Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label vitamin E. Show all posts
Showing posts with label vitamin E. Show all posts

Ibu Hamil Perlu Amalkan Tips kurangkan Stretch Mark Ini

with 2 comments

Adoooooi! Hodohnya perutku ini!

Mengandung memang seronok tapi bila bab perubahan yang berlaku pada perut, mesti ramai ibu yang rasa hendak menjerit. Sedih melihat perut yang dulu licin tanpa parut kini ada tanda garisan. Strecth mark memang merunsingkan setiap wanita yang mementingkan kecantikan. Siapa sini benci pada strecth mark? Kalau benci jom kita amalkan tips kurangkan strecth mark ini. Jemput baca artikel ini sehingga habis.



Apa itu stretch mark? Stretch mark atau rekahan kulit adalah parut kecil yang terjadi di permukaan kulit akibat daripada kesan regangan kulit yang semakin membesar sewaktu hamil. Ia normal dan selalu berlaku kepada ibu hamil.

Tahukah kita sebenarnya stretch mark ini ada 2 jenis?
  • Stretch mark berwarna putih dan stretchmark berwarna gelap
  • Stretch mark berwarna putih adalah stretchmark kekal. Manakala stretchmark yang berwarna kehitaman atau gelap masih boleh dihilangkan, namun bukanlah 100% dapat hilang..

Strecth mark akan membuat perut bakal ibu mula ada kesan garis yang biasanya terus kekal walaupun selepas melahirkan anak. Kesan rekahan ini biasanya terjadi di bahagian perut, payu dara, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya di bahagian lengan. Tetapi ada juga ibu yang bernasib baik langsung tidak mengalami kesan rekahan ini. Beruntunglah mereka itu.



Orang kampung saya kata pencegahan awal lebih baik daripada rawatan selepas masalah berlaku. Antara langkah awal yang boleh mengelak daripada berlakunya kesan stretch mark adalah:

  1. Kalau merancang untuk hamil, rajin-rajinlah menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil.
  2. Waktu paling baik menyapu losyen iaitu selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.
  3. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.
  4. Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.
  5. Jika terasa gatal, jangan digaru secara kasar. Gunakan losyen dan sapu dengan lembut pada bahagian stretch mark yang gatal itu dan gosok lembut sehingga hilang rasa gatalnya.
Jika anda inginkan alternatif daripada Shaklee, ada beberapa cadangan terbaik untuk atasi masalah ini:

Vitamin E Shaklee


Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang akan menembusi lapisan kulit kita dan membantu proses penyembuhan luka semula jadi semasa membuang parut di atasnya. Menurut Teenbodybuilding.com pengambilan vitamin E sebenarnya boleh membantu mencegah stretch mark daripada menjadi teruk. Vitamin E adalah antioksidan yang membantu mengekalkan kesihatan tisu kulit dan membran. Oleh itu, vitamin E adalah berkesan pada kedua-dua mencegah dan merawat stretch mark. 

Bagaimana untuk menggunakan vitamin E untuk menghilangkan stretchmark?

Ibu hamil tidak boleh makan vitamin E kerana ia antioksidan. Jadi ambil 1 biji capsul vitamin E dan cucuk dengan jarum dan sapukan rata ke permukaan kulit stretch mark itu. 
Biarkan selama 40 min dan kemudian basuh dengan air bersih. Lakukan 3 kali sehari iaitu selepas mandi waktu pagi, tengah hari dan sebelum tidur malam.

Energizing Soy Protein ESP


ESP adalah serbuk protein dari Non GMO soya yang dapat  membina sel-sel  kulit badan. Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk menggantikan sel-sel mati. Jadi sel-sel mati di bahagian perut yg menimbulkan stretch mark dapat dibuang dengan lebih berkesan.

Vitamin C Shaklee


Jangan tak tahu bahawa Vitamin C terkenal dengan keupayaan untuk membantu menyembuhkan luka-luka kulit dan tisu parut yang rosak itu.  Nutrien dalam vitamin C adalah penting untuk kesihatan keseluruhan kulit anda. Vitamin C juga boleh diambil secara lisan atau secara topikal.

Apa yang penting semasa mengandung, ibu hamil perlu elakkan lemak tepu dan jaga pertambahan berat badan. Jangan naik terlampau banyak berat badan kerana kegemukan memburukkan lagi strecth mark di badan kita.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



Menuduh Isteri Mandul, Sebenarnya Jamil Punca Tidak Subur

with 0 Comment

Jangan mudah menuduh isteri mandul!


Siapa pernah menonton filem Madu 3 arahan Tan Sri P.Ramlee? Jangan beritahu saya tak pernah menonton! Boleh kerat jari saya ini jika ada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tak menonton cerita Madu 3. Bahkan ada yang menontonnya berulang-ulang kali tanpa rasa jemu malah boleh hafal dialog dalam filem tersebut. Hahahahaha betul tak? "Butang baju melayu aku mana pah?"

Jamil watak dalam filem itu telah membuat keputusan untuk berkahwin lagi  dengan alasan isteri pertama Puan Latipah mandul dan belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin. 


Saya tak mahu bercerita bab huru hara komedi dalam filem ini  apabila tembelang Jamil pecah. Mungkin sudah skrip cerita diolah sebegitu atau kebetulan, Jamil telah berkahwin lagi dengan isteri ketiga iaitu Puan Rohani beberapa bulan selepas dia berkahwin dengan Puan Hasnah iaitu isteri kedua beliau. Ketika itu tiada tanda-tanda Puan Hasnah berbadan dua. Nampak tak? Kenapa Jamil senang sangat menuduh Puan Latipah mandul? 


Persoalannya di sini siapakah yang mandul? Puan Latipah, Puan Hasnah, Puan Rohani atau Encik Jamil? Kenapa wanita atau isteri selalu dipersalahkan apabila gagal melahirkan zuriat? Adakah wanita sahaja patut dipersalahkan dalam hal ini. Kaum Adam pula boleh mendabik dada dan terus ego untuk tidak meletakkan punca sebenar kegagalan mendapatkan zuriat? Apakah ini memang sudah menjadi lumrah? Oh kejamnya dunia.


Meletakkan kesalahan dan tanggungjawab ke bahu isteri kerana kegagalan menimang cahaya mata sebenarnya tidak relevan. Untuk mendapatkan cahaya mata kedua-dua belah pihak iaitu suami isteri perlulah sihat dan subur. Sebelum kita pergi lebih jauh apa kata kita baca dulu penyebab lelaki tidak subur.



9 penyebab Lelaki Tidak Subur

  1. Berat badan tidak ideal – terlalu kurus atau terlalu gemuk boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon
  2. Pengambilan ubat terlarang seperti ganja boleh menyebabkan kemandulan atau ubatan antibiotik seperti tetracycline boleh  menurunkan hormone testosterone sehingga 20%.
  3. Tekanan perasaan
  4. Merokok – merokok boleh menyebabkan masalah kesuburan kepada lelaki
  5. Faktor pekerjaan dan persekitaran – sebagai contoh saintis yang sering terdedah kepada bahan kimia berlebihan boleh menyebabkan kemandulan.
  6. Pemakanan yang tidak sihat seperti gemar mengambil makanan sejukbeku atau makanan ringan.
  7. Air mani tidak normal dan tidak mengandungi sperma yang mencukupi
  8. Masalah pada buah zakar seperti jangkitan atau luka pada testis.
  9. Hypogonadism- peningkatan usia menyebabkan lelaki kekurangan hormone testosterone dan boleh menjadi tidak subur.
Bagi lelaki, faktor kesuburan mereka adalah berkaitan dengan kesempurnaan sperma yang dihasilkan oleh mereka. Mari kita tengok gambar-gambar di bawah ini yang menerangkan perbezaan di antara sperma yang sihat (normal) dan sperma yang  tidak sihat (abnormal).




Ujian Kesuburan Lelaki
Ujian air mani merupakan satu-satunya ujian yang boleh menentukan kesuburan lelaki. Dalam ujian ini, sample air mani suami akan diambil dan diuji bagi mengenalpasti kemampuannya  menghasilkan sperma dan tahap kesuburan sama ada  bilangan sperma mencukupi, mempunyai struktur yang normal dan aktif. Para suami dinasihatkan tidak perlu takut untuk membuat ujian ini kerana walaupun mempunyai masalah, ianya boleh dirawat  dan dipulihkan berdasarkan masalah yang dialami.

Justeru itu suami wajib melakukan ujian kesuburan dan bukan mengharapkan isteri sahaja menjalani ujian kehamilan. Nak anak tapi seorang sahaja yang berusaha, mana nak jadi. Memang ternyata bab ini lelaki memang ambil mudah dan langsung tak serius. Mereka anggap diri mereka tidak bermasalah, gagah, perkasa dan sebagainya. Suami perlu rendahkan ego dan pergilah melakukan ujian kesuburan bersama isteri agar masalah sebenar dapat dirungkaikan. Uolls rasa Encik Jamil tu pernah buat ujian kesuburan tak?Hahahaa

Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kesuburan lelaki

Amalan pemakanan vitamin kesuburan lelaki. Set kesuburan lelaki Shaklee memang tidak mengecewakan. Malah ramai pasangan suami isteri berpuas hati sejak mengamalkan set kesuburan lelaki ini. Jom kita tengok luahan mereka di bawah ini:

~Testimoni 1

~Testimoni 2
~Testimoni 3

Set Kesuburan Lelaki Shaklee




1. Vita-E Complex
  • melindungi jantung
  • mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • anti-Penuaan
  • anti-oksidan yang kuat
  • meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga
  • memperbaiki arthritis
  • memperbaiki parut

2. Zinc Complex
  • memperbaiki kebolehan seksual lelaki dan meningkatkan keupayaan seks
  • zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki
  • menambahkan keupayaan fungsi seksual lelaki
  • membentuk kolagen
  • memperbaiki masalah berkaitan prostat
  • membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan memperbaiki diabetes
  • mempercepatkan pemulihan luka

3. CoqHealth
  • meningkatkan kesuburan
  • meningkatkan bilangan sperma
  • meningkatkan kelajuan pergerakan sperma
  • mengurangkan peratusan sperma yan abnormal
  • menguatkan fungsi jantung
  • mencegah penyumbatan pada saluran darah.

Kata bidalan, "Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya." Kalau kita tidak berusaha bagaimana kita nak berjaya. Yang penting jangan berputus asa untuk dapatkan zuriat. Setiap pasangan suami isteri patut berusaha untuk mendapatkan zuriat. Janganlah kita berdoa kepada Allah tanpa usaha. Apapun setelah kita berusaha kita hendaklah bertawaqal kepada Allah kerana rezeki itu hak Allah untuk berikan kepada kita.

Jom berusaha untuk tingkatkan kesuburan lelaki dengan mengamalkan set kesuburan lelaki Shaklee. 



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019-2249556 atau 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.





Parut Demam Campak Chicken Pox Hilang Dan Tidak Malu Lagi Keluar Rumah

with 1 comment

Wah! Sukanya parut chicken pox dah hilang


Semalam ketika saya berjalan-jalan di sebuah hypermarket saya telah terjumpa dengan rakan lama zaman belajar di universiti dulu. Memang dah rezeki kami untuk berjumpa. Walaupun sekejap dapatlah juga bertanya khabar dan melepaskan rindu. Agak lama juga kami tidak berjumpa iaitu lebih kurang 4 tahun.




"Eh, apasal muka ko ada parut-parut hitam ni? Bukan ke muka ko ini dulu licin berseri macam kulit bayi? Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya saya bertubi-tubi kehairanan. Kawan saya ini kalau nak tahu  memang sangat menitip beratkan penjagaan kulit wajah. Tak hairanlah muka dia dulu tidak ada garisan halus atau lubang-lubang jerawat.

"Nak buat macam mana dah besar panjang ini baru nak merasa kena demam campak chicken pox. Baru sahaja sembuh 2 minggu ini. Sekarang ini nak pergi kerja pun malu, terpaksa tepek mekap tebal nak cover parut-parut ni. Ko ada cara atau petua ke nak hilangkan parut demam campak chicken pox ni? Sedih betul bila tengok muka kat cermin." Jawab kawan  saya dengan sedih.




Tidak susah nak hilangkan parut demam campak chicken pox ini. Sudah ramai yang kembali bersemangat keluar pergi bekerja setelah mengamalkan Vitamin E Shaklee. Segala parut chicken pox yang menjengkelkan itu telah lenyap sama sekali. Tak percaya? Jom kita lihat gambar di bawah ini


Yang ini testimoni paling baru. Seorang kenalan saya kena chicken pox pada bulan Jun sebelum puasa hari tu.

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Merawat tisu-tisu kulit dari dalam kulit. Parut chicken pox atau jerawat dan jeragat dapat dihilangkan
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
  • Anti Oksidan

Keistimewaan Vitamin E  Complex Shaklee:


  • Cuba tengok pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol - tanda "d" bermakna ianya semulajadi, tanda "dl" adalah tanda ianya vitamin e sintetik/buatan. Kenapa perlu semulajadi? Kerana kadar penyerapannya adalah lebih baik sekurangnya 2 kali ganda berbanding vitamin E buatan. Dengan itu ianya lebih jimat dari segi kos jika kita membeli vitamin E semulajadi.
  • Vitamin E Complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 
  • Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium. Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
  • Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
  • Sekarang vitamin E telah diperbaharui dengan tambahan GRAPE SEED EXTRACT , 20 kali lebih berkuasa dari vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa dari vitamin C.
Ini baru bab parut chicken pox dan jeragat hilang dari wajah. Kalau nak wajah lebih cantik berseri, glowing-glowing, tona kulit sekata, kulit wajah halus mulus dan anjal boleh amalkan Set Kecantikan Kulit Shaklee. Memang tidak hairan kenapa set kecantikan kulit Shaklee ini popular dan laris, tengok sahajalah testimoni di atas tu. Baru amalkan vitamin E dah dapat wajah macam tu. Belum rasa yang lain lagi! Hahaha. Bestkan? 

Jom saya belanja uols kisah seorang isteri yang susah hati. Kenapa? Sebab dia dah jadi wanita paling tak cantik di mata suami dia kerana chicken pox. Kesian kan? Tapi apa yang menyebabkan kedukaan dia hilang? Jom kita tonton kisah kegembiraannya di bawah ini


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.



Cukup-cukup sudah. Saya cerita banyak pun tak guna kalau uols masih lagi tidak melakukan anjakan paradigma untuk mendapatkan kulit wajah cantik berseri bebas jerawat, jeragat dan parut bagai. Wajah kita cantik pun bukan untuk siapa pon. Untuk kita juga. Menambah keyakinan diri kita. Menambat hati suami daripada pandang gadis lain. Betul tak? Lagipun kita dituntut supaya jagalah anugerah Allah kepada kita ini sebaik-baiknya.

Lantas dengan itu bolehlah dapatkan Vitamin E serta set kecantikan kulit Shaklee dengan mudah dan pantas hanya klik gambar di bawah ini


ATAU


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



Kulit Cantik Bebas Jerawat Dengan Esp & Vitamin E Shaklee

with 0 Comment

Bebas jerawat dan jeragat!

Salam ceria semua! Semoga sihat dan dirahmati Allah selalu. Apaaaaaa??? Tak ceria. Kenapa? Jerawat banyak dan wajah tak cantik berseri. Jangan panik! Bersabar. Kita baca dulu tips bebas jerawat di bawah ini

testimoni kulit cantik bebas jerawat dengan esp & vitamin e shaklee


Tips bebas jerawat


  1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.
  2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah.
  3. Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas mengunakan mekap.
  4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.
  5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.
  6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.
  7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
  8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.
  9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih.
  10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
  11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang badan, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.
  12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.
  13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.
  14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
  15. Amalkan supplement tambahan semulajadi seperti Energizing Soys Protein ESP dan Vitamin E Shaklee. Kalau nak kulit wajah cerah cantik berseri bebas jerawat dan jeragat amalkan ESP dan vitamin E Shaklee. Insyallah kita boleh tersenyum riang ketika melihat wajah di cermin nanti. Untuk perincian boleh klik link di bawah

ESP & Set Kecantikan kulit Shaklee




Oh ye!! Ada TIPS EKSLUSIF nak elastik kulit, wajah lambat penuaan, payu dara anjal akan saya kongsikan jika anda membuat pembelian melalui saya :). Untuk pembelian cepat dan pantas boleh klik




Jom kita lihat apa kata mereka...






Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?