Sihat, ceria dan gembira berselfie!
Bertuah anak zaman sekarang. Bertuah sebab mereka dilahirkan di zaman digital yang dipenuhi gajet-gajet menarik. Dulu kita semasa kecil lebih terdedah untuk manfaatkan alam semula jadi seperti bermain tarik upih kelapa, main lompat ketinting, lawan batu seremban, galah panjang lompat getah zero point dan sebagainya. Anak zaman sekarang memang terdedah untuk lebih menerokai dunia gajet. Paling kurang pun mesti pandai godek smartphone kita. Macam anak saya Ilmuna Izzahra 3 tahun sudah lebih advance dari mama dia untuk 'explore' smartphone.
Anak saya Ilmuna Izzahra atau lebih mesra dipanggil CikMuna memang sudah pandai download game di playstore. Memang itulah yang selalu dia buat. Nak main game jer. Lagi satu kegemaran dia ialah edit gambar yang ada di galeri. Pelbagai skill edit berjaya dilakukan CikMuna. Ada gambar jadi hitam putih, modified background dan macam-macam lagi. Kegemaran mengedit gambar ini telah membawa dia ke hobi satu lagi iaitu selfie. Suka tangkap gambar sendiri atau berselfie. CikMuna suka selfie! Hahahahah
Selfie, satu 'trend' semasa yang kini semakin menjadi kegilaan ramai. Di media sosial tempat perkongsian gambar juga semakin dipenuhi dengan aksi-aksi selfie. Ada kajian mengatakan mereka yang suka berselfie ini memiliki sifat negatif seperti mental lemah, emosi sukar dijangka, berkhayal, syok sendiri dan banyak lagi. Tapi bagi saya terpulanglah kepada cara dan niat orang tu berselfie. Lapangkan dada dan fikir positif. Sekali sekala okay juga berselfie ini. Dapat legakan stress dan menghiburkan hati kita! Kita berhak untuk ceria dan gembira! Betul tak kenkawan? Hahahaha
Jom kita tengok aksi CikMuna yang sihat, ceria dengan keletah macam-macam berselfie!
Kegembiraan anak-anak adalah anugerah tidak ternilai untuk kita sebagai ibu bapa. Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah untuk membesarkan anak-anak kita dengan sihat, ceria dan gembira. Saya percaya pasti kita rungsing jika ada anak selalu demam dan sakit-sakit. Kanak-kanak terdedah kepada jangkitan bakteria dan sistem imuniti mereka masih belum matang. Jadi kita patut memberi supplement tambahan seperti vitamin kanak-kanak kepada anak-anak kita. Kesimpulannya kesihatan yang sihat, ceria dan gembira adalah faktor utama anak saya CikMuna suka berselfie! Eh betulkah? Hahahahah
Ramai yang bertanya saya apakah vitamin untuk anak yang terbaik? Saya beri anak saya vitamin apa? Ini jawapannya. Jemput klik Vitamin Untuk Anak
♥Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp: 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.
0 comments:
Post a Comment