Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label pelajar. Show all posts
Showing posts with label pelajar. Show all posts

Tips dan cara atasi masalah mudah lupa

with 0 Comment

Salam ceria semua pembaca blog Superb Vitamin! Semoga uols semua sihat dan dapat melakukan rutin harian dengan sempurna. Tiada masalah terlupa itu, terlupa ini. Tertinggal hand beg, handphone dan sebagainya. Kalau pelajar pula semoga dapat menjawab segala soalan peperiksaan dengan cemerlang. Ooops! Apa? Ada pelajar yang mengalami sindrom cepat lupa? Kenapa cepat lupa ni? 
vitamin untuk kuatkan daya ingatan


Mungkin kita merasa jengkel ketika situasi lupa atau tidak mampu mengingat sesuatu yang harus kita ucapkan atau sampaikan. Apa yang lebih buruk dari itu perasaan tidak mampu mengingat sesuatu yang kita tahu. Tentu sangat menyebalkan. Jangan biarkan sindrom mudah lupa menganggu hidup kita. Jom kita baca tips dan cara atasi masalah mudah lupa di bawah.

Perkara yang menyebabkan mudah lupa

  • Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Sesiapa yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
  • Sering bercakap bohong : Mereka yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
  • Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan mereka yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi mereka yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
  • Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang itu.

Tips dan cara atasi masalah mudah lupa


Buat catatan atau notis.


Kita catat apa sahaja yang penting dalam nota kecil. Kalau dulu selalu catat nota masa belajar takkan sekarang tak boleh. Sila buat catatan bila hendak membeli belah supaya tidak terbeli barang yang membazir dan tidak perlu. Catatlah perkara penting dan tugasan yang perlu kita selesaikan hari ini supaya kita lebih 'alert' dan tidak kelam kabut nanti. Boleh juga buat catatan di smartphone masing-masing.


Berikan komitmen pada kerja.

Yang ini sangat penting. Berilah komitmen kepada apa sahaja yang kita lakukan. Kalau bekerja lakukan kerja kita dengan sepenuh hati. Jika kita seorang pelajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Jadi dahulukan apa yang patut kita dahulukan. Berikan komitmen pada perkara yang diamanahkan kepada kita.


Jaga solat fardhu dan banyakkan amalan kerohanian


Ini amat penting sekali. Bersolatlah di awal waktu dan cukup 5 waktu sehari. Solat melatih kita berdisiplin dan membentuk jati diri kita. Begitu juga dengan amalan kerohanian seperti berzikir, bertahjud,membaca Quran dan sebagainya. Ini semua adalah 'makanan' yang berzat untuk otak kita supaya tidak mudah lupa. Selain itu ia dapat mengelakkan kita mudah hilang arah tujuan. Kita juga akan menjadi lebih fokus dengan apa yang kita sedang lakukan.

Letak barang ditempat yang mudah dilihat.

Kepada yang mudah lupa seperti tertinggal wallet, handphone, beg dan sebagainya bolehlah amalkan tips ini. Letakkan barang di tempat yang senang kita lihat atau tempat yang selalu kita lama berada di situ seperti di meja solek atau di rak buku. Awas! Tak semua barang sesuai dipamerkan . Boleh jugak jadikan ia “fridge magnet” lekat di pintu peti ais. Confirm takkan lupa sebab nampak di mata.


Banyakkan rehat dan jaga tidur.

Banyakkan rehat ini bukan bermakna kena berehat selalu tapi kita mesti dapatkan rehat yang secukupnya. Latihlah diri berdisiplin untuk berehat dan tidur yag cukup setiap hari. Orang dewasa memerlukan 6 jam untuk tidur. Selain itu luangkan masa bersantai tengok tv atau bersiar-siar di taman. Aktiviti seperti ini dapat merehatkan minda kita yang keletihan bekerja. Cas-cas positif dapat dijana ke tubuh badan kita sekaligus memberi tindak balas yang positif kepada otak kita. Otak sihat dapat mengelakkan mudah lupa.

Makan makanan untuk kuatkan ingatan

Makanan untuk kesihatan otak, kuatkan IQ dan macam-macam yang seumpamanya memang bagus untuk perkembangan otak kita. Makan makanan sunnah seperti kismis dan kurma  juga bagus untuk menguatkan daya ingatan kita. Amalan pemakanan vitamin untuk menguatkan daya ingatan dapat membantu gejala mudah lupa. Jom kita lihat apa vitamin atasi masalah mudah lupa ini:

Omega guard

vitamin untuk kuatkan daya ingatan

  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.


B Complex

vitamin untuk kuatkan daya ingatan

  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.


Lecithin 

vitamin untuk kuatkan daya ingatan

  • Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
  • Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 

Sifat lupa itu adalah normal. Perkataan insan itu sendiri membawa maksud lupa. Jadi tidak perlulah susah hati atau bermuram sekiranya kita ini adalah seorang yang mudah lupa. Tetapi janganlah kita berputus asa untuk atasi masalah mudah lupa ni. Marik kita praktikkan tips-tips ini untuk meningkatkan daya ingatan kita.

Segalanya terletak pada diri kita sendiri sama ada mahu melakukannya ataupun tidak. Bak kata pepatah, “ Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih”.

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Mealshakes Sesuai Untuk Sarapan Pagi Kanak-kanak

with 0 Comment

Pentingnya sarapan pagi kanak-kanak..

Senario ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapa masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk memastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam kelas.
Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran. Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk pada awal pagi persekolahan.



Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak.

Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun menjelaskan, makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan, vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.



Saya tahu kekadang tu bukan sengaja ibu-ibu  tak sediakan sarapan untuk anak-anaknya, sebab tiada masa terutama ibu yang bekerjaya. Waktu pagi tu memang kritkal. Banyak perkara perlu diselesaikan dalam masa yang singkat sebelum bergerak ke pejabat atau menghantar anak ke sekolah.

Jadi saya mencadangkan kepada ibu-ibu untuk memberikan Mealshakes sebagai ganti sarapan untuk anak anda. Mealshakes sesuai untuk sarapan pagi kanak-kanak. Mealshakes ini mudah disediakan. Tak sampai pun 2 minit, dah boleh terus minum. Banyak khasiat tau! Jom kita kenal kisah menarik mengenai Mealshakes ini




Fakta menarik tentang Mealshakes:

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Rasanya yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.


Saya juga memberi Omega Guard Shaklee kepada anak saya setiap hari selepas bersarapan. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling baik di dunia. Tak percaya? Jom kita baca kisah Omega Guard Shaklee pula.


Ops saya nak belanja uols dengan video ini. Kisah seorang ibu yang sangat gembira sejak mengamalkan mealshake Shaklee. Jom kita tonton!





Fakta menarik tentang Omega Guard:

Setiap kapsul gel lembut Omegaguad Shaklee mengandungi :-
330mg Omega3, 180mg EPA, 120mg DHA
Jadi per serving 3 capsules Omegaguard kita akan mendapat lebih kurang 1000mg.

  • Mengandungi minyak ikan
  • Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Imuniti badan
  • Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
  • Sistem peredaran darah yang teratur
Kita mampu membeli baju cantik dan mahal untuk anak kita. Kita boleh beli ipad untuk anak kita. Kita boleh berikan patung boboiboy dan yaya kepada anak kita. Tapi kita masih teragak-agak untuk memberikan vitamin terbaik untuk anak kita belajar. Saya yakin anda yang membaca tidak begitu. Betul Tak? Jom dapatkan twin set vitamin ini dengan saya. :)

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Vitamin Untuk Otak Cerdas dan Bijak

with 1 comment

Vitamin Shaklee sesuai untuk pelajar


Siapa lembap dan malas akan ketinggalan! Di zaman digital yang serba pantas ini kita berlumba-lumba untuk menjadi lebih maju bagi memenuhi tuntutan keperluan kehidupan kita. Maka tak hairanlah ramai ibubapa yang menelefon dan mesej saya risau tentang perkembangan akademik anak mereka. 




"Anak saya mudah keletihan."

"Anak saya bila belajar sekejap sahaja. Dia susah nak fokus."

"Saya risau anak saya terlalu lambat nak pick up. Lambat nak paham sesuatu subjek tu."


Memang banyaklah bentuk kerisauan ibubapa yang telah dihamburkan kepada saya. Saya bukan ahli nujum atau bomoh untuk menentukan anak-anak uols menjadi pandai dan berjaya. Tetapi saya boleh berkongsi cara bagaimana nak menjana otak menjadi cerdas dan bijak. Jom baca sehingga habis entri ini.

Otak yang cerdas amatlah penting lebih-lebih lagi bagi pelajar dan mereka yang mementingkan kecemerlangan dalam hidup. Ramai antara kita mengalami kemerosotan dalam kecerdasan otak. Antara sebabnya ialah terlalu banyak benda yang difikirkan, kurang rehat, kurang taubat, kurang ibadat serta kurang nutrisi.

Antara amalan untuk kecerdasan otak:


  • makanan yang halal dan baik - Ini amat dituntut dalam Islam kerana makanan akan menjadi darah daging kita. Sumber haram akan mencetuskan otak susah untuk fokus, daya ingatan menjadi lemah dan sering mendorong kita melakukan perkara negatif.
  • menjauhi dosa - apabila menjauhi dosa bermakna kita akan menjalani kehidupan yang sihat dari segi rohani dan jasmani. Perbanyakan amalan rohani adalah makanan roh yang terbaik untuk otak. 
  • puasa -  Berpuasa adalah mekanisme terbaik untuk membersihkan perut dan badan dari sisa-sisa pemakanan yang tidak baik sebelum ini. Kajian saintifik pernah dibuat terhadap amalan puasa di kalangan orang Islam. Hasilnya salah satu kebaikan puasa ialah untuk mencerdaskan otak.
  • hafaz Quranmenghafaz al-Quran juga dapat meningkatkan tahap tumpuan seseorang kepada ilmu pengetahuan. Jika tidak berupaya menghafaz, memadai jika dapat melazimi membaca al-Quran secara tartil dan menghafaz beberapa surah serta memahaminya
  • solat sunatDisiplin dalam solat yang menuntut individu fokus pada solat dapat membantu mereka menumpukan perhatian pada perkara lain di luar solat. 
  • berkawan dengan orang soleh - faktor kawan juga memain peranan. Jika kita berkawan dengan orang soleh dan baik kita juga terdorong untuk melakukan perkara yang baik. Melakukan perkara baik akan menhindarkan diri kita dari melakukan perkara yang negatif dan sia-sia. Setiap amalan yang baik aka mengecas ion-ion positif ke otak sekaligus meningkatkan kecerdasan otak.





Selain daripada amalan di atas, amalan pemakanan supplement atau vitamin untuk otak cerdas dan bijak juga patut dipertimbangkan oleh kita sebagai ibubapa. Faktor kesibukan dengan kerjaya menyebabkan kita kekadang terlupa untuk memberikan makanan tambahan terbaik untuk anak-anak kita. Adakah anak kita mendapat makanan yang seimbang dan kaya dengan multivitamin setiap hari?

Ada beberapa vitamin yang boleh saya cadangkan mengikut peringkat umur. Set Vitamin ini boleh diamalkan daripada kanak-kanak hinggalah kepada golongan pelajar di universiti.

Cadangan vitamin untuk kanak-kanak:

4 tahun ke bawah:
Mealshakes, Vitalea Chewable dan Omega Guard

Sekolah rendah:
Omega Guard, Chewable Vitamin C, Vitalea Chewable dan Mealshakes

Sekolah menengah dan universiti
B Complex, Omega Guard, Lecithin, Mealshakes





Omega Guard 


Mengandungi DHA dan EPA serta asid lemak lain yang penting untuk pertumbuhan otak dan mata, serta peredaran darah dan aktiviti sel bagi memastikan keseluruhan tubuh mendapat kekuatan bagi melawan jangkitan yang berbahaya. Perinciannya boleh klik Kebaikan dan Keistimewaan Omega Guard




Vitalea Chewable


Pengambilan  Vitalea Chewable dapat membantu membekalkan 19 Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh seorang kanak-kanak untuk membesar. Selain itu pembinaan kalsium dalam tulang menjadi kuat dan sihat. Perinciannya sila klik Kebaikan dan Keistimewaan Vitalea Chewable


Mealshakes




Mengandungi protein soya dan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Perinciannya boleh klik Kebaikan Mealshake Shaklee



B Complex




Membantu dalam sintesis protein dan karbohidrat, memberikan mood yang baik, anti stress, menukarkan makanan kepada tenaga serta penting dalam pertumbuhan sel. Perinciannya boleh klik Kebaikan B Complex Shaklee



Lecithin 


Kaya dengan kolina yang penting dalam sintesis neurotransmitter, iaitu acetylcholine yang bertindak dalam fungsi saraf, otak dan daya ingatan. Perinciannya boleh klik Lecithin Shaklee yang best




Kalau anak kita sentiasa sihat, tidak mudah demam, batuk dan selsema, pembelajaran dia tidak terganggu kerana sakit. Tidak perlu cuti sakit yang mengakibatkan ketinggalan pembelajaran di sekolah. Badan yang sihat akan melahirkan otak yang cerdas dan bijak. Tak Percaya? Jom kita lihat salah satu testimoni ini. Jangan tak tengok video ni tau! Hanya klik sahaja....


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.



Tanpa kita sedari hampir setiap bulan kita mampu membeli baju baru, beg tangan baru, kasut baru dan sebagainya. Nak nak lagi sekarang ni heboh dengan gajet baru iphone 6. Ada ibu bapa yang tanpa segan silu bangga kerana sentiasa up to date dan trendy tetapi tanpa sengaja mengabaikan keperluan makanan tambahan untuk anak-anak. Anak-anak adalah harta kita paling bernilai dan tidak boleh ditukar gantikan dengan iphone 6! Betul tak? Kesihatan yang sihat akan membentuk otak yang cerdas. 

Jom kita lengkapkan anak kita dengan vitamin otak cerdas dan bijak bagi demi melahirkan generasi cerdik pandai untuk negara kita pada masa depan. Kita mampu melakukannya! Jom klik gambar di bawah untuk dapatkan vitamin ini


Atau



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?