Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label Shampo ProSante. Show all posts
Showing posts with label Shampo ProSante. Show all posts

Tips dan Petua Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung

with 3 comments

Rambut aurat wanita!


Rambut adalah mahkota paling berharga bagi seorang wanita. Memiliki rambut yang cantik menjadi idaman setiap wanita. Aset yang paling berharga untuk dipelihara agar ia sentiasa kelihatan anggun dan mempersonakan. Namun bagi wanita yang bertudung, usah memandang remeh terhadap penjagaan rambut ini walaupun ianya merupakan aurat yang ditutup rapi bagi pandangan luar.



Takut rambut rosak! Semoga ia tidak menjadi alasan utama wanita islam tidak berhijab. Zaman moden serba canggih ini terdapat banyak tips dan petua penjagaan rambut untuk wanita bertudung. Hanya tinggal nak tak nak sahaja. Orang kata, "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih." 

Jom baca tips di bawah ini. Semoga ianya menjadi info bermanfaat dan dapat membuka hidayah lebih ramai wanita muslimah bertudung. Insyallah!

1. Cuci rambut secara berkala.


Secara berkala bukanlah bermaksud kita harus mencuci rambut pada setiap hari. Mencuci setiap hari akan menyebabkan rambut kehilangan minyak semulajadinya.


2. Elakkan membasuh rambut menggunakan air panas.

Suhu tinggi boleh menyebabkan rambut menjadi kasar dan menggerbang. Gunakan air sejuk semasa mencuci rambut untuk melembutkan kutikel rambut dan membantu rambut agar lebih bersinar.


3.Gunakan syampoo semulajadi

Bahan kimia adalah sangat tidak bagus untuk rambut, jadi gunakan produk semulajadi seperti minyak kelapa. Pilihlah syampu dengan bahan semulajadi dan sesuai dengan kondisi rambut dan kulit kepala kita. Jangan lupa gunakan kondisioner juga!




Saya cadangkan uols untuk menggunakan Set Syampoo ProSante Shaklee yang memang menggunakan sumber semulajadi bebas bahan kimia. Untuk perinciannya sila klik 


4. Memakai hijab ketika rambut kering


Memakai hijab atau tudung ketika rambut masih basah merupakan satu kesilapan besar ! Rambut yang basah dan lembap menyebabkan kepala berkelemumur dan mudah bercabang. Berikan masa untuk rambut anda kering sebelum ia dilitupi. Namun jika anda sedang mengejar masa, keringkan rambut anda menggunakan pengering rambut, dan jangan lupa gunakan produk perlindungan rambut !


5. Longgarkan ikatan rambut

Mengikat rambut dengan terlalu ketat boleh merosakkan rambut dan menyebabkan keguguran. Jika kita sering mengikat rambut dengan cara “pony tail” atau “bun”, jangan ikat dengan terlalu ketat, biarkan rambut anda bernafas.


6. Lepaskan rambut


Bebaskan ikatan rambut kita jika berada di rumah atau di tempat-tempat yang sesuai tidak berhijab. Rambut yang sering diikat akan mudah gugur dan berbentuk serta menggerbang.

7. Pilih pengikat rambut yang betul

Adalah dinasihatkan kita memilih pengikat rambut dari bahan seperti kapas atau pengikat berenda untuk mengurangkan geseran antara rambut dan tudung. Pastikan pengikat rambut tidak terlalu ketat ya.

8. Trim rambut secara berkala




Apabila rambut sering diikat ke belakang, ia sering menyebabkan rambut rosak di bahagian hujung. Jadi rajinkan diri ke salon untuk trim hujung rambut pada setiap beberapa bulan sekali.

9. Pilih tudung dari material selesa


Pastikan kita memakai hijab atau tudung yang selesa dipakai dan tidak panas. Jika kulit kepala kita panas dan berpeluh, rambut tidak dapat 'bernafas' dan menjurus kepada masalah kulit kepala seperti kulit kepala berminyak, berkelemumur dan sebagainya. Macam saya sekarang ini lebih selesa ke mana-mana dengan tudung bokitta. Memang awesome!


10. Manjakan rambutmu


Sekali sekala, hadirkan diri ke salon muslimah berdekatan anda untuk merawat rambut dan mengurut kulit kepala anda. Rawatan rambut secara berkala akan mengekalkan kesihatan dan kelembutan rambut anda. Urutan kulit kepala boleh membantu memperbaiki pengaliran darah dan pertumbuhan rambut yang optimal.


Ops! Nanti dulu! Saya nak belanja uols video seorang wanita yang mengalami keguguran rambut yang kronik sampai suami dia pun risau! Hahahaha, jom kita tonton macam mana dia boleh atasi masalah rambut ini. Layaaanz

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.


Okay itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga dapat menjadi info berguna dan bermanfaat kepada semua pembaca blog SuperbVitamin. Last but not least, sejak saya mengguna Set Syampoo ProSante Shaklee rambut saya tidak menghadapi masalah dan kelumumur pun tiada. Jika uols berminat bolehlah calling-calling saya!

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Keguguran Rambut Selepas Bersalin

with 0 Comment
Bayi dah pandai buat buih, rambut akan gugur?

“Kak Mazni, Rambut saya banyak gugurlah lepas bersalin,” seorang sahabat mengadu kepada saya.
" Agaknya anak ko sudah pandai buat buih kot." Balas saya sambil cuba berlawak dengannya. 
vitamin Shaklee merawat Keguguran Rambut Selepas Bersalin

Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Masalah keguguran rambut selepas bersalin bukan lagi satu yang aneh kepada wanita. Kenapa ia terjadi selepas melahirkan si comel? Apakah faktor keguguran rambut itu?

9 perkara yang perlu diketahui:

  1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
  2. Kita harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
  3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, kita tidak perlu panik kerana kita tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
  4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
    vitamin Shaklee merawat Keguguran Rambut Selepas Bersalin

  5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika kita menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
  6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
  7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
  8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
  9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka. sumber: http://pama.karangkraf.com

Apa perlu dilakukan untuk merawat keguguran rambut selepas bersalin ini?


  • Tukar kepada syampoo yang lebih rendah kandungan kimia atau syampoo yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.


Syampoo merawat Keguguran Rambut Selepas Bersalin


  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan kurangkan stress.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Ambil nutrisi penting untuk penjagaan rambut iaitu ESP, Zinc dan Vita-Lea 
Untuk mengetahui Vitamin merawat keguguran rambut selepas bersalin sila klik di bawah


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung

with 7 comments

Penjagaan rambut untuk wanita yang bertudung adalah penting!


Salam ceria semua! Jangan murung-murung. Hari ini jom kita fikir yang baik sahaja. Oleh itu jemputlah baca nukilan entri saya kali ini. Saya nak berkongsi kebaikan Set Shampoo rambut untuk wanita yang bertudung. Best tak entri kali ni? 


Kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee


Jangan nak tipu saya! Siapa sini yang tak pernah menggaru kepala? Adakalanya kita kurang selesa apabila sering menggaru kepala yang gatal-gatal, berkelumumur, selain berminyak dan bercabang di hujung rambut. 

Wanita bertudung tidak mempunyai alasan untuk tidak menjaga rambut dengan membiarkan tidak terurus dan kusut masai. Walaupun tidak terdedah dengan pencemaran alam sekitar, wanita yang bertudunglah yang patut utamakan penjagaan rambut dalam tudungnya itu.

Pakai tudung tu wajib kerana aurat wanita. Apabila kita pakai tudung rambut dan kulit kepala terperap lama dalam tudung. Ini menyebabkan rambut tidak bernafas dan udara tidak dapat masuk dengan baik. Keadaan ini akan mengundang kulit kepala menjadi gatal dan berkelumumur, selain berminyak dan hujung rambut bercabang. Oleh itu kita mesti rajin mencuci rambut sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi mengelakkan kulit kepala kita lembap dan berminyak.

Perkara yang paling penting sekali untuk menjaga rambut ni adalah pemilihan shampoo yang sesuai. Jom kita baca kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee ini. Produk ini adalah bebas kimia dan selamat digunakan.


Kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee
Long Lasting Finishing Spray
  1. “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung

Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung
Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

Kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee
Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi


Kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee
Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus


ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung
Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
  6. ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Berikut adalah cadangan aturan penggunaan Set Penjagaan Rambut ProSante


ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung

Mari kita baca apa kata mereka yang telah menggunakan Set Penjagaan Rambut ProSante ini


Testimoni set penjagaan rambut ProSante Shaklee


ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung

Rambut adalah mahkota wanita. Maka jagalah rambut ini sebaik-baiknya. Wanita yang bertudung tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak menjaga rambutnya. Boleh dapatkan ProSante Shampoo rambut untuk wanita yang bertudung. Nak rambut cantik tak?

Orang kata tak kenal maka tak cinta! Jom kita tonton video 2 minit ini. Kisah suami sangat takut dan bimbang bila melihat isterinya mengalami rambut gugur yang kronikk! Jom layaaaanz!


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini







Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?