian ulama.



Hukum Puasa Qada’ Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal

Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.
PERTAMA: SAH
  • Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat. Inilah pendapat:
  • Imam Ibn Hajar al-Haitami
  • Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah (1/162) dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
  • Imam al-Barizi. Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)
  • Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)
  • Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin
 KEDUA: TIDAK SAH
  • Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ tidak kepada puasa sunat Syawal. Inilah pendapat:
  • Imam al-Asnawi
  • Syeikh Ibn al-Solah
  • Abu Makhramah
  • Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)
Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.
Tarjih
Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.
Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).
Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ dan puasa enam Syawal. Sekian.
Sumber dan kredit: Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan

Ketahui Tanda Awal Serangan Jantung Membantu Memanjangkan Jangka Hayat Kita

with 4 comments

Jangan ambil ringan!

Jangan ambil mudah. Jika sakit dada jangan urut dada sambil berkata sakitnya tuh di sini. Kita tidak pasti adakah itu tanda serangan jantung? Tahukah anda apakah tanda awal serangan jantung?



Jantung merupakan organ yang istimewa dan penting. Jantung berfungsi untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan. Jantung yang sihat membolehkan kita hidup dengan aktif, gembira dan ceria. Jika kita memiliki jantung yang tidak sihat maka kesemua nikmat kehidupan ini akan hilang serta merta. Oleh itu janganlah mengambil mudah tentang jantung kita. Jom kita ketahui tanda awal serangan jantung untuk kita lebih bersedia dan peka sekaligus membantu memanjangkan jangka hayat kita.

  1. Berasa panas seolah-olah terbakar dan sakit yang sangat di sebelah dada kiri. Jika sakit ini datang secara tiba-tiba, segera pergi ke hospital untuk pemeriksaan.
  2. Pening dan berpinar-pinar walaupun degupan jantung pada keadaan normal.
  3. Salah satu tanda pertama serangan jantung adalah perasaan cemas yang terlampau dan juga kerisauan yang amat seolah-olah berasa hampir mati.
  4. Batuk yang berterusan dan bukan kerana alasan kesihatan yang lain, seperti deman sejuk atau merokok. Mereka patut mendapatkan rawatan segera daripada pakar jantung untuk menentukan tahap kesihatan jantung dengan menjalani beberapa jenis prosidur.
  5. Kehilangan nafsu makan secara tiba-tiba dan mendadak. Ini adalah salah satu tanda-tanda serangan jantung pada wanita.
  6. Berasa keletihan walaupun tidak melakukan aktiviti yang membebankan. Seseorang itu mungkin mengalami keletihan, setidaknya beberapa minggu sebelum terjadinya serangan jantung. Ini juga adalah salah satu tanda-tanda serangan jantung pada wanita.
  7. Mual dan menjurus kepada muntah tanpa sebab-sebab kesihatan yang lain.
  8. Denyutan jantung abnormal beserta gejala lain seperti pening, sesak nafas dan lemah anggota.
  9. Kebas tangan dan berasa sakit di bahagian perut, rahang, leher, siku, lengan dan bahu bahagian kiri badan. Tanda-tanda sakit sebegini mungkin tidak terjadi di semua orang.
  10. Berpeluh adalah salah satu gejala serangan jantung meskipun seseorang itu tidak melakukan aktiviti yang membebankan atau beriadah terutama ketika seseorang itu berada di dalam bilik yang berhawa dingin. 
  11. Kesukaran bernafas yang tiada kaitan dengan masalah asthma. Seseorang yang mengalami serangan jantung akan mengalami kesukaran bernafas beberapa ketika sebelum serangan terjadi.
  12. Kesukaran untuk bangun daripada tempat tidur beberapa hari sebelum serangan jantung berlaku. Tubuh yang mengalami kelemahan secara mendadak adalah salah satu gejala serangan jantung.
  13. Jantung yang lemah akan mengakibatkan pembengkakan pada sebahagian tubuh seperti perut dan kaki akibat akumulasi cairan dalam sistem tubuh. Perut atau kaki seseorang dapat membengkak, dalam situasi seperti itu.




Faktor-Faktor yang mencetuskan masalah jantung
  • Kolestrol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Perokok
  • Kencing Manis
  • Gemuk(Obesiti)
  • Sejarah keluarga/keturunan
  • Kehidupan yng tidak sihat
  • Kegagalan menangani stress
  • Penglibatan berlebihan dgn arak
  • Terlalu kurang fiber dalam diet 
  • Penggunaan dadah tertentu
  • Pemakanan yang mengandungi tinggi lemak atau kolestrol
  • Pemakanan yang mengandungi tinggi kalori
  • kekurangan vitamin dan zat galian
  • Pengambilan garam yang berlebihan
Jika anda mencintai jantung anda, buatlah sesuatu sekarang, kerana 90% puncanya boleh dikawal melalui diet yang seimbang, pengambilan supplement dan perubahan cara hidup

10 petua bagi memiliki jantung yang sihat 
  1. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali 
  2. Makan secara teratur dan seimbang 
  3. Kekalkan berat badan unggul 
  4. Tidak merokok 
  5. Menangani tekanan perasaan 
  6. Mengawal tekanan darah 
  7. Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah 
  8. Mengawasi paras kolesterol 
  9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala 
  10. Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.




Kenapa saya beria-ia menyuruh pesakit jantung mengamalkan vivix Shaklee?

Vivix Shaklee bantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan menyokong kesihatan menyeluruh.

Vivix merupakan produk suplemen revolusionari daripada Shaklee yang menentang penuaan pada tahap sellular. Ia merupakan produk anti penuaan yang terbaik, semulajadi dan selamat. Didalam kajian makmal, VIVIX memberi impak kepada empat mekanisma utama penuaan, iaitu:

  1. Kerosakan DNA - Badan kita terdedah kepada pelbagai serangan yang merosakkan DNA dan mengganggu fungsi sel. Ramuan Vivix didapati mampu melindungi dan memperbaiki sel pada tahap sellular
  2. Pengawalan genetik - Ramuan Vivix didapati mampu membantu melambatkan proses penuaan pada tahap selular dengan mengurangkan deteriorasi pada tahap sel.
  3. Pengeluaran tenaga - Vivix mengandungi bahan ang menggalakkan biogenesis mitokondria, seterusnya meningkatkan tahap tenaga didalam sel
  4. Penimbunan protein AGE - Vivix merupakan sejenis anti-oksidan yang kuat dan mampu menghalang penimbunan AGE
Selain itu ia juga membantu menjaga kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenagan pada tahap selullar, kesihatan dan kesejahteraan.

Masih lagi kurang percaya dengan Vivix? Jom kita lihat testimoni di bawah





Kepada pengidap sakit jantung, sebelum menjadi lebih parah, selamatkanlah jantung anda! Jantung kita adalah nyawa kita. Ikhtiar dan jangan berputus asa untuk dapatkan kesihatan yang terbaik. Pilihan di tangan kita. Jom dapatkan Vivix untuk kesihatan jantung kita demi kehidupan yang lebih sihat.





Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya


Menuduh Isteri Mandul, Sebenarnya Jamil Punca Tidak Subur

with 0 Comment

Jangan mudah menuduh isteri mandul!


Siapa pernah menonton filem Madu 3 arahan Tan Sri P.Ramlee? Jangan beritahu saya tak pernah menonton! Boleh kerat jari saya ini jika ada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tak menonton cerita Madu 3. Bahkan ada yang menontonnya berulang-ulang kali tanpa rasa jemu malah boleh hafal dialog dalam filem tersebut. Hahahahaha betul tak? "Butang baju melayu aku mana pah?"

Jamil watak dalam filem itu telah membuat keputusan untuk berkahwin lagi  dengan alasan isteri pertama Puan Latipah mandul dan belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin. 


Saya tak mahu bercerita bab huru hara komedi dalam filem ini  apabila tembelang Jamil pecah. Mungkin sudah skrip cerita diolah sebegitu atau kebetulan, Jamil telah berkahwin lagi dengan isteri ketiga iaitu Puan Rohani beberapa bulan selepas dia berkahwin dengan Puan Hasnah iaitu isteri kedua beliau. Ketika itu tiada tanda-tanda Puan Hasnah berbadan dua. Nampak tak? Kenapa Jamil senang sangat menuduh Puan Latipah mandul? 


Persoalannya di sini siapakah yang mandul? Puan Latipah, Puan Hasnah, Puan Rohani atau Encik Jamil? Kenapa wanita atau isteri selalu dipersalahkan apabila gagal melahirkan zuriat? Adakah wanita sahaja patut dipersalahkan dalam hal ini. Kaum Adam pula boleh mendabik dada dan terus ego untuk tidak meletakkan punca sebenar kegagalan mendapatkan zuriat? Apakah ini memang sudah menjadi lumrah? Oh kejamnya dunia.


Meletakkan kesalahan dan tanggungjawab ke bahu isteri kerana kegagalan menimang cahaya mata sebenarnya tidak relevan. Untuk mendapatkan cahaya mata kedua-dua belah pihak iaitu suami isteri perlulah sihat dan subur. Sebelum kita pergi lebih jauh apa kata kita baca dulu penyebab lelaki tidak subur.



9 penyebab Lelaki Tidak Subur

  1. Berat badan tidak ideal – terlalu kurus atau terlalu gemuk boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon
  2. Pengambilan ubat terlarang seperti ganja boleh menyebabkan kemandulan atau ubatan antibiotik seperti tetracycline boleh  menurunkan hormone testosterone sehingga 20%.
  3. Tekanan perasaan
  4. Merokok – merokok boleh menyebabkan masalah kesuburan kepada lelaki
  5. Faktor pekerjaan dan persekitaran – sebagai contoh saintis yang sering terdedah kepada bahan kimia berlebihan boleh menyebabkan kemandulan.
  6. Pemakanan yang tidak sihat seperti gemar mengambil makanan sejukbeku atau makanan ringan.
  7. Air mani tidak normal dan tidak mengandungi sperma yang mencukupi
  8. Masalah pada buah zakar seperti jangkitan atau luka pada testis.
  9. Hypogonadism- peningkatan usia menyebabkan lelaki kekurangan hormone testosterone dan boleh menjadi tidak subur.
Bagi lelaki, faktor kesuburan mereka adalah berkaitan dengan kesempurnaan sperma yang dihasilkan oleh mereka. Mari kita tengok gambar-gambar di bawah ini yang menerangkan perbezaan di antara sperma yang sihat (normal) dan sperma yang  tidak sihat (abnormal).




Ujian Kesuburan Lelaki
Ujian air mani merupakan satu-satunya ujian yang boleh menentukan kesuburan lelaki. Dalam ujian ini, sample air mani suami akan diambil dan diuji bagi mengenalpasti kemampuannya  menghasilkan sperma dan tahap kesuburan sama ada  bilangan sperma mencukupi, mempunyai struktur yang normal dan aktif. Para suami dinasihatkan tidak perlu takut untuk membuat ujian ini kerana walaupun mempunyai masalah, ianya boleh dirawat  dan dipulihkan berdasarkan masalah yang dialami.

Justeru itu suami wajib melakukan ujian kesuburan dan bukan mengharapkan isteri sahaja menjalani ujian kehamilan. Nak anak tapi seorang sahaja yang berusaha, mana nak jadi. Memang ternyata bab ini lelaki memang ambil mudah dan langsung tak serius. Mereka anggap diri mereka tidak bermasalah, gagah, perkasa dan sebagainya. Suami perlu rendahkan ego dan pergilah melakukan ujian kesuburan bersama isteri agar masalah sebenar dapat dirungkaikan. Uolls rasa Encik Jamil tu pernah buat ujian kesuburan tak?Hahahaa

Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kesuburan lelaki

Amalan pemakanan vitamin kesuburan lelaki. Set kesuburan lelaki Shaklee memang tidak mengecewakan. Malah ramai pasangan suami isteri berpuas hati sejak mengamalkan set kesuburan lelaki ini. Jom kita tengok luahan mereka di bawah ini:

~Testimoni 1

~Testimoni 2
~Testimoni 3

Set Kesuburan Lelaki Shaklee




1. Vita-E Complex
  • melindungi jantung
  • mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • anti-Penuaan
  • anti-oksidan yang kuat
  • meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga
  • memperbaiki arthritis
  • memperbaiki parut

2. Zinc Complex
  • memperbaiki kebolehan seksual lelaki dan meningkatkan keupayaan seks
  • zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki
  • menambahkan keupayaan fungsi seksual lelaki
  • membentuk kolagen
  • memperbaiki masalah berkaitan prostat
  • membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan memperbaiki diabetes
  • mempercepatkan pemulihan luka

3. CoqHealth
  • meningkatkan kesuburan
  • meningkatkan bilangan sperma
  • meningkatkan kelajuan pergerakan sperma
  • mengurangkan peratusan sperma yan abnormal
  • menguatkan fungsi jantung
  • mencegah penyumbatan pada saluran darah.

Kata bidalan, "Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya." Kalau kita tidak berusaha bagaimana kita nak berjaya. Yang penting jangan berputus asa untuk dapatkan zuriat. Setiap pasangan suami isteri patut berusaha untuk mendapatkan zuriat. Janganlah kita berdoa kepada Allah tanpa usaha. Apapun setelah kita berusaha kita hendaklah bertawaqal kepada Allah kerana rezeki itu hak Allah untuk berikan kepada kita.

Jom berusaha untuk tingkatkan kesuburan lelaki dengan mengamalkan set kesuburan lelaki Shaklee. 



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019-2249556 atau 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.





Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?