Jangan takut!
Salam ceria semua! Selamat menjalani kehidupan yang sangat positif hari ini! Sentiasalah berfikiran positif kerana ia bukan sahaja menceriakan kita tapi sumber kepada kekuatan dalaman diri kita. Baiklah, entri kali ini saya nak berkongsi yang mugkin agak mengerikan kepada ibu mengandung iaitu kenapa ibu mengandung perlu pembedahan caesarean. Jom kita baca sampai habis.
Kenapa ibu mengandung perlu pembedahan caesarean?
Caesarean harus dibuat sekiranya ia lebih selamat untuk ibu dan bayi berbanding dengan bersalin normal. Ini selalunya boleh ditentukan sebelum sakit bersalin bermula dan pembedahan boleh dijadualkan sebagai pembedahan elektif.
Sebab-sebab pembedahan Caesarean
Berikut adalah sebab-sebab mengapa pembedahan yang perlu dilakukan:Sebab-sebab pembedahan caesarean semasa bersalin
Pembedahan caesarean lebih kerap dilakukan sebagai pembedahan kecemasan iaitu apabila berlaku komplikasi semasa proses bersalin.- Anak lemas: Terdapat perubahan degupan jantung bayi semasa saat bersalin. Ini menunjukan yang bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan dengan serta-merta.
- Masalah uri: Kedudukan uri pada bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan ini boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera.
- Tiada progress: Disebalik kontraksi rahim yang kuat, serviks tidak membuka sebagaimana yang sepatutnya.
- Pendarahan dari faraj secara tiba-tiba: Abruptio placenta dan plecenta preavia boleh membahayakan nyawa anak dan bayi.
- Percubaan melahirkan Vacuum atau forceps yang gagal: Kadang-kadang didapati penggunakan forceps/ vacuum tidak dapat menolong melahirkan bayi.
- Bayi sudah passed meconium: Terdapat meconium yang hijau pekat setelah ketuban dipecahkan menunjukkan tanda bayi sudah lemas
Tidak kira sama ada bersalin normal atau pembedahan caesarean, yang paling penting ibu dan bayi selamat. Apa pun ibu bersalin tetap kena menjalani tempoh berpantang yang rapi dan berdisiplin. Kalau nak sihat dan 'pakai lama' janganlah ambil mudah semasa berpantang. Ibu yang bersalin pembedahan caesarean wajib ambil set berpantang ini untuk penyembuhan menyeluruh luaran dan dalaman. Jom klik link di bawah
♥Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp: 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.
0 comments:
Post a Comment