Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label sengkek. Show all posts
Showing posts with label sengkek. Show all posts

iREACH menentang MLM Haram Jadah

with 0 Comment

Jangan terpedaya dengan MLM haram jadah!


"Niat nak tambah duit, tapi aku terjebak tambah hutang. Hutang yang ada pun tak terbayar, ini dah tambah 1 lagi hutang." Begitulah luahan kesal seorang rakan kepada saya tempoh hari. Tergambar kekesalan dan kerungsingan pada raut wajahnya. MLM menjerat dia berhutang dengan bank.

Jangan terjebak dengan MLM haram jadah


Saya percaya ramai di luar sana yang menghadapi masalah ini. Bercita-cita membebaskan diri daripada masalah kesempitan kewangan tapi yang dapat hanyalah keperitan. "Masuk angin keluar asap." Kata P.Ramlee.

Kenapa jadi begini? Adakah MLM itu membinasakan? Jangan terjebak dengan MLM haram jadah seperti ini:


Tabur Kekayaan

Cara ini memang selalu dipraktikan oleh geng MLM. Tabur kekayaan. Ajak orang join bisnes dengan tabur duit dan tunjuk duit. Tujuan utama mereka ialah nak dapat ahli baru. MLM seperti ini patut dijauhi kerana ia bukan berlandaskan kekuatan produk tetapi head hunting atau sesuai dikenali dengan cari orang makan orang. Ramai yang gelap mata kerana percaya kejayaan boleh diraih dengan cepat dalam sekelip mata. Ada yang sampai kena register rm20 ribu. Memang pelik ada juga yang percaya. Ishk, ishks ishks.. Kesian... Secara logiknya bukan bertambah kaya tetapi telah menghampiri ke lembah kesengsaraan sebab awal-awal lagi dah keluar modal sebanyak itu. Jangan terpedaya!


Jangan terjebak dengan MLM haram jadah


Tunjuk Kereta Mewah

Modus operandi ini paling glamour dilakukan. Tunjuk kereta mewah. Adakah kereta mewah itu lambang kekayaan dan berduit? Awas jangan tertipu. Kekadang tu bukan kereta mereka pun. Ada yang pinjam kereta company atau menyewa kereta semata-mata nak memancing orang join MLM. Selalunya orang muda akan cepat kelabu mata. Tanpa berfikir panjang mereka akan menyertainya walaupun yuran pendaftaran berpuluh ribu.  Hanya orang buta hati sahaja mudah terpedaya. 

Janji Manis

Tanam tebu di tepi bibir. Ayat yang keluar dari geng MLM seperti ini manis belaka. Pendek kata mereka lah hebat. MLM mereka memang superb dooperb. Yang paling best ayat macam ni, "Korang tak perlu menjual, hanya perlu cari orang jer jadi ahli bawah korang. Kalau korang nak aku boleh cari orang sign up bawah korang. Korang hanya goyang kaki jer" Rakyat Malaysia terutama orang melayu memang terpesona dengan ayat ini. Ramai nak jadi kaya tapi tak nak menjual. Tak sanggup nak menebalkan muka jadi penjual. Yang tahu nak goyang kaki jer dapat duit. Dalam dunia ni setahu saya yang goyang kaki dapat duit adalah tukang jahit sahaja. Akhirnya terjebak. Kita menanggung kerugian dan akan dilabelkan kita tak berjaya kerana tak pandai cari orang.

MLM Haram Jadah

Daripada niat suci murni join MLM nak tambah pendapatan tapi yang dapat adalah kerugian penuh penyesalan. Semangat berkobar-kobar ingin keluar dari belenggu kesmpitan kini telah menjadi nostalgia. Nostalgia bukan untuk dikenangkan. Maka MLM dipersalahkan. Ada yang memanggil MLM haram jadah! MLM pula dihukum seteruknya akibat kepandaian manusia memanipulasi dan mengambil kesempatan atas kelemahan yang ada. Jadi stigma MLM haram jadah semakin kuat melekat di sanubari rakyat Malaysia. MLM telah dipandang hina.

Bagaimana iReach menentang MLM haram jadah?

Sebelum itu, mari kita lihat keindahan dan kecantikan MLM yang hebat lagi suci pada video ini. Info: video ini adalah Program Jom Hebat Mega 2014 dan pelancaran iReach pada 15 Mac yang lalu.






iReach

Apakah itu iReach? Kenapa ia dipanggil iReach? Mari kita berkenalan dulu bagaimana iReach tercipta. iReach adalah satu organisasi kumpulan Shaklee hebat dan unggul yang diterajui oleh Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar. Kombinasi kekuatan produk Shaklee, plan permasaran yang unggul dan disulami dengan element murni iREACH, bukan sahaja untuk melahirkan ahli perniagaan MLM Shaklee yang berjaya, tetapi objektif utamanya ialah melahirkan JUTAWAN SHAKLEE yang unggul dari semua aspek modal insan dan mempunyai nilai tambah diri yang tinggi.


  • I = Saya/aku
  • R = Respect, kalau orang perak kata hormat menghormati
  • E = Excel, orang Shah Alam selalu sebut cemerlang
  • A = Able,  yang ni oghang utagha panggil serba boleh
  • C = Care, hok ni orghe kelate sebut ambil berat atau ambil peduli
  • H = Humble, orang sabah bah  panggil walaupun hebat tapi sangat merendah diri.
Untuk info, group saya iaitu Superb Fantastic berada di bawah naungan Organisasi iREACH. Insyallah sesiapa yang menjadi ahli Shaklee dengan Superb Fantastic tidak akan terlepas dari radar iREACH. Kita bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia tetapi kita turut membuat persediaan untuk akhirat. Jom kita jadi modal insan dengan nilai tambah yang tinggi!

daftar ahli shaklee dengan superbvitamin
Peserta Jom Hebat Mega 2014

Shaklee bukan Head Hunting

Shaklee adalah satu-satunya MLM yang bukan terlalu 'desperate' atau head hunting. Bukan membina kekayaan untuk orang lain. Kekuatan Shaklee terletak kepada produknya yang semulajadi dan bukan organik. Mari kita baca kekuatan shaklee (sila klik) yang menjadi fenomena rakyat Malaysia sekarang.

menjadi ahli shaklee dengan group hebat
Vitamin Shaklee siap sedia untuk dipos

Shaklee bukan sekadar mencari kekayaan

Saya bersyukur kerana saya mampu membuat orang lain bahagia dan gembira. Saya berjaya menyebarkan kebaikan kepada orang lain. Sesungguhnya inilah yang saya cari selama ini. Selain mencari rezeki, kita berpeluang untuk berbuat kebaikan. Shaklee sangat membahagiakan saya dan orang lain. Shaklee mendidik kita membantu orang lain gembira. Sila klik kebaikan shaklee untuk perinciannya.

Layan steam boat bersama keluarga Superb

Aktivit santai mengeratkan ukhuwah


Aktiviti potluck sambil tukar-tukar ilmu

Kaum bapa sangat enjoy dengan aktiviti potluck


Konsep bisnes online yang mudah

Rahsia kejayaan bisnes Shaklee ialah melalui internet marketing amnya dan blog marketing khususnya. Peranan blog marketing sebagai medium utama untuk menjual produk. Kedai “online”Superbvitamin saya ini sudah menjana jualan puluhan ribu ringgit sebulan secara auto-pilot. Best kan? Barulah dikatakan "Kita tak cari customer, tetapi customer yang ghairah cari kita." Group saya juga selalu mengadakan seminar secara “offline” dimana-mana tempat yang memerlukan kami hadir dan memberikan ceramah berkenaan dengan “Rahsia Menjana Income 4 angka Shaklee Dalam Masa 3 Bulan”. Sila baca best buat bisnes Shaklee (sila klik).

bisnes shaklee online
Kelas internet marketing
Kelas teknik viral facebook dan blog
Kelas eksklusif untuk blog marketing dari saya

bisnes online shaklee
Seisi perkongsian teknik berbloging
Small coaching yang santai

Adakah stigma MLM haram jadah sudah lenyap dari minda anda? Berfikir sebelum bertindak, bijak memilih MLM dan risiko perniagaan yang kecil adalah elemen penting sebelum kita menyertai sesuatu MLM. Peluang sudah terhidang. Jom sign up Shaklee bersama saya. Make Us Dream! Jom kita klik untuk baca Kebaikan dan Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee 


Masih tidak puas hati cerita saya ini? Mari kita baca dan klik ini 
Tips Berjaya Bisnes Shaklee - Ikhlas, Ceria dan Gembira


Hubungi saya untuk daftar ahli Shaklee sekarang di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 019-2249556
♥ Emel :  superbvitamin@gmail.com

Suri Rumah Boleh Menjana Pendapatan Lumayan dengan Shaklee

with 0 Comment
Jom tambah pendapatan kita!

Selamat tahun baru semua pencinta blog Superb Vitamin. Hari ni hari pertama kita di tahun 2014. Bagaimanakah perasaan uols memasuki tahun baru ini? Sudah mempunyai azam baru ke? Azam tahun lepas berapa percent dapat dilaksanakan? Berjayakah mencapai KPI yg uols tetapkan? Semestinya tahun 2014 menjanjikan tahun yang penuh mencabar dan kita perlu bekerja dengan lebih rajin lagi demi meningkatkan ekonomi kita dan keluarga. Jiwa perlu kental! Jangan mengalah dengan keadaan.


Memang best buat  Shaklee business ni


Umum mengetahui tahun 2014 adalah tahun yang dikatakan tahun NAIK. Nilai not rm50 seakan tidak membawa apa-apa makna untuk kita pada hari ini. Pergi sahaja ke pasar malam. Apa yang kita dapat beli dengan rm50. Banyak ke barangan yang kita dapat beli? Cukupkah untuk keluarga kita? Memang pening bila memikirkan perbelanjaan kos kehidupan meningkat tetapi gaji masih lagi ditakuk lama. Kalau naik pun alaaahaaii berapa jer. Betul tak?

Entri pertama saya di tahun baru ni nak cerita macam mana suri rumah boleh menjana pendapatan lumayan dengan Shaklee meningkatkan ekonomi keluarga. Siapa suri rumah? Sila angkat tangan! Melakukan kerja di rumah juga sudah menjadi trend pada zaman globalisasi ini. Kerja dari rumah juga mampu meraih pendapatan 3,4,5 atau 6 angka sebulan. U DECIDE!


Memang best buat  Shaklee business ni


Perniagaan ini boleh dibuat 100% secara online. Semua dihujung jari. Boleh order melalui online. Insyallah dalam 1 atau 2 hari bekerja sampailah barang ke tangan kita atau ke tangan customer. Mudahkan? Sambil kita jaga anak-anak  di rumah dan buat kerja suri rumah kita boleh lagi berniaga. Kita tak perlu nak keluar rumah cari kerja lain dah. Shaklee memang menjanjikan pendapatan lumayan. 

Bermula dengan RM75 sahaja. Daftar keahlian cuma RM75 dan anda akan diberikan satu bisnes kit yang mengandungi detail produk, detail harga pengedar, cara kiraan bonus, dan bermacam-macam lagi. 

Antara keistimewaan bisnes Shaklee ini:

  • Tidak memerlukan modal yang besar
  • Konsep bisnes 'Jual macam tak jual'
  • Kita tak cari customer, tapi customer yang cari kita
  • Tidak perlu membuat stok di rumah.
  • Tidak perlu 'head-hunting' atau mencari kaki.
  • Tidak memerlukan saya keluar daripada rumah.
  • Product-based ataupun bisnes berasaskan jualan produk.
  • Adil dan tiada penindasan.
  • Mematuhi syariat perniagaan Islam.
Kenapa anda perlu mendaftar dengan saya?
  • Anda akan diberi akses ke dalam 'secret group fb' saya yang hanya boleh disertai oleh downline saya sahaja. Anda juga secara automatik akan diakseskan ke secret group fb upline saya (Master) yang sudah berjaya. Dalam group ini banyak info tentang perniagaan online, tips marketing, cara closing dengan betul, bagaimana nak menarik pelanggan dan banyak lagi rahsia perniagaan yang akan diberikan kepada anda
  • Anda juga akan dimasukkan ke satu lagi group iaitu group untuk belajar teknik pemasaran online. Di sini anda akan diajar bagaimana facebook marketing, selok belok berbloging, dan cara nak menconqure google.
  • Personal coach akan diberikan berdasarkan permintaan melalui seminar dan kelas.
  • Jika anda tidak tahu berfacebook atau berblog, kami akan ajar bagaimana caranya. Semuanya akan diberikan. Janji anda ada kemahuan yang jitu untuk berjaya.
  • Ramai downline saya mendapat income 4 angka hanya selepas menyertai kumpulan kami selama 1 atau 2 bulan sahaja. Anda bagaimana? Nak seribu daya, taknak dok diam-diam lah.
Memang best buat  Shaklee business ni! Jom follow saya yang kini sudah meraih pendapatan 5 angka sebulan! Jom daftar Shaklee bersama saya sekarang!


Hubungi saya sekarang di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
(Senior Koordinator Shaklee)

Kalau uols suri rumah yang berazam serius nak tambah pendapatan keluarga, bantu suami, nak keluar dari kemelut senkek sila klik link-link di bawah.


Best Buat Shaklee Business



Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Shaklee


Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Shaklee

with 1 comment
Kejayaan di tangan kita!

Wang semakin tidak bernilai. RM50 cepat sahaja habis walaupun kita hanya membeli beberapa barang di pasar malam. Baru masuk 2 minggu duit gaji pun nak habis. Mulalah gundah gulana. Macam mana nak survive sampai hujung bulan ni? Perbelanjaan makanan harian perlu dikawal. Ikat perut menjadi kewajipan. Itu belum lagi nak fikir macam mana nak pergi kerja esok. Duit petrol, tol dan parking wajib disediakan. Nampak sahaja luaran kita ni okay tetapi di dalam berkocak! Jenuh memikirkan macam mana nak buat duit sampingan tambah pendapatan.

Jom bisnes shaklee dengan Superb Vitamin
Siapa sini miskin bandar? Angkat tangan!

Itu adalah kisah saya pada awal tahun 2012. Memang perit untuk meneruskan kehidupan pada zaman moden ini. Semuanya perlukan duit! Setiap bulan saya merintih sendirian untuk menampung segala pembelanjaan keluarga saya. Kami boleh dikategorikan miskin bandar.

Akhirnya pada hujung Januari 2012 saya telah memilih Shaklee. Sebenarnya saya telah mengamalkan Shaklee sejak saya hamil anak kedua pada 2011. Kemudian saya meneruskannya semasa bersalin dan berpantang sehinggalah menyusukan anak saya. Produk Shaklee memang terbukti berkesan dan superb dooperb. Harga pun tak mahal dan berpatutan.

Entri saya kali ni bukan nak cerita pasal produk Shaklee yang sudah memang terbukti hebat dan diyakini ramai tu. Tapi saya nak berkongsi macam mana nak buat duit dengan Shaklee. Sebelum itu perlu tahu kenapa saya memilih untuk serius berbisnes Shaklee? Ini jawapan saya:
  • Tidak menggunakan masa dan tenaga saya terlalu lama
  • Tidak menganggu tanggungjawab harian saya sebagai wanita bekerjaya, isteri dan ibu
  • Tidak perlu keluar rumah mencari customer. Sesekali tu kena keluar juga untuk urusan pos dan CoD. Takkan tak keluar langsungkan?
  • Konsep bisnes tidak mencari customer, tapi customer yang ghairah mencari kita
  • Bisnes yang santai dan amat berkesan
  • Boleh menambahkan lagi duit kita tidak kira sama ada kita ini seorang seorang suri rumah, guru, jurutera, jururawat dan sebagainya.
  • Paling penting pendapatan lumayan dan halal 

Macam mana nak buat duit dengan Shaklee?

Langkah pertama kenalah menjadi ahli dahulu, Hanya rm65 sahaja. Tak perlu duit ribu riban untuk mendaftar sebagai ahli shaklee.Tak perlu nak simpan stok produk. Modal yang murah tapi hasilnya lumayan. Kita boleh pilih nak income berapa sebulan. 2, 3, 4, 5 atau 6 angka sebulan.  Kita yang pilih sendiri. Nak seribu daya tak nak duduk diam-diamlah kan kan.

Sebelum mendaftarkan diri untuk join bisnes shaklee,pastikan kita telah membuat pilihan yang tepat. Pastikan kumpulan yang disertai ini serius, aktif, energatic, optimistik dan islamic. Ini penting dalam membimbing kita untuk buat duit banyak-banyak dengan Shaklee.

Langkah terbaik dan bijak adalah menjadi ahli di bawah Superb Fantactic Group pimpinan saya. Insyallah uols tidak akan menyesal dan saya akan pimpin uols menjadi jutawan muslimah atau muslim suatu hari nanti.

Apa kelebihan dan keistimewaan Superb Fantastic Group?

Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Shaklee
Saya bersama sebahagian leaders Superb Fantactic Group

Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Shaklee
Bersama Jutawan Shaklee  Prime Master Cery

Jom bisnes shaklee dengan Superb Fantastic
Keluarga Rich Family Master Lyzar

  • Group saya bernaung di bawah keluarga besar Jutawan Shaklee pimpinan Master Cery. Group saya juga berada dalam radar wanita hebat Master Lyna Noh. Group saya juga sentiasa mendapat sentuhan magis RichMommy Master Lyzar Rusman. Insyallah saya dan ahli-ahli di dalam Superb Fantastic Group akan menyusul menjadi Master beramai-ramai pada tahun 2014 nanti.
  • Dalam semua group ni kami mempunyai jalinan ukhwah yang kukuh walaupun tak pernah berjumpa, hanya online, tapi akrab macam dah menjadi saudara mara. Seronok bukan? Kami menjadi penggalak semangat antara satu sama lain. Bila berdepan dgn kekecewaan, rasa down dan lost kami akan hilangkan segala yang negatif dan suburkan yang positif. Apabila kita bercampur dengan orang yg positif secara automatiknya kita pun akan menjadi positif
  • Superb Fantastic Group akan memberi bimbingan bagaimana nak bisnes Shaklee dengan konsep kita tak mencari customer, tapi customer yang ghairah mencari kita.
  • Saya akan menurunkan segala ilmu saya dan memberi bimbingan kepada uols bagaimana nak mendapatkan customer secara 'softselling'
  • Yang paling best bila uols menyertai group saya ni ialah saya akan memberi bimbingan bagaimana nak menjadi usahawan internet.
  • Pelbagai ilmu internet marketing melalui blog dan websit boleh didapati dalam group saya. Kita akan belajar bagaimana nak mengkonker google.
  • Ilmu dan teknik marketing di personal facebook akan saya berikan. Uols juga dapat menimba ilmu cara marketing dan teknik yang magis di fan page facebook.
  • Saya akan beri bimbingan bagaimana nak dapatkan viral dan jualan dengan facebook ads. Kaedah dan teknik yang efisien untuk melaksanakan facebook ads penting dipelajari.
  • Apa lagi? Dengan menyertai Superb Fantastic Group uols akan dapat melaksanakan bisnes online yang berkesan dan efisien melalui facebook dan blog. Customer datang dari ceruk rantau. Kangar, Pendang, Gua Musang, Ipoh, Shah Alam, Melaka, Sarawak, malah dari Brunei pun ada. Kita golek-golek atas tilam pun kita boleh dapat berbisnes. Masa bercuti pun kita boleh berbisnes. 24 jam 7 hari seminggu. Dunia tanpa sempadan. 
  • Saya selalu juga buat perjumpaan. Perjumpaan lebih kepada makan-makan sambil mengeratkan keakraban antara ahli group. Boleh baca di sini best buat bisnes shaklee
  • Konsep bisnes yang group saya terapkan keluarga tetap nombor 1. Walaupun sibuk berbisnes tetapi keluarga jangan dipinggirkan. Tak percaya? Boleh lihat gambar-gambar di bawah

Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Shaklee

Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Shaklee

Sertai bisnes shaklee dengan Superb Vitamin

Sertai bisnes shaklee dengan Superb Vitamin

Memang rezeki kita hanya ditentukan Allah. Tapi sebagai hambanya kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakal untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Element lain yang penting adalah pemilihan group. Apabila kita sertai group yang hebat dan banyak keistimewaannya kita pun akan sentiasa bersemangat dan lancar untuk mencapai kejayaan sekaligus dapat buat duit dengan Shaklee.

Jangan merintih mengenang nasib kita yang sering tak cukup duit. Masih lagi mengharap BR1M! Sentiasa kesempitan duit. Peluang sudah terhidang di depan mata. Jangan menangguhkan peluang kita untuk berjaya. Jom buat duit dengan Shaklee bersama group saya! Hanya kita sahaja yang boleh menentukan masa depan kita. Kejayaan di tangan kita! Jom berjaya di dunia dan akhirat!

Hubungi saya sekarang di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com












ANDA SENGKEK? Adakah itu TAKDIR yang telah ditentukan?

with 0 Comment
SENGKEK atau mahu menjana pendapatan?

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini...

Hari ini saya nak sharing senario yang berlaku kepada majoriti kita pada zaman moden ini. Alhamdulillah ramai yang baru dapt gaji dan bonus. Syukur pada rahmat Allah. Harap-harap dapatlah kita menguruskan perbelanjaan kita dengan bijaksana.

Sengkek selamanya?
Selepas dapat gaji, biasanya kebanyakan kita akan mbayar bil2 utiliti, rumah, ansuran kereta, bayaran pinjaman dan sebagainya. Selebihnya barulah belanja makan minum, barangan dapur, anak-anak dan lain-lain. Kitaran ini terus berulang pada setiap bulan, tahun berganti tahun..

Namun akibat belanja yg tinggi dan juga akibat belanja berlebihan tanpa planning, akhirnya ramai melalui situasi kekeringan wang, yg kita panggil SENGKEK. Asyik SENGKEK  saje... Kawan pun jadi bosan bila selalu nak pinjam duit tapi bayar semula liat. Apa nak buat? Mcm mana nak elak SENGKEK? 


Adakah kita patut berpeluk tubuh sahaja mendiamkan diri tanpa berusaha untuk mengatasi masalah ini?

Dari bulan ke bulan sampailah makan tahun. Kita tidak seharusnya membiarkan diri kita dibelenggu SENGKEK. Bagi mendapatkan motivasi untuk diri kita, cuba bayangkan situasi kita 1 tahun ke depan, 5 tahun atau 10 tahun akan datang. Adakah kita berasa takut? Kita patut melakukan bayangan negatif ini supaya ianya dapat menjadi kuasa menolak untuk kita keluar dari kepompong SENGKEK

Padah meminjam ahlong
Bayangkan 5 tahun akan datang kos perbelanjaan seisi rumah bertambah, anak semakin bertambah. Ada yang mula sekolah. Sakit demam pula tetiba di pertengahan bulan. Macam mana situasi kita masa tu? Dah tentu kita stress akibat kekurangan dana untuk menampung keperluan diri dan keluarga kita. Mana nak cari duit masa tu. Awas! Jangan sampai meminjam ahlong! Buruk padahnya.

Inilah positifnya kuasa bayangan negatif. Mari kita tukar bayangan negatif ini kepada sesuatu yang boleh menolak kita membuat persiapan menghadapi situasi yang kita bayangkan itu. Sekurang-kurangnya kita sudah menyediakan payung sebelum hujan.Kebiasaannya ramai yang telah merancang untuk memulakan perniagaan. Tetapi rancangan itu hanya tinggal hangat-hangat tahi ayam. Mengapa ini terjadi? Sebenarnya mereka tiada kuasa 'push up' untuk memulakan langkah pertama dan kurangnya ilmu berniaga.

Kita berhak untuk bahagia
Entri kali ini ingin mengajak rakan-rakan dan pembaca blog saya untuk berubah. Sekurang-kurangnya kita dapat lari dari SENGKEK. Inilah satu-satunya perniagaan yang dapat membantu kita menambah pendapatan. Dapat menceriakan keluarga kita.Kerja utama kita masih dilaksanakan. Jangan tinggal! Sambil itu kita  dapat menambah pendapatan melalui bisnes ini. Jom kita baca bagaimana nak mulakan bisnes ini. Anda sudah yakin mahu berubah? Langkah pertama sila klik di sini.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?