Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label tips menjana pendapatan. Show all posts
Showing posts with label tips menjana pendapatan. Show all posts

Bisnes Dari Rumah: Jom sertai Superb Team!

with 2 comments

Kenapa tidak memulakan bisnes dari rumah?





Sebelum tu, KakMas nak jemput korang tonton video ni, joomms,




Dah tonton? Susah ke bisnes Shaklee ni? 🤔

Pada mulanya memang itu yang ada dalam fikiran KakMas. Dalam otak dah fikir macam macam. 

Tapi bila dah decide masuk dalam bisnes Shaklee ni, banyak ilmu yang KakMas dah belajar. 

Antaranya teknik marketing yang power, how to close deal, product knowledge dan banyak lagi.

Ini semua hasil dari kelas kelas yang kakMas ikuti secara online mahupun offline. Untuk modal pulak, setakat hari ini kakMas memang tak pernah keluar modal besar pun untuk simpan stok.

Kelas teknik buat video menerusi smartphone

Kelas blog marketing

Kelas Blog Marketing


Setakat join ahli RM65 apalah sangat kann. Kalau cash bonus yang Shaklee tawarkan pun akan dapat lebih dari tu.

Kalau ada customer yang jauh, kita order saja melalui online dan pihak Shaklee akan poskan untuk kita, dalam bungkusan yang sangat selamat.

Klik klik je kat website www.shaklee2u.com.my dan terus submit order.



Baru je sat tadi customer submit order, kakMas terus klik klik aje dalam website. Settle! Tak payah pikir apa apa dah 😊Nak order tak kisah pukul berapa pun. Tak payah nak tunggu office hour.

Alhamdulillah sales untuk semalam menjangkau RM5232.80. Semua ni gara gara fenomena VIVIX yang sedang viral tu. Maklumlah bulan Ogos ni promosi Vivix, maka ramailah pencinta Vivix ambil peluang grab banyak banyak tonik ajaib tu.



Eh KakMas bukan nak menunjuk sales sebenarnya. Tapi sebab nak bagitahu, kalau la buat bisnes Shaklee ni betul betul dengan istiqamah dan konsisten, memang ia akan menjadi lagi mudah, senang dan AUUMMM 🐯😚

Banyak dah bukti. KakMas bukan sekadar cakap kosong aje tau.Shaklee is a bussines for everyone and anyone. Lets join us 🤗🤗

Senang ke senang? 😉

Jadi, kalau korang nak tambah pendapatan dengan bisnes Shaklee, meh join #SuperbTeam. Wasap KakMas sekarang ya 📲www.wasap.my/60165199271


Keluarga Jiwa Negara Konsep Utama Usahawan Shaklee

with 2 comments


Assalamualaikum! Cepatnya masa berlalu. Kini kita di bulan November 2014. Alhamdulillah hari ini saya nak cerita pengalaman saya pada minggu lepas yang superb buzy. Jom layaaaanz cerita saya ini sampai habis.

Dalam bisnes Shaklee ini yang paling seronok ialah banyak aktiviti kekeluargaan. Sambil kita berbisnes, kita jangan lupakan keluarga kita. Keluarga adalah jiwa negara. Kebahagiaan sesebuah keluarga bermula dari rumah. Nak berjaya, nak kaya itu hak kita tetapi janganlah mengabaikan keluarga kita. Jadi janganlah risau! Tiada istilah keluarga dipinggirkan dalam bisnes Shaklee!

 menjana pendapatan tambahan
Master Lyna Noh sedang ambil aura. Aura apa tu?
Apa yang best kami usahawan Shaklee ini sentiasa menitip berat keharmonian keluarga kami. Nak tuntut ilmu baru, nak belajar dari sifu, sertai aktiviti makan-makan, nak pergi majlis rasmi Shaklee dan sebagainya boleh disertai dengan keluarga masing-masing. Bukan masalah besar. Janganlah bimbang dan gusar.

Hujung minggu lalu satu Seminar Mega Internet Marketing anjuran ASB telah diadakan selama 2 hari di Sunway. Apa itu ASB? ASB ialah geng suami yang menyokong para isteri dalam bisnes Shaklee. Aku Sayang Bini atau nama singkatannya ASB ini adalah gabungan para suami di bawah group Ireach kelolaan Master Zainul Anuar suami kepada Master Lyna Noh.

Jom kita lihat pelbagai ragam indah yang sempat saya abadikan. Sambil menuntut ilmu sambil menjaga anak. Dakwaan yang mengatakan anak-anak jadi penghalang untuk berjaya dalam Shaklee adalah salah! Jangan rekacipta banyak alasan untuk berjaya. Nak seribu daya tak nak duduklah diam-diam kan? Betul tak?

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan


Macam mana? Betul tak saya cakap? Apa yang penting kami usahawan Shaklee tidak mengabaikan keluarga. Apa jua aktiviti yang disertai pasti segala 'segerombolan askar' akan kami bawa sekali. Keluarga jiwa negara prinsip utuh kami. Anak happy, suami happy dan seluruh keluarga happy!

Jadi kepada yang ingin menceburi usahawan Shaklee tapi risau anak dan suami terabai janganlah teragak-agak lagi untuk sertai keluarga Shaklee saya di bawah keluarga SuperbTeam. Sambil kita menjana pendapatan tambahan sambil kita eratkan keluarga kita. Sambil kita berniaga Shaklee sambil kita penuhi ruang masa yang kosong dengan aktiviti-aktiviti keluarga dengan Shaklee. Pendek kata banyak perkara positif yang boleh kita perolehi dengan menceburi usahawan Shaklee.

Berminat nak jadi ahli Shaklee? Berminat nak sihat sambil menjana pendapatan dengan Shaklee? Alangkah baiknya uols baca link entri di bawah ini dulu untuk mendapatkan pencerahan serba sedikit mengenai usahawan Shaklee

8 Aspek Syariah Menentukan Multilevel Marketing Halal Diceburi


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.









3 Persoalan Tentang Saya dan Shaklee

with 0 Comment
Kebaikan dan Lumayan!

Coretan entri saya kali ini adalah ingin berkongsi kisah saya bersama Shaklee. Jom kita imbas semula mengapa saya boleh terjebak dengan Shaklee. Apakah 'push factor' yang menyebabkan saya sangat enjoy berbisnes Shaklee. Kita enjooooy! (Sila lakukan gaya Nora Danish)


generate income with shaklee


Kenapa saya sertai dan buat bisnes Shaklee?

Selepas dapat gaji, biasanya kebanyakan kita akan membayar bil utiliti, rumah, ansuran kereta, bayaran pinjaman dan sebagainya. Selebihnya barulah belanja makan minum, barangan dapur, anak-anak dan lain-lain. Kitaran ini terus berulang pada setiap bulan, tahun berganti tahun. Ya, memang betul semua pembiayaian perkara yang disebut itu telah dilakukan oleh suami saya.

Hidup di bandar besar ini memang mencabar. Semakin hari kos sara kehidupan semakin meningkat. Sedangkan kualiti kehidupan semakin menurun. Sebagai isteri saya berusaha untuk tidak membiarkan keluarga saya hidup sekadar cukup. Saya juga berhasrat memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak saya. Saya juga ingin mendapatkan perlindungan takaful dan kesihatan terbaik untuk ahli keluarga. Pendek kata saya mahu keluarga saya menikmati kehidupan yang berkualiti disamping membantu meringankan beban suami.

Pada mulanya gaji saya digunakan untuk melengkapkan apa yang tidak lengkap. Tetapi akibat prinsip saya untuk menikmati kehidupan yang berkualiti dan juga akibat terbelanja berlebihan tanpa planning, akhirnya saya melalui situasi kekeringan wang, yang kita panggil sengkek.  Asyik sengkek  saje..



generate income with shaklee


Adakah saya patut berpeluk tubuh sahaja? Mungkin sudah ditentukan Allah saya berjodoh dengan Shaklee. Saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya berusaha dan memberi fokus kepada bisnes Shaklee. Saya ingin mengubah nasib saya dan keluarga. Alhamdulillah kini saya sudah boleh mencapai pendapatan 5 angka secara konsisten walaupun saya tahu perjalanan saya bersama Shaklee baru suku sahaja. Target saya kini adalah ingin menjadi work at house mother WAHM. Insyallah selain memperolehi pendapatan yang lumayan saya juga akan dapat memberi tumpuan pada keluarga. Keluarga bahagia jiwa negara.

Apa yang saya perolehi dengan Shaklee?

Haaaa! Ini semua orang nak tahukan? Tentulah yang utama bonus 4 angka setiap bulan. Alhamdulillah rasa bersyukur sangat. Tapi yang lebih bermakna bila saya selalu dapat sms/whatsApp macam ni:

"Akak, Alhamdulillah saya dah hamil setelah 4 tahun berkahwin. Set kesuburan Shaklee memang best."

"Terima kasih Mazni. Selepas ambil vitamin milkbooster Shaklee susu saya melimpah ruah. Anak saya puas menyusu"

" Mazni, hari ini rakan-rakan pejabat puji saya. Diorang kata kulit saya cantik! Tqvm kerana memperkenalkan saya dengan ESP.

"Akak, saya baru dapat call dari adik saya di kampung. Emak saya sudah boleh sujud dan duduk antara 2 sujud setelah mengamalkan Joint Health dan Ostematrix."

"Tangan akak sudah tidak menggigil lagi. Semakin sembuh sakit parkinson akak ni. Terima kasih adik Mazni kerana memperkenalkan vivix"

Cuba bayangkan! Cuba bayangkan uols di tempat saya. Tak mengalirkah air mata saya ini dek kerana perasaan yang amat gembira dan terharu bila dapat berita macam tu? Saya bersyukur kerana saya mampu membuat orang lain bahagia dan gembira. Saya berjaya menyebarkan kebaikan kepada orang lain. Sesungguhnya inilah yang saya cari selama ini. Selain mencari rezeki, kita berpeluang untuk berbuat kebaikan. Shaklee sangat membahagiakan saya dan orang lain.

Selain itu dalam group Shaklee saya telah diajar untuk meningkat amalan kerohanian. Setiap bulan saya mampu mengeluarkan zakat, memberi wang kepada ibu bapa di kampung, bersedekah, infaq dan membayar hutang piutang. Sebenarnya banyak lagi ilmu dan kebaikan yang saya perolehi. Nak tahu lagi sila baca tips berjaya bisnes Shaklee

Adakah saya akan berjaya?

Insyallah saya akan berjaya! Allah sahaja yang akan menunaikan impian saya ni sama ada lambat atau cepat untuk berjaya. Saya tahu saya sedang berada di lebuhraya yang betul untuk mencapai kejayaan. Saya begitu menikmati bisnes Shaklee ini. 



generate income with shaklee

generate income with shaklee

Mengapa saya begitu yakin? Saya tidak kisah jika uols percaya atau tidak kekuatan Shaklee ini terletak kepada produknya. Produk vitamin Shaklee diyakini ramai, bermutu, selamat, semulajadi dan tentunya halal. Kini semua orang sokseh sokseh pasal Shaklee. Ramai yang mencari vitamin Shaklee. Tugas saya telah dipermudahkan dengan produk Shaklee yang hebat. Saya hanya sebarkan kebaikan Shaklee kepada orang lain dan saya terus mengorak langkah menuju ke puncak kejayaan bersama Shaklee!

Coretan entri ini sudah sampai ke penghujung. Uols pun sudah dihidangkan kisah benar saya dengan Shaklee. Jika anda tercari-cari sesuatu pekerjaan yang mulia tapi mampu menjana pendapatan lumayan anda wajib membaca ini. Jom klik di sini

Nak follow saya?
Hubungi saya sekarang di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com

Memang Best Buat Shaklee Business ni.

with 0 Comment
Perniagaan online memang best!

Kehangatan Shaklee National Conference 2013 yang baru berlangsung minggu lalu memang sangat mengujakan. Semangat dan aura dari mereka yang berjaya meresapi dalam diri saya ini. Tips dan nasihat daripada mereka telah merangsang saya untuk mendaki lebih tinggi lagi menuju puncak kejayaan. Kalau mereka boleh kenapa kita tak boleh? Memang best buat Shaklee business ni.


Memang Best Buat Shaklee Business ni.
Bertuah dapat merasai aura2 master

Memang Best Buat Shaklee Business ni.
Poster gambar para Master

Jom daftar menjadi ahli Shaklee
Suasana di SNC 2013
Entri saya kali ini berkisarkan pengalaman saya berkecimpung dalam Shaklee ini. Saya nak cerita kat uols kenapa saya pilih Shaklee? 

Menjadi kebiasaan zaman ini ramai rakyat Malaysia terutamanya di bandar buat pelbagai kerja. Realiti kos sara hidup yang tinggi begitu mencengkam kendiri dalam meniti survival kehidupan setiap hari. Masing-masing berhempas pulas berusaha untuk menambah pendapatan demi memberi keselesaan kepada keluarga tercinta. Ada yang cari sumber income lain seperti buat part time, berniaga dan sebagainya.

Pada awalnya saya adalah pengguna Shaklee sahaja. Saya telah mengamalkan Shaklee ketika hamil anak kedua pada 2011. Jodoh saya dengan Shaklee begitu panjang apabila saya masih lagi mengamalkan set vitamin bersalin Shaklee semasa tempoh berpantang dan set milkbooster untuk breastfeeding. Produk Shaklee memang best. Tak kenal maka tak cinta! Kan kan kan...

Dalam tercari-cari nak tambah income, akhirnya Allah lorongkan saya mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee pada Januari 2012. Sebelum ini ada jugak saya sertai perniagaan lain atau kerja sambilan lain. Tapi semuanya dapat pulangan kecil sahaja. Ternyata Shaklee ni lain. Dalam masa 2 bulan saya sudah berjaya meraih pendapatan 4 angka. Kini saya semakin hampir memburu 5 angka pula. Insyallah. Memang best buat Shaklee business ni! Nak tahu apa yang best? Apa rahsianya?

Memang best buat business Shaklee ini kerana:
  • Semuanya dijalankan secara online baik menjual produk mahupun bertemu usahawan baru lain yang berminat menyertai kumpulan saya.
  • Training juga menerusi online, malah saya dan kumpulan saya dapat bermesyuarat menerusi  'secret group fb' yang hanya boleh diakses oleh ahli kumpulan sahaja.
  • Tiada kongkongan. Kita yang bertanggunjawab kepada busineess kita sendiri. Jika kita malas, maka 'malas' jugalah pendapatan kita. Jika kita rajin dan ikut segala nasihat dan kaedah yang betul, maka habuan besar menanti kita.
  • Mudah diuruskan Shaklee business ni. Saya yang bekerja di tapak kontrak ni pun mampu menjalankan business ini. Nak hantar barang kepada customer pun mudah. Hanya send email kepada pejabat Shaklee dan urusan pos akan dilakukan Shaklee. Nak pos sendiri pon boleh jika ada masa yang banyak. Saya memang kesuntukan masa selalu. 
  • Nak order barang pun senang. Saya order je terus dengan Shaklee. Esok sampailah stok barang di rumah saya. Kekadang tu kenalah buat stok siket. Senang nak cod kepada customer yang berhampiran dengan kediaman saya ini. 
  • Dunia online memang tiada sempadan. Shaklee business memang tiada had dan limit. 24 jam 7 hari seminggu beroperasi. Customer pula dari seluruh Malaysia seperti Langkawi, Padang Besar, Pendang, Nibong Tebal, Bota Kanan, Teluk Intan, Sabak Bernam, Dengkil, Kota Bharu, Kemaman, Jerantut, Mersing, Kuala Pilah, Merlimau, Muar, Kuching, Miri, Kota Kinabalu dan sebagainya
  • Walaupun sesibuk mana saya bekerja, Shaklee business tetap dapat dilaksanakan. Yang penting kena pandai dan berdisiplin menguruskan masa. 
  • Sejak buat shaklee ni, setiap hari, memang ada masa diluangkan untuk timba ilmu, follow up customer, anak buah, belajar dengan upline dan belajar tingkatkan lagi skill pengetahuan tentang produk dan business. Nak tahu? Semuanya dilakukan melalui online tau. Kita ada kelas online yang dipanggil webinar. Walaupun busy dengan kerja hakiki, tapi dengan jadual yang tersusun, semuanya tak mustahil untuk berjaya dalam shaklee.
  • Dalam dunia online kita tak perlu cari orang, tapi kita akan menjadi lebih suka buat jualan. Yang kelakarnya orang yang akan mencari kita. Cara kita berbisnes memang rileks dan santai.
  • Produk Shaklee memang bagus dan sentiasa diamalkan pengguna. Tambahan pula Shaklee memang sudah kukuh 50 tahun dan setiap produknya dihasilkan begitu rapi dan teliti serta wajib menjalani ujian klinikal terlebih dahulu. Yang penting produk Shaklee halal.
  • Leader baik belaka. Amalan kerohanian dititik beratkan dalam kumpulan saya seperti mengamalkan wajib tunaikan solat 5 waktu, solat sunat Dhuha, bacaan Mathurat, Zikir-zikir rezeki, amalan sedekah dan semua yang baik-baik jer. Sentiasa ditekankan dengan nilai-nilai positif dan berfikiran mulia untuk berjaya dalam business ini.
  • Tak perlu nak paksa orang melabur duit beribu riban untuk berniaga. Hanya rm75 sahaja dah boleh Shaklee business. Yang penting orang pun tak menyampah dan meluat dengan kita. 
  • Jika ada kelas atau seminar yang perlu hadiri, boleh bawa anak sekali. Kalau anak ada 8 orang, maka semua anak boleh diangkut untuk attend kelas bersama. Konsep kita adalah keluarga jiwa negara.
  • Pelbagai bonus boleh kita raih seperti bonus kereta, bonus kepimpinan, bonus pencapaian terbaik, bonus umrah dan sebagainya. Semua bonus dalam bentuk tunai.
  • Yang paling best, jika orang lain mengalami hari sengkek menjelang 15 haribulan, tapi kita yang Shaklee business ni pula tersenyum lebar. Bonus akan dibayar setiap 15 haribulan.  Tiada istilah poket kering dan hujung bulan kepada pengedar Shaklee. Insyallah.
  • Shaklee Business kini diiktiraf kerjaya yang lumayan. (klik di sini)
Jom daftar menjadi ahli Shaklee
Kelas yang santai tapi sarat dengan ilmu

Jom daftar menjadi ahli Shaklee
Leader yang baik sedang mengajar blog marketing

Memang Best Buat Shaklee Business ni.
Antara yang hadir
Kenapa anda perlu mendaftar dengan saya?
  • Anda akan diberi akses ke dalam 'secret group fb' saya yang hanya boleh disertai oleh downline saya sahaja. Anda juga secara automatik akan diakseskan ke secret group fb upline saya (Master) yang sudah berjaya. Dalam group ini banyak info tentang perniagaan online, tips marketing, cara closing dengan betul, bagaimana nak menarik pelanggan dan banyak lagi rahsia perniagaan yang akan diberikan kepada anda
  • Anda juga akan dimasukkan ke satu lagi group iaitu group untuk belajar teknik pemasaran online. Di sini anda akan diajar bagaimana facebook marketing, selok belok berbloging, dan cara nak menconqure google.
  • Personal coach akan diberikan berdasarkan permintaan melalui seminar dan kelas.
  • Jika anda tidak tahu berfacebook atau berblog, kami akan ajar bagaimana caranya. Semuanya akan diberikan. Janji anda ada kemahuan yang jitu untuk berjaya.
  • Ramai downline saya mendapat income 4 angka hanya selepas menyertai kumpulan kami selama 1 atau 2 bulan sahaja. Anda bagaimana? Nak seribu daya, taknak seribu alasan.
Memang best buat  Shaklee business ni! Jom daftar Shaklee bersama saya sekarang!

Hubungi saya sekarang di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 019-2249556




Menjana Pendapatan dengan Shaklee - Bisnes Online

with 3 comments
Rebutlah peluang menjana pendapatan dengan Shaklee

Memang diakui kehidupan di bandar besar terutama di KL Megapolitan ini sangat mencabar. Semuanya kena ada duit. Nak masuk toilet pon kena bayar duit. Kos hidup di sini memang besar walaupun keluarga belum lagi sebesar mana. Betul tak?


Menjana Pendapatan dengan Shaklee - Bisnes Online


Kalau setakat seisi keluarga di bandar besar ini berpendapatan 5 ribu ke 6 ribu tu memang sekadar cukup makan sahaja. Nak kata selesa pun tak jugak. Nak kata susah pun tak jugak. Dapat gaji je habis membayar segala keperluan yang wajib dibayar setiap bulan.  Nak simpan duit pon tak boleh. Itu pon nasib baik kalau takda berlakunya kecemasan seperti anak sakit demam, kereta rosak atau ada hal mustahak di kampung. Memang kadang-kadang tu stress menikam jiwa dibuatnya. Bak kata orang Perak duit tu cepuih-cepuih je.

Satu usaha perlu dibuat. Tindakan segera perlu dilaksanakan untuk menjana pendapatan keluarga. Saya mula terfikir untuk cari side income setelah anak kedua saya Ilmuna Izzahra dilahirkan. Kos kehidupan semakin hari meninggi. Tapi kualiti kehidupan tak juga semakin meninggi. Alhamdulillah saya telah ditemukan dengan Shaklee. Itupun secara kebetulan kerana saya memang mengamalkan vitamin Shaklee semasa hamil, berpantang dan menyusu. Dalam kepayahan survive di bandar besar ini, Allah telah membuka jalan kepada saya. Yang pasti kita kena selalu berdoa kepadaNYA dan berusaha untuk memajukan diri.

Mesti nak tahukan kenapa saya pilih Shaklee? Kenapa saya sangat mencintai bisnes Shaklee ini? Nak tahu bagaimana menjana pendapatan dengan Shaklee? Jemput baca entri ini sampai habis (",)


Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan laptop sahaja!
Saya seorang pemalu dan saya tidak ada pengalaman berniaga pun. Saya tak pandai nak terangkan produk. Saya tak pandai nak pujuk-pujuk orang supaya membeli produk yang saya jual. Tapi di Shaklee dalam group Euphoria saya hanya perlu sharing dan 'cerita' sahaja pengalaman dan kebaikan Shaklee. Dan paling best, semuanya dibuat menggunakan jari jemari sahaja iaitu menaip di laptop atau pun di smartphone! Saya percaya anda juga mampu melakukannya.

Memberikan saya masa kerja yang fleksibel


kerja yang fleksibel

Bagi yang tercari-cari bisnes untuk dilakukan daripada rumah sambil-sambil  menjaga anak dan suami, maka Shaklee adalah jawapannya. Untuk membuat sales di internet kita tidak perlu duduk di hadapan laptop 24 jam. Mungkin kita cuma perlukan 1 jam untuk updateblog dan facebook, 1 jam untuk membalas emel, 30 minit untuk merangka pelan bisnes anda, 1 jam berurusan dengan pos laju dan 30 minit cod vitamin. Lagi 20 jam adalah kepunyaan suami dan anak-anak kita! Best tak?


Tidak perlu menyimpan stok
Kenapa? Tak percaya ke? Cara menjual barang di Shaklee senang sahaja. Cuma perlu rasai dan kongsi pengalaman anda. Apabila mendapat pesanan dari pelanggan saya cuma perlu emel kepada Shaklee dan biarkan mereka yang packing dan poskan untuk pelanggan saya. Mudahkan? Kalau anda sedang bercuti-cuti di oversea pun anda masih boleh membuat perniagaan anda ini! Boleh juga simpan stok sedikit untuk cod atau pun nak pos sendiri.

Siapa yang berusaha lebih dia yang akan berjaya
Shaklee memang MLM. Group Euphoria telah mencetuskan revolusi MLM. Cara konvesional MLM yang lapuk sudah dipinggirkan. Semuanya berasaskan online. Anda juga akan diserap ke group online untuk mendapatkan tips dan coaching dari leader. Shaklee bukan skim cepat kaya atau pun MLM yang hanya menjaja marketing plan sahaja. Kekuatan Shaklee adalah produknya. Kalau anda menyertai saya pada hari ini, dan jualan anda melebihi jualan saya, maka anda akan mendapat bonus LEBIH daripada saya. Dan sekiranya anda lebih rajin daripada saya, maka anda juga boleh naik pangkat lebih cepat daripada saya. Pendek kata, Shaklee bukan bisnes 'siapa banyak kaki dia banyak duit' tetapi Shaklee adalah bisnes yang sangat adil 'siapa paling rajin dia banyak duit'.

Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!
Istimewanya Shaklee adalah kerana kekuatan produknya. Bagi saya, sekiranya mahu menjual sesuatu produk kita kena pastikan produk itu berkualiti dan selamat. Produk yang berkualiti akan meraih kepercayaan daripada pengguna. Kepercayaanlah yang akan membina nama kita dalam dunia perniagaan dan akan berlakunya pembelian berulang. Kita juga berasa puas dan seronok  apabila dapat menggembirakan orang lain dengan produk yang berkualiti dan selamat.

Jaringan Euphoria memberikan support dan guideline kepada ahli-ahlinya
Saya diberikan panduan dan sokongan motivasi daripada Master-Master kami yang sangat hebat! Ada antara mereka ini sudah mempunyai pendapatan mencecah 6 angka! Percayalah ianya tidak MUSTAHIL walaupun anda cuma seorang suri rumah.


kerja yang fleksibel


Bermula dengan modal serendah RM65 ataupun tanpa modal langsung
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai Shaklee. 



Caranya senang sahaja. 


  • Hubungi saya untuk menyertai keluarga Shaklee Superb Vitamin di bawah naungan group Euphoria
  • Saya akan uruskan proses pendaftaran dengan mengisi borang keahlian anda.
  • Bayar yuran keahlian sebanyak RM65 (Sila tambah RM10 untuk kos pengeposan)
  • Atau pun membeli produk Shaklee bernilai RM660 dan anda mendapat keahlian secara percuma

Banyak lagi sebenarnya cerita best mengenai bisness Shaklee ni. Sengaja saya simpan sedikit cerita best ini walaupun saya mampu untuk menceritakan kesemuanya. Nak tahu lagi kenalah join bisness ini. Lakukan anjakan paradigma terhadap diri anda. Titik tolaknya bermula selepas anda membaca entri ini. Jom menjana pendapatan dengan Shaklee.


Nak tahu bagaimana saya boleh terjebak dengan bisnes Shaklee ini? Sila klik di sini
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran keahlian Shaklee  boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini




Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?