Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

Tiada Lagi Gangguan Sakit Tumit Kaki, Kehidupan Kembali Ceria

with 0 Comment



Sakit tumit kaki yang melampau bukan sahaja boleh mengganggu emosi dan mental kita, malah boleh merencatkan rutin kehidupan harian kita.



Begitulah nasib yang dialami oleh Puan Rozila Ramli yang menderita sakit tumit kaki jika berdiri terlampau lama, berjalan bersiar-siar sehinggakan dirinya stress dan mudah murung kerana masalah ini.

Namun, masalah yang dihadapi kian pulih dan hilang setelah beliau mengamalkan supplement ini. 

Jom kita ikuti kisah beliau yang dipetik daripada segmen Supermom Shaklee Story ini. Jemput baca ya! 



Assalamualaikum.
Nama saya Rozila Ramli dan lebih di kenali sebagai Kak Yang. Berumur 34 tahun dan bekerja sebagai penjawat awam.
Harini Kak Yang nak kongsikan kesan pengambilan vitamin secara konsisten, telah memberikan hasil yang WOOOW pada Kak Yang.
Bagi semua orang mungkin biasa masalah ini. Tapi bagi Kak Yang, masalah ini mengganggu mental dan fizikal. Kak Yang STRESS. 😭
Masalahnya adalah SAKIT TUMIT & SUKAR BERAK.
Mungkin ade yang gelak, tapi masalah ni buat hidup Kak Yang huru-hara.
SAKIT TUMIT yang melampau sangat. Setiap pagi bila bangun tidur, kalau boleh taknak jejak kaki ke lantai. Sebabnya, seakan Kak Yang memijak duri. Sakit ya amattt. Punya la tekan-tekan dan ketuk tumit ni, supaya sakit hilang.
Kalau berdiri lama-lama atau berjalan lama pun akan sakit. Sampai Kak Yang terpaksa melupakan hobi, iaitu tawaf mall. 😩 Pernah jugak terpikir, mungkin salah kasut sebab kasut murah. Sampai Kak Yang pergi beli, bata comfort rm1++. Tapi sakit tetap ada. 😓
Satu keadaan yang Kak Yang alami, semasa tengah drive balik kampung. Tiba-tiba sakit menyucuk-nyucuk di tumit datang. Ya Allah…masa tu dah la di highway. Nak berhenti di rnr jauh lagi, Kak Yang just teruskan drive sambik menahan SAKIT MENYUCUK tu. Nak nangis rasanya.huhuhu
Tapi penderitaan Kak Yang itu tamat setelah Kak Yang bertemu OSTEMATRIX & OMEGA GUARD. Hasil konsisten selama 2 ke 3 bulan, tanpa sedar masalah Kak Yang ni hilangggg. Serius, memang Kak Yang tak sedar.
Dalam masa yang sama, masalah sukar berak Kak Yang jugak selesai. 😁
Dikalangan family memang dah tau masalah sukar berak ni. Sampai pernah di cop “KENSUK” hahaha. Masalah ini yang membuatkan badan KakYang penuh toksin dan membuatkan Kak Yang cepat letih, tidak bermaya dan kulit kusam.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Berkat pengambilan 2 vitamin ni membuatkan Kak Yang bebas dengan 2 masalah besar ini.

Bagaimana mahu mendapatkan Ostematrix dan Omega Guard Shaklee ini?
Untuk info perinician produk, pertanyaan dan pembelian produk Shaklee,bolehlah hubungi SuperbVitamin  di  016-5199271 atau 019-2249556 
Atau boleh terus watsap KakMas dengan klik www.wasap.my/60165199271

5 Minit Yang Penting Selepas Ibu Bersalin

with 2 comments

Bestnya cium baby!

Wah! Sejak akhir-akhir ini saya sangat gembira dan teruja bila mendapat berita ramai kenalan saya telah bersalin dan menambah ahli keluarga baru. Tak sabar nak pergi ziarah diorang dan mencium bau baby. Bau syurga! Siapa sini suka cium bau baby sila angkat keyboard! Hahahaha....  
Kepada ibu-ibu hamil yang menanti hari untuk bersalin, saya ucapkan semoga Allah permudahkan urusan kalian nanti. Tapi sebelum itu jangan lupa tentang 5 minit yang penting selepas ibu bersalin. Apakah itu? 

Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri.
Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu:
  1. Tali pusat bayi dipotong.
  2. Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan.
  3. Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim.
  4. Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.
  5. Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan.
  6. Mengazan dan mengqamatkan anak

Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”

Ibu bersalin nak berpantang dengan sihat, ceria dan gembira?

Tempoh berpantang adalah mustahak untuk ibu berpantang. Tempoh berpantang adalah satu fasa yang memerlukan kesabaran, ketabahan dan disiplin yang tinggi. Kalau silap gaya tak kena cara boleh jadi murung dan gila meroyan. Jadi macam mana nak berpantang dengan sihat, ceria dan gembira? 


Kesilapan Ramai Wanita Dalam Menangani Senggugut atau PMS Boleh Membawa Maut

with 0 Comment

Sakit Sahaja mesti telan ponstan!



Kesakitan senggugut boleh dihilangkan dengan mudah hanya dengan mengamalkan makan ubat seperti panadol, ponstan, aspirin, tramadol, ibuprofen dan sebagainya. Sebenarnya ubat-ubat ini untuk menahan sakit sahaja dan tidak mampu untuk menyembuhkan senggugut. Nak tak nak kita kena akui kesilapan ramai wanita dalam menangani masalah senggugut atau PMS ini ialah hanya melegakan senggugut buat sementara waktu tanpa berusaha untuk menyembuhkan senggugut. 


Sengugut kerap dialami wanita ketika kedatangan haid. Peringkat ringan sengugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar haid yang tidak menentu. Sengugut yang dialami pada zaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin. Namun sesetengah kes, ia berpotensi menjadi lebih serius. 

Bagi senggugut atau 'period pain' yang kronik, akan meyebabkan wanita mengalami kesakitan yang kuat pada bahagian perut, keletihan melampau, sakit belakang, muntah-muntah dan cirit birit. Sengugut yang sudah tahap kronik dan dibiarkan berlarutan boleh mendatangkan masalah lain seperti kemandulan.  




Apakah yang menyebabkan sengugut berlaku? Pengeluaran sejenis bahan, iaitu prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugut. Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat. Ini akan menyebabkan wanita yang mengidap senggugut akan sakit dan tidak selesa berjam-jam lamanya.

Tanda-tanda senggugut menyerang 

  • Kedatangan haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek. Lebih teruk lagi jika  ia datang sehingga dua kali dalam sebulan.
  • Sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatangan haid.
  • Terdapatnya gumpalan di dalam darah yang keluar sebagai darah haid.
  • Mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.
  • Kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.

Kadangkala senggugut disertai dengan beberapa gejala:

  • Sakit kepala
  • Rasa loya
  • Muntah-muntah
  • Masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.
  • Mudah pitam atau pengsan.
  • Simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh melanjutkan tempoh haid.
  • Kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari.

Kesilapan ramai wanita dalam menangani senggugut tau PMS

Bukan sedikit, tapi ramai rupa-rupanya wanita yang mengambil langkah yang sama. Hampir semua wanita yang mengalami PMS atau senggugut akan ambil ubat sebagai penahan sakit.

Tidak boleh salahkan pengidap senggugut. Sebenarnya mereka ambil ubat penahan sakit kerana mereka tidak tahu ada pilihan yang lebih baik.  Sedangkan mereka tak sedar apa yang mereka lakukan itu seolah olah sedang 'menjahanamkan' buah pinggang mereka secara perlahan-lahan.

Sejujurnya, kita boleh ambil pain killer ini jika keadaan sudah tidak berdaya dikawal. Kalau sebulan takpa lagi. Ada wanita senggugut terpaksa 'bercinta' dengan ponstan bertahun-tahun lamanya. Setiap bulan ketika haid datang mesti ambil ponstan untuk tahan kesakitan senggugut. 

Cuba bayangkan berapa banyak yang kita 'terpaksa' makan dan cuba bayangkan kesan jangka panjang terhadap buah pinggang nanti. Jika satu hari nanti kita dah sakit buah pinggang, baru nak menyesal? Sudah terlambat. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.


Hilangkan Senggugut Secara Semulajadi

Setiap penyakit ada penawarnya. Kini mimpi ngeri setiap bulan wanita senggugut pasti tidak menjelma lagi jika mengamalkan GLA Complex. Insyallah, cara ini lebih selamat kerana ia tidak menggunakan sebarang bahan kimia tetapi ia dicipta hanya menggunakan bahan semula jadi. Jemput baca kebaikan GLA Complex 



Secara ringkasnya GLA ini memberikan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Ia melegakan kesakitan akibat senggugut, mengurangkan sakit kepala dan membantu kitaran haid agar tidak 'berterabur'.

Untuk langkah pencegahan senggugut jangka panjang dan sekaligus menghapuskan masalah senggugut ini setiap bulan, saya mencadangkan kepada pengidap senggugut untuk mengamalkan supplement senggugut shaklee ini.


B - Complex
  • Pengambilan B-Complex dapat melegakan stress/ ketegangan ketika haid, mengurangkan rasa sakit dan mengawal emosi.
  • Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik.
  • Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
Ostematrix 
  • Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar
  • Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D - yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen.
  • Magnesium - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
  • Boron - membantu dalam metabolisme tulang
  • Zink,mangan, dan tembaga - bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
GLA Complex
  • Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
Apa lagi tunggu tu? Wanita yang senggugut cepatlah bertindak. Inilah masanya untuk anda hapuskan mimpi ngeri setiap bulan. Takkan nak tahan sakit setiap bulan? Nak guling-guling atas tilam setiap bulan? Nak mc setiap bulan? Jom amalkan Set Senggugut Shaklee sekarang! Kebahagiaan pasti muncul untuk anda. Pasti!



Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya

Sakit Lutut Hilang Dan Puan Ragayah Boleh Solat Dengan Sempurna Semula

with 0 Comment

Akhirnya sakit lutut saya sembuh!



Beberapa hari lepas hati saya sangat berbunga-berbunga bila mendengar khabar berita daripada seorang wanita.  Beliau kini sudah mampu untuk bersolat secara normal semula. Ya! Sakit lutut hilang dan Puan Ragayah boleh solat dengan sempurna semula. Sebelum ini beliau terpaksa menggunakan kerusi untuk solat kerana lututnya amat sakit ketika melakukan sujud dan duduk antara dua sujud. Bukan itu sahaja, nak memandu kereta pun sengsara, nak buat aktiviti lasak pun takut dan berdiri lama pun tak boleh. Pendek kata bila dah kena sakit lutut, kita nak buat apa pun terbatas. 



Ini semua kuasa Allah. Kita hanya berusaha dan dengan keizinan Allah kesakitan lutut dan sendi Puan Ragayah telah pulih setelah mengamalkan set vitamin kesihatan lutut dan sendi Shaklee. Syukur Alhamdulillah kerana saya dapat menggembirakan orang lain. Kebaikan Shaklee dapat saya kongsikan dengan mereka yang memerlukannya. 


Gambar Puan Ragayah ketika 'repeat order' vitamin minggu lepas

Ooops lupa nak beritahu uols, apa yang istimewa sangat set vitamin kesihatan lutut dan sendi Shaklee ini? Jom kita baca.

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Jom saya belanja uols dengan video yang best ini. Video ni kisah wanita yang sakit sendi di jari dan telah menyebabkan nak lipat baju pun tak boleh. Jom tengok kisahnya.


Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.


"Alaa sapu minyak angin hilanglah sakit ni." Minyak angin memang sinonim dengan dengan sakit lutut. Sakit lutut ni macam makan biskut, kejap ada kejap takde. Bila sakit sapulah minyak angin maka hilanglah sakit tu.

Tanggapan dan amalan konvesional ini perlu diubah. Sebelum ia sakit atau sebelum lebih kronik lebih baik dicegah sebelum parah. Jangan tunggu sampai pergerakan kita terbatas (pergerakan dalam rukun solat) baru nak amalkan vitamin. Sediakanlah payung sebelum hujan!


Kalau boleh jadikan buah tangan setiap bulan untuk ibu bapa kita. Sayang ayah dan ibu tak? Jom klik gambar di bawah untuk pembelian mudah dan pantas.


ATAU


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Petua dan Tips Segar Sepanjang Hari

with 0 Comment

Mustahil kita tidak pernah mengantuk dan letih ketika bekerja. Tapi yang tidak normal ialah baru pukul 9 pagi dah mula rasa badan tak bertenaga dan mengantuk. Haaaissh macam mana ni? Tahun ni nak target dapat anugerah pekerja terbaik. Alamat tak dapatlah jika asyik mengantuk dan lemah sahaja ketika bekerja. Apabila kita tidak segar sepanjang hari maka produktiviti kerja kita pun menjadi hambar dan tidak berkualiti.Betul tak? Macam manalah boss nak sayang kita kan....

Jangan sampai tertidur waktu bekerja!


Petua dan tips segar sepanjang hari amat berkait rapat dengan bangun pagi awal. Emosi waktu pagi hendaklah dijaga. Mesti mood ceria dan gembira. Jika dah 'buat hal' waktu pagi habislah hari kita tu akan jadi hari yang hambar dan tidak gembira. 

Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”
Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.


Jom kita amalkan petua dan tips segar sepanjang hari ini:


  • Biasakan bangun awal pagi dan hirup udara luar yang segar. Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma’thurat atau al-Quran.
  • Buatlah senaman yang ringan dalam rumah. Kalau rajin pergilah berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman. Senaman dapat memberikan otot sentiasa sihat dan badan cergas
  • Bersarapan secukupnya atau sekadar alas perut. Jangan mengambil sarapan yang berat seperti nasi lemak atau mee goreng. Amalkan sarapan yang rendah glisemik. Jemput klik sarapan pagi terbaik.
  • Ambil buah-buahan, sayuran serta makanan berprotein seperti ikan dan daging dalam hidangan tengahari. Elakkan makanan manis.
  • Elak minuman soda kerana meyebabkan cepat dahaga dan tidak baik untuk kesihatan tulang. Minumm air masak sejam sekali adalah terbaik.
  • Amalkan posisi yang betul. Jika duduk hendaklah tegak, punggung lurus dan bahu tegak. Elak posisi menyandar kerana tubuh akan mudah kepenatan
  • Daptkan tidur yang cukup. Kita memerlukan minima 6 jam tidur untuk elakkan badan rasa lemah letih lesu bila bangun pagi. Jika boleh amalkan ostematrix Shaklee sebelum tidur untuk kesan pemulihan sengal-sengal badan dengan cepat. Kalsium yang cukup membantu kita medapat tidur yang berkualiti sekaligus memulihkan badan daripada sengal-sengal dengan cepat.

Nikmatnya bangun pagi

Okaylah setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Baca sahaja tak guna jika kita tak amalkan segala tips di atas. Akhir kata selamat beramal!

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Merawat Carpal Tunnel Syndrome dengan Shaklee

with 0 Comment

Jangan anggap kebas tangan tidak bahaya!

Ketika saya sedang memandu kereta semalam, tetiba saya dapat call dari seorang pakcik yang bertanyakan adakah shaklee mempunyai supplement merawat Carpal Tunnel Syndrome. Aneh sekali nama sindrom ni jika kali pertama mendengarnya. Oleh kerana macam serius jer perbualan ini, saya memberhentikan kereta di bahu jalan untuk melayan panggilan pakcik ni. Kita mesti layan customer bagai menatang minyak yang penuh tau! Tanpa customer siapalah kita! Betul tak?


Pakcik itu mengadu beliau sering rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan  Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti penyapu, telefon atau pen atau semasa bangun dari tidur. Bila ini berlaku pakcik ini akan berasa sakit berdenyut pada sendi tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari. Selalunya berlaku selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.



Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan di mana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. Ia dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80 peratus kes, pesakit berusia lebih daripada 40 tahun. Ia boleh disebabkan oleh tekanan daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan tangan (‘Carpal Tunnel’) itu sendiri.

Jom kita baca kaedah merawat Carpal Tunnel Syndrome ini. Rawatan untuk pesakit Carpal Tunnel Syndrome yang kronik ada 2 cara.

Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:


  • Anduh: mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam (layari laman web futuro.com.my). Namun alat ini hanya berkesan untuk keadaan CTS pada peringkat awal. 
    Anduh digunakan untuk merawat Carpal Tunnel Syndrome
  • non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.
  • steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian carpal tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.

Kaedah pembedahan


  • Situasi ini mungkin terpaksa dilakukan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.
  • Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.
  • Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.

Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat pek ais untuk mengurangkan bengkak pada tangan.

Saya mencadangkan kepada pakcik itu tadi untuk mengamalkan Set Sendi Shaklee dan Vivix Shaklee bagi merawat Carpal Tunnel Syndrome yang dihidapi beliau.

Set Sendi Shaklee


Set sendi Shaklee Merawat Carpal Tunnel Syndrome

  • Ostematrix untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf.
  • Advanced Joint Health Tablet (AJHT) mengandungi glucosamine untuk melincirkan sendi dan saraf. Kandungan aktif ekstrak bunga Boswellia ialah asid Boswellic yang  antara lain berfungsi menghalang tindak balas kimia dalam otak yang melibatkan keradangan.
  • Omega Guard bagi anti-inflammation.


Vivix Shaklee

Merawat Carpal Tunnel Syndrome dengan Shaklee

Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menyihatkan sendi, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 

  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Jom baca testimoni di bawah


Merawat Carpal Tunnel Syndrome dengan Shaklee

Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya. Boleh hubungi saya untuk pembelian di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini



Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?