Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label kalsium. Show all posts
Showing posts with label kalsium. Show all posts

Tiada Lagi Gangguan Sakit Tumit Kaki, Kehidupan Kembali Ceria

with 0 Comment



Sakit tumit kaki yang melampau bukan sahaja boleh mengganggu emosi dan mental kita, malah boleh merencatkan rutin kehidupan harian kita.



Begitulah nasib yang dialami oleh Puan Rozila Ramli yang menderita sakit tumit kaki jika berdiri terlampau lama, berjalan bersiar-siar sehinggakan dirinya stress dan mudah murung kerana masalah ini.

Namun, masalah yang dihadapi kian pulih dan hilang setelah beliau mengamalkan supplement ini. 

Jom kita ikuti kisah beliau yang dipetik daripada segmen Supermom Shaklee Story ini. Jemput baca ya! 



Assalamualaikum.
Nama saya Rozila Ramli dan lebih di kenali sebagai Kak Yang. Berumur 34 tahun dan bekerja sebagai penjawat awam.
Harini Kak Yang nak kongsikan kesan pengambilan vitamin secara konsisten, telah memberikan hasil yang WOOOW pada Kak Yang.
Bagi semua orang mungkin biasa masalah ini. Tapi bagi Kak Yang, masalah ini mengganggu mental dan fizikal. Kak Yang STRESS. 😭
Masalahnya adalah SAKIT TUMIT & SUKAR BERAK.
Mungkin ade yang gelak, tapi masalah ni buat hidup Kak Yang huru-hara.
SAKIT TUMIT yang melampau sangat. Setiap pagi bila bangun tidur, kalau boleh taknak jejak kaki ke lantai. Sebabnya, seakan Kak Yang memijak duri. Sakit ya amattt. Punya la tekan-tekan dan ketuk tumit ni, supaya sakit hilang.
Kalau berdiri lama-lama atau berjalan lama pun akan sakit. Sampai Kak Yang terpaksa melupakan hobi, iaitu tawaf mall. 😩 Pernah jugak terpikir, mungkin salah kasut sebab kasut murah. Sampai Kak Yang pergi beli, bata comfort rm1++. Tapi sakit tetap ada. 😓
Satu keadaan yang Kak Yang alami, semasa tengah drive balik kampung. Tiba-tiba sakit menyucuk-nyucuk di tumit datang. Ya Allah…masa tu dah la di highway. Nak berhenti di rnr jauh lagi, Kak Yang just teruskan drive sambik menahan SAKIT MENYUCUK tu. Nak nangis rasanya.huhuhu
Tapi penderitaan Kak Yang itu tamat setelah Kak Yang bertemu OSTEMATRIX & OMEGA GUARD. Hasil konsisten selama 2 ke 3 bulan, tanpa sedar masalah Kak Yang ni hilangggg. Serius, memang Kak Yang tak sedar.
Dalam masa yang sama, masalah sukar berak Kak Yang jugak selesai. 😁
Dikalangan family memang dah tau masalah sukar berak ni. Sampai pernah di cop “KENSUK” hahaha. Masalah ini yang membuatkan badan KakYang penuh toksin dan membuatkan Kak Yang cepat letih, tidak bermaya dan kulit kusam.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Berkat pengambilan 2 vitamin ni membuatkan Kak Yang bebas dengan 2 masalah besar ini.

Bagaimana mahu mendapatkan Ostematrix dan Omega Guard Shaklee ini?
Untuk info perinician produk, pertanyaan dan pembelian produk Shaklee,bolehlah hubungi SuperbVitamin  di  016-5199271 atau 019-2249556 
Atau boleh terus watsap KakMas dengan klik www.wasap.my/60165199271

Ibu Hamil Jangan Abaikan Kalsium

with 0 Comment
Kalsium untuk ibu hamil

Apa nak buat hari ni? Asyik mabuk jer. Ini adalah salah satu cara nak kurangkan mabuk mengandung iaitu updet blog. huhuhhuhu... Rasanya baru semalam jer bersalinkan anak kedua saya Ilmuna. Cepat masa berlalu. Kini Ilmuna sudah pun berusia 1 tahun 7 bulan dan masih sepenuhnya menyusu. Terima kasih Allah atas nikmat dan rezeki yang Kau berikan kepada ku.


Ostematrix shaklee pengganti susu

Saya nak berkongsi tentang peranan kalsium. Pentingkah kalsium ni? Ibu hamil seperti saya ni perlukah dapatkan kalsium yang cukup? Ibu hamil jangan abaikan kalsium. Apa itu kalsium. Jom kita baca seterusnya...

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.

Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. 

Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Bagi ibu hamil yang tidak suka minum susu, Ostematrix Shaklee memang sesuai sebagai pengganti susu. Bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa."

Selain itu ostemmatrix dapat mengurangkan rasa lenguh-lenguh, kaki kejang terutama kepada ibu hamil.  Ostematrix buat saya mudah bangun dari tidur. Pastinya saya akan berasa segar setiap kali memulakan rutin harian saya. Memang best!

Percaya tak, ostematrix antara vitamin yang bantu boosterkan susu bagi ibu yang menyusu? Bagi yang menyusu, ianya membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.
Bila badan kita segar, tiada kemurungan, ia membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali. Sebab itu ia antara vitamin yang dimasukkan dalam set 3M. Dalam alfalfa turut ada mengandungi kalsium tetapi dalam nisbah yang sedikit. Kekangan alfalfa bila ambil dengan banyak tetapi kurang air akan buat sembelit ditambah susu akan berkurang dengan sendirinya. Oleh kerana itu kita tidak boleh terlalu bergantung dengan alfalfa semata-mata untuk sumber kalsium.

Kalsium untuk ibu hamil

Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tau yang itu. 99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ni adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya bila seseorang tak dapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot dan mengakibatkan OSTEOPOROSIS

Ostematrix shaklee pengganti susu

Ostematrix juga membantu:


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Keunikan Ostematrix Shaklee (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

with 2 comments
Ostematrix – Nutrien Untuk Membina Tulang Yang Unik



Mari kita baca fakta ini...

Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050. -info http://e-kesihatan.blogspot.com



Osteoporosis ini atau mudah dikenali dengan kata lain bongkok. Adakah gejala bongkok ni merupakan proses semulajadi penuaan? Dalam ertikata lain, bila dah tua, automatik akan menjadi bongkok. Benarkah?

Apakah kalsium ni? Biasa orang kaitkan kalsium dengan tulang, kan? Sakit tulang.. kurang kalsium.. nak kuatkan tulang.. banyakkan makan kalsium.. Sebenarnya, BUKAN KALSIUM SEMATA-MATA yang terlibat dalam pembinaan tulang. Bayangkan macam ni.. kalsium adalah batu-bata dalam proses pembinaan tulang. Bolehkan kita membina bangunan yang kukuh dengan batu-bata sahaja tanpa simen atau mortar untuk melekatkannya antara satu sama lain??? Tak boleh kan? Di sinilah pentingnya mineral lain seperti magnesium, boron, zink, kuprum, mangan vitamin K dan vitamin D.

Hari ini saya nak memperkenalkan Ostematrix... Apa itu ostematrix?
Ostematrix terbukti secara klinikal menyediakan matriks nutrien penting bagi membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat.



Di samping  membina tulang yang kuat dan gigi, nutrien dalam Ostematrix juga bertinda:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan tindakbalas saraf
  • Membantu mengurangkan gejala PMS seperti kembung, kejang, water retention, cepat marah, dan kemurungan
Ostematrix menyediakan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
Walau bagaimanapun, senaman yang kerap dan diet yang sihat dengan kalsium tambahan boleh mengurangkan risiko osteoporosis, terutama terhadap warga tua. Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting, tetapi pengambilan harian melebihi 2,000 mg tidak mungkin untuk memberikan apa-apa manfaat tambahan, malah memberi mudarat sekiranya ia tidak dikeluarkan dari tubuh.

Dapatkan OsteMatrix dengan harga istimewa, hubungi saya!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271c
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com


Kalsium Membantu Mengurangkan Komplikasi semasa Bersalin

with 0 Comment
Wanita dan kalsium bagai irama dengan lagu!

Wanita dan kalsium memang tak dapat dipisahkan. Terutama sekali wanita mengandung & menyusu, atau pernah mengandung dan menyusu. Kaum wanita terdedah dengan pelbagai risiko jika kekurangan kalsium. Terdapat satu artikel yang sangat berguna tentang risiko-risiko ini. Saya petik beberapa info menarik. Untuk artikel penuh boleh baca di sini. (Thanks to MamaFaiz)




Kebaikan Kalsium serta Risiko Kekurangan Kalsium buat Ibu Mengandung
  • Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
  • Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
  • Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.  Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
  • Pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
  • Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.
  • Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih mudadaripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
Antara perkara yang paling saya takuti sewaktu mengandung ialah sakit gigi!! 

Saya telah bertemu dengan Shaklee, dan terus jatuh hati dengan Ostematrix! Ia bukan sekadar pil kalsium biasa. Saya ni bukanlah jenis yang tak suka minum susu. Kat rumah sentiasa ada stok susu full cream dalam peti ais. Namun dengan Ostematrix, terasa perbezannya. Selain baik untuk penyusuan, ia juga salah satu sumber kalsium yang baik utk saya. 



Sebelum kenal dengan Ostematrix, saya sering memandang sinis pengambilan pil kalsium. Ini kerana terdapat artikel yang mengatakan kalsium dalam bentuk pil tidak diserap dengan baik oleh tubuh, seterusnya mengakibatkan penyakit batu karang. Walaubagaimanapun, kini saya dapati pendapat ini KURANG TEPAT. Kerana penyerapan kalsium yang optimum boleh berlaku jika dilengkapi dengan magnesium serta vitamin D!! Dan inilah yang terdapat dalam Ostematrix!

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Sekiranya anda wanita dan masih memandang remeh keperluan kalsium tubuh anda, inilah masanya anda mengambil langkah bijak untuk mencegah! Hindari osteoporosis!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan

Pesanan, konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin jemput klik LIKE page fb ini :)

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?