Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label vitamin kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label vitamin kanak-kanak. Show all posts

Tips Terbaik Beli Keperluan Persekolahan Anak Masuk Sekolah

with 0 Comment

Banyaknya nak beli!


Bermula sebulan dari sekarang  setiap ibu bapa pasti akan memikirkan belanjawan yang akan dileburkan untuk persiapan persekolahan anak hujung tahun ini. Masing-masing mencongak bajet berhemat bagi memastikan segala kelengkapan persekolahan anak sempurna disediakan. Pastinya bajet pembelanjaan persekolahan anak untuk tahun ini meningkat kerana dikenakan GST berbanding tahun lepas yang tiada. Aduhaaai nasiblah......

vitamin otak cerdas dan bijak


Senarai pembelian kelengkapan persekolahan perlu dibuat. Takut-takut ada benda yang terlepas pandang. Lagi pun senarai ini dapat membantu meringankan keserabutan otak. Almaklumlah kalau seorang anak takpa lagi, cuba 2, 3 atau 4 anak yang bersekolah? Macam mana? Apa yang perlu dibeli dulu? Berapa helai baju nak beli? Jenis beg sekolah apa yang tahan lasak? Ini semua nampak macam mudah tapi sebenarnya tetap memeningkan kepala terutama kepada ibu bapa yang anak mereka pertama kali melangkah ke alam persekolahan. 

Tahun depan anak saya darjah 2. Jadi untuk persiapan persekolahan anak kali ini saya tidak lagi canggung dan terkial-kial. Pengalaman lalu kita jadikan panduan. Buat ibu bapa yang anak sulung masuk darjah 1 tahun hadapan, saya pasti perkongsian dalam entri ini sedikit sebanyak dapat membantu uols  membuat persiapan persokalahan anak masing-masing. Jangan pening-pening. Mari baca tips beli keperluan persekolahan anak masuk sekolah  di bawah ini.

vitamin otak cerdas dan bijak


Pakaian sekolah anak lelaki

  • Baju kemeja putih 3 helai (biasanya 2 hari akan memakai pakaian senaman seharian)
  • Seluar panjang 2 helai 
  • Seluar trak sukan 2 helai
  • Stand by baju sukan sehelai kerana nanti kena beli baju sukan mengikut rumah sukan
  • Baju melayu putih 3 pasang (sekolah agama)
  • Samping sehelai (sekolah agama)
  • Songkok hitam untuk sekolah agama

Pakaian sekolah anak perempuan

  • Baju kurung 5 atau 6 helai
  • Kain kurung 2 helai untuk sekolah kebangsaan (biasanya 2 hari akan memakai pakaian senaman seharian) dan 3 helai untuk sekolah agama
  • Tudung 3 helai untuk sekolah kebangsaan dan 3 helai untuk sekolah agama. (sempat rotate masa basuh)
  • Seluar trak sukan 2 helai
  • Stand by baju sukan sehelai kerana nanti kena beli baju sukan mengikut rumah sukan

Kasut sekolah


  • Elok beli sepasang dulu. Pertengahan tahun baru beli sepasang lagi jika kasut ketat sebab kaki cepat panjang atau kasut rosak. Secara normalnya menjelang bulan keenam kasut sekolah akan rosak.
  • Kalau beli kasut jangan yang semua kain, nanti cepat koyak dan reput bila diberus ketika basuh.
  • Budak sekolah rendah terutama tahun 1 tak pandai lagi nak pakai kasut bertali. Jadi pilih yang gamnya boleh tahan sikit dan tidak mudah tercabut.
  • Jangan beli jenama Ben10 ata princess ke. Upin ipin pun jangan. Jenis ni cepat rosak dan tiada kualiti.
  • Antara jenama kasut sekolah yang bagus kualitinya ialah  jenama BATA Spark atau Pallas. Ada banyak lagi yang bagus dan pandai-pandailah uols survey.
  • Stokin kaki beli 3 pasang paling kurang sebab anak kita seharian pakai stokin dan ia cepat kotor dan busuk.

Beg Sekolah



  • Beli 2 beg sekolah. 1 untuk sekolah kebangsaan dan 1 untuk sekolah agama.
  • Jenama terbaik ialah SWAN. Agak mahal sedikit tapi berbaloi-baloi. Harga dalam rm69 ke atas dah boleh dapat beg SWAN yang tahan lasak dan tidak mudah koyak. Jenama yang biasa-biasa ni tahan tak sampai sebulan dua dah mula koyak.
  • Jangan beli yang beroda sebab agak berat dan susah untuk naik kenderaan seperti bas mahupun van sekolah. Kena anak kelas tingkat tinggi kasihan dia kena pikul beg naik tangga yang berat tu.
  • Saiz beg sekolah tak perlu yang paling besar. Saiz medium sahaja dah mencukupi. Lagipun buku teks zaman sekarang ni nipis-nipis (ada 2 jilid) sahaja, bukan lagi tebal macam zaman kita sekolah dulu.

Alat tulis


vitamin otak cerdas dan bijak

Ini adalah kelengkapan yang penting untuk anak kita menjalani proses pembelajaran dengan sempurna dan gembira. Ibu bapa kena pastikan alat tulis lengkap seperti:

  • Pensil case
  • Pensil 3 batang
  • Pembaris
  • Pemadam
  • Pengasah Pensil
  • Gunting
  • Gam
  • Pensil warna
Semoga perkongsian tips ini dapat membantu uols dalam membeli keperluan persekolahan nanti. Tapi kita jangan lupa dan hanya membuat persiapan fizikal sahaja. Bagaimana pula untuk persiapan mental dan kesihatan anak kita? Apakah keperluan vitamin yang sesuai untuk anak kita?

vitamin otak cerdas dan bijak


Boleh klik di sini untuk vitamin otak cerdas dan bijak,

Vitamin Untuk Otak Cerdas dan Bijak



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

10 Tips Memberi Nama Yang Sesuai Kepada Bayi Baru Lahir

with 0 Comment

Indahnya didengari! Sedapnya nama dia!


Menantikan kelahiran buah hati adalah saat-saat yang paling mendebarkan. Saat inilah yang dinanti-nantikan oleh semua calon ibu dan ayah. Anak pengikat hubungan suami isteri akan menjenguk dunia menyerikan suasana keluarga. Oh indahnya saat itu!

Selesai sahaja urusan bersalin ada perkara lain yang perlu dipersiapkan iaitu memberi nama yang sesuai kepada bayi baru lahir. Pelbagai nama yang muncul untuk dipilih. Ada yang dirujuk dari buku panduan nama, ada juga hasil kreatif ibu bapa  dan ada juga mengikut nama berdasarkan trend semasa.


Islam menganjur umatnya untuk memberi nama si buah hati kita dengan makna yang baik. Selain sebagai identiti dan doa, nama juga memberikan pengaruh terhadap arah kehidupannya kelak. Oleh sebab itu, nama yang diberikan kepada bayi yang baru lahir haruslah mesra didengar, indah ditulis, dan mengandungi makna yang mulia.


Nama yang indah dan baik tidak hanya akan menambah keistimewaan di mata manusia, tapi juga di hadapan Allah SWT. Nama itu mengandungi doa bagi setiap pemiliknya. Kelak di akhirat dengan nama itu pula setiap peribadi akan dipanggil. Alangkah malu dan meruginya jika kita mendapatkan panggilan nama yang buruk untuk anak kita

Oleh sebab itu, setiap ibu bapa diberikan kewajiban untuk memberikan nama bagi setiap anak kesayangannya dengan memilihkan dan merangkaikan nama Islam yang indah. Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya kamu sekalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-namamu dan nama-nama ayahmu. Maka baguskanlah nama-namamu"

Jom kita baca 10 tips memberi nama yang sesuai untuk bayi baru lahir di bawah:

  1. Berikan nama serta rangkaian nama yang merujuk pada kebaikan sifat, keunggulan perwatakan atau pada kebesaran Allah semata
  2. Memberi nama dengan nama nabi dan rasul, nama imam perawi hadits atau para sahabat rasululah saw yang soleh dan berbudi baik.  Seiring dengan harapan kita  agar anak kita juga beroleh akhlak mulia seperti nama besar yang dia  sandang itu. 
  3. Jangan beri nama anak mengikut emosi perasaan kita seperti gambar di bawah ini. Kot ya pun nak ingat kekasih lama, cukuplah sekadar 'Sabrina' sahaja. Biarlah kenangan lama itu kita simpan dan hanya kita sahaja yang tahu. Janganlah mengaibkan anak. Saya pasti anak ini akan diejek oleh rakan-rakannya nanti.
    Berikanlah nama anak yang baik maksudnya dan jangan ikut emosi
  4. Hindari penggunaan nama yang menghamba pada kekuatan selain Allah contohnya: Abdul Uzza (hamba matahari), Abdul Qamar (hamba bulan) atau Abdul Nar (hamba api), juga pada nama berhala dewa-dewi yang disembah oleh orang-orang jahiliyah
  5. Diriwayatkan dari Hani bin Zaid bahawa ketika ia datang menghadap Rasulullah sebagai utusan beserta kaumnya, baginda mendengar mereka memanggil salah seorang dari mereka dengan Abdul Hajar. Lantas Nabi bertanya, “Siapa namamu?” Lalu dia menjawab, “Abdul Hajar.” Baginda bersabda, “Tidak, kamu adalah Abdullah (hamba Allah) bukan Abdul Hajar (hamba batu)!
  6. Hindari memberi nama yang seperti Malikul Malik (raja diraja), Haakimul Hukkaam (hakim segala hakim) dan sebagainya kerana maksud nama tersebut adalah milik Allah sahaja.
  7. Jangan menggunakan nama-nama Allah, kecuali didahului oleh kata ‘abdun’ sehingga didahului oleh kata yang mengandung arti ‘hamba...’. Misalnya, Abdullah (hamba Allah) dan Abdurrahman (hamba Yang Maha Pengasih) 
    Jangan beri nama anak terlampau panjang
  8. Berikanlah nama anak yang mudah dibaca dan senang ditulis. Jangan terlampau panjang sangat kerana mungkin akan merumitkan si anak pada masa depan seperti dalam urusan persekolahan, peperiksaan, pengisian borang dan pernikahan.
  9. Kebiasaanya pilih nama yang senang kita panggil. Bila kita sebut atau panggil nama itu ia menimbulkan kesan positif dan aura kepada pemunya nama. Berikanlah maksud yang baik-baik dan indah-indah sahaja untuk anak kita.
  10. Sebelum mendaftar nama di JPN, pastikan sekali lagi ejaan nama adalah tepat. Pastikan makna nama itu memang sesuai untuk anak kita untuk sepanjang hayatnya.
Semoga artikel ini dapat membantu anda memilih nama yang terbaik untuk anak anda!

Ibu bersalin pasti sedang berusaha nak dapatkan 'body' ramping macam anak darakan? Saya ini dah beranak 3 tapi masih menten ramping. Nak tahu rahsianya? Kenalah hubungi saya! Joooooom ramping!




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

9 Tips Galak Anak Berpuasa Dengan Perasaan Seronok Dan Gembira

with 3 comments

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Kareem


Sebenarnya kartun Upin Ipin memang banyak memaparkan kebaikan dan mempunyai nilai tauladan yang dapat dicontohi oleh anak kita. Bagus untuk anak kita menontonnya. Kekadang kita sebagai ibu bapa pun ralit menonton Upin Ipin ini disebabkan kartun ini membawa kita mengimbau kenangan silam di zaman kanak-kanak kita.

Berpuasa dengan Shaklee


Sebagai contoh episod Upin Ipin berpuasa di bulan Ramadhan berjaya membuat hati kita tercuit dan fikiran kita bingkas melayang ke zaman kanak-kanak. Kita mula teringat kenangan kita mula-mula belajar berpuasa dulu. Baring depan peti sejuklah, rendam muka dalam kolah sejam sekali, akal buat-buat terlupa makan dan sebagainya. Macam-macam ragam. Betul tak? 

Tips galak anak berpuasa yang mudah ialah menyuruh mereka menonton Upin Ipin episod berpuasa di bulan Ramadhan. Jadi anak kita dapat menghayati betapa seronoknya berpuasa dan ini memudahkan tugas kita untuk mendidik mereka berpuasa.

Anak sulung saya Irfan Izzarif mula belajar berpuasa pada tahun lepas ketika umur 6 tahun. Alhamdulillah dapat 24 hari dia berpuasa. Itu pun berjenuh jugaklah saya 'berperang' dengan dia. Pendekatan psikologi selalu saya amalkan bagi mengalih fikiran anak saya ni daripada asyik berfikir tentang lapar dan dahaga. Hari pertama sahaja susah dan memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak berpuasa.

Berpuasa dengan Shaklee


Okay mari kita baca tips galak anak berpuasa dengan perasaan seronok dan gembira. Saya senaraikan mengikut pengalaman saya mengajar anak saya berpuasa.

  1. Ajar anak niat puasa, terangkan kenapa kita perlu berpuasa. 
  2. Masa kejut untuk bersahur, secara perlahan-lahan beritahu tentang kelebihan bersahur.
  3. Sahur bersama-sama. Pastikan masakan sahur makanan kegemaran anak kita dan sedap!
  4. Semasa seharian berpuasa, jika anak penat, suruh dia mandi untuk segarkan badan.
  5. Menjelang berbuka, tanya anak kita apa makanan kegemaran untuk berbuka. Jika boleh ajak anak kita membantu siapkan hidangan berbuka.
  6. Jangan beri anak bermain lebih-lebihan di kawasan luar rumah. Nanti letih nak air pula.
  7. Jika ada adik kecil, jangan beri adik-adik kecil makan depan mereka.. Biskut kering pun boleh terliur tau.
  8. Beri galakan dan sokongan moral semasa berpuasa. Sentiasa ungkapkan, "Irfan boleh berpuasa!"
  9. Berikan makanan semasa berbuka dan bersahur dengan hidangan lengkap dan berkhasiat. 
Tapi tips ini yang paling penting untuk anak kita berpuasa dengan bertenaga dan menghindar berlaku dehydration. Jom amalkan!

1. Waktu bersahur jangan lupa bancuhkan Mealshakes untuk anak kita.

Saya akan pastikan anak saya minum Mealshakes bagi memastikan dia bertenaga ketika berpuasa disamping mengekalkan kadar nutrisi diri sentiasa mencukupi. Jom baca kebaikan Mealshakes

Berpuasa dengan Shaklee

Berpuasa dengan Shaklee





2. Waktu berbuka pula jangan lupa jadikan performance drink ini sebagai minuman utama berbuka puasa. 

Badan kita kehilangan banyak air ketika berpuasa. Performance Drink dapat mengelak berlakunya dehydration. Jom baca kebaikan Performance Drink

Berpuasa dengan Shaklee

Pastikan Ramadhan kali ini anak kita dapat berpuasa dengan selesa, lebih bertenaga dan yang paling penting ialah sihat. Berikanlah anak kita Mealshakes ketika bersahur dan berbukalah dengan air Performance Drink. Jom dapatkannya sekarang dengan saya.

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:


♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



Tips Menangani Masalah Anak Yang Nakal

with 0 Comment

Jangan Berputus Asa Mendidik Anak Nakal


Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.



Sebagai ibu bapa, kita jangan cepat mengalah dan berputus asa bila berhadapan dengan situasi ini. Cuba ikhtiar dan sebaiknya dapatkan ilmu dan tips yang betul untuk atasi masalah anak nakal ini. Nabi pesan, anak berumur 1-7 tahun, didik dengan kasih sayang dan banyak bergurau. Didik dengan kasih sayang? Macam mana tu? Tak boleh marah langsung kah? 

Jom kita baca tips menangani masalah anak yang nakal


  • Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. 
  • Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah sebelum makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit. Dapatkan vitamin c terbaik untuk anak kita.
  • Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.  
  • Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar. 
  • Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam. 
  • Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar. 
  • Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya. Jom baca multivitamin terbaik untuk anak
  • Bacakan di kepala anak surah Al-Fatihah, ayat Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibu bapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah. 
  • Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif. 
  • Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW. 
  • Pastikan rezeki yang ibu bapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibu bapa dan extra nakal. 
  • Ibu bapa kena menjadi conoh terbaik dan baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang. Jangan tinggalkan suruhan Allah dan tingkatkan amalan kerohanian.Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang. 
Sumber Inspirasi Dan Motivasi: Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. 

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Promosi Shaklee 2015 Terbaik Untuk Pencinta Vitamin

with 0 Comment

Rugi tau kalau tengok sahaja!


Lembaran buku baru 2015 kali ini telah dikejutkan dengan promosi Shaklee 2015 terbaik untuk pencinta-pencinta vitamin. Melangkah sahaja tahun baru bermakna usia kita naik setahun lagi. Memang usia adalah angka tapi kita tidak boleh lari daripada hakikat dengan penambahannya usia bermakna kita kena perlu ambil berat dengan tahap kesihatan diri kita. Justeru itu Shaklee telah membuka lembaran 2015 dengan promosi triple combo terbaik untuk kita.

Promosi Vivix Januari 2015

Vivix Beli 6 Percuma 1

Vivix Twin Pack



Perincian lanjut mengenai Vivix boleh klik Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee 


Promosi Alfalfa Januari 2015

Afalfa Beli 6 Percuma 1

AlfalfaTwin Pack



Perincian lanjut mengenai Alfalfa boleh klik Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee


Promosi Vitalea for Children Januari 2015

Beli 3 Percuma 1



Perincian lanjut mengenai Vitalea Children boleh klik Vitalea Chewable Multivitamin Untuk Kanak-Kanak



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?