Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label period pain. Show all posts
Showing posts with label period pain. Show all posts

Pengidap PCOS Masih Ada Harapan Untuk Hamil.

with 2 comments
Jangan risau! Masih ada harapan untuk hamil

Salam ceria semua! Pastikan hidup kita sentiasa positif. Walaupun sedang menghadapi kesulitan kita mesti sentiasa positif dan berdoalah kepada Allah supaya segala kekusutan terungkai dan kesulitan terhapus.

Entri saya kali ini agak serius iaitu  tentang punca, simptom, diagnos dan rawatan untuk PCOS. PCOS bermaksud Polycistic Ovarian Syndrom.


GLA Complex shaklee vitamin untuk wanita mengidap PCOS

PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik) merupakan salah satu masalah kesihatan wanita. Ia turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome. 

Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron


PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

sumber pama.karangkraf.com  

Saya selalu menerima sms dan email berkenaan dengan PCOS ni. Ramai wanita yang mengidap PCOS bertanya kepada saya, sama ada mereka boleh mengandung atau tidak. Memang PCOS menyebabkan wanita sukar untuk hamil. Tapi jangan risau! Pengidap PCOS masih ada harapan untuk hamil.


GLA Complex shaklee vitamin untuk wanita mengidap PCOS


Sebelum itu mari kita baca beberapa fakta mengenai PCOS

  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. .
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. 
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS. 
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi. 
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan. 
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnos secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.

Bagaimana cara untuk mendiagnos bagi mengenal pasti sama ada anda mengidap PCOS atau tidak? 

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan cara:
  • Menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
  • Ujian tahap hormon testosterone dalam badan
  • Ujian ultrasound
Rawatan untuk PCOS:
Setakat ini masih belum ada ubat untuk merawat PCOS. Ia adalah penyakit sepanjang hayat. Pengidap PCOS masih ada harapan untuk hamil. Pengidap PCOS yang ingin mengandung perlu mengambil pil hormon seperti GLA Complex Shaklee  dan set kesuburan wanita.

Hamil dengan GLA Complex Shaklee

Jangan memandang enteng jika anda mempunyai masalah haid tidak menentu, darah haid yang banyak dan berat badan berlebihan kerana ia boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil. Berjumpalah doktor dengan segara. 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

GLA Complex Menyelesaikan Masalah Haid Tidak Teratur

with 0 Comment
Rungsing kerana haid tidak teratur

Salam semua pencinta blog SuperbVitamin. Entri kali ini saya nak cerita tentang hal keperempuanan. Hanya perempuan yang mengalaminya dan memiliknya. Apakah itu? Semestinya haid. Perempuan yang normal pasti mempunyai kitaran haid yang teratur. Bagaimanakah yang tidak teratur? Masih perempuan kah? Huhuhuhu

Rungsing masalah haid tidak teratur


Masalah haid tidak teratur sering melanda kepada kebanyakan kaum wanita sama ada baru berkahwin, sudah lama berkahwin, sudah mempunyai anak dan merancang untuk hamil lagi atau yang masih gadis sunti. Walaupun nampak remeh tapi ia akan menjadi serius jika wanita berkahwin ingin hamil. 

Jika dibiarkan ia akan menyebabkan sistem pembiakan kurang subur. Salah satu daripada punca kitaran haid yang tidak teratur  ialah ketidakstabilan hormon di dalam badan yang akan mengeluarkan hormon stress lalu  menganggu ovulasi dan seterusnya mengganggu kitaran haid anda.

Dibawah merupakan 12 punca kenapa haid tidak teratur:

Penggunaan Ubat-ubatan 
Sekiranya anda mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu atau herba, berkemungkinan ubatan tersebut akan mempengaruhi kitaran haid anda.

Berlebihan Hormon Prolaktin 
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat atau tidak datang selama berbulan-bulan. Masalah gangguan hormon seperti ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA Complex Shaklee.

Menyusukan anak
Sekiranya ibu menyusukan anak, kemungkinan besar haid si ibu tidak akan datang. Menyusukan anak boleh mengelakkan berlakunya hamil dalam masa terdekat. Amat bagus untuk merancang jarak anak berikutnya.

Masalah tiroid 
Rasa panas, berdebar-debar dan kekurangan berat badan secara mendadak adalah tanda bahawa anda mungkin mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Kegemukan 
Lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kerana lemak merupakan tempat simpanan hormon estrogen. Lebihan hormon estrogen akan menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Sekiranya anda mengurangkan 10% daripada berat badan anda, peluang anda untuk hamil akan meningkat. 

Terlalu kurus 
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadap kitaran haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak bersenam seperti atlit dan penari balet. Kitaran haid anda akan kembali teratur sekiranya anda mendapat berat badan yang ideal.

Tersilap tarikh haid yang terakhir
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka.  Pastikan anda mencatat hari pertama haid anda pada setiap bulan sebagai rujukan.

Monopos 
Bagi mereka yang berusia lewat 40an, haid yang sedikit & kekerapan yang kurang adalah petanda bahawa anda akan mengalami menopos.. Sekiranya anda bimbang, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear bagi memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Perancang keluarga
Sekiranya anda mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi maka kitaran haid anda akan terganggu.

Hamil 
Akhir sekali, mungkin haid anda lewat kerana anda mengandung. Tahniah!

Rungsing masalah haid tidak teratur

Untuk atasi masalah haid tidak teratur, saya cadangkan anda amalkan GLA Complex. Selain daripada mengatasi masalah haid tak teratur, GLA Complex juga banyak kelebihan lain..

Boleh baca di sini untuk mengetahui 

Faedah & Kebaikan GLA Complex Shaklee


Jom kita lihat testimoni di bawah:
Testimoni GLA Complex Shaklee

Jadi masih tidak percaya lagi? Terbukti GLA Complex menyelesaikan masalah haid tidak teratur kaum hawa.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

GLA Complex Shaklee Vitamin Kegilaan Wanita

with 0 Comment
Dambaan setiap wanita

Salam semua pencinta dan pembaca setia blog ini. Semoga uols sentiasa selamat dirahmati Allah sentiasa. Akhirnya hari ini saya berjaya untuk updet blog saya yang semakin bersawang ini. Opps sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Julai. Apa yang best bulan Julai ni?

Ramadhan tahun ini jatuh pada bulan Julai. Birthday saya pun pada bulan ini. Anak sulung saya pun lahir pada bulan Julai. Tapi yang pasti uols nak tahu ialah promosi Shaklee bulan Julai kan? Promosi bulan ini adalah vitamin cute lagi comel iaitu GLA Complex.



Mari kita berkenalan dengan GLA Complex Shaklee vitamin kegilaan wanita ini:

  • Nama sebenar GLA adalah Asid Linoleik Gama ianya adalah asid lemak yang baik.
  • Sebagai bahan binaan bagi prostaglandin
  • Apakah prostaglandin? Ia adalah hormone dlm badan. Penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal kontraksi otot2, menghalang rembesan gastrik dsb.
  • Ianya juga membantu sebagai anti keradangan, anti pembekuan darah, serta mengurangkan tekanan darah.
Apakah kelebihan GLA Complex Shaklee?
  • Membantu mengurangkan keradangan yg bias dlm sindrom pra-haid (PMS) dan eczema.
  • Mengurangkan sakit dan kebas yg berkaitan dgn masalah kencing manis.
  • Membantu mengawal kencing manis jenis 2 dengan membaiki kadar insulin & kolestrol.
  • Membantu dlm kehilangan berat badan dengan menyingkirkan lebihan berat badan.
Siapa yang memerlukan GLA Complex Shaklee?
  • Wanita yg menghidap PMS
  • Wanita dan juga lelaki yg menghidap eczema
  • Mereka yg menghidap kencing manis
  • Mereka yg bimbang dengan lebihan berat badan.
Kenapa GLA Complex Shaklee vitamin kegilaan wanita?
  • Bahan Asid Linoleik Gama adalah daripada Borage, minyak tertinggi 2x ganda dari primerose & 50% lebih tinggi daripada blackcuurent
  • Ianya dari borage sumber semulajadi yg paling pekat asid linoleic gama
  • Badan boleh membina GLAnya sendiri dgn menukarkan asik linoleic yg didapati secara semulajadi dlm minyak sayuran tetapi faktor2 seperti tekanan, penuan, penyakit & pengambilan alcohol boleh mengganggu proses penukaran tersebut.
  • Oleh itu pemakanan tambahan GLA sgt disyorkan bagi memastikan kita mempunyai bekalan binaan yg mencukupi unt postsglandin. 
  • Diuji secara klinikal unt bioavailability, serapan dan gabungan ked lm sel & tisu.
  • Setiap kapsul GLA mengandungi 90mg asik linoleik gama, 216 mg asid linoleic dan 15 IU vitamin E.
Mari kita lihat testimoni ini:




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Bagaimana Mengatasi Senggugut (Period Pain) Secara Semulajadi?

with 2 comments
Mengatasi period pain dengan cara semulajadi


Senggugut adalah antara masalah yang biasa dihadapi kaum wanita semasa didatangi darah haid. Ada di antara rakan saya yang perlu mengambil cuti sakit kerana mereka mengalami sakit yang teramat sehingga tidak mampu berjalan. Terasa kesakitannya apabila melihat mereka berguling-guling di katil dan menangis kesakitan. Saya tidak ada pengalaman senggugut yang teruk dan sekali sekala sahaja mengalaminya.



Apakah punca senggugut?
Semasa kelas biologi dahulu, cikgu saya menerangkan senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. Ini antara perkara yang saya masih ingat sampai sekarang walaupun kelas itu 12 tahun dahulu.

Jenis senggugut
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea boleh dikategorikan kepada dua iaitu dismenorea primer dan dismenorea sekunder.

Jika anda mengalami senggugut sejak daripada awal kehadiran darah haid, anda tergolong dalam dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Antara penyebabnya adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan dan faktor genetik.

Dismenorea sekunder pula adalah golongan yang mengalami senggugut selepas 2 -3 tahun daripada kehadiran darah haid pertama. Golongan ini perlu berhati-hati dan mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lanjut. Sesetengahnya dapat diubati dengan mengambil pil penahan sakit. Kenapa berbahaya? Dismenorea jenis ini boleh disebabkan oleh faktor berikut
  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Bolehkah senggugut dicegah?
Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit.Ala yang macam jenama pa**d*l tu tapi saya tidak pasti dengan kesan jangka panjangnya jika setiap kali sakit, anda telan sebiji.

Cara lain dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.
Kredit to : Kotex Malaysia

Inilah tujuan menulis cerita mengenai senggugut. Pengambilan kalsium dan magnesium dalam diet boleh mencegah senggugut.

Info daripada Period Pain Relief

Calcium supplements and other mineral and vitamin supplements can also help you get rid of period pain. Calcium helps in maintaining the muscle tone in the body preventing you from getting painful cramps. Magnesium helps in improving the body’s capacity for calcium absorption.You end up loosing less calcium from the body and hence reduce your muscle cramps.

Produk Shaklee  yang saya cadangkan?

Shaklee OsteMatrix adalah gabungan calcium+magnesium+vitamin D yang anda boleh ambil untuk mencegah dan mengelakkan senggugut. Pengambilannya dapat mengawal kontraksi otot uterus.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi saya di  maznifaeza@gmail.com atau SMS 016-5199271 untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook Superbvitamin  untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada saya !!!

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?