Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label vita-lea. Show all posts
Showing posts with label vita-lea. Show all posts

Set Breastfeeding dengan Alfalfa disediakan dalam bentuk SET B

with 0 Comment
Set Breastfeeding dengan Alfalfa disediakan dalam bentuk SET B (Breastfeeding Set) sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Apa yang terdapat dalam Set ini :



B Complex
B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik. Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik. Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.

Vitamin C (Sustained Realesed Vita C) 
Mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah, penting untuk pembentukkan kolagen, bertindak sebagai anti-oksidan, bertindak mengikut pelepasan masa. Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

Alfalfa (Milk Booster)
Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang alergi terhadap alfalfa.


Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu. Bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah berat badan bolehlah mengambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu perut bayi, ianya melancarkan pembungan dengan cara yang lembut. Tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan Vitamin ini perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Maznifaeza Md Mustaffa

♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE page fb ini utk info       
   terkini dan promosi :))

Set Weight Gain - Tambahkan Berat Badan

with 0 Comment

"Adakah anda terlalu kurus dan ingin menambah berat badan? adakah anda telah mencuba pelbagai cara menggemukkan badan? masih tak berjaya?...




FAKTOR ANDA TAK BERJAYA NAIKKAN BERAT BADAN

1) makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.


2) pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.


Adakah saya telah berusaha untuk tambah berat badan sebelum ini? YA! saya telah menghabiskan ratusan ringgit dengan membeli produk- produk weight gain yang ada di pasaran tetapi hasilnya tidak seperti yang saya harapkan.



Set Weight Gain

Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Mari kita lihat testimoni yang dah mencuba set ini..





Testimoni customer yg amalkan vit C (cantik) dan Set Weight Gain
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana, 
   Subang 2 Bestari, Paya Jaras, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara, 
   
Sungai Buloh, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun KL

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE page fb ini utk info       
   terkini dan promosi :)



Jamu vs Set Ibu Berpantang Shaklee

with 1 comment

Mana Satu Pilihan Anda?



Jamu berfungsi untuk  mengembalikan tenaga selepas bersalin, memanaskan badan, mengeluarkan lemak dan toksin dan melawaskan sistem pembuangan..Itu memang amalan masyarakat Melayu...tidak dinafikan amalam turun menurun..dari nenek turun ke mak, dari mak turun ke saya..Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut..Itu antara kebaikan jamu..Memang telah terbukti..

Tetapi, ada tapinya..adakah semua ibu-ibu berpantang sesuai dengan jamu..lebih-lebih lagi ibu yang menyusu? Ibu yang menyusu anak memang tidak digalakan untuk mengambil sebarang jamu..Sebab jamu bersifat panas dan boleh mengakibatkan anak kembung, cirit birit..ini terjadi kepada saya..Oh, sengsaranya anak kembung perut dan bontot melecet hasil cirit birit yang tidak henti-henti..

Selepas stop mengambil jamu, anak kembali normal..Alhamdulillah..Saya hanya mengamalkan pemakanan seimbang, bertungku, berbarut, mandi dgn rebusan air daun-daun dan bersalai sahaja..Bagi mengecutkan rahim dengan cepat, saya kerapkan menyusu anak dan berbarut serta berurut..44 hari berpantang memang seksa..Tu kira-kira 1 tahun lepas..

Apa kata kalau kita gabungkan tradisional dan moden..Jamu digantikan dengan Set Berpantang Shaklee (SET C)..yang ini memang TERBUKTI selamat..Set C ini mengandungi multivitamin, b kompleks, vitamin c dan zink..


Vita-Lea (Multivitamin)

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

B Kompleks
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insyaALLAH akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

Zink
membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim). Kekalkan kesihatan yang baik, membantu tubuh memetabolismekan karbohidrat, protein dan lemak. Di rumus khas dengan sayur-sayuran.

Haaa, banyakkan kelebihan Set Berpantang Shaklee ni..Boleh diganti dengan jamu..Amalan yang lain-lain tu boleh la diteruskan seperti berbarut, bertungku, bersalai dan sebagainya..Mungkin hasilnya lagi ummmppphhh daripada sebelum ni..Sapa tau kan? 

Ibu Berpantang juga boleh mengambil alfalfa..sebab alfalfa ini berfungsi membuang angin dalam badan dan melawaskan sistem pembuangan..Extra benefit adalah salah satu milk booster tau..Sapa tak nak susu banyak kan..Meh tgk ni..cite psal Alfalfa

Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung. Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. (PERINGATAN: ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE) 

Kepada ibu-ibu yang bakal bersalin dan berpantang ada disediakan set trial. Trial pack Set C dan add on 60biji alfalfa . 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE page fb ini utk info terkini 
   dan promosi :))
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD 
di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana,
Subang 2 Bestari, Paya Jaras, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara, 
Sungai Buloh, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun KL

Anemia Semasa Hamil.

with 0 Comment

Mudarat kepada ibu dan anak?



Zat besi membantu membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu badan termasuk otak. Apabila kadar zat besi dalam darah rendah, tisu akan dahagakan oksigen. Ini menyebabkan badan rasa lemah, kurang daya ingatan, kosentrasi menjadi lemah, kurang motivasi dan kurang daya kerja.



Wanita sering mengalami kekurangan zat besi kerana mereka datang haid setiap bulan, mengandung dan menyusukan bayi. Seorang wanita dewasa memerlukan 15mg zat besi setiap hari dan digunakan oleh tubuhnya kira2 10mg.

Jika seseorang wanita itu mengandung, mereka memerlukan lebih zat besi kira-kira 27mg. Keperluan zat besi mungkin berkurangan apabila bersalin, namun zat besi masih perlu dititik beratkan terutamanya jika ibu menyusu. Kurang zat besi bukan sahaja memberi kesan buruk kepada ibu, malah turut memberi kesan kepada bayi.


Ramai wanita mengandung menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh. Namun apakah benar sedemikian? 

PERSEPSI ITU SALAH!!

Kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi. 

Di Malaysia, 35 peratus wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5 peratus wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama. 


Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi. 

“Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan. 

“Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit,”
katanya. 

Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi. 

Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari. 

“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja. 

“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu. 

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya,” katanya. 

Dr Premitha berkata, anemia semasa hamil boleh ditentukan melalui proses diagnosis yang bermula dengan menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah. 

Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl. 

Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu. 

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit. 

“Ketahuilah bahawa vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan. 

“Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum. 

“Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sehingga enam bulan selepas melahirkan,” katanya.

Sumber
----------------------------
Di Shaklee, kami mempunyai Vitalea Iron Formula.. Multivitamin yang dirumus bersama zat besi. Sesuai untuk semua yang inginkan kesihatan yang optimum, malah sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kurang zat besi atau kurang darah.


Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 



Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam 
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan 
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D 
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk 
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah 
      merah.*

Testimoni untuk dikongsi bersama



---------------------------------------------------------------------
Jika anda ambil berat tentang kesihatan diri dan anak yang dikandung, hubungi saya hari ini.. Sms/call 016-5199271 atau 
Fb: www.facebook.com/superbvitamin

kredit: mamacergas.com

Anda Hamil? Apakah Vitamin yang Sesuai?

with 0 Comment

Cadangan vitamin untuk ibu hamil.

saya ketika preggy 5 bulan



OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.



Boleh hubungi saya untuk mengetahu kombinasi vitamin yang bersesuaian untuk anda.

Pesanan, konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ Contact No 016-5199271

♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin
kredit: yoursupermom

Vita-Lea atau Obimin?

with 0 Comment

Yang mana satu?

Kerapkali saya diajukan soalan oleh ibu hamil, 
"Saya dah ada Obimin nie, tapi Hb saya low laaa, boleh ker makan Obimin sekali dengan Shaklee Vita-Lea? Sayang laa nak buang..."



Pertama sekali wahai ibu-ibu, info yang anda wajib tahu ialah, Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah sejenis MultiVitamin & MultiMineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian. Jadi, sekiranya anda memilih untuk mengambil Vita-Lea sepanjang kehamilan, tak perlulah untuk ambil Obimin lagi (dan vice versa), kerana Obimin juga sejenis multivitamin.

Dikhuatiri overdose pula!

Keduanya, tips penting wahai Mama, setiapkali anda menerima apa jua suplemen yang diberikan oleh doktor anda, amalkanlah untuk membaca label pada botol vitamin tersebut. Cuba anda bandingkan unit vitamin-vitamin pada setiap tablet multivitamin itu dengan unit RDA (Recommended Dietary Allowance) yang dicadangkan untuk ibu mengandung.

Biasanya ramai yang rujuk dengan US RDA (U.S. recommended daily allowance). Contohnya, laman americanpregnancy.org ini.

Ketiga, sebaik-baiknya pilihlah multivitamin yang semulajadi, kerana multivitamin ini bukan sahaja untuk ibu, malah untuk bayi di dalam kandungan juga. Vitamin semulajadi lebih selamat, dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

Kelebihan memilih Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah, sebagai vitamin semulajadi, ianya tiada pewarna, perisa, mahupun pengawet tambahan. Vitamin asli nie bila kita genggam selama beberapa minit, ia takkan melekit dan meninggalkan warna di tangan kita. Cubalah!

Saya memilih untuk menggunakan produk Shaklee sepenuhnya untuk kandungan ketiga ini, dan saya juga telah maklumkannya kepada gynae. Beliau menghormati keputusan saya, dan telah mark "Supplement: Own-Shaklee" di dalam rekod pregnancy saya. Maka, dengan rasminya saya tidak dibekalkan sebarang suplemen (baik Obimin, mahupun Neurogain) dari gynae untuk sepanjang kehamilan ini.

Semoga ianya keputusan yang terbaik, Insya Allah.

Walaubagaimanapun, jika anda masih ragu-ragu untuk memilih multivitamin yang mana, saya amat menggalakkan anda untuk mendapatkan konsultasi sewajarnya daripada saya.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Pesanan dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa

♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Laman web: superbvitamin.blogspot.com

rujukan:GenkiMomma Healthy

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?