Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label milk booster. Show all posts
Showing posts with label milk booster. Show all posts

Bolehkah Minum Air Banyak Selepas Bersalin?

with 0 Comment

Jangan tak cukup nanti banyak masalah


Kali ini saya nak cerita keraguan ibu bersalin mengenai pengambilan air minum ketika berpantang. Ramai yang whatsapp saya bertanyakan bolehkah minum air banyak selepas bersalin? Doktor kata boleh, tapi orang lama terutama mak kita kata tak boleh minum air banyak ketika berpantang. Adooooooi, macam mana ni?



Saya bersalin di hospital kerajaan. Ketiga-tiga anak saya bersalin di Hospital Teluk Intan. Kebiasaannya selepas bersalin akan ada jururawat yang datang ke katil kita bagi penerangan tentang penyusuan susu ibu. Jururawat ini akan bagi tips, teknik dan petua penyusuan susu ibu yang betul. 

Jadi saya mengambil kesempatan bertanya kepada jururawat itu tentang risiko minum air banyak semasa berpantang.

"Cuba awak pikir kalau badan kita tak cukup air, susu badan boleh banyak tak? Senang tak awak nak membuang air besar?" Jururawat ini tanya saya pulak.

Saya tanya balik pada dia, "Nurse, tapi kenapa mak-mak kita tak bagi minum air masak banyak waktu pantang ya? Betul ke tak boleh minum air banyak masa pantang? Deme cakap nanti kembang semua badan" Jururawat itu hanya senyum sahaja dengar soalan saya. 

"Badan kita memang memerlukan 13 gelas sehari. Ada tak orang minum sekaligus 13 gelas? Takde kan.. Kalau minum sekaligus memanglah kembang. Jadi awak minum macam biasa secara berperingkat dalam tempoh 24 jam sampai cukup 13 gelas sehari. Barulah badan kita akan bertenaga dan dapat menyusukan bayi sepenuhnya" Jururawat itu menjelaskan panjang lebar kepada saya.

Jangan kurang minum air ketika berpantang nanti sembelit!

Sebenarnya, tiada langsung kajian saintifik yang mengatakan minum air banyak selepas bersalin akan mengakibatkan kesan buruk kepada ibu. Akibat kekurangan air akan menyebabkan penghasilan susu ibu terbantut dan lebih memburukkan keadaan apabila ia boleh menyebabkan sembelit. Memang perit sembelit semasa berpantang ni! Nauzubillah. Mujur saya tak pernah kena.

Bagi ibu menyusu pula, perlulah minum 3 liter air atau dalam 13 gelas air kosong sehari. Saya selalu minum segelas air kosong selang sejam. Untuk penghasilan susu, badan ibu perlulah menyediakan bekalan air yang cukup. Kalau tidak, dari mana susu nak dihasilkan?

Ada customer saya mengeluh, "Saya dah minum banyak air, tapi susu tetap sikit."

Bila ditanya semula, "Ada sukat betul-betul 3 Liter atau agak-agak saja?" 

Barulah dia menjawab, "Oh, saya tak sukat pun. Cuma agak-agak sahaja".

Di sini saya menyeru semua ibu yang berhajat ingin menyusukan bayi sepenuhnya perlulah melakukan salah satu prinsip asas penyusuan, iaitu sila sukat jumlah air kosong yang anda minum setiap hari supaya sekurang-kurangnya cukup 3 liter. Ingat jangan minum sekaligus 3 liter tau! Minum berperingkat-peringkat.

Boleh Ke Minum Air Banyak Selepas Bersalin?


Tempoh berpantang adalah mustahak untuk ibu berpantang. Tempoh berpantang adalah satu fasa yang memerlukan kesabaran, ketabahan dan disiplin yang tinggi. Kalau silap gaya tak kena cara boleh jadi murung dan gila meroyan. Jadi macam mana nak berpantang dengan sihat, ceria dan gembira? Sila klik untuk mengetahui saya berpantang dengan sihat, ceria dan gembira

set ibu menyusu shaklee
Alhamdulillah, Iman Izziqry sudah berusia setahun sebulan dan masih fully breastfeed

Apakah tips dan petua saya berjaya menyusukan anak saya? Kenapa susu saya meriah dan melimpah ruah?


Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya




5 Minit Yang Penting Selepas Ibu Bersalin

with 2 comments

Bestnya cium baby!

Wah! Sejak akhir-akhir ini saya sangat gembira dan teruja bila mendapat berita ramai kenalan saya telah bersalin dan menambah ahli keluarga baru. Tak sabar nak pergi ziarah diorang dan mencium bau baby. Bau syurga! Siapa sini suka cium bau baby sila angkat keyboard! Hahahaha....  
Kepada ibu-ibu hamil yang menanti hari untuk bersalin, saya ucapkan semoga Allah permudahkan urusan kalian nanti. Tapi sebelum itu jangan lupa tentang 5 minit yang penting selepas ibu bersalin. Apakah itu? 

Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri.
Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu:
  1. Tali pusat bayi dipotong.
  2. Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan.
  3. Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim.
  4. Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.
  5. Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan.
  6. Mengazan dan mengqamatkan anak

Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”

Ibu bersalin nak berpantang dengan sihat, ceria dan gembira?

Tempoh berpantang adalah mustahak untuk ibu berpantang. Tempoh berpantang adalah satu fasa yang memerlukan kesabaran, ketabahan dan disiplin yang tinggi. Kalau silap gaya tak kena cara boleh jadi murung dan gila meroyan. Jadi macam mana nak berpantang dengan sihat, ceria dan gembira? 


Hukum Qada' Puasa Ramadhan dengan Puasa 6 Syawal

with 1 comment

Jom puasa 6 Syawal!


Salam Syawal semua. Seronok beraya di kampung halaman? Masih lagi dalam mood beraya? Jangan lupa qada' puasa yang dicutikan (wanita sahaja) itu. Alangkah bagusnya jika kita dapat berpuasa sunat 6 di bulan Syawal. Banyak pahala tu! Tapi ramai yang dok gaduh bolehkah qada' puasa Ramadhan dengan puasa 6 Syawal? Macam mana ni? Jangan dok pening-pening. Mari kita baca keterangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan ini. Jemput baca!



Alhamdulillah, kita baru selesai melaksanakan ibadat puasa Ramadan dengan jayanya. Semoga Allah kurniakan kepada kita penerimaan segala ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan sama ada yang wajib mahupun yang sunat. Dengan menjelmanya Syawal, disamping kita berhari raya dengan penuh kesyukuran, kita juga digalakkan untuk melaksanakan puasa enam Syawal. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan. 

Dalam Irsyad Fatwa kali ini, banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan Hukum Qadha’ Puasa Ramadan Bersekali Dengan Puasa 6 Syawal. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini akan menjawab persoalan berkaitan dengan isu ini. Semoga kita semua menjadi hamba-hamba Allah yang bertakwa dan cintakan amalan soleh.

Kelebihan Puasa Enam

            Terdapat hadis yang menunjukkan kelebihan puasa enam. Antaranya:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالٍ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ
Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”
Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Turmuzi, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain. Imam al-Turmuzi berkata hadis hassan.

Ini menunjukkan bahawa maksud puasa Ramadan seolah-olah setiap hari mewakili 10 hari. Justeru, ditambah dengan enam hari Syawal, maka jadilah ia 360 hari. Itulah tafsiran sebahagian ulama.



Hukum Puasa Qada’ Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal

Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.
PERTAMA: SAH
  • Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat. Inilah pendapat:
  • Imam Ibn Hajar al-Haitami
  • Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah (1/162) dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
  • Imam al-Barizi. Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)
  • Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)
  • Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin
 KEDUA: TIDAK SAH
  • Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ tidak kepada puasa sunat Syawal. Inilah pendapat:
  • Imam al-Asnawi
  • Syeikh Ibn al-Solah
  • Abu Makhramah
  • Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)
Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.
Tarjih
Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.
Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).
Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ dan puasa enam Syawal. Sekian.
Sumber dan kredit: Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan

Tips Menyusu di Tempat Awam Dan Khalayak Ramai

with 0 Comment

Tak perlu malu lagi



Jika dulu ibu menyusu anak dengan susu ibu masih lagi dibelenggu perasaan malu untuk menyusukan anak di tempat awam dan khalayak ramai. Selalunya ibu kelam kabut dan gelisah mencari lokasi paling selamat ketika si kecil menangis mahu menyusu. Akibatnya ibu dan bayi menjadi tidak selesa kerana terpaksa 'mencuri-curi' menyusukan anak ketika di luar rumah.






Namun kini situasi tersebut semakin berkurangan ekoran kebanyakan ibu menyusu sudah semakin berkeyakinan dan bangga untuk menyusukan anak dengan susu ibu walaupun di tempat awam. Apa pun ibu masih tetap menjaga maruah diri tanpa perlu menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak walaupun sedang menyusukan bayi. Dengan pelbagai kemudahan aksesori menyusu yang dicipta khusus untuk ibu tugas menyusukan anak di tempat awam menjadi semakin mudah tanpa masalah.

Bagi ibu baru yang masih kekok, jadikan tips ini sebagai pembakar semangat untuk kita terus menyusukan susu ibu di mana-mana pada bila-bila masa.

1. Yakin diri

Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak ramai. Fikirkan bahawa kita mahu memberikan yang terbaik kepada bayi kita.

2. Fokus

Kita harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

3. Lokasi

Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

4. Pakaian khusus

Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyususkan bayi.

5. Bantuan

Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk ibu dan anak.

Sumber : PaMa



Saya berpengalaman menyusukan 2 orang anak saya sehingga 2 tahun.

Kepada ibu breastfeed yang sedang mencari Milk Booster, saya cadangkan set supplement di bawah ini. Jemput klik link ini:

Milk Booster untuk Ibu Bertenaga & Anak Sihat

Jom saya belanja video kisah ibu panik bila susu ibu merudum


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271

♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Tips Memindahkan Stok Susu EBM

with 0 Comment

Kenangan berpantang!

Assalamualaikum semua! Semoga ceria selalu! Rasanya belum terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pencinta blog Superb Vitamin. Ampun maaf dipinta jika ada coretan di blog saya ini yang menyinggung perasaan uols semua. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan berceloteh di blog saya ini. Lama blog saya bersawang.  Almaklumlah ibu berpantang di kampung yang kemudahan internetnya kejap ada dan kejap tiada.





Oh yeah! Semalam adalah hari merdeka saya! Merdeka berpantang 44 hari! Dah boleh gantung semua bengkung, tungku, stokin. Yeayyh! Pastinya saya merindui momen berparam pilis, bertungku, bertangas, berurut segala.. chewahh!! Rindu le sangat. Terima kasih to my beloved umi & abah yang banyak bagi bantuan & sokongan sepanjang berpantang. Tanpa mereka mahunya saya jadi hulk. Hihii
Raya 2014

Sekarang ni tengah berusaha nak kurangkan berat badan pulak. Misi nak dapatkan kembali 48kg. Macam biasa lecithin, alfalfa, esp, chinch shake jadi peneman. Moga breastfeeding dapat bantu dalam segala usaha saya ini.

Bercakap mengenai breastfeeding ni, sempat juga saya membuat stok susu ebm ketika berpantang hari tu. Saya juga telah melakukan power pumping dan mengamalkan vitamin milkbooster Shaklee untuk menghasilkan susu yang melimpah ruah, pekat dan menggiurkan. Syukur Alhamdulillah!

Susu ebm yang telah beku

Susu ebm yang telah beku

Kini tibalah masanya untuk pulang ke rumah di Shah Alam. Perjalanan dari Teluk Intan ke Shah Alam mengambil masa lebih kurang 2 jam. Stok susu ebm juga kenalah dipindahkan. Untuk info susu ebm yang beku ini tidak boleh dibiarkan cair kemudian dibeku semula. Jika cair sahaja susu ini hendaklah diberikan serta merta kepada bayi kita. Takkan nak bagi semua stok ebm ni kpd bayi kita sekaligus kan? Naya anak kita nanti. Hahaha

Susu ebm tidak boleh melalui proses 2 kali pembekuan! Ia akan rosak dan tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi kita. Jom ikuti tips bagaimana saya memindahkan susu ebm ini dari Teluk Intan ke Shah Alam.

1. Untuk memastikan susu ebm kekal beku, kita memerlukan beberapa barang seperti ini:

Bekas kedap udara


Ketulan ais batu yang banyak

2.Kemudian masukkan stok susu ebm itu ke dalam bekas kedap udara ini. Lihat gambar di bawah

Kak Ngah Muna sibuk bantu mama

Susu ebm yang beku

Proses menyimpan susu ebm ke dalam bekas

3. Akhir sekali jangan lupa taburkan garam ke dalam bekas kedap udara ini. Tujuannya untuk membantu melambatkan ais batu itu cair. Tutup dengan kemas bekas ini. Kalau boleh balut penutup bekas ini dengan masking tape untuk memastikan penutup ini betul-betul rapat.

Garam ditaburkan
Alhamdulillah setibanya di rumah saya susu ebm ini masih kekal beku. Saya segera masukkan susu ebm ini ke peti ais di rumah saya. Kini saya berazam dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk memudahkan saya menjayakan penyusuan susu ibu kepada Iman Izziqry sehingga 2 tahun.

Ibu-ibu diluar sana yang ingin mendapatkan info dan ilmu penyusuan bolehlah hubungi saya. Saya sudah 2 kali mempunyai pengalaman menyusukan anak saya sehingga berusia 2 tahun. Ingat! Susu ibu adalah terbaik di dunia! Anak kita berhak untuk mendapatkannya.


Akhir sekali saya nak belanja uols video ibu yang superb buzy dan cekal untuk menjayakan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Jom tonton video pendek ini. Siapa tak tengok dia rugi tau!



Jika ada pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Supplement Terbaik Untuk Ibu Menyusu ketika Ramadhan

with 0 Comment
Berpuasa, kekal bertenaga, susu tetap meriah!

Sejak dua menjak ni saya terima banyak pm. Rata-rata yang pm saya berbunyi begini:

"Salam kak, baby semakin kuat minum. Tapi stok susu saya pula merosot. Bulan puasa dah dekat ni. Risau saya tak cukup stok ni. Camner yek?"

"Salam kak, susu saya tak cukup-cukup ni. Bimbang pula saya tak dapat suply susu secukupnya di bulan puasa nanti."


"Salam kak Mazni, semalam saya puasa sunat. Memang meletihkan. Balik dari kerja terus longlai. Nak dukung anak pon tak larat. Apa supplement terbaik masa puasa nanti yek?"



esp dan performance drink supplement terbaik untuk berpuasa

Bulan puasa bulan yang mulia. Bulan Ramadhan bulan keberkatan. Tak perlu takut pada bulan Ramadhan. Bulan inilah bulan kita melipat gandakan amalan ibadat  dan menghapuskan dosa kita.

Pada tahun lepas saya berpuasa selama 2 bulan. Beberapa hari sebelum menjelang bulan Ramadhan saya telah berjaya menqadhakan puasa 30 hari. Maraton puasa! Jenuh beb! Ini kerana pada 3 Ogos 2011 saya telah melahirkan anak kedua saya Ilmuna Izzahra yang kebetulan 3 Ramadhan. Sebulan saya tak dapat menjalani ibadah puasa. Raya pun ala kadar sahaja. Almaklumlah, orang dalam pantang!

Memang mencabarkan bila terpaksa menggantikan puasa selama sebulan? Tambahan pula saya ini bekerjaya dan menyusukan anak. Memang penat dan longlai badan ni. Kalau tak kuat iman ni memang tak berjaya qadha puasa ni. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya. Nasib baik saya ambil langkah bijak.... Jeng... Jeng... Apa langkah bijak tu?

Ibu menyusu yang berpuasa diwajibkan mengambil makanan berzat. Jangan skipp bersahur. Kita sangat disarankan untuk mengambil suplement sebagai persediaan. Ini bagi memastikan badan kita tidak mudah letih, lesu dan susu berada pada kadar yang sepatutnya dan mengelak berlakunya dehidration.


esp dan performance drink supplement terbaik untuk berpuasa
Mari kita ketahui apakah supplement terbaik untuk ibu menyusu ketika Ramadhan :

ESP (Energizing Soy Protein)
Supplement terbaik untuk ibu menyusu ketika Ramadhan. Ia sangat membantu dalam membekalkan protein yang secukupnya dan menghasilkan susu yang optimum.

Performance Drink
Minuman tenaga yang dapat membekalkan tenaga kekal berpanjangan dan mengelak berlakunya dehydration.

Jom kita tengok testimoni pengguna yang berpuas hati mengamalkan Shaklee semasa berpuasa.. Ini buktinya...


Supplement Terbaik Untuk Ibu Menyusu ketika Ramadhan

Supplement Terbaik Untuk Ibu Menyusu ketika Ramadhan


testimoni esp ketika berpuasa


Supplement Terbaik Untuk Ibu Menyusu ketika Ramadhan


Ibu menyusu yang berpuasa pasti akan merasai penat jerih dan letih lesu. Tak sabar rasanya nak tunggu azan Maghrib. Waktu berbuka memang amat dinantikan. Memang mencabar. Alhamdulillah saya berjaya melaksanakan misi maraton puasa saya tahun lepas. Saya telah mengambil langkah bijak untuk mengamalkan ESP dan Performance Drink bagi mengekalkan tenaga dan stamina saya sepanjang menjalani ibadat puasa. Stok susu pula sentiasa meriah.

Ibu menyusu jangan risau dan gelisah. Dapatkan supplement terbaik untuk ibu menyusu ketika ramadhan dengan segera!  Mari kita berpuasa dengan hati yang gembira. Bila hati gembira ibadat lain pun dapat dilakukan dengan selesa.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


ESP Cantikkan Kulit dan Milkbooster Terbaik!

with 0 Comment
Sumber protein terbaik!

Alhamdulillah... Saya nak berkongsi lagi testimoni bersama pencinta-pencinta blog Superb Vitamin.

ESP atau Soy Protein Isolate Powder merupakan protein terbaik di pasaran. Kenapa saya berkata macam ni? Sebab ramai ibu yang mencuba protein jenama lain di pasaran telah beritahu saya ESP adalah paling best dan terbaik! ESP cantikkan kulit dan milkbooster terbaik! Tiada protein lain boleh menandingi kehebatan ESP tau! 




Apa yang best ESP ni? ESP ni banyak khasiatnya. Ia mampu:

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  • Memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • Membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  • Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu hamil di tahap optimum
  • Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
  • Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati

Walaupun ESP ini boleh bertindak sebagai milkbooster, namun semua golongan boleh mengamalkannya. Lelaki, wanita, ibu hamil, gadis sunti, anak dara, dan warga emas boleh mengambil ESP kerana ia membekalkan protein yang sangat diperlukan oleh badan untuk menjalankan fungsinya dengan baik.

Jadi apa tunggu lagi. Jom dapatkan ESP hari ini juga! Sebelum tu jom kita tengok testimoni pengguna yang berpuas hati dengan ESP.






Ibu-ibu yang menyusu segeralah memiliki ESP ini. Rugi tau tak amalkan ESP. ESP cantikkan kulit dan Milkbooster terbaik!

Pertanyaan, konsultasi dan order boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?