Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label otak. Show all posts
Showing posts with label otak. Show all posts

Apa Yang Perlu Kita Lakukan Jika Ahli Keluarga Diserang Strok

with 0 Comment

Jangan panik!


Selari dengan kepesatan kemodenan dunia, penyakit strok juga kini pesat menyerang mangsanya tanpa mengenal usia, tua dan muda lelaki atau perempuan yang sering mengabaikan kesihatan. Betul tak? Siapa setuju dengan saya?

Baru-baru ini ada kenalan saya muda belia berusia awal 30an diserang strok atau nama lainnya dikenali angin ahmar. Sungguh saya tak sangka kerana tiada lagi jaminan penyakit stroke ini hanya menyerang mereka yang berusia emas atau warga tua sahaja. Jaga-jaga ya, jangan dabik dada sangat yang muda-muda tu.


Di negara kita  strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung.
Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.




Hari ini saya nak berkongsi tips apa yang perlu dilakukan jika ahli keluarga kita diserang strok? Saya pasti ramai yang tak tahu, malah panik jika ahli keluarga diserang strok.



  1. Masa itu emas dan sangat berharga kepada individu yang diserang strok kerana kerosakan otak berlaku berterusan sehinggalh rawatan diberikan. Apabila otak tidak mendapat oksigen dalam masa beberapa minit, sel-sel otak akan mula mati. Sebaik tisu otak mati, anggota badan yang dikawal oleh bahagian otak tidak boleh berfungsi dengan baik dan inilah yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan. 
  2. Segeralah bawa pesakit ke hospital. Baringkan pesakit supaya lebih banyak bekalan darah (dan oksigen) sampai ke kepalanya. Jika dalam kereta, baringkan pesakit di tempat duduk belakang dengan membengkokkan kakinya. 
  3. Jangan panik dan membuang masa menelefon saudara-mara untuk bantuan kerana bagi pesakit strok, masa amat kritikal. Lebih cepat pesakit dihantar ke hospital dan diberikan rawatan sepatutnya, peluang untuk sembuh lebih tinggi kerana kini hospital kita ada terapi akut untuk pesakit. 
  4. Rawatan seharusnya diberikan dalam tempoh tiga hingga empat jam selepas pesakit mengalami serangan strok. Rawatan ini adalah untuk mencairkan darah beku supaya halangan dalam salur darah dapat diatasi. 
  5. Apa yang penting, dalam perjalanan ke hospital jangan beri apa-apa kepada pesakit termasuklah air, makanan atau aspirin kepada pesakit kerana kita tidak tahu keadaan kesihatan pesakit. Jika pesakit mengambil ubat untuk sakit jantung, pemberian aspirin akan memburukkan keadaan. Sekiranya pesakit muntah, baringkan pesakit dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan muntah daripada termasuk ke dalam saluran pernafasannya. 
  6. Jangan lupa bawa sekali ubat yang diambil pesakit dan rekod kesihatannya. Ini akan membantu memudahkan doktor memberi rawatan yang bersesuaian dengan pesakit.

Tanda amaran strok

Menurut Perunding Neurologi di salah sebuah hospital di ibu negara, Dr. Lee Moon Keen, strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.
Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.
Tiadakah tanda amaran yang boleh diperhatikan? Ada tetapi biasanya ia jarang dipedulikan. Ini kerana tanda amaran strok datang sekejap-sekejap dalam masa beberapa minit atau jam. 

Ia datang, hilang dan datang kembali menyebabkan ramai pesakit menganggap ia sebagai masalah biasa. Penting untuk diketahui, ia tidak menyebabkan rasa sakit. 

  • Rasa kebas secara tiba-tiba terutama pada sebelah badan
  • Badan terasa lemah
  • Ada masalah penglihatan (pandangan berganda) pada sebelah atau kedua-dua mata
  • Pening kepala, sakit kepala secara tiba-tiba
  • Hilang keseimbangan atau keupayaan untuk berjalan dengan tiba-tiba
  • Rasa keliru, susah bercakap atau memahami percakapan orang lain
  • Susah hendak menelan
  • Rasa pening dan sekeliling nampak berpusing
Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segera minta ahli keluarga atau rakan sekerja membawa anda ke hospital kerana serangan strok boleh berlaku pada bila-bila masa. 





Ada ujian mudah yang boleh kita lakukan iaitu senyum, lambai dan cakap atau F.A.S.T. 

F - Face (muka). Suruh senyum. Adakah sebelah mukanya kelihatan ‘jatuh’?

A - Arm (lengan). Minta dia mengangkat kedua-dua belah lengannya. Adakah sebelah lengan melorot ke bawah?


S - Speech (cakap). Suruh bercakap dan perhatikan sama ada pertuturannya menjadi tidak jelas.


T - Telefon. Segera hubungi ambulans. Jika tiada, segeralah bawa individu ini ke hospital.



Tips Terbaik Beli Keperluan Persekolahan Anak Masuk Sekolah

with 0 Comment

Banyaknya nak beli!


Bermula sebulan dari sekarang  setiap ibu bapa pasti akan memikirkan belanjawan yang akan dileburkan untuk persiapan persekolahan anak hujung tahun ini. Masing-masing mencongak bajet berhemat bagi memastikan segala kelengkapan persekolahan anak sempurna disediakan. Pastinya bajet pembelanjaan persekolahan anak untuk tahun ini meningkat kerana dikenakan GST berbanding tahun lepas yang tiada. Aduhaaai nasiblah......

vitamin otak cerdas dan bijak


Senarai pembelian kelengkapan persekolahan perlu dibuat. Takut-takut ada benda yang terlepas pandang. Lagi pun senarai ini dapat membantu meringankan keserabutan otak. Almaklumlah kalau seorang anak takpa lagi, cuba 2, 3 atau 4 anak yang bersekolah? Macam mana? Apa yang perlu dibeli dulu? Berapa helai baju nak beli? Jenis beg sekolah apa yang tahan lasak? Ini semua nampak macam mudah tapi sebenarnya tetap memeningkan kepala terutama kepada ibu bapa yang anak mereka pertama kali melangkah ke alam persekolahan. 

Tahun depan anak saya darjah 2. Jadi untuk persiapan persekolahan anak kali ini saya tidak lagi canggung dan terkial-kial. Pengalaman lalu kita jadikan panduan. Buat ibu bapa yang anak sulung masuk darjah 1 tahun hadapan, saya pasti perkongsian dalam entri ini sedikit sebanyak dapat membantu uols  membuat persiapan persokalahan anak masing-masing. Jangan pening-pening. Mari baca tips beli keperluan persekolahan anak masuk sekolah  di bawah ini.

vitamin otak cerdas dan bijak


Pakaian sekolah anak lelaki

  • Baju kemeja putih 3 helai (biasanya 2 hari akan memakai pakaian senaman seharian)
  • Seluar panjang 2 helai 
  • Seluar trak sukan 2 helai
  • Stand by baju sukan sehelai kerana nanti kena beli baju sukan mengikut rumah sukan
  • Baju melayu putih 3 pasang (sekolah agama)
  • Samping sehelai (sekolah agama)
  • Songkok hitam untuk sekolah agama

Pakaian sekolah anak perempuan

  • Baju kurung 5 atau 6 helai
  • Kain kurung 2 helai untuk sekolah kebangsaan (biasanya 2 hari akan memakai pakaian senaman seharian) dan 3 helai untuk sekolah agama
  • Tudung 3 helai untuk sekolah kebangsaan dan 3 helai untuk sekolah agama. (sempat rotate masa basuh)
  • Seluar trak sukan 2 helai
  • Stand by baju sukan sehelai kerana nanti kena beli baju sukan mengikut rumah sukan

Kasut sekolah


  • Elok beli sepasang dulu. Pertengahan tahun baru beli sepasang lagi jika kasut ketat sebab kaki cepat panjang atau kasut rosak. Secara normalnya menjelang bulan keenam kasut sekolah akan rosak.
  • Kalau beli kasut jangan yang semua kain, nanti cepat koyak dan reput bila diberus ketika basuh.
  • Budak sekolah rendah terutama tahun 1 tak pandai lagi nak pakai kasut bertali. Jadi pilih yang gamnya boleh tahan sikit dan tidak mudah tercabut.
  • Jangan beli jenama Ben10 ata princess ke. Upin ipin pun jangan. Jenis ni cepat rosak dan tiada kualiti.
  • Antara jenama kasut sekolah yang bagus kualitinya ialah  jenama BATA Spark atau Pallas. Ada banyak lagi yang bagus dan pandai-pandailah uols survey.
  • Stokin kaki beli 3 pasang paling kurang sebab anak kita seharian pakai stokin dan ia cepat kotor dan busuk.

Beg Sekolah



  • Beli 2 beg sekolah. 1 untuk sekolah kebangsaan dan 1 untuk sekolah agama.
  • Jenama terbaik ialah SWAN. Agak mahal sedikit tapi berbaloi-baloi. Harga dalam rm69 ke atas dah boleh dapat beg SWAN yang tahan lasak dan tidak mudah koyak. Jenama yang biasa-biasa ni tahan tak sampai sebulan dua dah mula koyak.
  • Jangan beli yang beroda sebab agak berat dan susah untuk naik kenderaan seperti bas mahupun van sekolah. Kena anak kelas tingkat tinggi kasihan dia kena pikul beg naik tangga yang berat tu.
  • Saiz beg sekolah tak perlu yang paling besar. Saiz medium sahaja dah mencukupi. Lagipun buku teks zaman sekarang ni nipis-nipis (ada 2 jilid) sahaja, bukan lagi tebal macam zaman kita sekolah dulu.

Alat tulis


vitamin otak cerdas dan bijak

Ini adalah kelengkapan yang penting untuk anak kita menjalani proses pembelajaran dengan sempurna dan gembira. Ibu bapa kena pastikan alat tulis lengkap seperti:

  • Pensil case
  • Pensil 3 batang
  • Pembaris
  • Pemadam
  • Pengasah Pensil
  • Gunting
  • Gam
  • Pensil warna
Semoga perkongsian tips ini dapat membantu uols dalam membeli keperluan persekolahan nanti. Tapi kita jangan lupa dan hanya membuat persiapan fizikal sahaja. Bagaimana pula untuk persiapan mental dan kesihatan anak kita? Apakah keperluan vitamin yang sesuai untuk anak kita?

vitamin otak cerdas dan bijak


Boleh klik di sini untuk vitamin otak cerdas dan bijak,

Vitamin Untuk Otak Cerdas dan Bijak



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Tips dan cara atasi masalah mudah lupa

with 0 Comment

Salam ceria semua pembaca blog Superb Vitamin! Semoga uols semua sihat dan dapat melakukan rutin harian dengan sempurna. Tiada masalah terlupa itu, terlupa ini. Tertinggal hand beg, handphone dan sebagainya. Kalau pelajar pula semoga dapat menjawab segala soalan peperiksaan dengan cemerlang. Ooops! Apa? Ada pelajar yang mengalami sindrom cepat lupa? Kenapa cepat lupa ni? 
vitamin untuk kuatkan daya ingatan


Mungkin kita merasa jengkel ketika situasi lupa atau tidak mampu mengingat sesuatu yang harus kita ucapkan atau sampaikan. Apa yang lebih buruk dari itu perasaan tidak mampu mengingat sesuatu yang kita tahu. Tentu sangat menyebalkan. Jangan biarkan sindrom mudah lupa menganggu hidup kita. Jom kita baca tips dan cara atasi masalah mudah lupa di bawah.

Perkara yang menyebabkan mudah lupa

  • Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Sesiapa yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
  • Sering bercakap bohong : Mereka yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
  • Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan mereka yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi mereka yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
  • Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang itu.

Tips dan cara atasi masalah mudah lupa


Buat catatan atau notis.


Kita catat apa sahaja yang penting dalam nota kecil. Kalau dulu selalu catat nota masa belajar takkan sekarang tak boleh. Sila buat catatan bila hendak membeli belah supaya tidak terbeli barang yang membazir dan tidak perlu. Catatlah perkara penting dan tugasan yang perlu kita selesaikan hari ini supaya kita lebih 'alert' dan tidak kelam kabut nanti. Boleh juga buat catatan di smartphone masing-masing.


Berikan komitmen pada kerja.

Yang ini sangat penting. Berilah komitmen kepada apa sahaja yang kita lakukan. Kalau bekerja lakukan kerja kita dengan sepenuh hati. Jika kita seorang pelajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Jadi dahulukan apa yang patut kita dahulukan. Berikan komitmen pada perkara yang diamanahkan kepada kita.


Jaga solat fardhu dan banyakkan amalan kerohanian


Ini amat penting sekali. Bersolatlah di awal waktu dan cukup 5 waktu sehari. Solat melatih kita berdisiplin dan membentuk jati diri kita. Begitu juga dengan amalan kerohanian seperti berzikir, bertahjud,membaca Quran dan sebagainya. Ini semua adalah 'makanan' yang berzat untuk otak kita supaya tidak mudah lupa. Selain itu ia dapat mengelakkan kita mudah hilang arah tujuan. Kita juga akan menjadi lebih fokus dengan apa yang kita sedang lakukan.

Letak barang ditempat yang mudah dilihat.

Kepada yang mudah lupa seperti tertinggal wallet, handphone, beg dan sebagainya bolehlah amalkan tips ini. Letakkan barang di tempat yang senang kita lihat atau tempat yang selalu kita lama berada di situ seperti di meja solek atau di rak buku. Awas! Tak semua barang sesuai dipamerkan . Boleh jugak jadikan ia “fridge magnet” lekat di pintu peti ais. Confirm takkan lupa sebab nampak di mata.


Banyakkan rehat dan jaga tidur.

Banyakkan rehat ini bukan bermakna kena berehat selalu tapi kita mesti dapatkan rehat yang secukupnya. Latihlah diri berdisiplin untuk berehat dan tidur yag cukup setiap hari. Orang dewasa memerlukan 6 jam untuk tidur. Selain itu luangkan masa bersantai tengok tv atau bersiar-siar di taman. Aktiviti seperti ini dapat merehatkan minda kita yang keletihan bekerja. Cas-cas positif dapat dijana ke tubuh badan kita sekaligus memberi tindak balas yang positif kepada otak kita. Otak sihat dapat mengelakkan mudah lupa.

Makan makanan untuk kuatkan ingatan

Makanan untuk kesihatan otak, kuatkan IQ dan macam-macam yang seumpamanya memang bagus untuk perkembangan otak kita. Makan makanan sunnah seperti kismis dan kurma  juga bagus untuk menguatkan daya ingatan kita. Amalan pemakanan vitamin untuk menguatkan daya ingatan dapat membantu gejala mudah lupa. Jom kita lihat apa vitamin atasi masalah mudah lupa ini:

Omega guard

vitamin untuk kuatkan daya ingatan

  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.


B Complex

vitamin untuk kuatkan daya ingatan

  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.


Lecithin 

vitamin untuk kuatkan daya ingatan

  • Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
  • Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 

Sifat lupa itu adalah normal. Perkataan insan itu sendiri membawa maksud lupa. Jadi tidak perlulah susah hati atau bermuram sekiranya kita ini adalah seorang yang mudah lupa. Tetapi janganlah kita berputus asa untuk atasi masalah mudah lupa ni. Marik kita praktikkan tips-tips ini untuk meningkatkan daya ingatan kita.

Segalanya terletak pada diri kita sendiri sama ada mahu melakukannya ataupun tidak. Bak kata pepatah, “ Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih”.

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Omega Guard, Shaklee Fish Oil

with 0 Comment

Apa itu Omega Guard?

Anak anda suka makan suplemen minyak ikan?

Jika "YA!", apa kata anda cuba suplemen minyak ikan keluaran Shaklee yang dikenali sebagai Shaklee OmegaGuard? Tidak seperti kebanyakan minyak ikan yang berada di pasaran, Shaklee OmegaGuard tidak berbau hanyir, dan enak dikunyah begitu sahaja.

Percayalah cakap saya, kami suami isteri terpaksa menyorokkan botol OmegaGuard di rumah di tempat yang tinggi kerana khuatir anak-anak akan mengambil suplemen minyak ikan yang sedap ini tanpa pengetahuan kami! Begitu sekali sukanya anak-anak saya menikmati suplemen Omega ini dengan dikunyah begitu sahaja, lagak orang dewasa mengunyah gula-gula getah!



Khasiat minyak ikan sudah diketahui umum amat baik untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, melawan kolesterol tidak baik (LDL), meningkatkan kolesterol baik (HDL), membantu pesakit sendi, dan amat baik untuk pertumbuhan otak kanak-kanak.

Jika tidak, masakan ibu-ibu mengandung yang sudah memasuki trimester kedua dan ketiga juga turut digalakkan untuk mengambil suplemen minyak ikan. Bukan sekadar untuk kawal kolesterol di dalam badan sendiri, malah, dengan harapan dapat membantu pertumbuhan otak bayi di dalam kandungan.

Protect Your Heart*
OmegaGuard provides full-spectrum potency of ultrapure, pharmaceutical grade omega 3 fatty acids.

Helps Reduce the Risk of Heart Disease*
Supportive but not conclusive research shows that consumption of EPA and DHA omega-3 fatty acids may reduce the risk of coronary heart disease.
Research also shows that high levels of omega-3 fatty acids promote cardiovascular health and help retain normal blood pressure and triglyceride levels. In addition, omega-3s support healthy brain, vision and joint function.*

Ultra-pure and Pharmaceutical Grade
OmegaGuard is made with a proprietary, triple molecular distillation process that concentrates the natural beneficial omega-3 fatty acids while removing harmful compounds like mercury and lead that are found in many types of fish.*

The World’s Finest Fish Oil
Contains a full spectrum of seven naturally occurring omega-3 fatty acids: EPA, DHA, ALA, and more. EPA benefits your heart and joints, while DHA is critical for brain development and function.*

Source : Shaklee Malaysia
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Perhatian:
Sila dapatkan panduan pemakanan OmegaGuard untuk kanak-kanak, ibu mengandung mahupun dewasa daripada pengedar Shaklee anda yang sah!


Pesanan dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?