Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label jerawat. Show all posts
Showing posts with label jerawat. Show all posts

Rahsia Suami Insaf, Tak Sabar Nak Cium Isteri Setiap Hari

with 0 Comment

Dulu ngeri, sekarang digilai!


Salam ceria semua! Salam pengubat rindu! Dah lama sangat saya tidak berkongsikan cerita best dengan pencinta blog Superb Vitamin ini. Maafkan saya. 

Baiklah, setelah sekian lama membiarkan blog ini bersawang, apa kata saya mulakan perkongsian berkenaan kisah para suami yang kembali ke pangkal jalan. 



Kalau dulu para suami ini sanggup menipu isteri kerana nak jaga hati isteri tetapi kini tidak lagi. 

Kalau dulu nak cium muka isteri adalah perkara paling ngeri, namun kini tidak lagi apabila kulit muka isteri kembali mulus, gebus, licin dan berseri.

Kini semuanya tidak, tidak dan tidak. Malah para suami tidak sabar-sabar untuk mencium pipi isteri masing-masing apabila pulang ke rumah selepas bekerja. Ikatan perkahwinan yang dulu hambar kini umpama bunga yang mekar disiram embun pagi! Chewah! Hahaha.

Alhamdulillah lega hati saya apabila dapat berkongsi kebaikan kepada uols. Saya banyak terima watsap yang menceritakan pengalaman kegembiraan dan keceriaan. 

Ada yang bertahun suami tidak cium pipi, ada yang sedih bila suami kata pipi menggerutu dan berbau, dan banyaklah kata-kata negatif, akhirnya apabila dengar nasihat saya perkara itu dapat diatasi. 

Yang paling best kalau uols nak tahu, bukan sahaja jerawat dihapuskan, jeragat, kesan parut serta lubang pori telah dinyahkan. Pergh memang awet muda tau! Beruntung betul siapa yang mengamalkannya. Jadi apakah rahsianya? Meh saya bongkarkan!

Kulit Muka Kembali Cantik Berseri dengan Rangkaian Youth Shaklee


Inilah rahsianya, Set Penjagaan Kulit terbaharu daripada Shaklee iaitu YOUTH yang berkonsepkan 'Look Younger Longer' atau orang kampung saya cakap nampak muda berpanjangan. YOUTH Shaklee juga dijamin 100% memberi kesan positif!



1. Luminious Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Radiance C+E
4. Youth Activating Serum
5. Age Defence Mineral Moisturizer SPF 50
6. Advance Renewal Night Cream


Apakah bahan yang terkandung dalam YOUTH?


Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A – apple cell merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia thats why ia sangat berkesan untuk mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit dan kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menyegar dan melembut.
Schisandra Chinensis Fruit Extract – berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dan memberi khasiat kepada kulit.
Vital Repair+ (Vitamins, Botanicals) – untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit.
Lotus Japonicus Extract – untuk menyokong penghasilan kolagen dan elastin dan memberikan ketegangan tanpa kedutan kepada kulit.
Muscadine Grape Polyphenols – untuk melindungi kolagen dan elastin serta perlindungan berkesan ke atas kulit.

Jom kita lihat testimoni, tengoklah dulu suami pun takut nak cium pipi, sekarang tak payah disuruh pun, pantang lepa jer Ahaks! 










Apakah perbezaan YOUTH dan Skincare lain di pasaran?

YOUTH Shaklee mengambil masa 8 tahun Kajian Klinikal untuk memastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada pengguna.
Ujian klinikal ni direka oleh World-Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ia mengkaji kehadiran tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.
Salah satu kajian dibuat adalah ke atas kedutan wajah (wrinkles). Skin Age Index ni mengukur sehingga kedalaman dan kepanjangan kedutan.
Tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti:-

  • Kedutan dan garis-garis halus
  • Saiz pori-pori
  • Tona kulit
  • Kelembutan kulit
  • Tekstur kulit
  • Pigmentasi
  • Seri kulit
  • Kekenduran kulit

Result menunjukkan 100% daripada wanita yang mengikuti kajian ni terbukti kulitnya menjadi lebih muda berbanding sebelumnya, hanya dalam tempoh 7 hari sahaja dan 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun dari usia sebenar.
Jadi uols takkan baca jer, takkan taknak kulit cantik dan nampak muda? Tak takut ke suami ngeri nak cium pipi uols tu? Jom amalkan YOUTH Shaklee, kulit muka sihat, cantik, dan berseri, suami pun sentiasa melekat. Ye tak? Hehehe
Kepada para suami tu, apa lagi belikanlah set YOUTH ni untuk isteri tercinta. Nak cantik jer tapi keluar duit untuk isteri tak nak. Untuk insan tersayang apa salah kan kan....


Bagaimana mahu mendapatkan YOUTH Shaklee ini?

Untuk info perinician produk, pertanyaan dan pembelian produk Shaklee,bolehlah hubungi SuperbVitamin  di  016-5199271 atau 019-2249556 
Atau boleh terus watsap dengan klik www.wasap.my/60165199271

Set NutriWhite Shaklee Untuk Kulit Putih Berseri

with 2 comments

Nak putih, nak putih, barulah cantik!


Ramai yang bertanya saya macam mana nak dapatkan kulit muka yang putih berseri dengan cara yang agak jimat tapi berbaloi. Memang tidak dinafikan ramai wanita obses nak dapatkan wajah putih berseri. Ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit demi mendapatkan kulit putih berseri. Malah ada juga yang sanggup menahan kesakitan seperti membuat pembedahan plastik surgery dan cucuk botox di wajah mereka semata-mata nak kelihatan putih. Tak sakitkah? Uiisshh, ngerinya Nauzubillah. 



Entri kali ini saya nak cerita cara mudah untuk dapatkan wajah putih berseri. Tak perlu pun berbelanja ribuan ringgit. Tak perlu cucuk sana cucuk sini. Sebenarnya ramai tak tahu bahawa Shaklee juga ada produk penjagaan luaran kulit setaraf SK2 dan Este Lauder. Jangan berlengah lagi, jom saya perkenalkan Set Nutriwhite Shaklee untuk kulit putih berseri.




Nutriwhite Gentle Deep Foaming Clenser (150ml) 


  • Pencuci muka yang membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Ekstrak Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit. 
  • Alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin 
  • Strawberi Begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan mencerahkan kulit Menyegarkan dan lembut pada kulit. 

NutriWhite Daytime Whitening Lotion (50ml) 


  • Bertidak seperti sunblock atau moisturizer
  • Kaya dengan pati Melburi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari. 
  • Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut. 
  • Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran

NutriWhite Daily Defence Whitening Essence (30ml) 


  • Kulit menjadi tegang dan segar dengan ekstrak Bearberry 
  • Strawberry Begoniaberfungsi mengimbangi pigmen kulit. 
  • Kacang soya pula bertindak mengurangkan tompok-tompok hitam dan melembutkan kulit. Ekstrak Mulberi pula mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari. 
  • Vitamin C yang aktif ditambah untuk membaiki kulit dan mengembalikan seri wajah Strukturnya yang mudah diserap oleh kulit menjadikan kulit semakin lembut. 

NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream (50g)


  • Memperbaharui sel dan mengambalikan keremajaan kulit semasa tidur
  • Ekstrak Linden melembapkan dan menyihatkan kulit secara mendalam.
  • Scullcap bertindak menghilangkan radang dan mencerahkan kulit. 
  • Vitamin C aktif mengembalikan seri wajah dengan mengurangkan tompok-tompok hitam. Bangun pagi, kulit akan terasa gebu, halus, cerah dan berseri. 

NutriWhite Spot Whitening Treatment (10ml) 


  • Membaiki kesan-kesan jeragat dengan cepat. 
  • Kuasa Pencerahan dari ekstrak Peony dan Likoris berkesan mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit. 
  • Vitamin C aktif menjadikan kulit lebih halus dan cerah sekata. 

Apa kata mereka setelah mengamalkan NutriWhite Shaklee ini?









Wah! Seronoknya bila melihat ramai yang gembira setelah mengamalkan Set NutriWhite kulit putih berseri ini.  Puas hati dengan testimoni di atas? Uols pun boleh dapat kulit wajah putih berseri, flawless dan glowing-glowing macam tu dengan syarat amalkan set ini dengan konsisten. Barulah dapat "Nak putih, nak putih, barulah cantik."

PERHATIAN

Set Nutriwhite Shaklee ini tidak sesuai diamalkan untuk mereka yang mengalami masalah jerawat yang kronik, dan resdung yang teruk. Kepada yang menghadapi masalah ini, mereka patut merawat kulit dari dalaman rerlebih dahulu dengan:




Sebenarnya tak salah untuk kita taksub kepada kecantikan diri. Tiada siapa melarang kita untuk berbelanja 'reward' diri setiap bulan asalkan kita berkemampuan. Tapi awas! Yang penting kita kena pastikan produk itu selamat digunakan, semulajadi dan tidak menggunakan bahan terlarang yang boleh  memudaratkan pengguna. Pendek kata terpulanglah kepada kita untuk membuat pilihan yang bijak. Saya pilih Set NutriWhite ini kerana ia selamat, bermutu tinggi dan berbaloi-baloi dengan harganya.


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 

♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  019-2249556 atau 016-5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Tips Bibir Merah Jambu Tanpa Menggunakan Lipstick

with 0 Comment

Kenapa Wanita Suka Merah Jambu?


Benarkah bibir yang merah itu seksi dan menggoda? Tetiba topik ini menjadi hangat dibincangkan dalam whatsapp group rakan sekolah saya. Tapi kami membincangkan topik bibir merah jambu. Merah jambu atau pink sememangnya warna kegemaran wanita. Tak wanitalah kalau takde pink! Eh betulkah? Tanpa pink wanita tidak boleh hidup! Hahahaha. Jangan percaya apa yang saya gurau ni yek.



Memiliki bibir merah jambu secara semula jadi menjadi idaman setiap wanita kerana ia membuatkan wajah kelihatan lebih berseri, muda dan menarik. Kadangkala wajah nampak lebih cantik sekiranya tidak disapu solekan tebal dan bibir merah jambu semula jadi menyerlahkan sisi lebih menarik pada wajah. 

Bagaimanapun tabiat suka merokok, kurang minum air, tidak menyapu pelembap bibir atau kurang memberi perhatian kepada penjagaan bahagian bibir boleh membuatkannya kelihatan kering tidak bermaya. 



Walaupun bibir kita tidak setading dan seseksis Angelina Jolie, tidak bermakna kita mengabaikan penjagaan bibir kita. Pastinya kita harus bersyukur dan memeliharanya supaya sentiasa cantik, merah jambu dan merekah. 

Jom amalkan tips bibir merah jambu tanpa perlu menyapu gincu. 


  • Jika bibir kelihatan kusam, gosok bibir dengan lulur yang boleh dihasilkan sendiri. Hanya campurkan satu sudu kecil gula, satu sudu kecil jus lemon dan satu sudu kecil madu, kemudian kacau sebati. 
  • Gosokkan campuran itu pada bibir selama seminit dan biarkan seketika sebelum dibilas. Lulur berkenaan membantu menyingkirkan sel kulit mati, seterusnya mencerahkan kulit bibir dan ia akan kelihatan lebih merah jambu. 
  • Bagi menjadikan bibir lembut dan kemerahan, gunakan teknik mengurut bibir secara perlahan setiap malam sebelum tidur menggunakan berus gigi lembut yang dibasahkan. 
  • Kaedah ini membantu membersih dan menyingkirkan sel kulit mati selain melancarkan peredaran darah. 
  • Jika menginginkan warna merah yang lebih terang tetapi semula jadi tanpa perlu gincu, air ubi bit boleh membantu memberikan warna merah menarik pada bibir. 
  • Bukan sekadar warna, ubi bit juga kaya dengan antioksidan dan vitamin yang memberikan nutrien kepada bibir supaya ia lebih sihat. 
  • Jus lobak merah juga membantu memberikan warna semula jadi kepada bibir, sama seperti ubi bit. Gunakan kapas dan sapu air lobak pada bibir untuk memberikan vitamin A dan sedikit warna ceria semula jadi pada bibir. Nak dapatkan vitamin A dengan mudah? Jom klik di sini
  • Pecahkan biji buah delima dan sapukan pada bibir untuk penampilan lebih merah, terang dan pada masa sama, me­nyerap kebaikan yang ada pada buah berkenaan. 
  • Lenyekkan kelopak bunga mawar dalam mangkuk sehingga keluar jus dan sapukannya pada bibir. Bukan saja warnanya cantik, ia turut melembap dan membuatkan bibir lebih mungil. 
  • Gosokkan hirisan timun pada bibir setiap hari selama beberapa minit untuk menyejukkan bibir dan membuatkannya lebih lembap. 
  • Kulit buah oren boleh digunakan untuk menggosok bibir beberapa minit, mengubah warna kusam pada bibir dan mengubahnya menjadi lebih merah jambu.
Namun bibir merah jambu seakan menjadi tidak berguna jika wajah kita dicemari jerawat, jeragat, kulit kusam dan sebagainya. Ibarat pintu seri sudah cantik tetapi di bahagian dalamannya belum sempurna lagi untuk berseri. Jadi macam mana nak atasi masalah di bawah ini?



Nak muka cantik berseri, bebas jerawat dan jeragat serta tona kulit sekata kenalah amalkan Set Vitamin Skincare Shaklee. Ia merawat masalah kulit kita dari dalam. Apabila dalaman sihat, pasti luaran akan sihat dan cantik. Betul tak? 

Set Skincare menghapuskan masalah jerawat di muka



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556

♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Alamak! Wajahku Berlubang Kerana Jerawat

with 0 Comment

Saya tak nak tepek bedak tebal


Aaaargh! Rasa nak nangis bila wajah yang suci cantik berseri tetiba bertukar berlubang kerana jerawat! Kalau sedikit bolehlah cover up lagi. Tapi kalau banyak macam mana? Bila dah terlalu banyak ia sikit sebanyak mengganggu penampilan wajah kita. Pakai bedak pun susah rata. Foundation pun nanti bercapuk- capuk. Memang stress dibuatnya.


Jerawat yang telah sembuh kebiasaannya meninggalkan kesan kepada wajah kita. Ada yang berbekas hitam, kemerah-merahan dan berlubang. Ada pelbagai jenis jerawat. Boleh baca di entri lepas faktor berlakunya jerawat.

Kepada wanita yang  beauty consciousness pasti rungsing bila jerawat melanda dan meninggalkan bekas parut di wajah. Wajah yang berlubang adalah ketakutan dan mimpi ngeri kepada mereka yang mementingkan penampilan anggun cantik berseri. Takutlah disebabkan parut berlubang ni hantaran kahwin terdiskaun rm1000. Huhuhu... Jangan main-main tau. Pernah berlaku yek. 

Laser treatment

Ada banyak cara untuk mendapatkan kembali wajah cantik berseri. Untuk rawatan yang pantas, kalau yang banyak duit tu bolehla nak buat laser treatmentkan, kesannya memang cepat tetapi selepas rawatan tentulah ada kesan merah. Jadi kenalah bertapa di rumah dulu. Rawatan ini memang mahal. Tak semua orang mampu untuk buat laser treatment

Suntik Botox
Lagi satu cara adalah dengan menyuntik wajah kita dengan vitamin c dan kolagen. Rawatan macam ni agak mahal jugak. Apa yang penting adalah keberanian.  Ada keberanian ke? Kalau tanya saya memanglah tak berani. Tak sanggup saya nak menempuhnya dengan muka dicucuk pelbagai jarum. Memang ngeri beb! 

Jadi saya lebih suka menggunakan cara semulajadi. Amalkan vitamin kecantikan kulit untuk wajah cantik berseri. Kita rawat kulit kita dari dalaman. Detox segala kekotoran dan bina sel-sel baru. Bila dalaman sihat sudah pastilah luaran pun sihat dan cantik berseri.

Shaklee effects!


Ooops! Lupa saya nak beritahu apakah vitamin semulajadi yang boleh menghilangkan wajah berlubang kerana jerawat ni. 

Ada beberapa pilihan yang boleh kita amalkan. Ia juga bergantung pada bajet kita. Jom kita klik link-link di bawah untuk mengetahuinya.




Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



Tips Cantik Menjelang Raya : Kebaikan Vitamin E Shaklee

with 0 Comment

Adooooi, malunya!


"Aaaaaaargh! Teruknya muka saya! Banyaknya jerawat. Jeragat dan kulit kusam ni boleh hilang ke? Bolehkah wajah saya ni cantik berseri-seri di hari raya nanti?"

Testimoni vitamin E Shaklee
Runsing dengan wajah kusam?

Begitulah luahan yang saya terima melalui whatsApp daripada seorang customer saya tempoh hari. Bila sebut hari raya semuanya nak cantik. Penampilan bergaya dengan baju baru blink-blink magneka manik seakan ada kekurangan jika wajah kita kusam dan tidak berseri. Kekadang tu mula timbul rasa rendah diri atau dalam bahasa saintifiknya inferiority complex.

Tapi uos jangan risau. Saya akan bagi tips cantik menjelang raya dalam entri ini. Salah satu cara nak wajah cantik berseri ialah dengan mengamalkan vitamin E Shaklee sebelum tidur. Makan 1 biji vitamin E setiap malam sebelum tidur. Umum mengetahui vitamin E ni berfungsi untuk anti-oksidan, menghilangkan parut jerawat, mengembalikan kelembapan wajah dan lain-lain lagi la. Tapi tahukah kita apa kriteria pemilihan produk Vitamin E?

Cara Memilih Vitamin E Yang Tepat


  1. Perhatikan komposisinya. Vitamin E ada dua jenis, iaitu vitamin E sumber semulajadi dan vitamin E sintetik. Produk vitamin E sumber semulajadi biasanya mencantumkan keterangan d-alpha Tocopherol. Vitamin E sumber semulajadi kebaikannya dua kali lebih baik daripada vitamin E sintetik,” ujarnya.
  2. Sumber terbaik dari alam untuk vitamin E adalah dari ekstrak biji gandum dan biji bunga matahari. Vitamin dalam bentuk kapsul lebih mudah ditelan dan diserap.
  3. Perhatikan jumlah kandungan vitamin E per kapsulnya. Keperluan kulit dan tubuh terhadap vitamin E sumber semulajadi adalah antara 100 sampai 300 international units (IU). Jumlah keperluan bergantung kepada usia, jenis kulit, serta banyaknya aktiviti luar ruangan.
  4. Untuk usia di bawah 30 tahun, pengambilan vitamin E 100 sampai 200 IU. Seiring usia bertambah serta aktiviti yang meningkat, kadar vitamin E boleh ditambahkan sampai 300 IU untuk hasil maksima.

Bagaimana nak rawat kulit secara optimum?

Jangan jadi seperti manggis yang cantik di dalam tapi hitam diluar. Jika hadapi masalah kulit pada wajah jangan merawatnya melalui luaran sahaja. Ramai yang tidak tahu nak kulit cantik kenalah rawat dari dalaman kulit. Tidak hairanlah ramai yang berhabis duit membeli produk-produk kecantikan tetapi hasilnya tidak seberapa. Ada yang okay tapi hanya bertahan sekejap sahaja. Justeru itu mari kita rawat dalaman kulit dahulu. Apabila dalaman sihat, pasti luaran pun sihat. Betul tak?

Untuk mendapat kulit cantik berseri yang optimum kenalah amalkan vitamin E dengan set gabungannya. Untuk perinciannya boleh klik  Set Kecantikan Kulit Shaklee

Jom kita lihat apa kata mereka yang mengamalkan vitamin E dan set yang berkaitan dengannya:


Testimoni vitamin E Shaklee

Testimoni vitamin E Shaklee

Testimoni vitamin E Shaklee

Testimoni vitamin E Shaklee
Parut chicken pop hilang dengan vitamin E

Selain itu Vitamin E Shaklee juga boleh buat masker. Klik cara buat masker vitamin E

Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?