Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label phytocol. Show all posts
Showing posts with label phytocol. Show all posts

Tips Sebelum Balik Kampung dan Cuti Panjang

with 0 Comment

Balik kampung! Hati girang!


Wah seronoknya nak balik kampung! Tak sabar nak jumpa orang tersayang. Suasana raya di kampung semakin menggamit diri. Segala persiapan balik kampung sudah pun hampir selesai. Lagu-lagu raya sudah pun di downoad ke dalam thumb drive untuk menambah kemeriahan hari raya sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Tapi sudahkah kita double check apa yang penting sebelum kita balik kampung? Jom kita baca tips sebelum balik kampung dan cuti panjang ini. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.


1. Tutup punca kuasa elektrik 


Perkara paling penting sebelum kita keluar rumah. Tolong periksa semua plug dan pastikan kita tutup dan cabut plug dari soketnya. Jika kita balik kampung untuk seminggu dan anda water heater/boiler kat umah, sila offkan dulu boiler tu. Takut nanti air di dalamnya kering dan 'meletup'. Jangan kita berputih mata dapat tahu rumah kita terbakar nanti.

2. Tutup kepala tong gas memasak


Bagi yang memasak guna gas silinder, ini merupakan langkah pencegahan kebakaran yang perlu dilakukan. Tutup kepala tong gas silinder. Jangan dibiarkan injap gas terbuka kerana risiko berlaku kebocoran gas adalah tinggi. Malang tidak berbau.

3. Kosongkan air kolah


Kalau rumah ada kolah kecik dalam bilik air, sebolehnya kosongkan dulu. Kalau ada penutup kolah, itu lagi bagus. Pastikan segala tempat yang ada takungan air di dalam rumah dan di luar rumah dibersihkan dan dikeringkan. Jangan jadikan diri kita usahawan penternak nyamuk aedes tak bertauliah pula. :)

4. Simpan segala barangan berharga di tempat yang selamat


Ni dekat nak raya ni, penyamun perompak pakat dok intai umah kita nak buat 'kenduri'. Tentu sekali kita tak mahu rumah kita jadi tempat 'kenduri' pencuri kan. Jadi, simpan barangan berharga di tempat yang selamat. Jangan dibiarkan di ruang tamu kerana kecuaian sebegini akan memudahkan 'projek' pencuri tersebut. 

5. Kunci semua pintu dan gril


Yang ni pasti kebanyakan kita tak akan gagal lakukan. Tapi, pintu bilik kunci tak? Memang lecehla kan nak kunci semua pintu bilik. Betul tak? Demi keselamatan takkan takleh buat kot? Mencegah lebih baik dari mengubati guys! Kuncilah semua pintu di rumah kita.

6. Buka lampu dalam rumah


Bunyi macam membazir letrik, tapi kaedah ini sangat membantu! Tambah kalau rumah ada pasang automatik light. Setkan time pukul berapa nak on dan off lampu. Pastikan time dekat nak maghrib tu lampu tu automatik akan on dengan sendirinya. Subuh esoknya ia akan padam kembali. Hati pun tak risau jika kita tinggalkan rumah kita lama.

7. Buang sampah


Jika nak rumah diserang ulat dan berbau busuk silalah jangan buang sampah. Baunya memang semerbak. Boleh pengsan! Jadi pastikan kita meninggalkan rumah kita dengan keadaan sampah kosong. Bukan rumah orang lain pun. Rumah kita jugak yang bersih nanti. Rumah kita ni kan syurga kita.

8. Telefon bimbit dan gajet


Dunia sekarang memang tanpa smartphone macam rasa hidup dalam gua. Rasa macam hidup ini tak berguna. Jadi memang patutlah ramai yang claim ini nyawa kedua. Pastikan kita jangan lupa bawak handphone. Charger pun penting jugak. Lagi bagus kalau ada powerbank, time travel ni memang powerbank sangat berguna! Kat kampung nanti takyah berebut soket ngan anak buah sedara mara.

9. Servis kereta


Pastikan kereta kita dalam keadaan tip top. Servis kereta untuk memudahkan perjalanan kita. Jangan sampai tersadai di tepi jalan kerana kehabisan air bateri, temperature naik, minyak itam kering dan sebagainya. Memang tension tau kalau kereta buat hal kat jalan! 

Last, but not least.....

10. Baju raya


Ini memang mustahak. Jenuh dok bershopping di jalan TAR, Plaza Alam Sentral bagai tapi terlupa bawak baju raya. Menangis tak berlagu dibuatnya. Pastikan baju raya kita, pasangan kita, anak-anak kita di bawa. Periksa dulu booth kereta tu banyak kali. Takut tertinggal beg pakaian di rumah plak.

11. Supplement dan vitamin

Musim perayaan ini macam-macam juadah lazat dihidangkan.Rumah sana ada menu special, rumah sini ada daging rendang, hujung kampung ada ketupat bagai... Pendek kata makanan di musim raya ni memang lazat dan sukar ditolak. Perut yang sebulan puasa ni macam terkejut tetiba dalam satu hari sumbat macam-macam makanan. Jadi kenalah bawa vitamin ini untuk jaga kesihatan kita sentiasa sihat. Amalkan vitamin perayaan ini:


Omega guard - Mengawal dan menghapuskan kolestrol jahat dalam darah kita



Phytocol - Bertindak menghalang kolestrol jahat memasuki dalam darah kita. Ambil sebiji sebelum menjamah makanan. Insyallah kolestrol tak dapat meresap masuk dan kita pun bolehlah melantak makanan tanpa takut kepada kolestrol.



Nutriferon - Untuk kuatkan sistem imunisasi badan kita. Tak seronok tetiba kita demam pula masa raya kan.... 



Vitamin C - Antioksida. Juga untuk kuatkan antibodi dalam badan kita. Selesema ke resdung di pagi raya confirm hilang di pagi raya.

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya



Akhir sekali, saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada pembaca setia blog saya khususnya dan semua umat muslim amnya. Maafkan segala salah silap saya selama mana saya berblog dan bershaklee dgn uols. Saya sayang uols! 

Tips Turunkan Kolestrol Dengan Cepat Ke Paras Normal

with 3 comments

Jangan ambil mudah dengan kolestrol!


Sekarang ini saya tidak perlu risau lagi untuk makan makanan kegemaran saya walaupun saya tahu ia mempunyai kolestrol yang tinggi. Best kan? Saya sudah jumpa tips elakkan kolestrol bermaharajalela di dalam badan saya. Kolestrol yang tinggi boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti stroke, darah tinggi dan sebagainya.

phytocol shaklee turunkan kolestrol
Kawal kolestrol melalui pemakanan kita
Dulu agak takut jugak nak 'belasah' makanan yang kita tahu kolestrol tinggi. Terpaksalah membayangkan makanan tu banyak ulat-ulat untuk membuatkan saya benci makanan tu. Hahaha. Sampai macam tu saya mengawal minda saya! 

Nampak senang bukan? Sebenarnya memang susah nak kawal minda kita! Kita sering terpengaruh dengan dorongan nafsu yang tinggi. Apatah lagi, Malaysia mempunyai kepelbagaian makanan jenis bergoreng dan bersantan, hidangan pencuci mulut seperti kek, coklat dan ais krim. Faktor kerap mengamalkan makanan tinggi lemak antaranya organ dalaman, daging merah, makanan laut dan telur kuning juga mampu menjadi faktor penyumbang terbesar kepada peningkatan paras kolestrol dalam darah.


Paras Kolestrol Normal, Pertengahan & Tinggi

  • Paras kolestrol darah normal merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang berada di bawah 5.20 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol darah yang unggul bagi anda.
  • Paras kolestrol darah pertengahan pula merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang berada pada julat 5.20 sehingga 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang kurang sesuai bagi anda.
  • Paras kolesterol darah tinggi pula merujuk pula kepada sukatan kolesterol dalam darah yang melebihi 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang memrbahaya untuk kesihatan anda. 

 

Punca paras kolestrol melebihi paras normal

  • Makan berlebihan terutamanya makanan yang beminyak.
  • Kerap makan makanan yang bergoreng. mentega, marjerin dan minyak sapi
  • Menggemari makanan berasaskan santan dan kerisik.
  • Makan daging berlemak dan ayam berkulit
  • Makan daging proses seperti burger dan sosej.
  • Kerap minum susus penuh krim dan makan hasil tenusu seperti keju dan dadih
Kini saya tidak risau lagi dengan kolestrol

Jangan risau! Phytocol mampu menghalang kolestrol menyerap ke dalam darah kita


Inilah rahsia saya untuk turunkan kolestrol dengan cepat ke paras normal. Bukan itu sahaja, phytocol perlu diamalkan sebelum kita menjamah sesuatu makanan yang berkolestrol tinggi. Untuk info phytocol mampu menghalang 90% kolestrol daripada makanan tersebut menyerap ke dalam darah kita. Jom kita lihat gambarajah di bawah untuk pencerahan.


phytocol shaklee turunkan kolestrol
Phytocol Shaklee mengandungi fitosterol dan rumusan klinikal istimewa untuk menghalang kolestrol menyerap ke dalam badan kita. Gambarajah di atas menunjukkan situasi sebelum dan selepas mengambil Phytocol Shaklee. Fitosterol telah menjadi perisai pertahanan yang hebat sehinggakan 90% kolestrol tidak berjaya menyerap ke dalam darah kita. Untuk penerangan terperinci boleh klik 

Phytocol Shaklee Turunkan Kolestrol Secara Semulajadi


phytocol shaklee turunkan kolestrol

Yang lagi 10% kolestrol tu macam mana? Takkan nak biarkan sahaja?


Jangan risau dan bimbang. Saki baki kolestrol yang terdapat dalam darah kita tu akan dapat dinyahkan oleh Omega Guard Shaklee. Boleh baca di sini kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee. Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan terbaik di dunia yang mampu menghakis kolestrol-kolestrol degil yang melekat di dinding saluran darah kita.


Sebenarnya pengambilan kolestrol yang sihat ialah di bawah 300mg sehari. Tetapi mampukah kita membenarkan 300 mg kolestrol sahaja ke dalam badan kita sehari. Jika kita lihat gambarajah ini, saya tahu uols pun tahu jawapannya

phytocol shaklee turunkan kolestrol

Masyallah! Ada yang mengucap panjang bila melihat gambar  di atas. Baru sedar bahawa setiap hari mengambil makanan tinggi kolestrol dan melebihi 300mg. Selagi kita berada di Malaysia memang sukar kita nak mengekalkan kolestrol di paras normal kerana Malaysia memang terkenal dengan aneka makanan yang lazat.

Justeru itu segeralah bertindak sebelum terlambat. Hapus dan turunkan kolestrol dengan cepat ke paras normal dengan Phytocol dan Omega Guard Shaklee. Saya memang tidak risau lagi dengan kolestrol. Sebelum menjamah makanan saya telan dulu phytocol untuk menghalang 90% kolestrol ke dalam badan saya. Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan. Sihat sebelum sakit! Jom klik link di bawah


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Phytocol Shaklee Turunkan Kolestrol Secara Semulajadi

with 3 comments

Wah! Sedapnya!

Sedapnya makanan Malaysia! Sememangnya Malaysia bumi bertuah. Bukan sahaja kaya dengan pelbagai budaya berbilang bangsa tapi juga mempunyai varierty makanan yang lazat dan best! Rugi tak rasa wooo....




Bestkan video klip ni kan? Itu baru sedikit jer. Sebenarnya banyak lagi makanan Malaysia yang lazat-lazat di luar sana. Kita hanya perlu amalakan konsep 'Jalan-jalan cari makan' jer. Hahaha..  Betul tak? Takkan nak tengok jer makanan yang best ni! Apaaaa! Takut kolestrol!

Banyak kita makan banyak jugalah kadar kolestrol yang tinggi meresap ke dalam badan kita. Kolestrol adalah pembunuh senyap tanpa kita sedari. Cuba cek kadar kolestrol diri kita. Berapa kadar mg kolestrol kita? Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan. Entri kali ini ingin mengajak pembaca blog SuperbVitamin bagaimana nak menikmati makanan Malaysia yang lazat ini dan pada masa yang sama dapat mengelakkan penyerapan kolestrol di dalam badan kita. Jom baca seterusnya!




Lihat pada gambar di atas. Adakah kita tergolong dalam 6 juta itu? Risau tak? Kolestrol tak terkawal memang merbahaya dan boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke. Secara logiknya memang kita tidak menyedari kolestrol bermaharaja lela dalam badan kita. Tambahan pula kita tidak mampu menolak daripada menjamah  kelazatan pelbagai makanan yang terdapat di negara kita ni. Umumnya kadar maksimum kolestrol normal adalah seperti gambar di bawah.


Lihat pada gambar pola permakanan gambar di atas. Berapakah jumlah kolestrol yang berjaya masuk ke dalam badan kita? 942 mg sedangkan saranan pengambilan kolestrol untuk mereka yang sihat ialah 300 mg sehari. Itu belum lagi kita ketahui jumlah kolestrol yang didapati daripada makanan yang lain. Cuba lihat gambar di bawah.



Kalau diikutkan banyak makanan kegemaran kita yang tak boleh dijamah. Memang kita sukar nak limitkan pengambilan makanan kurang dari 300 mg selagi kita berada di Malaysia. Makanan di Malaysia memang best dan lazat! Rugi kalau kita tak rasa. Betul tak? Huhuhu

Produk baru Shaklee  2014 Phytocol

Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan. 

 

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah. 

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato  setiap hari. 



Keistimewaan Phytocol Shaklee

  • dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
  • fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
  • kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
  • tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan

Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.


Sekarang bagaimana? Dah tahu cara nak turun kolestrol kan? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.

Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan!

Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?