Seronoknya rasa baby gerak dalam perut!
Salam semua mommy preggy. Apa khabar? Bayi dalam kandungan sihat ke? Saya harap mommy-mommy sihat sejahtera dan seronok menjalani tempoh mengandung ini. Nikmatilah dengan perasaan yang gembira. Jangan lupa ini adalah anugerah Allah untuk kita meneruskan legasi ummat Muhammad SAW. Rindu pula saya nak rasa baby bergerak-gerak dalam perut lagi. Rindu nak rasa 'senak' akibat kena siku dan lutut baby lagi. Huhuhu
| Nostalgia hamil anak sulung |
Pada kehamilan trimester kedua iaitu usia kandungan 4 ke 6 bulan, perkembangan janin membentuk beberapa bahagian tubuh seperti kaki dan pergelangan kaki. Selain itu hormon kehamilan meningkat pada trimester kedua. Kadang kala berlaku gangguan pencernaan dan menyebabkan sembelit kepada ibu hamil. Jadi ibu mengandung pada fasa ini perlu banyak minum air masak dan makan makanan serat seperti buah-buahan.
Ada beberapa perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan oleh ibu hamil ketika trimester kedua. Apa kata kita baca tips terbaik untuk ibu hamil amalkan di trimester kedua di bawah ini:
- Jangan mengambil barang dengan cara membongkok supaya janin tidak tertekan di dalam rahim.
- Elakkan daripada melakukan aktiviti berat seperti mengangkat barang berat, menolak atau menarik perabot, memanjat, berjogging dalam waktu lama dan sebagainya.
- Jangan melakukan perubahan aktiviti secara mendadak seperti memusing badan dengan cepat atau melompat-lompat kerana ia akan membahayakan janin dan ibu hamil akan mengalami kekejangan otot.
- Lebihkan aktiviti rehat dan santai kerana ketika trimester kedua beberapa organ vital di dalam tubuh ibu hamil seperti jantung, hati, ginjal, dan paru-paru terpaksa bekerja lebih keras
- Gunakan Bra yang mampu menyokong payu dara supaya ibu hamil selesa. Ketika ini saiz payudara mula meningkat.
- Biasakan mandi dengan air panas suam agar otot-otot boleh rileks dan ibu hamil dapat cepat tertidur dan berehat
- Apabila ibu hamil hendak berehat santai, pastikan duduk atau tidur yang mana sebaiknya posisi kaki lebih tinggi berbanding tubuh agar peredaran darah dalam tubuh tidak hanya berkumpul di kawasan kaki. Ia dapat mengelakkan kaki menjadi bengkak dan kekejangan.
- Gunakan bertumit leper dan mendatar. Ketika hamil saya suka pakai kasut scholl yang bertumit leper kerana ia selesa dan lembut.
- Hindari makanan yang digoreng atau pedas.
- Pastikan ibu hamil tidur dengan posisi yang sesuai.
- Pastikan perubahan tubuh badan kita. Ketika ibu hamil berdiri, berjalan, duduk, dan tidur yang baik adalah tidak condong ke belakang kerana dapat menyebabkan tulang punggung melengkung dan mengakibatkan belakang sakit.
- Ibu hamil hendaklah selalu kerap makan dengan skala kecil.
- Sebaiknya ibu hamil jangan berdiri terlalu lama. Janha berdiri lebih satu jam. Ia boleh menyebabkan kaki bengkak.
- Selalu berfikir positif ketika hamil dan elakkan mengalami perasaan murung dan stress.
- Amalkan set vitamin ibu mengandung trimester kedua ini. Ia sangat membantu ibu hamil menjalani fasa kehamilan dengan sihat, ceria dan gembir.
Apakah set vitamin ibu mengandung trimester kedua?
Ostematrix
Energizing Soy Protein
Omega Guard
B Complex
Vitamin C
Vitalea
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.





.jpg)













