Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label nutriferon. Show all posts
Showing posts with label nutriferon. Show all posts

6 Punca Kegatalan Ekzema Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

with 3 comments

Kasihan si comel!


Hati kita pasti runsing apabila anak yang kita sayangi tiba-tiba mengalamai kegatalan akibat ekzema. Lebih meruntun hati mendengar rengekan sambil tangannya tidak berhenti menggaru-garu kulit yang gatal. 

Ekzema bukan ruam biasa. Ruam bayi bersifat sementara manakala ekzema boleh kekal lama dalam kulit.






Ekzema boleh menjadi serius jika dibiarkan dan akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan sehingga menjadi kudis. Ada juga yang bernanah. 

Ini menyebabkan anak yang mengalami ekzema menjadi libang libu bak kata orang Perak atau runsing sehingga menyebabkan aktiviti kelaziman seperti tidur terganggu.

Jadi sangat penting untuk ibu bapa mengetahui apakah punca berlaku ekzema ini. Jangan ambil mudah ya, nanti merana.

Ekzema ada 2 jenis iaitu ekzema Atopik dan Dermatitis.

Ekzema Atopik Terjadi daripada penyakit seperti asma dan demam alergik. Kesannya ialah kulit menjadi kering, gatal, merah dan merekah. Ada juga meleleh cecair seperti berdarah.

Jika ada sejarah keluarga mempunyai penyakit asma dan ekzema, kemungkinan besar anak kita boleh terkena kegatalan ekzema.

Ekzema Atopik lazimnya berlaku di tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.


Terdapat 6 punca kegatalan ekzema ini.



Alahan makanan

Alah kepada makanan tertentu seperti susu lembu, telur, kekacang, kacang soya, atau gandum. Ini adalah punca utama ekzema yang biasanya berlaku dari dalaman badan dan bukan luaran. Bukan sekadar penyakit kulit luaran.

Faktor persekitaran

Cuaca yang terlalu sejuk atau kering akan memberi keradangan kepada kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi terlalu kering dan gatal, sekaligus menggalakkan radang ekzema. Hama, habuk, debunga, lipas, kotoran juga boleh menyebabkan kegatalan ekzema

Bahan pencuci

Sabun dan bahan pencuci seperti syampu, sabun mandian dan sabun pakaian juga boleh menjadi punca ekzema

Alah dengan bahan tertentu

Antara punca ekzema juga ialah alah dengan baha tertentu seperti fabrik bulu, logam, emas, sintetik dan lain-lain

Jangkitan kulit

Apabila menggaru kegatalan ekzema, kulit akan menjadi lebih radang dan merebak ke tempat lain

Perubahan hormon

Anak yang mengidap ekzema tidak boleh stress. Gangguan emosi dan tekanan menjadi puncanya kegatalan ekzema berlaku.





Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. 

Langkah-langkah pengawalan ekzema

  • Mengawal kitaran ekzema dengan melembapkan kulit
  • Mengubati keradangan
  • Mengelakkan penggunaan sabun atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
  • Mengelakkan makanan yang menyumbang kepada ekzema
  • Menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan persekitaran.
  • Kurang berada di luar rumah terutama mereka yang alergik terhadap debunga (pollen)

Mari kita baca


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Jom Rancang Cuti Dengan Kalendar Kuda 2016

with 0 Comment

Ba Ba Cak!


Assalamualaikum semua! Sayang uols semua. Maaflah kerana membiarkan blog ini bersawang. Ramai yang bertanya ke manakah saya menghilang? Bukan menghilang tapi kesuntukan masa untuk updet blog kesayangan ramai ini. Saya masih seperti dulu. Masih lagi gigih menyebarkan kebaikan shaklee kepada semua orang. Masih lagi gigih membantu orang lain menambah pendapatan keluarga dengan Shaklee. Masih dan masih kekal maintain seperti dulu. 



Senyum semua! Ini saya nak kongsikan kalendar kuda 2016 dengan uols. Bolehlah merancang mulai sekarang untuk agenda 2016. Siapa yang suka bercuti tu bolehlah membuat perancangan awal. Siapa yang nak buat kenduri nikah kahwin, bulan madu, bertunang, melancong memang wajib tengok kalendar kuda 2016 ini.  Ada banyak cuti panjang yang boleh kita nikmati pada tahun 2016. Wow seronoknya!

Orang kata jika kita gagal merancang, maka kita rancang untuk gagal. Jadi jika kita tak nak dikategorikan insan yang gagal, marilah kita tengok cuti umum yang bersambung dengan cuti hujung minggu di kalendar kuda 2016 ini. Joooomms


1 Jan 2016 (Jumaat) – Cuti Tahun Baru.
24 Jan 2016 (Ahad) – Hari Thaipusam
1 Feb (Isnin) – Hari Wilayah Persekutuan..
8, 9 Feb (Isnin, Selasa) – Tahun Baru Cina
Cuti sekolah 12 hingga 20 Mac
1 May (Ahad) – Labour Day
21 May (Sabtu) – Hari Wesak
Cuti sekolah 28 Mei hingga 12 Jun
1 Ramadhan ialah 6 Jun
6,7 Julai (Rabu, Khamis) – Hari Raya Puasa
31 August (Rabu) – Hari Kebangsaan
12 September (Isnin) – Hari Raya Haji
16 September (Jumaat) – Hari Malaysia
Cuti sekolah 17 hingga 25 September
3 Oktober (Isnin) – Hari Awal Muharram
29 Oktober (Sabtu) – Hari Deepavali
Cuti sekolah 19 November hingga 31 Disember
12 Disember (Isnin) – Hari Nabi Mohamed
25 Disember (Ahad) –  Hari Natal
Semoga takwim kalendar kuda 2016 ini dapat membantu uols semua dalam merancang agenda bermanfaat pada tahun 2016. Yang mana merancang nak makan nasik minyak tu, janganlah lupa jemput saya yek!

Kepada yang gemar melancong ke oversea tu janganlah lupa hubungi saya untuk dapatkan vitamin kuatkan imuniti badan. Nak berjalan kenalah sihat. Kenalah kekalkan kesihatan di tahap terbaik barulah syok nak bercuti. Betul tak? 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.





Tips Sebelum Balik Kampung dan Cuti Panjang

with 0 Comment

Balik kampung! Hati girang!


Wah seronoknya nak balik kampung! Tak sabar nak jumpa orang tersayang. Suasana raya di kampung semakin menggamit diri. Segala persiapan balik kampung sudah pun hampir selesai. Lagu-lagu raya sudah pun di downoad ke dalam thumb drive untuk menambah kemeriahan hari raya sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Tapi sudahkah kita double check apa yang penting sebelum kita balik kampung? Jom kita baca tips sebelum balik kampung dan cuti panjang ini. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.


1. Tutup punca kuasa elektrik 


Perkara paling penting sebelum kita keluar rumah. Tolong periksa semua plug dan pastikan kita tutup dan cabut plug dari soketnya. Jika kita balik kampung untuk seminggu dan anda water heater/boiler kat umah, sila offkan dulu boiler tu. Takut nanti air di dalamnya kering dan 'meletup'. Jangan kita berputih mata dapat tahu rumah kita terbakar nanti.

2. Tutup kepala tong gas memasak


Bagi yang memasak guna gas silinder, ini merupakan langkah pencegahan kebakaran yang perlu dilakukan. Tutup kepala tong gas silinder. Jangan dibiarkan injap gas terbuka kerana risiko berlaku kebocoran gas adalah tinggi. Malang tidak berbau.

3. Kosongkan air kolah


Kalau rumah ada kolah kecik dalam bilik air, sebolehnya kosongkan dulu. Kalau ada penutup kolah, itu lagi bagus. Pastikan segala tempat yang ada takungan air di dalam rumah dan di luar rumah dibersihkan dan dikeringkan. Jangan jadikan diri kita usahawan penternak nyamuk aedes tak bertauliah pula. :)

4. Simpan segala barangan berharga di tempat yang selamat


Ni dekat nak raya ni, penyamun perompak pakat dok intai umah kita nak buat 'kenduri'. Tentu sekali kita tak mahu rumah kita jadi tempat 'kenduri' pencuri kan. Jadi, simpan barangan berharga di tempat yang selamat. Jangan dibiarkan di ruang tamu kerana kecuaian sebegini akan memudahkan 'projek' pencuri tersebut. 

5. Kunci semua pintu dan gril


Yang ni pasti kebanyakan kita tak akan gagal lakukan. Tapi, pintu bilik kunci tak? Memang lecehla kan nak kunci semua pintu bilik. Betul tak? Demi keselamatan takkan takleh buat kot? Mencegah lebih baik dari mengubati guys! Kuncilah semua pintu di rumah kita.

6. Buka lampu dalam rumah


Bunyi macam membazir letrik, tapi kaedah ini sangat membantu! Tambah kalau rumah ada pasang automatik light. Setkan time pukul berapa nak on dan off lampu. Pastikan time dekat nak maghrib tu lampu tu automatik akan on dengan sendirinya. Subuh esoknya ia akan padam kembali. Hati pun tak risau jika kita tinggalkan rumah kita lama.

7. Buang sampah


Jika nak rumah diserang ulat dan berbau busuk silalah jangan buang sampah. Baunya memang semerbak. Boleh pengsan! Jadi pastikan kita meninggalkan rumah kita dengan keadaan sampah kosong. Bukan rumah orang lain pun. Rumah kita jugak yang bersih nanti. Rumah kita ni kan syurga kita.

8. Telefon bimbit dan gajet


Dunia sekarang memang tanpa smartphone macam rasa hidup dalam gua. Rasa macam hidup ini tak berguna. Jadi memang patutlah ramai yang claim ini nyawa kedua. Pastikan kita jangan lupa bawak handphone. Charger pun penting jugak. Lagi bagus kalau ada powerbank, time travel ni memang powerbank sangat berguna! Kat kampung nanti takyah berebut soket ngan anak buah sedara mara.

9. Servis kereta


Pastikan kereta kita dalam keadaan tip top. Servis kereta untuk memudahkan perjalanan kita. Jangan sampai tersadai di tepi jalan kerana kehabisan air bateri, temperature naik, minyak itam kering dan sebagainya. Memang tension tau kalau kereta buat hal kat jalan! 

Last, but not least.....

10. Baju raya


Ini memang mustahak. Jenuh dok bershopping di jalan TAR, Plaza Alam Sentral bagai tapi terlupa bawak baju raya. Menangis tak berlagu dibuatnya. Pastikan baju raya kita, pasangan kita, anak-anak kita di bawa. Periksa dulu booth kereta tu banyak kali. Takut tertinggal beg pakaian di rumah plak.

11. Supplement dan vitamin

Musim perayaan ini macam-macam juadah lazat dihidangkan.Rumah sana ada menu special, rumah sini ada daging rendang, hujung kampung ada ketupat bagai... Pendek kata makanan di musim raya ni memang lazat dan sukar ditolak. Perut yang sebulan puasa ni macam terkejut tetiba dalam satu hari sumbat macam-macam makanan. Jadi kenalah bawa vitamin ini untuk jaga kesihatan kita sentiasa sihat. Amalkan vitamin perayaan ini:


Omega guard - Mengawal dan menghapuskan kolestrol jahat dalam darah kita



Phytocol - Bertindak menghalang kolestrol jahat memasuki dalam darah kita. Ambil sebiji sebelum menjamah makanan. Insyallah kolestrol tak dapat meresap masuk dan kita pun bolehlah melantak makanan tanpa takut kepada kolestrol.



Nutriferon - Untuk kuatkan sistem imunisasi badan kita. Tak seronok tetiba kita demam pula masa raya kan.... 



Vitamin C - Antioksida. Juga untuk kuatkan antibodi dalam badan kita. Selesema ke resdung di pagi raya confirm hilang di pagi raya.

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya



Akhir sekali, saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada pembaca setia blog saya khususnya dan semua umat muslim amnya. Maafkan segala salah silap saya selama mana saya berblog dan bershaklee dgn uols. Saya sayang uols! 

Bolehkah Menyusukan Anak Ketika Ibu Demam

with 6 comments

Adooooi! Demam pulak!


Saya sering mendapat pertanyaan daripada ibu-ibu menyusu bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam. Ada yang bimbang apabila si ibu terpaksa menelan panadol atau ubat demam ketika demam yang akan menyebabkan susu yang dihasilkan tercampur dengan ubat yang dimakan. Ada juga yang risau demam ini akan menjangkiti anak.



Apa yang sangat mengecewakan ada ibu mengambil jalan singkat dan mula memberi anak susu formula. Oh tidak! Jangaaaan! Mari kita rungkaikan persoalan ini dan jemput baca sampai habis entri ini.

Saya sendiri pernah demam, batuk dan selsema ketika menyusukan anak. Mula-mula saya risau juga takut berjangkit pada anak. Tetapi setelah saya merujuk kepada doktor di Klinik An-Nisa' Subang Mahsing saya berasa lega. Cuma yang penting sekali adalah memberitahu doktor bahawa kita ini 'breastfeeding mother' bagi memudahkan doktor memberi ubat dan dos yang sesuai untuk ibu menyusu.

Doktor juga menasihatkan saya untuk terus menyusukan anak walaupun ketika demam. Susu ibu akan melindungi bayi kita daripada kuman-kuman yang menyebabkan ibu demam. Ini kerana susu ibu kaya dengan nutrien dan antibodi melawan kuman. Menyekat penyusuan ibu ketika ibu demam boleh mengakibatkan anak kita mudah jatuh sakit seperti demam, selsema dan batuk.

Jadi ibu-ibu yang menyusu jangan risau apabil dilanda demam. Susu ibu yang dihasilkan tidak akan bercampur dengan ubat yang kita makan. Susu ibu juga tidak bercampur dengan kuman-kuman apabila kita demam, batuk dan selsema. 


Sebenarnya, apabila ibu itu demam, secara automatik badan ibu akan mula menghasilkan antibodi  untuk melawan virus yang menjangkitinya. Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. 

Dulu di awal terbabit secara serius penyusuan susu ibu memang kalau demam saya akan makan ubat demam atau panadol. Tapi apabila saya kenal dengan Shaklee saya lebih tertarik untuk mengamalkan vitamin daripada makan ubat. Walaupun doktor membenarkan ibu menyusu makan ubat ketika demam tetapi bukankah lebih elok jika kita berjaya mengelakkan sebarang dadah atau ubat masuk ke dalam badan kita? 

Saya memang mengamalkan hidup bebas tanpa dadah atau pun orang kampung saya cakap drug free. Jadi jika badan saya demam, batuk dan selsema saya akan mengamalkan Nutriferon, Omega Guard dan Vitamin C Shaklee

Nutriferon


Bolehkah Menyusukan Anak Ketika Ibu Demam

Nutriferon bukan ubat yang bersifat dadah. Ia supplement yang menguatkan sistem imuniti badan kita. Nutriferon dihasilkan dari sumber bahan semulajadi. Tiada kesan negatif kepada bayi yang disusukan, malah ada ibu yang berkongsi nutriferon membantu tambahkan susu badan.

Omega Guard Shaklee



Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Jangan tak tahu minyak ikan paling tulen dihasilkan ialah Omega Guard Shaklee. Omega guard dapat meningkatkan sistem imuniti kerana ia mengandungi EPA dan DHA yang paling tinggi, membekalkan 900mg EPA dan DHA. Secara tak langsung anak yang menyusu akan dapat nutrisi minyak ikan yang bagus untuk tumbesaran dan perkembangan otak. Boleh baca selanjutnya dengan klik  kebaikan dan keistimewaan Omega Guard.

Vitamin C 



Saya juga amalkan Vitamin C Shaklee setiap hari untuk mengekalkan saya sentiasa sihat. Sebenarnya ada banyak kebaikannya. Jom klik Testimoni Vitamin C Shaklee

Last but not least jangan lupa untuk menjaga kebersihan diri ketika kita demam. Ibu perlulah menutupi mulut dengan tuala atau tisu yang bersih ketika batuk ataupun bersin. Seeloknya kita hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun pada setiap kali kita menguruskan bayi seperti memberi susu dan juga menidurkan bayi. Ini penting untuk mengurangkan risiko berjangkit secara terus virus dari ibu kepada bayi.



Orang kata mencegah lagi baik daripada mengubati. Jangan demam sedikit sahaja terus ambil panadol. Batuk jer terus minum ubat batuk. Sampai bila kita nak bergantung dengn ubat? Ubat mengandungi dadah yang dibenarkan ini akan mula memberi kesan negatif apabila umur kita meningkat tua nanti.

Akhir sekali saya nak belanja uols video kisah seorang mommy yg superb buzy tetapi masih lagi mampu menyusukan anak dia sehingga 2 tahun. Jom kita tonton apakah rahsianya sekarang!


Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.

Jadi ibu-ibu menyusu yang risau menyusukan anak ketika demam janganlah bimbang lagi. Tiada apa kesan negatif akan berjangkit kepada anak. Tapi alangkah lebih baik jika kita mengamalkan supplement atau vitamin untuk menghindari demam, batuk dan selesema. Anak kita pun akan dapat kebaikan dari vitamin yang kita amalkan. Tak percaya? Cubalah sekarang!

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.











Petua Merawat Demam Denggi

with 0 Comment

Demam denggi boleh membawa maut

Saya masih tidak faham kenapa ia dipanggil 'demam'. Perkataan demam inilah yang menyebabkan ramai di kalangan kita mengambil sikap acuh tak acuh tentang bahayanya demam denggi. Kebiasaannya jika demam kita akan makan penadol atau ubat demam sambil pakai baju tebal-tebal sehingga kita berpeluh dan demam kebah. Betul tak? Tetapi masih ramai yang ambil mudah walaupun dah seminggu dilanda demam. Bahaya! Don't play-play beb.


Shaklee Merawat Demam Denggi


Jika kita masih demam dalam masa 3 hari, cepatlah pergi buat ujian darah di klinik atau pun hospital. Kesihatan kita jangan diabaikan. Demam denggi bukan satu demam biasa kerana ia boleh membawa maut. Insyallah dengan rawatan peringkat awal demam denggi dapat disembuhkan dan umur kita pun masih panjang. Kita boleh kesan tanda-tanda demam denggi ini seperti gambar di bawah



Shaklee Merawat Demam Denggi

Kita sedia maklum, tiada ubat untuk menyembuhkan denggi kecuali dengan mengawal simptom-simptom denggi. Begitulah yang dilakukan oleh pihak hospital apabila menerima pesakit denggi. Mereka akan mengambil langkah-langkah untuk mengawal denggi daripada terus merebak sehinggalah pesakit sembuh dan bebas daripada demam denggi. Jom kita baca petua merawat demam denggi di bawah.

Minum air masak

Wajib minum air masak sebanyak yang boleh. Kalau kena tahan wad pun nanti doktor akan suruh jururawat masukkan air juga dalam badan juga.

Sup ketam

Tak kisalah ketam nipah atau ketam laut. Masak sup kemudian makan dan hirup kuah sup ketam itu. Kajian ringkas mendapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platlet darah yang hilang akibat virus denggi.  sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat.

Jus daun betik

Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Bancuh dengan segelas air dan minum. Rasanya memang pahit. Tapi nak sembuhkan? Pahit itu penawar sebenarnya.

Jus kurma

Blend kurma 10 - 20  biji bersama segelas air suam. Minumlah segelas pada waktu pagi, petang setiap hari sehingga sembuh.

Tembikai merah

Makan tembikai merah banyak-banyak. Wah! petua ni memang best. Siapa penggemar tembikai pasti sukakannya.


Nutriferon dan Performance Drink 


Petua Merawat Demam Denggi

Pengambilan nutriferon juga adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon telah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Petua Merawat Demam Denggi

Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

Jom kita tengok testimoni Shaklee marawat Demam Denggi

Petua Merawat Demam Denggi

Petua Merawat Demam Denggi

Jika anda, adik beradik, saudara mara atau sahabat handai yang terkena wabak demam denggi, segeralah amalkan nutriferon dan performance drink shaklee ini. Boleh dapatkannya dengan klik pada gambar di bawah




Last but not least:


  • Patuh nasihat doktor. Elakkan makanan pedas dan berminyak sebab boleh mengakibatkan gastrik. Orang demam denggi selalu tak ada selera makan. 
  • Pesakit demam denggi tidak digalakkan gosok gigi kuat-kuat bagi mengelakkan pendarahan pada gusi. Nak gosok pun ala kadar je.
  • Kita sebagai orang sakit kena bersangka baik dengan Allah. Banyakkanlah minta ampun kerana sakit ini mungkin sebagai kifarah atau balasan dosa kita atau ujian Allah atas kita. Kena redha dan berdoa semoga dengan sakit ini terhapus segala dosa kita. 
  • Jangan tinggalkan solat walaupun sakit. Solatlah duduk sebab berdiri terhoyong hayang macam nak rebah.
  • Jangan lupa berfikiran positif bahawa kesembuhan itu datang daripada Allah juga... Berfikir secara positif juga dapat menyerap aura positif pada diri kita sekaligus lekas sembuh.
 Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?