Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label cara makan vitamin. Show all posts
Showing posts with label cara makan vitamin. Show all posts

Soalan Popular Mengenai Shaklee dan Pengambilan Vitamin

with 0 Comment
Makan vitamin boleh jadi gemuk?

BabaCak! Salam bahagia buat pembaca blog Superb Vitamin. Semoga perjalanan hidup uols ceria selalu. Entri saya kali ini nak berkongsi soalan-soalan popular yang sering saya terima setiap hari. Ramai yang hubungi saya bertanyakan mengenai Shaklee dan Pengambilan Vitamin. Baru saya sedari masih ramai lagi di luar sana yang memandang sinis pengambilan vitamin. Masih ada lagi yang belum dapat merasa kebaikan Shaklee.  Takpe saya maafkan. Mungkin mereka kekurangan ilmu mengenai Shaklee dan amalan pemakanan vitamin. 

Jom kita baca apakah soalan-soalan popular itu. Harap pencerahan ini membantu membuka mata lebih ramai orang betapa pentingnya pengambilan vitamin dalam kehidupan seharian kita.



Antara soalan-soalan yang sering ditanya mengenai Shaklee adalah:

1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halal dalam label Shaklee di blog ini.

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.Di samping itu, alfalfa mengandungi klorofil.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu.

5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang daripada 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan  diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.



6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.

7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana cawangan Shaklee?
Jawapan: Boleh. Setiap pembelian mesti guna ID Shaklee. Boleh guna ID saya 880961 Maznifaeza Md Mustaffa

10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan marah-marah dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap(ibu menyusu tidak digalakkan berdiet kerana kawalan makanan akan mengganggu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.

13. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.

Pembelian dan konsultasi produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Kenapa Pengambilan Vitamin Tidak Memberi Kesan?

with 0 Comment
Dapatkan panduan yang betul
Jangan cepat menunding jari mencari kesalahan orang lain. Sebelum menyalahkan orang lain, kita perlu muhasabah diri kita dulu. Kenal kelemahan kita. Apa sikap kita yang negatif. Cukupkah tindakan positif kita. Kena selidiki keseluruhan apa yang menyebabkan sesuatu masalah itu terjadi. Bukan main semborono sahaja meletakkan kesalahan kepada pihak lain demi menutup kelemahan diri kita.
amalkan vitamin dalam kehidupan seharian

Begitu jugalah dengan pengambilan vitamin dalam kehidupan seharian. Memang benar kita akan berasa kecewa bila kita dapati pengambilan vitamin tidak memberi impak positif pada diri kita. Seolah-olah tiada perbezaan positif yang ketara dapat kita nikmati. Lantas kita cepat menuduh vitamin tidak berkesan dengan kita. Vitamin ini tak bagus. Aaargh! Memang senangkan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa kan kan?
Jangan salahkan vitamin kalau vitamin itu sudah menjalani pelbagai ujian klinikal dan saringan sebelum ia dibenarkan penjualannya kepada kita. Kenapa tidak? Sebab itu kita kena lihat semula cara kita makan vitamin atau lebih mudah kita semak balik life style kita macam mana. Kalau ada salah diri sendiri pon rasa tak puas ati. Susah gitu tau. 
Ada beberapa faktor yang menyebabkan pengambilan vitamin tidak memberi kesan kepada tubuh seseorang itu. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:

Pengambilan air kosong
  • Pengambilan air kosong dipandang remeh. Ramai yg lebih gemar minum air manis atau yg berwarna. Tapi kita lupa yg air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan menyebabknan kegemukan. Kita digalakkan minum air putih 3 liter sehari. Bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Air putih penting untuk pastikan detokfikasi berjalan lancar supaya toksin dapat dikeluarkan daripada badan. Air merupakan bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan, membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel ke seluruh badan. Kekurangan air akan menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan. 
  • Makan Vitamin secara banyak dan sekaligus pada satu masa. Tujuannya takut terlepas makan vitamin yang lain. Ini boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa tertentu,lebih-lebih lagi sebalum tidur. Sedangkan pada masa yang sama anda kurang ambil air putih bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil. Bila membeli vitamin dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai daripada Perunding Kesihatan. Cuba agihkan pengambilan vitamin mengikut keperluan dan kesesuaian supaya kepekatan darah kita tak meningkat secara mendadak pada satu2 masa. Dalam masa kita juga membantu agar buah pinggan tak terbeban dalam memproses nutrien dalam badan. Makin kurang air, makin terbeban ginjal kita untuk memproses.
  • Pengambilan Kafein. Pengambilan minuman berkafein boleh ganggu penyerapan nutrisi vitamin yang diambil. Bila mengambil dengan kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menyebabkan pembaziran pada khasiat vitamin yang diambil dan kerosakan pada vitamin.
  • Pengambilan Vitamin bersama ubat. Bagi kita yang masih dalam pengawasan doktor dan bercadang mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan mengambil kedua-duamya secara serentak. Kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya. sekiranya anda mengambil  vitamin dan ubat, jarakkan pengambilan ubat atau vitamin 2 @ 3 jam.
  • Tidak konsisten dalam pengambilan Vitamin. Ni kalau rasa nak, makan, kalau malas tak nak makan. Ada juga yang berhenti separuh jalan bila lihat tiada kesannya. Harus faham, kesan suplemen ke atas tubuh kita adalah perlahan-lahan.Ramai orang yang tidak penah mengambil suplemen sebelum ini akan mengalami Healing Crisis selepas mengambil Suplemen Shaklee semulajadi. Jangan risau ia adalah positif kerana badan kita dalam proses pemulihan. Berikan masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar-benar merasai keberkesannya. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan minum air 3 Liter sehari.
  • Pantang larang makan vitamin. Ada jugak yg tak ikut pantang larang atau cara makan vitamin tu sendiri. Contohnya multivitamin Vitalea tak boleh diambil bersama dengan susu sebab multivitamin yg lengkap dengan zat besi kalau diambil bersama dengan susu akan menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi. Kan rugi? Contoh lain, vitamin E tak boleh diambil dengan alfalfa sebab kalau diambil dengan alfalfa akan mengganggu penyerapan Vitamin E. So kalau dah dimaklumkan apa yg boleh dan tidak, elokla ikut.
Oleh itu, bagi mendapat kesan pengambilan vitamin secara optimum, cuba elakkan perkara seperti yang tersebut. Jangan main makan sahaja vitamin ni. Kena ada ilmunya.  Yang paling penting dapatkan vitamin daripada pengamal vitamin yang betul. Kita kena dapat cara panduan dan aturan amalan vitamin yang betul untuk mendapat kesan optimumnya. Bukan makan, pakai dan buang. Rugi dan tak berbaloi.

Jadi jika uols nak amalkan vitamin dalam kehidupan seharian bolehlah berurusan dengan saya. Insyallah saya akan guide uols. Everything all in. Bagi saya kepuasan melihat orang lain gembira adalah saat yang paling bahagia daripada menjual semata-mata. Nak dapat konsultasi lengkap dan berterusan kenalah beli vitamin shaklee dengan saya! Sayang uols!
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Cara minum ESP?

with 3 comments

Macam mana cara korang minum ESP? share lah dengan saya ..



ESP adalah antara suplemen hot selling kami kerana keberkesanannya yang memang terbukti dan tidak dapat dinafikan. antara kesan pengambilan ESP :-

  1. susu badan cepat penuh dan pekat
  2. rasa kenyang yang lama
  3. rasa lebih energetic selepas consume ESP
  4. kulit makin cantik (untuk BF mommies, kulit baby pun jadi cantik dan halus)
  5. payudara yang semakin mantap
  6. dll
then, soalan paling popular apabila ESP sampai ke tangan kawan2 ialah " Mazni, macam mana cara nak minum ESP ni?"hehehe... saya cuma ada satu jawapan yang standard je..

- bancuh sesudu besar ESP dengan air suam, jangan bancuh dengan air panas kerana air panas akan merosakkan kandungan protein ESP tu
- air suam tu samada plain water, milo, horlicks, susu anmum, jus buah-buahan etc - fave drinks kawan2.tapi, toksah le bancuh dengan kopi or air gas pulak ye.. 
- buat shake
- maksium 3 kali sehari jek ambik  
ahaks! as for me, saya punya resepi mudah aje.. saya letak air suam dalam tumbler, bubuh milo/ horlicks 2,3 sudu dan tambah sesudu besar ESP. goncang! lepas tu minumlah. tekak saya ni masuk apa pun okey je.. :)

ini pula resepi lain yang boleh dicuba...

" rendam 2-3 biji kurma dalam segelas besar susu segar..simpan semalaman dalam peti ais..esok paginya...bancuh susu yg dah direndam dgn kurma tu dengan sesudu besar ESP (Soy Protein)...shake2...minummmm...kurma tu makan..jgn gi telan lak..huhu...pasti anda dapat additional power sepanjang hari...InsyaAllah.."

then, lagi satu.. blend badam, kismis, susu dan ESP together. shake dan minum. atau bancuhkan ESP bersama jus tropicana. wow! marvellous taww!!

lagi satu resepi, kepada kawan2 yang beli ESP dan Performance Drink.. haaa.. korang boleh mix both bersama dan shake! maka jadilah dia ESP berperisa oren (^_^). memula saya tak tahu, then kawan saya yang sorang ni bagitau dia buat macam tu (sebab dia tak tahan rasa ESP tu, tapi telan demi baby) - memang sedap! :p


Ini entri senarai resepi dan cara minum ESP yang saya sediakan untuk korang, sila klik di sini.

disyorkan shake sebab ESP ni memang pekat. kalau takat kacau2 dengan sudu rasanya masih ada ketul2 kan? haaa...

so, kalau korang ada resepi lain.. mehla kongsi kat sini. PENTING SGT2 sebab ada di kalangan kawan2 kita yang susah nak telan ESP ni. sharing is caring kan? (^_^)


Nak tanya lebih details atau order ESP sila hubungi saya di maznifaeza@gmail.com atau 016-5199271

kredit: yoursupermom


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?