Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label tips cepat hamil. Show all posts
Showing posts with label tips cepat hamil. Show all posts

Kenapa Orang Kampung Kecam Shaklee?

with 0 Comment

Makcik jadi lemah dan demam teruk



"Awalnya saya sangat nervous. Sebab orang kampung membawa cerita makcik saya jatuh sakit selepas mengambil supplemen shaklee.


"Namun saya tetap yakin makcik saya mengandung," itulah luahan Zarina Ismawi yang gembira melihat makcik kesayangan berjaya mengandung setelah 18 tahun mendirikan rumah tangga.



Berdasarkan perkongsian Zarina dalam segmen Supermom Shaklee Story, makciknya yang berusia 37 tahun telah berjaya hamil pada 2017 setelah mengamalkan Set kesuburan Shaklee secara konsisten.

Jom kita baca kisah beliau yang sangat teruja, terharu dan bersyukur apabila dapat melihat makciknya mengandung seterusnya melahirkan cahaya mata yang pertama.


18 tahun menanti zuriat sendiri, syukur kepada Allah.



Assalammualaikum Hai. Nama saya Zarina Binti Ismawi. Saya nak kongsikan kisah mak saudara saya yang berjaya hamil asbab dari pengambilan set kesuburan shaklee.
Saya masih ingat lagi bulan Mac 207, Makcik saya bertanya tentang set kesuburan shaklee. Dah beribu habis membeli produk yang lain. Jadi, dia teringin mencuba shaklee.
Saya mencadangkan set kesuburan shaklee untuk pakcik dan makcik saya. Makcik saya mengambil esp, gla, b complex, vitalea, vitamin c dan vivix.Manakala pakcik saya mengambil omega guard, vitalea dan vivix.


Setiap bulan, saya akan membantu mengira waktu subur mereka dengan tepat dan mencadangkan tarikh yang sesuai untuk mereka bersama.
Makcik dan pakcik saya sangat konsisten dalam pengambilan supplemen shaklee. Langsung tidak pernah skip.
Akhirnya setelah 6 bulan makcik saya konsisten dengan set kesuburan shaklee, dia mengalami demam yang teruk sehingga terkulai lemah. Muntah dan tidak mampu menghidu bau ikan segar.
Awalnya saya sangat nervous. Sebab orang kampung membawa cerita makcik saya jatuh sakit selepas mengambil supplemen shaklee.
Tapi, saya tetap yakin. Barangkali dia mengandung. Saya menyuruh makcik saya untuk check upt. Check kali pertama terdapat satu garisan clear dan satu lagi kabur. Dalam hati saya merasakan makcik saya mengandung.
Saya belikan makcik saya upt yang lebih mahal. Check sekali lagi, dan wow! double line!

Set Kesuburan Shaklee Boleh Membantu Cepat Hamil

Set Vitamin Kesuburan Wanita

Sayalah antara orang yang paling gembira. Malam tu juga saya nasihatkan makcik saya untuk bersedekah di surau sebagai tanda terima kasih dengan Allah.
Menangis kesyukuran mereka suami isteri. Bayangkan, 18 tahun menunggu zuriat kandung sendiri. Suatu tempoh yang bukan sekejap. Perlukan kesabaran yang tinggi.
Jadi, kepada sesiapa yang masih belun dikurniakan cahaya mata, kita masih ada harapan jika kita mahu berusaha.
Berusaha, yakin dan sentiasa berdoa. InshaAllah, pasti Allah akan makbulkan.
Makcik saya sangat percaya dengan shaklee. Dari mengandung beliau tidak mempunyai masalah HB rendah, tiada darah tinggi dll. Berpantang dengan vivix dan set berpantang shaklee sangat membantu beliau lebih cergas walaupun ini anak pertamanya.


Bestkan mendengar kisah makcik Zarina ni kan? Jadi kepada pasangan yang senasib atau belum mendapat zuriat janganlah berputus asa.
Allah tak suka kita berputus asa. Kita kena ikhtiar dan berusaha. Kalau nak tahu tentang perincian Set Kesuburan Shaklee boleh hubungi saya di,
Untuk info perinician produk, pertanyaan dan pembelian produk Shaklee,bolehlah hubungi SuperbVitamin  di  016-5199271 atau 019-2249556 
Atau boleh terus watsap KakMas dengan klik  www.wasap.my/60165199271




10 Punca Suami Isteri Tidak Subur Yang Mesti Kita Tahu

with 1 comment

Pengikat Kasih Penyambung Keturunan



Kehamilan sering dikaitkan dengan kesuburan. Untuk hamil setiap pasangan suami isteri perlu subur. Suami perlu menghasilkan sperma yang berkualiti manakala isteri pula menghasilkan ovum untuk disenyawakan oleh sperma  tadi.


Menurut Doktor Salwana Mohyiddin Pakar Sakit Puan Hospital Tanah Merah Kelantan, Isteri dan suami perlu jelas bahawa dalam 100 pasangan mandul, 30 adalah faktor isteri, 30 adalah faktor suami, 30 adalah faktor kombinasi suami dan isteri, manakala 10 lagi adalah normal bagi keduanya yang dipanggil "unexplained infertility" ataupun mandul tanpa penjelasan. 

Sudah lumrah setiap pasangan yang berkahwin pasti berhasrat memiliki cahaya mata. Namun tidak semua pasangan suami isteri itu bertuah. Ini semua rezeki Allah. Tapi apabila setiap pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin masih lagi belum ada tanda-tanda untuk mendapatkan zuriat, pasti ada yang tidak kena. Setiap masalah pasti ada puncanya. Apakah punca belum dapat zuriat walaupun sudah lama berkahwin? Jom kita baca 10 punca suami isteri tidak subur di bawah.



Menurut Dr Khairiah Seman daripada Pusat Bersalin Barakah, terdapat empat kategori penyebab mengapa seseorang wanita atau isteri lambat hamil. Antaranya ialah, masalah isteri, masalah suami, masalah kedua-duanya dan yang terakhir kedua-duanya normal namun belum diberi rezeki untuk mempunyai zuriat.


Bagi wanita, isu kesuburan banyak dipengaruhi oleh ketidak seimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi. Berikut adalah masalah-masalah yang menjadi faktor mengapa anda sukar untuk hamil.


  1. Kerosakan pada tiub fallopio yang akan menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fallopio yang rosok adalah disebabkan keradangan serta ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim.
  2. Berlakunya endometriosis. Ia terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim wanita.
  3. Sperma akan gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus atau serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan oleh pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari ovum wanita.
  4. Wanita yang mempunyai kelainan ataupun kecacatan pada sistem pembiakan juga sukar untuk hamil. Sistem pembiakan seperti rahim, tiub fallopio, rahim yang bermasalah menjadi faktor utama mengapa seseorang wanita itu tidak boleh hamil.
  5. Faktor usia juga antara penyebab wanita sukar ataupun lambat hamil. Wanita berusia 35 tahun ke atas mempunyai peluang yang lebih tipis untuk hamil jika dibandingkan dengan mereka dalam lingkungan usia sihat wanita iaitu 20 hingga 30 tahun.
  6. Emosi yang tertekan ataupun stress juga akan membantutkan usaha anda untuk mendapatkan zuriat.
  7. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil alkohol, merokok dan kafein yang tinggi akan mempengaruhi ketidaksuburan wanita.
  8. Masalah gagal untuk mendapatkan cahaya mata bukan hanya berpunca daripada golongan hawa sahaja. Dalam beberapa kes, lelaki juga dipercayai menjadi punca mengapa rumahtangga mereka tidak dikurniakan zuriat.
  9. Antara faktornya ialah lelaki juga boleh menjadi tidak subur disebabkan masalah hormon. Gangguan pada hormon sering berlaku kepada mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang yang menyebabkan testosterone tidak dapat dihasilkan hingga testis mengecut.
  10. Masalah sperma adalah masalah utama ketidaksuburan golongan adam. Ologospermia, bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap meliliter air mani dan tidak berkualiti adalah perkara lazim terjadi yang mengurangkan peluang pasangannya untuk hamil.

Apa yang penting di sini ialah setiap pasangan jangan cepat berputus asa untuk berikhtiar mendapatkan zuriat. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya dianugerahkan cahaya mata pengikat kasih sayang. Ada juga pasangan mendapat anak setelah lebih 10 tahun berkahwin, ada 8 tahun, 5 tahun dan sebagainya.

Ingat! Yang penting berusaha dan jangan berputus asa. Jom berikhtiar dengan set kesuburan di bawah ini:





♥Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 

♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Semoga Dato' Siti Nurhaliza Redha dan Tabah Kerana Keguguran Kandungan

with 0 Comment

Perancangan Allah Terbaik Untuk Kita


Alahaiii. Nak buat macam mana. Sudah tiada rezeki. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah Allah yang kita tidak tahu. Takziah kepada Dato' Siti Nurhaliza yang keguguran kandungan di usia 2 bulan (sumber). Semoga Dato' Siti redha dan tabah dengan ujian Allah ini.

set berpantang untuk wanita keguguran


Saya juga pernah mengalami keguguran kandungan ketika usia kandungan mencecah usia 3 bulan. Memang sedih dan murung ketika itu. Lebih terasa apabila terpaksa menjalani fasa berpantang tanpa bayi di sisi. Life must go on. Kita kena sentiasa redha dan yakin setiap perancangan Allah itu terbaik untuk kita. Kisah saya keguguran
set berpantang untuk wanita keguguran

Saya pun tidak tahu macam mana boleh keguguran sebab saya memang betul-betul jaga setiap pergerakan, pemakanan, dan aktiviti saya ketika mengandung. Tapi sudah tertulis memang tiada rezeki saya sekeluarga ketika itu. Kita tidak boleh melawan kuasa Allah. Okaylah jangan sedih-sedih. Jom sedut aura positif dengan membaca entri ini sehingga habis.

Faktor keguguran berlaku pada peringkat awal ibu hamil. 

  • Kromosom yang abnormal pada janin. Ini adalah faktor utama keguguran berlaku pada trimester pertama
  • Implantasi yang tidak elok
  • Penyakit medikal yang kronik yang dihidapi oleh wanita tersebut
  • Infeksi faraj. Keguguran selalunya akan berlaku pada trimester kedua.
  • Trauma yang teruk pada wanita. Contohnya seperti ‘accident’ kereta/ motorsikal
  • Pangkal rahim yang tidak kuat yang dikenali sebagai ‘cervical incompetence’. Ini selalunya hanya akan menyebabkan keguguran pada trimester kedua.

 Ciri-ciri wanita yang mempunyai risiko keguguran

  • Umur wanita. Semakin berumur wanita tersebut semakin tinggi risiko untuk keguguran
  • Sejarah keguguran.
  • Penyakit medikal kronik seperti kencing manis, polycystic ovarian syndrom dan penyakit autoimmun seperti antiphospholid syndrom.
  • Sejarah keluarga baby abnormal
  • Pangkal rahim yang lemah (‘Cervical incompetence’)
  • Merokok
  • Meminum alkohol
set berpantang untuk wanita keguguran

Keguguran mengandung boleh berlaku kepada setiap wanita hamil. Jika mengikut nasihat orang tua-tua, situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran. Jika kita mengabaikan dan buat tak kisah berpantang selepas keguguran, bersedialah menerima kesakitan! Oopps saya nak tanya ni, "Badan kita ni nak pakai lama tau sekejap?. Kalau nak lama, kenalah bersungguh-sungguh berpantang dan bertabahlah!

Mengapa wanita yang keguguran kena berpantang dengan betul?

  • Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. 
  • Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.
  • Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. 
  • Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.
  • Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.


set berpantang untuk wanita keguguran

Sebenarnya wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh berpantang sama seperti ibu selepas bersalin. Bahkan penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Uolls kalau nak tahu berpantang selepas keguguran kena 'perfect 10'. Segala-galanya kena lebih rapi! Memang perit dan perlukan disiplin berpantang yang luar biasa!
Alhamdulillah, mujur ada Set Bersalin Shaklee. Saya telah berpantang dengan Set Bersalin Shaklee selepas keguguran dulu. Saya rasa bertenaga, kuat, ceria dan luka pun cepat sembuh. Sakit lenguh dan salah urat yang sering saya rasa sebelum ini pun turut hilang dan kurang. Memang rasa macam tak pantang pun. Yang pasti tempoh berpantang saya kali ini memang indah, ceria dan tidak mengalami stress pon. 

Kenapa Set Bersalin Shaklee Bagus Untuk Ibu Yang Keguguran Berpantang?


set berpantang untuk wanita keguguran

Nak tahu rahsianya? Kenapa saya beria-ia menyuruh uols berpantang dengan set bersalin Shaklee? Kenalah baca rahsianya di artikel bawah ini. Jom klik!



♥Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.






Mengapa Rasulullah Melarang Kita Mendoakan Pengantin "Semoga Bahagia Dan Ramai Anak" ?

with 4 comments

Selamat pengantin baru!




Ketika Uqail bin Abu Thalib radhiyallahu ‘anhu menikah. Di tengah kebahagiaannya, ia merasakan kegundahan saat mendengar tetamu mendoakannya dengan mengucapkan
بِالرَّفَاءِ وَ الْبَنِيْن
“Semoga bahagia dan ramai anak”

Tak mau berlarut-larut dalam kegundahan dan demi meluruskan kekeliruan, Uqail pun mengatakan kepada tamu tersebut: “Janganlah kamu mendoakan demikian karena Rasulullah telah melarangnya.”

“Lalu, aku harus mendoakan bagaimana?”
“Ucapkanlah doa yang diajarkan Rasulullah:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
‘Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan’”

Mengapa Rasulullah melarang seseorang mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak”? Wallahu a’lam bish shawab. Hanya Allah SWT yang mengetahui hakikat sejati di balik larangan ini.  

Hukumnya Makruh

Para ulama menerangkan bahawa hukum mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak” ini adalah makruh. Larangan tersebut tidak pula haram kerana dalam hadits yang lain Rasulullah membanggakan banyaknya jumlah umatnya dibanding umat nabi-nabi sebelumnya. Jadi dalam Islam, ramai anak itu bagus. Bahagia dalam pernikahan juga bukan sebuah hal yang dilarang. Namun, mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak” bukanlah doa yang tepat.

Doa yang lebih baik dan barakah

Rasulullah melarang mendoakan pengantin “semoga bahagia dan ramai anak” dan beliau menganjurkan umatnya untuk mendoakan dengan ucapan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
“Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan”

Hari-hari setelah pernikahan tidak selalu merupakan hari yang bahagia. Orang yang menikah juga belum tentu memiliki ramai anak. Maka membayangkan setelah menikah akan selalu bahagia dan memiliki banyak anak adalah hal yang tak sepatutya benar,belum tentu menjadi kenyataan bagi setiap orang.

Sebagaimana fasa kehidupan lainnya, hari-hari dalam kehidupan berumah tangga juga diwarnai oleh dua perkara,

  • Perkara yang manis
  • Perkara yang pahit 
Kadang kala kita mengalami perkara yang kita inginkan dan perkara yang tidak kita inginkan. Ada perkara dan peristiwa yang membuat hati kita senang, dan ada juga perkara yang merunsingkan kita. Jadi kita doakan perkahwinan itu sentiasa ada barakah. Inilah yang  lebih baik daripada kita doakan “bahagia dan ramai anak.”

Jadi kita patut mendoakan pengantin muslim sentiasa mendapatkan keberkatan baik dalam setiap perkara yang mereka akan hadapi nanti. Contohnya saat mereka diluaskan rezeki oleh Allah, mereka berada dalam keberkatan dengan sikap syukur dan banyak bersedekah dan infaq. Ketika mereka berada dalam kegawatan masalah, mereka juga berada dalam keberkatan dengan sikap sabar dan iffah-nya.

Ada suami isteri yang bahagia di dunia, tetapi di akhirat masuk neraka. Tentu bukan itu yang kita harapkan terjadi pada saudara kita pengantin baru.  Kita mengharapkan mereka memperolehi banyak kebaikan, kebahagiaan dan hidup harmoni. 

Jom kita tengok video ini. Pasangan suami isteri ini menghadapi sedikit kesulitan pada awalnya. Betul orang cakap setiap kesulitan pasti ada rahmatnya. Apa kisahnya? Jom kita tengok video ini! 


Perlu diingat tak semua pasangan suami isteri memiliki anak yang banyak. Allah pun tidak pernah berjanji kepada kita bahawa berkahwin mesti dikurniakan anak. Jadi amalkan doa yang diajar Rasulullah SAW itu untuk mendoakan kebahagian pengantin baru.


Setiap pasangan pengantin baru jangan lupa klik link di bawah ini:

Tips Mengetahui Tanda Awal Kehamilan

Set Kesuburan Suami Isteri Bantu Cepat Hamil



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Coq Health Plus Shaklee Vitamin Kesuburan Suami Isteri

with 0 Comment
Vitamin untuk cepat dapat zuriat

Hahahaha. Saya ada cerita best untuk dikongsikan. Perkara yang baik jangan kita rahsiakan. Supaya orang lain pun dapat manfaat dan kita juga boleh dapat pahala. Betul tak?

Tahun lepas Shaklee ada mengeluarkan product baru iaitu Coq Health Plus yang  mengandungi Co-enzyme Q10, Vitamin E dan ekstract daripada Tea Hijau untuk penjagaan kesihatan jantung. Boleh baca perincian Coq Health Plus (klik sini). Rupanya kebaikan Coq Health Shaklee ini bukan untuk jantung sahaja, tapi ia boleh bertindak sebagai vitamin kesuburan suami isteri. Wow! Wonderfull! Macam mana tu? 

Testimoni Coq Health Plus Shaklee untuk kesuburan lelaki

Kesuburan Isteri 

Faktor yang boleh menjadi pergantungan utama telur wanita pada CoQ10 ialah untuk tenaga. Proses pengeluaran telur, ovulasi dan perkembangan embrio di kalangan wanita mengambil sejumlah tenaga dan memerlukan CoQ10 yang merupakan sumber utama tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran protein.Semakin meningkat usia, badan menghasilkan kurang CoQ10 sekali gus menjejaskan kesuburan kita.
Teori ini disokong oleh penemuan positif dalam penyelidikan di Kanada pada tahun 2009 yang telah menunjukkan subjek kumpulan ujian diberikan suplemen CoQ10 menghasilkan lebih banyak dan lebih baik telur yang berkualiti, mencatatkan kadar kehamilan yang tinggi dan kelahiran anak-anak yang lebih ramai daripada orang-orang yang tidak menerima CoQ10.
Kesuburan Suami
Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung kepada CoQ10. Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Sperma yang baik ialah sperma yang mempunyai antioksidan yang tinggi.  Enzim CoQ10 dapat menghasilkan antioksidan yang kuat dan bermanfaat untuk kesuburan.
Coq Health Plus Shaklee Vitamin Kesuburan Suami Isteri
Fungsi antioksidan adalah melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif yang membawa kepada kematian sel. CoQ10dapat meningkatkan kedua-dua air mani dan sel sperma dan meningkatkan pergerakan sperma.
Jika dalam entri sebelum ini menyatakan Vitamin Kesuburan Shaklee untuk lelaki ialah Vitamin E dan Zinc Complex, kini bolehlah replace vitamin E dengan Coq Health Shaklee Plus. Ini kerana Coq Health Plus Shaklee berbeza dengan jenama lain. Coq Health Plus Shaklee turut mengandungi vitamin E denganGreen Tea Extract. Kombinasi CoQ10 & Vita-E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat didalam Vita E kerana CoQ10 membantu mengitar & menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
Ekstrak Teh Hijau pula mengandungi procyanidins yang telah ditemui dan dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah  dan jantung) . CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji & diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber boiketersediaan CoQ10nya. Tanpa gluten.

Coq Health Plus Shaklee untuk kesuburan lelaki

Untuk pasangan suami isteri yang berusaha untuk mendapatkan zuriat bolehlah mengamalkan Coq Health Plus dengan set vitamin kesuburannya (sila klik). Sebagai manusia biasa kita mestilah berusaha ke arah mendapatkan zuriat. Jika diizinkan Allah pasti ada rezeki untuk kita menimang cahaya mata. Apapun rezeki itu hak Allah. Kita hanya berusaha. Perancangan Allah itu memang terbaik untuk kita. La Tahzan!

Jom tengok testimoni di bawah:
Coq Health Plus Shaklee Vitamin Kesuburan Suami Isteri

Coq Health Plus Shaklee Vitamin Kesuburan Suami Isteri

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?