Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label morning sickness. Show all posts
Showing posts with label morning sickness. Show all posts

15 Tips Terbaik Untuk Ibu Hamil Amalkan di Trimester Kedua

with 0 Comment

Seronoknya rasa baby gerak dalam perut!



Salam semua mommy preggy. Apa khabar? Bayi dalam kandungan sihat ke? Saya harap mommy-mommy sihat sejahtera dan seronok menjalani tempoh mengandung ini. Nikmatilah dengan perasaan yang gembira. Jangan lupa ini adalah anugerah Allah untuk kita meneruskan legasi ummat Muhammad SAW. Rindu pula saya nak rasa baby bergerak-gerak dalam perut lagi. Rindu nak rasa 'senak' akibat kena siku dan lutut baby lagi. Huhuhu



set vitamin ibu mengandung shaklee
Nostalgia hamil anak sulung

Pada kehamilan trimester kedua iaitu usia kandungan 4 ke 6 bulan, perkembangan janin membentuk beberapa bahagian tubuh seperti kaki dan pergelangan kaki. Selain itu hormon kehamilan meningkat pada trimester kedua. Kadang kala berlaku gangguan pencernaan dan menyebabkan sembelit kepada ibu hamil. Jadi ibu mengandung pada fasa ini perlu banyak minum air masak dan makan makanan serat seperti buah-buahan.

set vitamin ibu mengandung shaklee


Ada beberapa perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan oleh ibu hamil ketika trimester kedua. Apa kata kita baca tips terbaik untuk ibu hamil amalkan di trimester kedua di bawah ini:


  1. Jangan mengambil barang dengan cara membongkok supaya janin tidak tertekan di dalam rahim.
  2. Elakkan daripada melakukan aktiviti berat seperti mengangkat barang berat, menolak atau menarik perabot, memanjat, berjogging dalam waktu lama dan sebagainya.
  3. Jangan melakukan perubahan aktiviti secara mendadak seperti memusing badan dengan cepat atau melompat-lompat kerana ia akan membahayakan janin dan ibu hamil akan mengalami kekejangan otot.
  4. Lebihkan aktiviti rehat dan santai kerana ketika trimester kedua beberapa organ vital di dalam tubuh ibu hamil seperti jantung, hati, ginjal, dan paru-paru terpaksa bekerja lebih keras
  5. Gunakan Bra yang mampu menyokong payu dara supaya ibu hamil selesa. Ketika ini saiz payudara mula meningkat.
  6. Biasakan mandi dengan air panas suam agar otot-otot boleh rileks dan ibu hamil dapat cepat tertidur dan berehat
  7. Apabila ibu hamil hendak berehat santai, pastikan duduk atau tidur yang mana sebaiknya posisi kaki lebih tinggi berbanding tubuh agar peredaran darah dalam tubuh tidak hanya berkumpul di kawasan kaki. Ia dapat mengelakkan kaki menjadi bengkak dan kekejangan.
  8. Gunakan bertumit leper dan mendatar.  Ketika hamil saya suka pakai kasut scholl yang bertumit leper kerana ia selesa dan lembut.
  9. Hindari makanan yang digoreng atau pedas.
  10. Pastikan ibu hamil tidur dengan posisi yang sesuai.
  11. Pastikan perubahan tubuh badan kita. Ketika ibu hamil berdiri, berjalan, duduk, dan tidur yang baik adalah tidak condong ke belakang kerana dapat menyebabkan tulang punggung melengkung dan mengakibatkan belakang sakit.
  12. Ibu hamil hendaklah selalu kerap makan dengan skala kecil.
  13. Sebaiknya ibu hamil jangan berdiri terlalu lama. Janha berdiri lebih satu jam. Ia boleh menyebabkan kaki bengkak.
  14. Selalu berfikir positif ketika hamil dan elakkan mengalami perasaan murung dan stress.
  15. Amalkan set vitamin ibu mengandung trimester kedua ini. Ia sangat membantu ibu hamil menjalani fasa kehamilan dengan sihat, ceria dan gembir.

Apakah set vitamin ibu mengandung trimester kedua?


set vitamin ibu mengandung shaklee



Ostematrix



  • Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 dalam 1.
  • Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
  • Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
  • Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
  • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
  • Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
  • Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


  • Energizing Soy Protein


  • Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
  • Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
  • Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
  • ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
  • Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
  • Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
  • Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


  • Omega Guard


  • Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
  • Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
  • DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
  • Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan


  • B Complex


  • B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
  • Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
  • Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
  • Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.
  • Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


  • Vitamin C


  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
  • Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
  • 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
  • Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


  • Vitalea


  • Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
  • Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
  • Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.



  • Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

    ♥ Maznifaeza Mustaffa
    ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019 - 2249556
    ♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

    Marhalah Kehamilan Saya: Adakah Rasa Loya, Mual dan Mabuk Merbahaya Untuk Ibu Hamil?

    with 1 comment
    Episod kedua

    Bertemu lagi kita dalam segmen Marhalah Kehamilan Saya episod kedua. Hari ini saya berkesempatan untuk mencoretkan sedikit cerita yang boleh dikongsikan bersama pembaca setia blog Superb Vitamin. Saya baru sahaja melewati minggu ke 13 hamil dan akan masuk ke minggu ke 14.

    Baru-baru ini saya telah berkunjung ke Klinik Ajwa di Seksyen 7 Shah Alam untuk mengetahui keadaan kandungan saya. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SAW semuanya berkedaan seperti yang dikehendaki. Pembesaran janin  amat baik dan mengikut seperti yang dijangkakan. Jantung kandungan pun berdegup dengan stabil.

    atasi morning sickness dengan peppermint ginger plus shaklee


    Minggu ini saya mengalami alahan yang sangat teruk. Asyik berangin sahaja badan ni. Loya-loya usah cakapla. Hilang selera makan. Kalau makan pun sejam nanti pasti muntah. Saya kehilangan kudrat. Lemah tidak bermaya. Apapun saya mengagahkan diri untuk makan apa sahaja yang lalu dimakan demi untuk mendapat sedikit tenaga dan kesihatan bayi dalam kandungan.

    Saya pun tak tahu kenapa kehamilan kali ini begitu teruk ragamnya. Sebelum ini saya tidaklah mengalami pengalaman seteruk ini semasa mengandungkan anak pertama dan kedua. Ini bukan lagi dinamakan morning sickness lagi. Kalau dulu saya alami sedikit sahaja ragam di waktu pagi. Tapi kali ini lain. Sepanjang waktu. Betulah orang kata lain mengandung lain ragamnya. Adakah mommy-mommy juga pernah mempunyai pengalaman macam saya ni?


    atasi morning sickness dengan peppermint ginger plus shaklee
    Laksa menjadi favourite saya masa hamil kali ni
    Saya berasa sangat risau dengan keadaan ini. Lantas saya pergi ke Klinik Ajwa untuk membuat pemeriksaan dan scan kandungan. Beberapa soalan saya dilayan dengan baik oleh Doktor Dayang. Jom kita baca apa soalan yang saya tanya tu di bawah:


    Kenapa saya rasa loya?
    Sebenarnya, rasa loya,mual,mabuk adalah petanda baik. Ia menunjukkan paras hormon kehamilan kita adalah tinggi. Ia keluar dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta kita mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi dalam kandungan.

    Berapa lama rasa loya ni baru hilang?
    Tidak lama. Apabila dah masuk 14 minggu mengandung InsyaAllah kita dah sihat dan berseri-seri seperti ibu hamil yang lain. Masa ni mesti rasa tak sabar nak tunggu baby tendang-tendang :)

    Boleh jejaskan pembesaran bayi tak?
    Ia tidak menjejaskan. Dengan syarat makanan dan minuman cukup untuk bayi dan ibu. Tapi kalau kandungan atau ibu hamil tidak ambil nutrisi secukupnya ia akan menyebabkan pertumbuhan otot dan saraf bayi mungkin terganggu. Jangan lupa makan folic asid ye!

    Cara nak atasi ?
    Boleh cuba amalkant petua dan cara amalan orang-orang terdahulu. Kaau tak berkesan juga oleh cuba supplemen semulajadi Shaklee kerana ia dah berjaya bantu ramai ibu hamil yang terpaksa melalui pelbagai ragam masa mengandung ni.  Untuk atasi masalah ini saya amalkan Peppermint Ginger Plus Shaklee. 

     Adakah Rasa Loya, Mual dan Mabuk Merbahaya Untuk Ibu Hamil

    Kebaikan Peppermint Ginger Plus Shaklee
    • Membantu dalam proses penghadaman
    • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness
    • Membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit
    • Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi (muntah, hilang selera makan)
    • Merangsang pengeluaran peluh - mengurangkan risiko demam akibat selsema
    • Membantu menajamkan pemikiran agar lebih fokus
    • Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
    • Melegakan sakit perut
    • Mengurangkan sakit senggugut
    • Membantu mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss
    • Mengurangkan rasa loya dan ingin muntah selepas pembedahan
    • Membantu menghilangkan kembung perut
    • Melegakan kesakitan perut
    • Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus
    • Melegakan masalah pencernaan
    • Mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut
    • Merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan
    • Membantu memberikan peredaran tenaga di dalam badan
    Sekali lagi saya ingin mengingatkan ibu-ibu mengandung supaya sentiasa mengekalkan keperluan nutrisi dalam badan kita dengan cukup. Jangan abaikan keperluan ini. Ibu kekal bertenaga dan anak yang dikandung pun membesar dengan sempurna. Insyallah.

    Untuk ibu-ibu hamil yang ingin mencari vitamin ibu mengandung bolehlah klik di sini.

    Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
    Maznifaeza Mustaffa
    ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
    ♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini





    Masalah Biasa Ketika Hamil

    with 0 Comment
    Perubahan biasa ketika hamil

    Apabila disahkan hamil, kehidupan yang dilalui oleh bakal ibu jauh berbeza berbanding ketika tidak berbadan dua. Ada yang perlu melalui pelbagai masalah dan kesakitan namun bagi yang bernasib baik, kehamilan dinikmati penuh bahagia.

    Jangan khuatir kerana kebanyakan masalah yang dihadapi oleh ibu hamil adalah normal dan tidak memudaratkan bayi dalam kandungan. Ini adalah masalah biasa ketika hamil.  Namun begitu, ada juga keadaan yang membuatkan bayi dalam kandungan turut sama merasai dan mengganggu perkembangannya dalam perut. 



    vitamin untuk atasi alahan semasa mengandung


    Antara masalah biasa ketika hamil adalah:


    1. Cirit-birit

    • Biasanya masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.
    • Banyakkan pengambilan air antara 12 hingga 14 gelas sehari bagi menggantikan cecair yang hilang. Minta nasihat doktor. Jika perlu, periksa najis anda untuk memastikan masalah sebenar yang sebenar.
    • Cirit-birit boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan atau dihidrasi. Jika keadaan ini berlarutan, bayi dalam kandungan mungkin mengalami pelbagai risiko.

    2. Pening secara tiba-tiba
    • Ia berlaku akibat kekurangan bekalan darah di otak. Biasanya, kekurangan darah di otak disebabkan oleh bebrapa perakra. Antaranya, berdiri terlalu lama dan keperluan darah yang banyak pada uterus.
    • Jangan berdiri terlalu lama. Kerap duduk, baring bila terasa pening atau bergoyang. Jangan bangun secara mengejut atau bertukar suhu terlalu cepat seperti keluar dari bilik air selepas mandi menggunakan air panas.
    • Tidak berisiko tetapi boleh memudaratkan bayi jika keadaan ini berlarutan khususnya bila pertu ibu berasa berasa agak tegang ketika keadaan itu berlaku.

    3. Tekanan darah tinggi atau hipertensi
    • Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa kurang selesa, pening dan pandangan kabur.
    • Punca masalah ini tidak dapat disahkan. Sebilangan daripada wanita mempunyai sel dari plasenta yang mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil vasoconstrictors yang menyebabkan saluran darah tidak berjalan dengan lancar. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.
    • Beritahu doktor jika anda mengalami masalah tekanan darah tinggi sebelum mengandung. Sekiranya masalah ini timbul ketika hamil, anda perlu berjumpa doktor lebih kerap untuk rawatan sewajarnya. Jika masalah ini semakin teruk, kemungkinan anda akan dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
    • Masalah ini boleh menyebabkan perkembangan bayi dalam kandungan agak lambat dan bayi tidak dapat oksigen secukupnya. Kedua-dua kesan ini boleh menyebabkan berat badan anak yang lahir di bawah paras normal.
    4. Morning sickness
    • Perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil. Ia berlaku pada waktu pagi dan perut masih kosong.
    • Masalah ini boleh berlaku akibat kekurangan gula dalam darah dan peningkatan hormon mengandung yang menyebabkan iritasi pada perut ibu hamil.
    • Sesetengah makanan boleh mengurangkan masalah ini. Misalnya, makanan berkarbohidrat seperti roti, pasta, nasi, kentang dan bijirin yang dapat membekal tenaga untuk jangka masa agak panjang. Elakkan makan makanan yang tinggi lemak dan minuman berkafein seperti kopi. Banyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula.
    • Jika masalah morning sickness berlarutan sehingga mengganggu anda sepanjang hari, ia boleh menyebabkan hyperemesis gravidarum yang mengganggu kandungan mineral dan kesihatan cecair ketuban.
    • Keadaan ini boleh menyebabkan masalah tekanan darah rendah. Kedua-dua kesan ini memberi risiko kepada bayi.

    5. Water retention
    • Berlaku apabila jumlah kandungan air meningkat pada tisu tubuh. Kawasan paling kerap menerima kesan ini adalah pada kaki, muka dan tangan. Sebaiknya jangan pakai cincin ketika hamil, sebelum jari anda membesar akibat air berlebihan.
    • Keadaan ini berlaku apabila anda terlalu lama berdiri, cuaca terlalu panas atau tekanan darah tinggi. Hormon mengandung yang terbentuk menyebabkan buah pinggang ibu menghasilkan lebih banyak sodium yang akirnya menyebabkan badan ibu dipenuhi dengan air.
    • Jangan berdiri terlalu lama dan kerap meletakkan kaki di tempat lebih tinggi. Jangan makan makanan yang banyak menggunakan garam.
    • Dalam keadaan tertentu, masalah ini boleh menyebabkan bayi anda mengalamai pre-eclampsia.

    Sumber:Pa&Ma

    vitamin untuk ibu mengandung

    Ibu hamil yang masih tercari-cari vitamin yang sesuai semasa mengandung boleh klik link di bawah:

    vitamin untuk ibu hamil
    vitamin atasi morning sickness
    vitamin untuk ibu bekerja
    mengatasi sakit pinggang ketika hamil


    Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

    ♥ Maznifaeza Mustaffa
    ♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
    ♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

    Tips Mengatasi Morning Sickness

    with 1 comment
    Alahan Morning Sickness

    Saat indah bagi wanita yang bergelar isteri adalah ketika disahkan hamil. Perasaan gembira berbaur risau mengamit hati. Gembira sebab berjaya membuktikan diri ini mampu untuk mengandung dan melahirkan zuriat, risau sebab akan menghadapi pengalaman alahan dan pahit manis kehamilan. Hanya wanita sahaja yang boleh merasainya! Orang lelaki takkan mampu merasainya! Betul tak?


    vitamin atasi morning sickness

    Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness.Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja.


    Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness.Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja.
    Ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.
    Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini.
    Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.
    Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikti sebanyak membantu anda. 

    Jom kita baca tips mengatasi morning sickness ni.
    Langkah 1
    Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.
    Langkah 2
    Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
    Langkah 3
    Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.
    Langkah 4
    Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.
    Langkah 5
    Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
    Langkah 6
    Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.
    Langkah 7
    Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
    Langkah 8
    Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.
    Langkah 9
    Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.
    Langkah 10
    Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.
    kredit: pa&ma.com

    Adakah vitamin dapat membantu mengatasi morning sickness ini? 
    Ya pasti! Nak tahu kisah vitamin yang dapat mengatasi morning sickness, silalah klik di sini.





    Ibu hamil yang masih mencari vitamin yang sesuai semasa mengandung boleh hubungi saya untuk konsultasi. Untuk info vitamin ibu hamil boleh klik di sini


    Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

    ♥ Maznifaeza Mustaffa
    ♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
    ♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

    Vitamin Shaklee untuk Mengatasi Morning Sickness yang Teruk

    with 1 comment
    Bagaimana cara mengurangkan loya, mual, perut memulas dan muntah-muntah? 

    Morning Sickness bukan sahaja boleh mengganggu keharmonian kehidupan seorang wanita hamil, tetapi ia boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan anak yang dikandungnya. Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas , tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan. 




    Untuk mengetahui vitamin mengatasi gejala morning sickness ni boleh baca pada entri saya yang lepas. Sila klik di sini. Saya akan mencadangkan kepada ibu hamil yang mengalami morning sickness ni dengan B Complex dan Ostematrix Shaklee.

    Tapi hari ini saya nak share tentang masalah morning sickness yang kronik. Masa ni ibu hamil yang mengalami gejala ini memang rasa nak selalu berdekatan dengan toilet.  Boleh dipanggil penghuni setia tandas. Muntah-muntah dan badan menjadi lemah. Silap-silap boleh terlentok dalam toilet akibat tubuh badan yang tak bermaya.

    Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan , tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

    Sekiranya menghadapi masalah ini, perkara pertama yg penting adalah berjumpa dengan doktor dengan segera. Manalah tahu kalau ada simptom penyakit lain yang ada pada diri kita.

    Selain dari B-Complex dan Ostematrix, ibu hamil yang mengalami morning sickness teruk boleh ambil vitamin ini:

    Kebaikan Performance Drink


    • Meningkatkan Tenaga dan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat. Menggantikan air yang hilang akibat muntah. Meningkatkan daya tahan otot.
    • mengurang Dehidrasi @ sebagai 'kekurangan air yang banyak dalam badan'. Seseorang ibu yang hamil, perlu memastikan dirinya tidak dehidrasi. Ini adalah kerana, air sangat penting dalam membantu hati dan ginjal membuang kumuhan daripada badan si ibu dan bayi dalam kandungannya.
    Kebaikan Peppermint Gingger Plus Shaklee


    • Ia tidak mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba utk mengurangkan morning sickness ibu hamil.
    • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
    • Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
    Untuk mengetahui info produk ini sila klik di sini.

    Mari kita baca pengalaman pengguna peppermint ini:
    Ini pengalaman baru ambil peppermint ginger ni sebab sejak mengandung saya memang banyak sangat angin dalam badan. Kalau lewat makan sikit mula angin sampai naik ke kepala. Alhamdulillah, di bulan puasa ni di samping ambil set kehamilan, Performance Drink dan ESP, saya juga tambahkan peppermint-ginger supaya kurang sikit angin dalam badan... 

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


    Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

    Maznifaeza Md Mustaffa
    ♥ sms/whatsApp: 016-5199271
    ♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
    ♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

    Vitamin Ibu Hamil: Vitamin Mengatasi Morning Sickness

    with 0 Comment
    Vitamin ketika morning sickness

    Saat kehamilan adalah saat yang indah buat semua wanita. Wanita memang istimewa kerana dipilih Allah SWT untuk merasai keajaiban ciptaan mahkluknya yang bernama manusia. Bertuahkan jadi wanita? Setuju?

    Tapi saat indah kehamilan itu akan bertukar menjadi masalah yang merunsingkan, meletihkan, meloyakan dan kadang kala mencapai tahap kritikal apabila mengalami alahan atau morning sickness. Kebanyakan ibu hamil mengalami morning sickness di awal kehamilan.



    Pengambilan vitamin B Complex dan Ostematrix dapat membantu ibu hamil mengatasi gejala morning sickness ini. Mari kita baca kebaikan kedua-dua vitamin ini.

    Antara kebaikan B Complex

    • B complex boleh melegakan mabuk, loya pening dan morning sickness di kalangan ibu hamil. Membantu dalam pembentukan hemoglobin
    • Membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf
    • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan
    Boleh baca perincian tentang vitamin B Complex di sini

    Antara kebaikan Ostematrix


    • Bantu tidur lena sepanjang malam
    • Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex
    • Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan
    • Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil 
    • Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit)

    Kombinasi B Complex dan Ostematrix memang terbukti berkesan dalam menangani gejala morning sickness di peringkat awal kehamilan. 

    Kalsium dikenali sebagai Ostematrix..gabungan Calcium Magenisum lengkap dengan vitamin D… Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari

    Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot atau pun cramp yang sering berlaku ketika mengandung.

    Sila baca perincian tentang Ostematrix di sini

    Jadi untuk ibu hamil yang mengalami alahan, tak lalu makan dan loya, cubalah banyakkan makan kalsium dan B-Complex. 

    Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
    Maznifaeza Md Mustaffa

    ♥ sms/whatsApp: 016-5199271

    ♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

    Popular Posts

    Flickr Images

    Like us on Facebook

    Facebook

    Terima Kasih kerana Sudi membaca!

    Agent Shaklee Kawasan Anda

    Agent Shaklee Kawasan Anda
    Mudah, Cepat dan Pantas

    Set Breastfeeding Milk Booster

    Set Breastfeeding Milk Booster
    Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

    Vitamin Untuk Ibu Hamil

    Vitamin Untuk Ibu Hamil
    Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

    Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

    Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
    Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

    Artikel Popular

    Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

    Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
    Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

    Nak tahu mengenai apa?