Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Vitalea Chewable Multivitamin Untuk Kanak-Kanak

with 2 comments

Multivitamin terbaik untuk anak kita!

The best kids multivitamin is back! Itulah kejutan Shaklee di awal tahun baru 2015 ini. Setelah menghilang setahun lebih dari pasaran Malaysia, kini Vitalea Chewable multivitamin untuk kanak-kanak muncul dengan formula lebih baik dan mantap. 

Multivitamin terbaik untuk anak kita

Kenapa Vitalea Chewable hilang sekian lama dan kini muncul semula?

Memang ramai yang bertanya akan hal ini. Bahkan pelanggan saya dulu yang setia memberikan Vitalea Chewable kepada anak mereka setiap hari sudah berputus asa menanti kemunculannya  dan mula melupakannya. Tiba-tiba ia muncul tanpa diduga. Bagai mengantuk disorongkan bantal, kini harapan bersinar kembali untuk memberikan multivitamin terbaik kepada anak mereka semula. 

Ini kisahnya. Shaklee telah memperkasakan nutrisi vitamin yang ada dalam vitalea chewable ini. Kita tahu ia mengandungi 19 jenis nutrisi vitamin. 14 nutrisi vitamin telah diperkasakan lagi. Orang kampung saya cakap 'improved formula'. Lihat jadual komposisi di bawah ini.


Sebagai ibu bapa kita patut mencari multivitamin terbaik untuk anak kita memandangkan majoriti kanak-kanak zaman sekarang lebih terdedah kepada makanan segera seperti McDonald, KFC, Pizza Hut dan lain-lain sejak dari kecil lagi. Itu belum lagi dicampur dengan makanan junk food atau jajan yang menjadi makanan pujaan mereka. Kanak-kanak lebih gemarkan makanan sebegitu berbanding makanan yang segar mengandungi makanan seimbang seperti sayuran dan buah-buahan.

Pengambilan  Vitalea Chewable dapat membantu membekalkan 19 Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh seorang kanak-kanak untuk membesar. Selain itu pembinaan kalsium dalam tulang menjadi kuat dan sihat. Ia juga membantu kecergasan kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti harian agar tidak mudah letih.

Multivitamin terbaik untuk anak kita

Kebaikan Vitalea Chewable kanak-kanak  


  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi 
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit 
  • Lengkap dengan vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul 
  • Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan 
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik 
  • Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
  • Rasa yang sedap dan memang digemari kank-kanak


Ciri-ciri anak yang memang memerlukan Vitalea Chewable


  • Anak yang kurang selera makan 
  • Anak yang suka makan junk food
  • Selalu dan mudah dapat penyakit seperti demam, batuk dan selsema. Tingkatkan sistem imuniti badan 
  • Ibu bapa yang gagal menyediakan makanan seimbang berkhasiat kepada anak kerana kesibukan bekerja.
  • Anak yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap tablet) 
  • Anak yang tak suka makan sayur (mengandungi vitamin k bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)

Vitalea Chewable berbeza dengan produk lain di pasaran

  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tambahan
  • Mengadungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi dari kaviti 
  • Pembungkusan BPA free


Anak adalah harta paling bernilai yang kita miliki. Selain daripada memberi kasih sayang secukupnya kepada anak kita jangan pula kita ambil mudah tentang kesihatan mereka. Percayalah nikmat kesihatan yang sihat itu memang tiada tolok bandingnya. Jadi pastikanlah anak kita membesar dengan sihat!


Untuk pembelian mudah dan pantas sila klik gambar di bawah ini,


ATAU



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.






Bolehkah Menyusukan Anak Ketika Ibu Demam

with 6 comments

Adooooi! Demam pulak!


Saya sering mendapat pertanyaan daripada ibu-ibu menyusu bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam. Ada yang bimbang apabila si ibu terpaksa menelan panadol atau ubat demam ketika demam yang akan menyebabkan susu yang dihasilkan tercampur dengan ubat yang dimakan. Ada juga yang risau demam ini akan menjangkiti anak.



Apa yang sangat mengecewakan ada ibu mengambil jalan singkat dan mula memberi anak susu formula. Oh tidak! Jangaaaan! Mari kita rungkaikan persoalan ini dan jemput baca sampai habis entri ini.

Saya sendiri pernah demam, batuk dan selsema ketika menyusukan anak. Mula-mula saya risau juga takut berjangkit pada anak. Tetapi setelah saya merujuk kepada doktor di Klinik An-Nisa' Subang Mahsing saya berasa lega. Cuma yang penting sekali adalah memberitahu doktor bahawa kita ini 'breastfeeding mother' bagi memudahkan doktor memberi ubat dan dos yang sesuai untuk ibu menyusu.

Doktor juga menasihatkan saya untuk terus menyusukan anak walaupun ketika demam. Susu ibu akan melindungi bayi kita daripada kuman-kuman yang menyebabkan ibu demam. Ini kerana susu ibu kaya dengan nutrien dan antibodi melawan kuman. Menyekat penyusuan ibu ketika ibu demam boleh mengakibatkan anak kita mudah jatuh sakit seperti demam, selsema dan batuk.

Jadi ibu-ibu yang menyusu jangan risau apabil dilanda demam. Susu ibu yang dihasilkan tidak akan bercampur dengan ubat yang kita makan. Susu ibu juga tidak bercampur dengan kuman-kuman apabila kita demam, batuk dan selsema. 


Sebenarnya, apabila ibu itu demam, secara automatik badan ibu akan mula menghasilkan antibodi  untuk melawan virus yang menjangkitinya. Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. 

Dulu di awal terbabit secara serius penyusuan susu ibu memang kalau demam saya akan makan ubat demam atau panadol. Tapi apabila saya kenal dengan Shaklee saya lebih tertarik untuk mengamalkan vitamin daripada makan ubat. Walaupun doktor membenarkan ibu menyusu makan ubat ketika demam tetapi bukankah lebih elok jika kita berjaya mengelakkan sebarang dadah atau ubat masuk ke dalam badan kita? 

Saya memang mengamalkan hidup bebas tanpa dadah atau pun orang kampung saya cakap drug free. Jadi jika badan saya demam, batuk dan selsema saya akan mengamalkan Nutriferon, Omega Guard dan Vitamin C Shaklee

Nutriferon


Bolehkah Menyusukan Anak Ketika Ibu Demam

Nutriferon bukan ubat yang bersifat dadah. Ia supplement yang menguatkan sistem imuniti badan kita. Nutriferon dihasilkan dari sumber bahan semulajadi. Tiada kesan negatif kepada bayi yang disusukan, malah ada ibu yang berkongsi nutriferon membantu tambahkan susu badan.

Omega Guard Shaklee



Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Jangan tak tahu minyak ikan paling tulen dihasilkan ialah Omega Guard Shaklee. Omega guard dapat meningkatkan sistem imuniti kerana ia mengandungi EPA dan DHA yang paling tinggi, membekalkan 900mg EPA dan DHA. Secara tak langsung anak yang menyusu akan dapat nutrisi minyak ikan yang bagus untuk tumbesaran dan perkembangan otak. Boleh baca selanjutnya dengan klik  kebaikan dan keistimewaan Omega Guard.

Vitamin C 



Saya juga amalkan Vitamin C Shaklee setiap hari untuk mengekalkan saya sentiasa sihat. Sebenarnya ada banyak kebaikannya. Jom klik Testimoni Vitamin C Shaklee

Last but not least jangan lupa untuk menjaga kebersihan diri ketika kita demam. Ibu perlulah menutupi mulut dengan tuala atau tisu yang bersih ketika batuk ataupun bersin. Seeloknya kita hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun pada setiap kali kita menguruskan bayi seperti memberi susu dan juga menidurkan bayi. Ini penting untuk mengurangkan risiko berjangkit secara terus virus dari ibu kepada bayi.



Orang kata mencegah lagi baik daripada mengubati. Jangan demam sedikit sahaja terus ambil panadol. Batuk jer terus minum ubat batuk. Sampai bila kita nak bergantung dengn ubat? Ubat mengandungi dadah yang dibenarkan ini akan mula memberi kesan negatif apabila umur kita meningkat tua nanti.

Akhir sekali saya nak belanja uols video kisah seorang mommy yg superb buzy tetapi masih lagi mampu menyusukan anak dia sehingga 2 tahun. Jom kita tonton apakah rahsianya sekarang!


Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.

Jadi ibu-ibu menyusu yang risau menyusukan anak ketika demam janganlah bimbang lagi. Tiada apa kesan negatif akan berjangkit kepada anak. Tapi alangkah lebih baik jika kita mengamalkan supplement atau vitamin untuk menghindari demam, batuk dan selesema. Anak kita pun akan dapat kebaikan dari vitamin yang kita amalkan. Tak percaya? Cubalah sekarang!

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.











Petua Merawat Demam Denggi

with 0 Comment

Demam denggi boleh membawa maut

Saya masih tidak faham kenapa ia dipanggil 'demam'. Perkataan demam inilah yang menyebabkan ramai di kalangan kita mengambil sikap acuh tak acuh tentang bahayanya demam denggi. Kebiasaannya jika demam kita akan makan penadol atau ubat demam sambil pakai baju tebal-tebal sehingga kita berpeluh dan demam kebah. Betul tak? Tetapi masih ramai yang ambil mudah walaupun dah seminggu dilanda demam. Bahaya! Don't play-play beb.


Shaklee Merawat Demam Denggi


Jika kita masih demam dalam masa 3 hari, cepatlah pergi buat ujian darah di klinik atau pun hospital. Kesihatan kita jangan diabaikan. Demam denggi bukan satu demam biasa kerana ia boleh membawa maut. Insyallah dengan rawatan peringkat awal demam denggi dapat disembuhkan dan umur kita pun masih panjang. Kita boleh kesan tanda-tanda demam denggi ini seperti gambar di bawah



Shaklee Merawat Demam Denggi

Kita sedia maklum, tiada ubat untuk menyembuhkan denggi kecuali dengan mengawal simptom-simptom denggi. Begitulah yang dilakukan oleh pihak hospital apabila menerima pesakit denggi. Mereka akan mengambil langkah-langkah untuk mengawal denggi daripada terus merebak sehinggalah pesakit sembuh dan bebas daripada demam denggi. Jom kita baca petua merawat demam denggi di bawah.

Minum air masak

Wajib minum air masak sebanyak yang boleh. Kalau kena tahan wad pun nanti doktor akan suruh jururawat masukkan air juga dalam badan juga.

Sup ketam

Tak kisalah ketam nipah atau ketam laut. Masak sup kemudian makan dan hirup kuah sup ketam itu. Kajian ringkas mendapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platlet darah yang hilang akibat virus denggi.  sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat.

Jus daun betik

Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Bancuh dengan segelas air dan minum. Rasanya memang pahit. Tapi nak sembuhkan? Pahit itu penawar sebenarnya.

Jus kurma

Blend kurma 10 - 20  biji bersama segelas air suam. Minumlah segelas pada waktu pagi, petang setiap hari sehingga sembuh.

Tembikai merah

Makan tembikai merah banyak-banyak. Wah! petua ni memang best. Siapa penggemar tembikai pasti sukakannya.


Nutriferon dan Performance Drink 


Petua Merawat Demam Denggi

Pengambilan nutriferon juga adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon telah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Petua Merawat Demam Denggi

Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

Jom kita tengok testimoni Shaklee marawat Demam Denggi

Petua Merawat Demam Denggi

Petua Merawat Demam Denggi

Jika anda, adik beradik, saudara mara atau sahabat handai yang terkena wabak demam denggi, segeralah amalkan nutriferon dan performance drink shaklee ini. Boleh dapatkannya dengan klik pada gambar di bawah




Last but not least:


  • Patuh nasihat doktor. Elakkan makanan pedas dan berminyak sebab boleh mengakibatkan gastrik. Orang demam denggi selalu tak ada selera makan. 
  • Pesakit demam denggi tidak digalakkan gosok gigi kuat-kuat bagi mengelakkan pendarahan pada gusi. Nak gosok pun ala kadar je.
  • Kita sebagai orang sakit kena bersangka baik dengan Allah. Banyakkanlah minta ampun kerana sakit ini mungkin sebagai kifarah atau balasan dosa kita atau ujian Allah atas kita. Kena redha dan berdoa semoga dengan sakit ini terhapus segala dosa kita. 
  • Jangan tinggalkan solat walaupun sakit. Solatlah duduk sebab berdiri terhoyong hayang macam nak rebah.
  • Jangan lupa berfikiran positif bahawa kesembuhan itu datang daripada Allah juga... Berfikir secara positif juga dapat menyerap aura positif pada diri kita sekaligus lekas sembuh.
 Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Mencegah Pneumokokal dengan Shaklee

with 0 Comment
Pneumokokal ancam kanak-kanak

Saya dah lama nak bercerita tentang ni. Bulan lepas semasa saya menemani anak sulung saya Irfan bersunat di sebuah klinik saya terbaca artikel mengenai penyakit ini di dinding klinik. Ejaan dan bunyinya sangat pelik. Saya memang tak pernah dengar mengenai penyakit ini. Memang kekurangan info mengenainya. Awas! Penyakit ini amat merbahaya kepada kanak-kanak. Tetapi baru-baru ni anak kawan saya disahkan mengidap penyakit ini. Lantas terus saya updet entri mengenai pneumokokal dan cara pencegahannya.


cegah kanak-kanak dari pneumokokal


Mungkin ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneu- mokokal itu sebenarnya. Ramai yang kurang prihatin terhadap masalah penyakit penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak. Antara penyakit berjangkit dan kematian utama di kalangan kanak-kanak yang semakin disedari di seluruh dunia ialah pneumokokal (PnD).


Apa itu jangkitan Pneumokokal?

Penyakit pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.


Anggaran yang dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu turut mendapati, setiap tahun penyakit itu menyebabkan kematian lebih sejuta kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah di negara membangun.

Bakteria s. pneumoniae menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa seperti pneumonia, meningitis dan bakteremia (keracunan darah) dan juga otitis media (jangkitan bahagian tengah telinga).

Jemput baca kisah sedih ini di sini. 

Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?

Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.



cegah kanak-kanak dari pneumokokal
Gambaran X-ray yang menunjukkan paru-paru yang mengalami pneumonia.
Dianggarkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak tadika dan prasekolah juga menjadi pembawa bakteria pneumokokus yang boleh disebarkan kepada kanak-kanak lain dalam pergaulan harian di tadika atau taman asuhan.

Lagi kisah bahayanya pneumococcal di sini. 

Apakah ada vaksin dan bagaimana ia diberikan?

Vaksin terdahulu ialah pneumococcal polysaccharide vaccine (PPV) yang mengandungi 23 antigen pada lapisan yang telah ditulenkan. Vaksin yang terbaru ialah pneumococcal conjugate vaccine (PCV) yang telah diubahsuai dengan menggabungkan 7 lapisan kapsul polisakarida yang telah ditulenkan dan setiap satunya digabungkan dengan toksin difteria yang telah di nyah aktifkan, untuk mempertingkatkan keberkesanan vaksin ini. Polisakarida adalah kandungan gula kompleks yang merupakan sebahagian daripada kuman bakteria itu sendiri. Vaksin ini harus diberikan melalui suntikan ke dalam otot. 



cegah kanak-kanak dari pneumokokal

PCV boleh diberikan pada usia 2, 4 dan 6 bulan, manakala dos ke 4 diberikan pada usia antara 12 hingga 15 bulan. PCV atau PPV boleh diberikan kepada kanak- kanak berusia 2 hingga 5 tahun.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibubapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada bayi-bayi mereka yang sihat. Vaksin ini adalah disarankan untuk kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya seperti pesakit Talasemia 


Mencegah pneumokokal dengan Shaklee

Sebagai ibubapa kita boleh mencegah pneumokokal dengan meningkatkan tahap imunisasi anak kita. Anak-anak saya dari umur 1 tahun lagi telah diberi vitamin shaklee seperti Nutriferon, Omega Guard, Chewable Vita C dan Meal Shakes Shaklee bagi memelihara kesihatan mereka. Ini hanya sebagai langkah-langkah pencegahan atau menambah sistem imun mereka dari peringkat awal. Jadi, apa yang perlu kita buat ialah jaga pemakanan mereka serta cegah awal penyakit-penyakit biasa atau berjangkit ini dari awal.


cegah kanak-kanak dari pneumokokal

Jemput baca kebaikan dan keistimewaan vitamin ini:

Nutriferon
Omega Guard
Chewable Vita C
Meal Shakes


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271

♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Merawat Batuk dan Selsema Anak Kesayangan Kita dengan Shaklee

with 3 comments

Cegah batuk dan selsema!



Hati mana yang tak runsing bila melihat anak kesayangan kita sering batuk-batuk dan selsema. Tak boleh tidur dibuatnya. Kesian melihatnya bila asyik batuk sahaja terutama ketika waktu malam.  Kalau dibiarkan boleh melarat menjadi batuk berkahak dan demam. Kadang-kadang kalau dah teruk sangat terpaksalah mendapatkan rawatan dengan doktor. 



kebaikan vitamin kanak-kanak shaklee



Walau bagaimanapun, penggunaan ubat batuk untuk kanak-kanak berumur lebih 2 tahun tetap kurang digalakkan kerana :

  • Demam, batuk atau selsema sering disebabkan oleh jangkitan virus.Anak akan beransur pulih dengan sendiri berdasarkan ANTIBODI dan tidak perlu ubat-ubatan. 
  • Apa yang diperlukan oleh anak ialah rehat dan pengambilan air yang secukupnya.

Kesan buruk yang berlaku akibat pengambilan ubat batuk dan selsema ialah sawan, peningkatan kadar denyutan jantung, menurunkan paras kesedaran dan kematian mengejut. Kanak-kanak yang kurang 2 tahun TIDAK digalakkan untuk mengambil antihistamine kerana fungsi organ yang belum berkembang dan belum matang sepenuhnya.

Sepatutnya anak yang masih kecil tidak didedahkan dengan banyak ubat. Jika anak sering demam, batuk dan selsema kita sebagai ibu bapa hendaklah cari alternatif lain untuk menguatkan antibodi mereka. Kanak-kanak memang mempunyai sistem imuniti badan melawan penyakit yang lemah dan belum matang. Kita patut mencontohi ibu di dalam video di bawah ini. Jom kita tonton apa kisahnya....




Sebenarnya agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema. Antara sebabnya:
  • Sekiranya jangkitan yang disebabkan virus,antibiotik tidak sesuai kerana ia dicipta untuk membunuh bakteria..
  • Antiviral pula memang dicipta untuk membunuh virus tetapi ada kesan sampingan yang merbahaya.Jadi ia tidak diluluskan sebagai ubat untuk merawat gejala selsema batuk ini.
  • Nasal Spray pun tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak
  • Ubat batuk pula sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak especially yang Berumur 2 tahun kebawah.Sememangnya ada kajian menunjukkan ia gagal menyembuhkan batuk kanak-kanak.



Batuk dan selsema ialah satu gejala yang dihasilkan oleh sistem imunisasi badan kita iaitu salur pernafasan hidung dan tekak dijangkiti oleh virus penyebab selsema.Umumnya kita akan cuba menentang virus selsema ni dan gejala ini akan dialami dalam 5-7 hari. Sebenarnya batuk dan selsema ni tak boleh sembuh dengan pengambilan ubat. Doktor biasanya akan bagi ubat untuk kita berehat dan pulihkan sistem imunisasi badan kita.


Namun sebagai ibu bapa kita perlu menanamkan konsep 'prevention is better than cure' untuk anak-anak. Kita perlu memastikan anak kesayangan kita mendapat nutrisi yang cukup dan lengkap. Sebelum melarat kita boleh merawat batuk dan selsema anak kesayangan kita dengan Shaklee. Bagaimana Shaklee boleh membantu? Jom kita baca seterusnya.  


Omega Guard 




  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi apabila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler
  • Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, kajian menunjukkan kanak-kanak yang mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas
  • Dapat merawat penyakit eczema dr dalam, biasanya ibu-ibu ambil alternatif utk menyapu ubat luaran sahaja tetapi beberapa lama kemudian akan muncul kembali. Dengan pengambilan omega 3 dapat mengelakkan masalah eczema.
  • Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak-kanak lebih cergas dan aktif dan membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar.

  • Melindungi dari Influenza, selsema
  • Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara.
  • Berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza
  • Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu dan sebagainya
  • Sangat sesuai diamalkan jika kerap mengunjung ke tempat yang sesak seperti pasar malam, pasaraya, kawasan pelancongan dan berada di luar negara.
  •  Mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
  • Sesuai untuk yang kerap demam dan batuk lebih dari seminggu

Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Boleh baca fakta menarik mengenai Meal Shakes di sini

Mencegah lebih baik dari mengubati. Sayangilah anak-anak kita. Sesungguhnya harta yang paling bernilai ialah anak. Rawatlah batuk dan anak kesayangan kita dari awal sebelum ia melarat menjadi serius. Mula langkah bijak kita dengan mengamalkan vitamin untuk menguatkan imuniti anak kita sekarang. Jom dapatkan vitamin Shaklee dengan klik gambar di bawah



ATAU



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.






Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?