Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label vitamin C. Show all posts
Showing posts with label vitamin C. Show all posts

Tips Atasi HB Low Ibu Hamil yang Awesome!

with 0 Comment

Bahaya HB Low terhadap ibu mengandung


Semalam KakMas dapat berita sedih, isteri kawan asben KakMas terpaksa dimasukkan ICU Hospital Seremban selepas melahirkan anaknya. Ibunya tidak sedarkan diri kerana mengalami Low Hemoglobin (HB Low).

Lebih menduga, anaknya pun terpaksa dipantau rapi oleh doktor kerana dalam masa 12 jam belum kedengaran dia menangis walaupun telah ditepuk-tepuk oleh doktor dan jururawat.



Menurut suami beliau, isterinya sering mengalami HB Low ketika hamil dan telah sedaya upaya menstabilkan bacaan HB dengan pengambilan makanan seperti kerang, bayam merah dan sebagainya. Namun sukar menstabilkan bacaan HB. Kalau stabil pun parasnya memang ngam-ngam.

Memang benar, ibu hamil kena ambil serius masalah HB Low ini kerana pelbagai kesan komplikasi boleh berlaku dan mengundang nyawa ibu serta anak yang dikandung.

Sekiranya ibu hamil tidak mengambil berat bacaan HB Low ini, dikhuatiri berisiko tinggi untuk mengalami:

  • Bayi kelemasan kerana kurang oksigen lalu keguguran
  • Pembesaran bayi terbantut ketika di dalam janin
  • Bayi tidak membesar dengan baik ketika di dalam janin
  • Ibu berisiko mati ketika proses bersalin
  • Ibu terpaksa menerima darah (blood transfusion) dari sumber lain ketika proses bersalin dan ini amat berisiko tinggi.
  • Kemungkinan bayi terpaksa bersalin awal atau bayi pra matang.
  • Berisiko bayi dikandung boleh sindrom down.


Sebenarnya HB Low ketika pregnant adalah perkara biasa. Ada juga yang mengalami HB low meskipun tidak hamil.

Samada kita kekurangan zat/vitamin yang diperlukan melalui diet seharian; ataupun badan ada masalah menyerap atau memproses vitamin.

Bacaan HB yang normal ialah 11.5-15.5. Bawah dari itu menandakan bacaan HB kita adalah rendah.

Tanda HB darah kita rendah ialah bila kita mengalami masalah seperti cepat letih, mudah pitam dan sebagainya. 

Masalah ni berlaku sebab HB ni antara tugas utamanya ialah mengangkut oksigen dari paru-paru ke tisu badan kita.

Jadi bila HB rendah maka kuranglah oksigen yang sampai ke seluruh badan kita. Sebab tu kita mudah letih.

Selalunya kita akan hidapi anemia apabila kita kekurangan zat besi (iron), asid folik, vitamin B-12 dan vitamin C dalam diet kita.

Jadi tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan nutrisi dan zat di atas dapat membantu elak daripada makanan/minuman yang menghalang penyerapan zat-zat tersebut.

Sekiranya tak yakin dapat menyediakan makanan seharian yang boleh cover nutrisi di atas maka boleh la memilih untuk mengambil makanan tambahan semulajadi (jangan pilih sintetik).

Untuk pengetahuan uols, KakMas ni jenis HB Low ketika mengandung. Alhamdulillah mujur KakMas kenal Shaklee dan masalah HB Low KakMas selesai selepas mengamalkannya.

Inilah set vitamin untuk HB Low yang KakMas amalkan ketika hamil, Alhamdulillah amat membantu dan syukur sangat.

  • Vitalea bantu untuk bekalan zat besi (iron)
  • Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang baik ke dalam tubuh
  • B Complex dilengkapi kesemua vitamin B termasuk asid folik + B-12



Jom kita tengok testimoni di bawah ini.




Bagaimana mahu mendapatkan Set HB Low Shaklee ini?

Untuk info perinician produk, pertanyaan dan pembelian produk Shaklee,bolehlah hubungi SuperbVitamin  di  016-5199271 atau 019-2249556 
Atau boleh terus watsap dengan klik www.wasap.my/60165199271



Jom Rancang Cuti Dengan Kalendar Kuda 2016

with 0 Comment

Ba Ba Cak!


Assalamualaikum semua! Sayang uols semua. Maaflah kerana membiarkan blog ini bersawang. Ramai yang bertanya ke manakah saya menghilang? Bukan menghilang tapi kesuntukan masa untuk updet blog kesayangan ramai ini. Saya masih seperti dulu. Masih lagi gigih menyebarkan kebaikan shaklee kepada semua orang. Masih lagi gigih membantu orang lain menambah pendapatan keluarga dengan Shaklee. Masih dan masih kekal maintain seperti dulu. 



Senyum semua! Ini saya nak kongsikan kalendar kuda 2016 dengan uols. Bolehlah merancang mulai sekarang untuk agenda 2016. Siapa yang suka bercuti tu bolehlah membuat perancangan awal. Siapa yang nak buat kenduri nikah kahwin, bulan madu, bertunang, melancong memang wajib tengok kalendar kuda 2016 ini.  Ada banyak cuti panjang yang boleh kita nikmati pada tahun 2016. Wow seronoknya!

Orang kata jika kita gagal merancang, maka kita rancang untuk gagal. Jadi jika kita tak nak dikategorikan insan yang gagal, marilah kita tengok cuti umum yang bersambung dengan cuti hujung minggu di kalendar kuda 2016 ini. Joooomms


1 Jan 2016 (Jumaat) – Cuti Tahun Baru.
24 Jan 2016 (Ahad) – Hari Thaipusam
1 Feb (Isnin) – Hari Wilayah Persekutuan..
8, 9 Feb (Isnin, Selasa) – Tahun Baru Cina
Cuti sekolah 12 hingga 20 Mac
1 May (Ahad) – Labour Day
21 May (Sabtu) – Hari Wesak
Cuti sekolah 28 Mei hingga 12 Jun
1 Ramadhan ialah 6 Jun
6,7 Julai (Rabu, Khamis) – Hari Raya Puasa
31 August (Rabu) – Hari Kebangsaan
12 September (Isnin) – Hari Raya Haji
16 September (Jumaat) – Hari Malaysia
Cuti sekolah 17 hingga 25 September
3 Oktober (Isnin) – Hari Awal Muharram
29 Oktober (Sabtu) – Hari Deepavali
Cuti sekolah 19 November hingga 31 Disember
12 Disember (Isnin) – Hari Nabi Mohamed
25 Disember (Ahad) –  Hari Natal
Semoga takwim kalendar kuda 2016 ini dapat membantu uols semua dalam merancang agenda bermanfaat pada tahun 2016. Yang mana merancang nak makan nasik minyak tu, janganlah lupa jemput saya yek!

Kepada yang gemar melancong ke oversea tu janganlah lupa hubungi saya untuk dapatkan vitamin kuatkan imuniti badan. Nak berjalan kenalah sihat. Kenalah kekalkan kesihatan di tahap terbaik barulah syok nak bercuti. Betul tak? 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.





Ibu Hamil Perlu Amalkan Tips kurangkan Stretch Mark Ini

with 2 comments

Adoooooi! Hodohnya perutku ini!

Mengandung memang seronok tapi bila bab perubahan yang berlaku pada perut, mesti ramai ibu yang rasa hendak menjerit. Sedih melihat perut yang dulu licin tanpa parut kini ada tanda garisan. Strecth mark memang merunsingkan setiap wanita yang mementingkan kecantikan. Siapa sini benci pada strecth mark? Kalau benci jom kita amalkan tips kurangkan strecth mark ini. Jemput baca artikel ini sehingga habis.



Apa itu stretch mark? Stretch mark atau rekahan kulit adalah parut kecil yang terjadi di permukaan kulit akibat daripada kesan regangan kulit yang semakin membesar sewaktu hamil. Ia normal dan selalu berlaku kepada ibu hamil.

Tahukah kita sebenarnya stretch mark ini ada 2 jenis?
  • Stretch mark berwarna putih dan stretchmark berwarna gelap
  • Stretch mark berwarna putih adalah stretchmark kekal. Manakala stretchmark yang berwarna kehitaman atau gelap masih boleh dihilangkan, namun bukanlah 100% dapat hilang..

Strecth mark akan membuat perut bakal ibu mula ada kesan garis yang biasanya terus kekal walaupun selepas melahirkan anak. Kesan rekahan ini biasanya terjadi di bahagian perut, payu dara, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya di bahagian lengan. Tetapi ada juga ibu yang bernasib baik langsung tidak mengalami kesan rekahan ini. Beruntunglah mereka itu.



Orang kampung saya kata pencegahan awal lebih baik daripada rawatan selepas masalah berlaku. Antara langkah awal yang boleh mengelak daripada berlakunya kesan stretch mark adalah:

  1. Kalau merancang untuk hamil, rajin-rajinlah menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil.
  2. Waktu paling baik menyapu losyen iaitu selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.
  3. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.
  4. Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.
  5. Jika terasa gatal, jangan digaru secara kasar. Gunakan losyen dan sapu dengan lembut pada bahagian stretch mark yang gatal itu dan gosok lembut sehingga hilang rasa gatalnya.
Jika anda inginkan alternatif daripada Shaklee, ada beberapa cadangan terbaik untuk atasi masalah ini:

Vitamin E Shaklee


Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang akan menembusi lapisan kulit kita dan membantu proses penyembuhan luka semula jadi semasa membuang parut di atasnya. Menurut Teenbodybuilding.com pengambilan vitamin E sebenarnya boleh membantu mencegah stretch mark daripada menjadi teruk. Vitamin E adalah antioksidan yang membantu mengekalkan kesihatan tisu kulit dan membran. Oleh itu, vitamin E adalah berkesan pada kedua-dua mencegah dan merawat stretch mark. 

Bagaimana untuk menggunakan vitamin E untuk menghilangkan stretchmark?

Ibu hamil tidak boleh makan vitamin E kerana ia antioksidan. Jadi ambil 1 biji capsul vitamin E dan cucuk dengan jarum dan sapukan rata ke permukaan kulit stretch mark itu. 
Biarkan selama 40 min dan kemudian basuh dengan air bersih. Lakukan 3 kali sehari iaitu selepas mandi waktu pagi, tengah hari dan sebelum tidur malam.

Energizing Soy Protein ESP


ESP adalah serbuk protein dari Non GMO soya yang dapat  membina sel-sel  kulit badan. Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk menggantikan sel-sel mati. Jadi sel-sel mati di bahagian perut yg menimbulkan stretch mark dapat dibuang dengan lebih berkesan.

Vitamin C Shaklee


Jangan tak tahu bahawa Vitamin C terkenal dengan keupayaan untuk membantu menyembuhkan luka-luka kulit dan tisu parut yang rosak itu.  Nutrien dalam vitamin C adalah penting untuk kesihatan keseluruhan kulit anda. Vitamin C juga boleh diambil secara lisan atau secara topikal.

Apa yang penting semasa mengandung, ibu hamil perlu elakkan lemak tepu dan jaga pertambahan berat badan. Jangan naik terlampau banyak berat badan kerana kegemukan memburukkan lagi strecth mark di badan kita.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



Tips Sebelum Balik Kampung dan Cuti Panjang

with 0 Comment

Balik kampung! Hati girang!


Wah seronoknya nak balik kampung! Tak sabar nak jumpa orang tersayang. Suasana raya di kampung semakin menggamit diri. Segala persiapan balik kampung sudah pun hampir selesai. Lagu-lagu raya sudah pun di downoad ke dalam thumb drive untuk menambah kemeriahan hari raya sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Tapi sudahkah kita double check apa yang penting sebelum kita balik kampung? Jom kita baca tips sebelum balik kampung dan cuti panjang ini. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.


1. Tutup punca kuasa elektrik 


Perkara paling penting sebelum kita keluar rumah. Tolong periksa semua plug dan pastikan kita tutup dan cabut plug dari soketnya. Jika kita balik kampung untuk seminggu dan anda water heater/boiler kat umah, sila offkan dulu boiler tu. Takut nanti air di dalamnya kering dan 'meletup'. Jangan kita berputih mata dapat tahu rumah kita terbakar nanti.

2. Tutup kepala tong gas memasak


Bagi yang memasak guna gas silinder, ini merupakan langkah pencegahan kebakaran yang perlu dilakukan. Tutup kepala tong gas silinder. Jangan dibiarkan injap gas terbuka kerana risiko berlaku kebocoran gas adalah tinggi. Malang tidak berbau.

3. Kosongkan air kolah


Kalau rumah ada kolah kecik dalam bilik air, sebolehnya kosongkan dulu. Kalau ada penutup kolah, itu lagi bagus. Pastikan segala tempat yang ada takungan air di dalam rumah dan di luar rumah dibersihkan dan dikeringkan. Jangan jadikan diri kita usahawan penternak nyamuk aedes tak bertauliah pula. :)

4. Simpan segala barangan berharga di tempat yang selamat


Ni dekat nak raya ni, penyamun perompak pakat dok intai umah kita nak buat 'kenduri'. Tentu sekali kita tak mahu rumah kita jadi tempat 'kenduri' pencuri kan. Jadi, simpan barangan berharga di tempat yang selamat. Jangan dibiarkan di ruang tamu kerana kecuaian sebegini akan memudahkan 'projek' pencuri tersebut. 

5. Kunci semua pintu dan gril


Yang ni pasti kebanyakan kita tak akan gagal lakukan. Tapi, pintu bilik kunci tak? Memang lecehla kan nak kunci semua pintu bilik. Betul tak? Demi keselamatan takkan takleh buat kot? Mencegah lebih baik dari mengubati guys! Kuncilah semua pintu di rumah kita.

6. Buka lampu dalam rumah


Bunyi macam membazir letrik, tapi kaedah ini sangat membantu! Tambah kalau rumah ada pasang automatik light. Setkan time pukul berapa nak on dan off lampu. Pastikan time dekat nak maghrib tu lampu tu automatik akan on dengan sendirinya. Subuh esoknya ia akan padam kembali. Hati pun tak risau jika kita tinggalkan rumah kita lama.

7. Buang sampah


Jika nak rumah diserang ulat dan berbau busuk silalah jangan buang sampah. Baunya memang semerbak. Boleh pengsan! Jadi pastikan kita meninggalkan rumah kita dengan keadaan sampah kosong. Bukan rumah orang lain pun. Rumah kita jugak yang bersih nanti. Rumah kita ni kan syurga kita.

8. Telefon bimbit dan gajet


Dunia sekarang memang tanpa smartphone macam rasa hidup dalam gua. Rasa macam hidup ini tak berguna. Jadi memang patutlah ramai yang claim ini nyawa kedua. Pastikan kita jangan lupa bawak handphone. Charger pun penting jugak. Lagi bagus kalau ada powerbank, time travel ni memang powerbank sangat berguna! Kat kampung nanti takyah berebut soket ngan anak buah sedara mara.

9. Servis kereta


Pastikan kereta kita dalam keadaan tip top. Servis kereta untuk memudahkan perjalanan kita. Jangan sampai tersadai di tepi jalan kerana kehabisan air bateri, temperature naik, minyak itam kering dan sebagainya. Memang tension tau kalau kereta buat hal kat jalan! 

Last, but not least.....

10. Baju raya


Ini memang mustahak. Jenuh dok bershopping di jalan TAR, Plaza Alam Sentral bagai tapi terlupa bawak baju raya. Menangis tak berlagu dibuatnya. Pastikan baju raya kita, pasangan kita, anak-anak kita di bawa. Periksa dulu booth kereta tu banyak kali. Takut tertinggal beg pakaian di rumah plak.

11. Supplement dan vitamin

Musim perayaan ini macam-macam juadah lazat dihidangkan.Rumah sana ada menu special, rumah sini ada daging rendang, hujung kampung ada ketupat bagai... Pendek kata makanan di musim raya ni memang lazat dan sukar ditolak. Perut yang sebulan puasa ni macam terkejut tetiba dalam satu hari sumbat macam-macam makanan. Jadi kenalah bawa vitamin ini untuk jaga kesihatan kita sentiasa sihat. Amalkan vitamin perayaan ini:


Omega guard - Mengawal dan menghapuskan kolestrol jahat dalam darah kita



Phytocol - Bertindak menghalang kolestrol jahat memasuki dalam darah kita. Ambil sebiji sebelum menjamah makanan. Insyallah kolestrol tak dapat meresap masuk dan kita pun bolehlah melantak makanan tanpa takut kepada kolestrol.



Nutriferon - Untuk kuatkan sistem imunisasi badan kita. Tak seronok tetiba kita demam pula masa raya kan.... 



Vitamin C - Antioksida. Juga untuk kuatkan antibodi dalam badan kita. Selesema ke resdung di pagi raya confirm hilang di pagi raya.

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya



Akhir sekali, saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada pembaca setia blog saya khususnya dan semua umat muslim amnya. Maafkan segala salah silap saya selama mana saya berblog dan bershaklee dgn uols. Saya sayang uols! 

Vitamin Tambah Darah Membantu Pesakit Kurang Darah Anemia Kembali Hidup Lebih Ceria dan Sihat

with 2 comments

Jagalah kesihatan kita!


Semalam saya dapat call dari seorang customer yang tinggal di Seremban. Dia bertanya, "Kalau nak tambah darah kena makan vitamin apa yek?"

Anemia - Kurang Darah

Sebelum saya bercerita tentang vitamin tambah darah, mari kita mengetahui apakah punca, kesan, dan risiko masalah kurang darah atau anemia ini kepada kita. 

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi. Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi.


Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.





Penyakit kurang darah merah atau anemia adalah penyakit yang biasa dialami golongan wanita. Terdapat kira-kira 30% wanita yang tidak hamil pada lingkungan umur subur, 38% wanita hamil dan 14% lelaki yang berada di kawasan luar bandar mengalami kekurangan zat besi di Malaysia – (sumber: WHO Global Database on Anemia, Malaysia 2007).
Penyebab Kurang Darah (Anemia Kekurangan Zat Besi)
  • Kehilangan darah yang disebabkan pendarahan haid yang berlebihan, radang perut, kanser kolon dan usus, atau fibroid rahim.
  • Diet yang tidak seimbang dan ketidak upayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan oleh gangguan atau penyakit usus. Sesetengah ubat, mineral dan makanan juga boleh mengganggu penyerapan zat besi
  • Kehamilan disebabkan peningkatan isipadu darah ibu mengandung bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fetus.
  • Ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan gangguan pada usus

Gejala Penyakit Kurang Darah Merah

  • Pucat
  • Rasa letih lesu dan tidak bermaya
  • Sentiasa rasa pening
  • Rasa pitam bila bangun (sakit kepala/pening)
  • Kebas/sejuk kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan berdebar-debar (sesak nafas)
  • Degupan jantung laju
  • Kuku mudah rapuh
Anemia - Kurang Darah Merah
Anda berisiko tinggi mendapat penyakit kurang darah merah atau anemia jika terdiri daripada golongan berikut:
  • Wanita yang mengalami kedatangan haid yang berlebihan
  • Wanita yang mengandung atau menyusu bayi
  • Bayi, kanak-kanak atau remaja dalam fasa pertumbuhan tubuh yang pesat
  • Individu yang kurang mengambil makanan kaya zat besi
  • Individu yang mempunyai penyakit radang perut atau pesakit kanser kolon
  • Ibu yang baru melahirkan anak
  • Pesakit yang baru menjalani pembedahan
Penyakit kurang darah merah atau anemia kekurangan zat besi perlu dirawat dengan segera. Jika penyakit anemia dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh bertukar serius dan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan termasuk.
  • Denyutan jantung yang tidak teratur yang boleh menyebabkan sakit jantung
  • Masalah kesihatan semasa mengandung yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau kelahiran bayi kurang berat
  • Melambatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak
Kita juga boleh mengetahui samada kita kurang darah merah melalui pemeriksaan darah di klinik atau hospital. Sedikit darah akan diambil dari hujung jari dan kadar hemoglobin dalam darah boleh diketahui.
Jika kadar hemoglobin dalam darah kurang dari 11 bermakna kita sedang alami penyakit anemia atau kurang darah merah.
Anemia - Kurang Darah
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit kurang darah merah boleh dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut kadar hemoglobin dalam darah:
  • Normal (tiada anemia) ~ lebih dari 11
  • Sederhana ke Normal ~ 9.5 – 11
  • Sederhana ~ 8 – 9.5
  • Merbahaya ~ 6.5 – 8
  • Membawa Maut ~ kurang dari 6.5


Vitamin Tambah Darah


1) Vita-lea Iron Formula
Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat besi

2) B Complex (lengkap dgn asid folik) 
Vitamin B12 mencegah anemia manakala B5 dan B6 membantu untuk penghasilan sel darah merah

3) Sustained Release Vita C
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih berkesan.

Lihatlah testimoni di bawah ini.



Kepada pengidap penyakit kurang darah dan anemia, janganlah membiarkan hidup anda dibelenggu penyakit ini. Anda juga berhak hidup ceria dan sihat seperti orang lain. Segeralah dapatkan set vitamin tambah darah ini dengan saya sekarang!



Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?