Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label vitamin untuk ibu bekerjaya. Show all posts
Showing posts with label vitamin untuk ibu bekerjaya. Show all posts

Bolehkah Minum Air Banyak Selepas Bersalin?

with 0 Comment

Jangan tak cukup nanti banyak masalah


Kali ini saya nak cerita keraguan ibu bersalin mengenai pengambilan air minum ketika berpantang. Ramai yang whatsapp saya bertanyakan bolehkah minum air banyak selepas bersalin? Doktor kata boleh, tapi orang lama terutama mak kita kata tak boleh minum air banyak ketika berpantang. Adooooooi, macam mana ni?



Saya bersalin di hospital kerajaan. Ketiga-tiga anak saya bersalin di Hospital Teluk Intan. Kebiasaannya selepas bersalin akan ada jururawat yang datang ke katil kita bagi penerangan tentang penyusuan susu ibu. Jururawat ini akan bagi tips, teknik dan petua penyusuan susu ibu yang betul. 

Jadi saya mengambil kesempatan bertanya kepada jururawat itu tentang risiko minum air banyak semasa berpantang.

"Cuba awak pikir kalau badan kita tak cukup air, susu badan boleh banyak tak? Senang tak awak nak membuang air besar?" Jururawat ini tanya saya pulak.

Saya tanya balik pada dia, "Nurse, tapi kenapa mak-mak kita tak bagi minum air masak banyak waktu pantang ya? Betul ke tak boleh minum air banyak masa pantang? Deme cakap nanti kembang semua badan" Jururawat itu hanya senyum sahaja dengar soalan saya. 

"Badan kita memang memerlukan 13 gelas sehari. Ada tak orang minum sekaligus 13 gelas? Takde kan.. Kalau minum sekaligus memanglah kembang. Jadi awak minum macam biasa secara berperingkat dalam tempoh 24 jam sampai cukup 13 gelas sehari. Barulah badan kita akan bertenaga dan dapat menyusukan bayi sepenuhnya" Jururawat itu menjelaskan panjang lebar kepada saya.

Jangan kurang minum air ketika berpantang nanti sembelit!

Sebenarnya, tiada langsung kajian saintifik yang mengatakan minum air banyak selepas bersalin akan mengakibatkan kesan buruk kepada ibu. Akibat kekurangan air akan menyebabkan penghasilan susu ibu terbantut dan lebih memburukkan keadaan apabila ia boleh menyebabkan sembelit. Memang perit sembelit semasa berpantang ni! Nauzubillah. Mujur saya tak pernah kena.

Bagi ibu menyusu pula, perlulah minum 3 liter air atau dalam 13 gelas air kosong sehari. Saya selalu minum segelas air kosong selang sejam. Untuk penghasilan susu, badan ibu perlulah menyediakan bekalan air yang cukup. Kalau tidak, dari mana susu nak dihasilkan?

Ada customer saya mengeluh, "Saya dah minum banyak air, tapi susu tetap sikit."

Bila ditanya semula, "Ada sukat betul-betul 3 Liter atau agak-agak saja?" 

Barulah dia menjawab, "Oh, saya tak sukat pun. Cuma agak-agak sahaja".

Di sini saya menyeru semua ibu yang berhajat ingin menyusukan bayi sepenuhnya perlulah melakukan salah satu prinsip asas penyusuan, iaitu sila sukat jumlah air kosong yang anda minum setiap hari supaya sekurang-kurangnya cukup 3 liter. Ingat jangan minum sekaligus 3 liter tau! Minum berperingkat-peringkat.

Boleh Ke Minum Air Banyak Selepas Bersalin?


Tempoh berpantang adalah mustahak untuk ibu berpantang. Tempoh berpantang adalah satu fasa yang memerlukan kesabaran, ketabahan dan disiplin yang tinggi. Kalau silap gaya tak kena cara boleh jadi murung dan gila meroyan. Jadi macam mana nak berpantang dengan sihat, ceria dan gembira? Sila klik untuk mengetahui saya berpantang dengan sihat, ceria dan gembira

set ibu menyusu shaklee
Alhamdulillah, Iman Izziqry sudah berusia setahun sebulan dan masih fully breastfeed

Apakah tips dan petua saya berjaya menyusukan anak saya? Kenapa susu saya meriah dan melimpah ruah?


Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya




Mesti Ada Dalam Beg Tangan Wanita

with 0 Comment

Ini bukan harta karun!

Pernah uols tahu apa 'harta karun' yang selalu ada dalam beg sesorang wanita? Apakah item yang menjadi peneman setia dan wajib sentiasa ada bersama wanita? Pernahkah uols merisik tanya teman rapat apakah yang terkandung dalam beg tangan mereka?




Beg tangan antara aksesori wajib pelengkap gaya wanita. Malah kehadiran beg tangan yang sesuai turut menambahkan kecantikan dan keanggunan si pemakai. Pelbgai barang keperluan penting mampu diisi dalam beg tangan.

Hahahaha, entri kali ini memang santai dan menarik. Saya nak berkongsi apakah harta karun yang ada dalam beg tangan saya.  Jeng jeng jeng....


  • Dompet atau purse. Ini memang penting. Pelbagai kad penting seperti kad pengenalan dan lesen memandu tersimpan di sini.
  • Aksesori – Pin, Pad, Compact Powder, gincu, toner
  • Tasbih – Bekalan untuk zikir harian
  • Buku nota, pen dan kalkulator
  • Buku produk dan fliyers Shaklee
  • Pill box vitamin harian. Saya memang pengguna tegar vitamin Shaklee. Kenapa saya suka Shaklee? Jom klik di sini  
♥Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Vitamin Untuk Ibu yang Bekerja : Set Eu-Four Pack Menjadi Pilihan

with 0 Comment

Saya seorang ibu yang bekerja!

Lahirnya anak pertama dari rahim seorang wanita, maka secara automatiknya dia akan bergelar ibu untuk selamanya. Ada yang dipanggil ibu, emak, mama, ummi dan sebagainya. Apapun gelaran ini akan melekat sampai hilangnya nyawa si ibu itu di kandung badan.

Dewasa ini ramai ibu yang bekerja. Pagi hari bergegas ke pejabat. Menjelang pukul 5 petang ibu-ibu mula gelisah gundah gulana bila masih lagi berada di pejabat. Jasad di pejabat tapi otak fikirkan anak-anak yang ditinggalkan di nurseri atau bersama bibik di rumah. 

Tunggu kejap! Saya ada buah tangan untuk uols. Kisah seorang suami yang menggalakkan isterinya yang bekerjaya dan menyusukan anak mereka. Jom kita lihat gelagat mereka yang mencuit hati ini. Jangan takk tengok video ni, rugi besar tau!



Bila sampai di rumah pula, sambil melepaskan rindu kepada anak-anak tu kena pula lakukan tugasan suri rumah pula. Memang penat. Itu belum lagi kalau si kecil nak mengempeng jer. Memang tak jadi kerjalah kerana terpaksa layan kerenah si manja ni. Walaupun sibuk dan penat tanggungjawab terhadap suami tetap dilaksanakan. Jangan mengeluh kerana takut tak dapat pahala. Orang perempuan ni senang nak dapat pahala dan senang jugak nak dapat dosa. Ingat tu! 



Istimewanya Set Eu-Four Pack
Hakikatnya berapa ramai ibu yang bekerja tahu akan kepentingan keperluan vitamin untuk membantu tubuh ibu sihat dan sustained kekal bertenaga? Macam saya yang bekerja di tapak projek. Hari-hari berpanas dan hujan untuk melaksanakan tugas saya. Walaupun di pejabat tapak tu ada aircond tapi tetap lesu dek kerana suasana kerja yang terpaksa munda mandir ke hulu ke hilir bagi memastikan projek dijalankan mengikut jadual yang dirancang.



Istimewanya Set Eu-Four Pack


Bagi mengatasi masalah kelesuan dan penjagaan kesihatan saya telah mengamalkan pemakanan vitamin Shaklee. Saya telah mengamalkanna sejak hamil kali kedua pada 2011. Selepas habis pantang saya tetap maintain makan Shaklee sehingga kini. Nak tahu apa yang best vitamin Shaklee ni? Apa kesan positifnya? Jemput baca seterusnya....

Kesan utama setelah saya mengambil vitamin Shaklee ini ialah :

  • Badan rasa lebih bertenaga kecuali jika saya kurang air maka badan akan menjadi semakin letih.
  • Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil.
  • Badan tidak mudah rasa lesu dan letih.
  • Sentiasa rasa bersemangat.
  • Fikiran lebih positif.
  • Tidak mudah stress dan mudah menangani masalah dengan baik dan tenang.
  • Saya tidak akan mengalami kurang darah dan tekanan darah lebih stabil.
  • Membantu melancarkan sistem perkumuhan dengan lebih lancar terutama apabila consume cukup air dalam sehari.
  • Badan mempunyai sistem imun yang tinggi dan mudah recover jika sakit.

Kepada yang baru mengenali vitamin Shaklee, sebenarnya telah lebih 50 tahun berada dalam pasaran Malaysia. Apakah beza sebenar produk Shaklee dengan vitamin lain yang boleh di dapati dari klinik kerajaan dan farmasi? Shaklee tiadanya silika gel seperti dalam botol vitamin jenama lain. Ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan.

Nak tahu apakah vitamin untuk ibu bekerja ?

Set Eu-For Pack.  Saya memang  amalkan vitamin dalam set ini setiap hari!
 vitamin untuk ibu bekerja

Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?

  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu menyusu untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan rasa kejang ketika hamil dan memenuhi keperluan kalsium harian
  • Sangat bagus untuk melegakan sakit-sakit sendi dan tulang, bisa-bisa yang dirasai di tangan atau kaki, sakit belakang dan sakit lutut
  • Sangat bagus diberikan kepada ibu bapa kita supaya hilanglah sakit-sakit lutut / sendi / tulang mereka
  • Sangat bagus diberi kepada suami / isteri untuk kesihatan dan memberi tenaga

Mari saya ceritakan perincian setiap vitamin dalam set Eu-Four Pack ni


Vitamin B Complex Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

Vitamin C Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.


Vitalea (Multivitamin) Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.


Kalsium Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? 

Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.



Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda sangat-sangat digalakkan mengambil Energizing Soy Protein (ESP) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum. Untuk melihat detail ESP sila klik di sini 



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?