Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label vitamin untuk anak. Show all posts
Showing posts with label vitamin untuk anak. Show all posts

Tips Terbaik Beli Keperluan Persekolahan Anak Masuk Sekolah

with 0 Comment

Banyaknya nak beli!


Bermula sebulan dari sekarang  setiap ibu bapa pasti akan memikirkan belanjawan yang akan dileburkan untuk persiapan persekolahan anak hujung tahun ini. Masing-masing mencongak bajet berhemat bagi memastikan segala kelengkapan persekolahan anak sempurna disediakan. Pastinya bajet pembelanjaan persekolahan anak untuk tahun ini meningkat kerana dikenakan GST berbanding tahun lepas yang tiada. Aduhaaai nasiblah......

vitamin otak cerdas dan bijak


Senarai pembelian kelengkapan persekolahan perlu dibuat. Takut-takut ada benda yang terlepas pandang. Lagi pun senarai ini dapat membantu meringankan keserabutan otak. Almaklumlah kalau seorang anak takpa lagi, cuba 2, 3 atau 4 anak yang bersekolah? Macam mana? Apa yang perlu dibeli dulu? Berapa helai baju nak beli? Jenis beg sekolah apa yang tahan lasak? Ini semua nampak macam mudah tapi sebenarnya tetap memeningkan kepala terutama kepada ibu bapa yang anak mereka pertama kali melangkah ke alam persekolahan. 

Tahun depan anak saya darjah 2. Jadi untuk persiapan persekolahan anak kali ini saya tidak lagi canggung dan terkial-kial. Pengalaman lalu kita jadikan panduan. Buat ibu bapa yang anak sulung masuk darjah 1 tahun hadapan, saya pasti perkongsian dalam entri ini sedikit sebanyak dapat membantu uols  membuat persiapan persokalahan anak masing-masing. Jangan pening-pening. Mari baca tips beli keperluan persekolahan anak masuk sekolah  di bawah ini.

vitamin otak cerdas dan bijak


Pakaian sekolah anak lelaki

  • Baju kemeja putih 3 helai (biasanya 2 hari akan memakai pakaian senaman seharian)
  • Seluar panjang 2 helai 
  • Seluar trak sukan 2 helai
  • Stand by baju sukan sehelai kerana nanti kena beli baju sukan mengikut rumah sukan
  • Baju melayu putih 3 pasang (sekolah agama)
  • Samping sehelai (sekolah agama)
  • Songkok hitam untuk sekolah agama

Pakaian sekolah anak perempuan

  • Baju kurung 5 atau 6 helai
  • Kain kurung 2 helai untuk sekolah kebangsaan (biasanya 2 hari akan memakai pakaian senaman seharian) dan 3 helai untuk sekolah agama
  • Tudung 3 helai untuk sekolah kebangsaan dan 3 helai untuk sekolah agama. (sempat rotate masa basuh)
  • Seluar trak sukan 2 helai
  • Stand by baju sukan sehelai kerana nanti kena beli baju sukan mengikut rumah sukan

Kasut sekolah


  • Elok beli sepasang dulu. Pertengahan tahun baru beli sepasang lagi jika kasut ketat sebab kaki cepat panjang atau kasut rosak. Secara normalnya menjelang bulan keenam kasut sekolah akan rosak.
  • Kalau beli kasut jangan yang semua kain, nanti cepat koyak dan reput bila diberus ketika basuh.
  • Budak sekolah rendah terutama tahun 1 tak pandai lagi nak pakai kasut bertali. Jadi pilih yang gamnya boleh tahan sikit dan tidak mudah tercabut.
  • Jangan beli jenama Ben10 ata princess ke. Upin ipin pun jangan. Jenis ni cepat rosak dan tiada kualiti.
  • Antara jenama kasut sekolah yang bagus kualitinya ialah  jenama BATA Spark atau Pallas. Ada banyak lagi yang bagus dan pandai-pandailah uols survey.
  • Stokin kaki beli 3 pasang paling kurang sebab anak kita seharian pakai stokin dan ia cepat kotor dan busuk.

Beg Sekolah



  • Beli 2 beg sekolah. 1 untuk sekolah kebangsaan dan 1 untuk sekolah agama.
  • Jenama terbaik ialah SWAN. Agak mahal sedikit tapi berbaloi-baloi. Harga dalam rm69 ke atas dah boleh dapat beg SWAN yang tahan lasak dan tidak mudah koyak. Jenama yang biasa-biasa ni tahan tak sampai sebulan dua dah mula koyak.
  • Jangan beli yang beroda sebab agak berat dan susah untuk naik kenderaan seperti bas mahupun van sekolah. Kena anak kelas tingkat tinggi kasihan dia kena pikul beg naik tangga yang berat tu.
  • Saiz beg sekolah tak perlu yang paling besar. Saiz medium sahaja dah mencukupi. Lagipun buku teks zaman sekarang ni nipis-nipis (ada 2 jilid) sahaja, bukan lagi tebal macam zaman kita sekolah dulu.

Alat tulis


vitamin otak cerdas dan bijak

Ini adalah kelengkapan yang penting untuk anak kita menjalani proses pembelajaran dengan sempurna dan gembira. Ibu bapa kena pastikan alat tulis lengkap seperti:

  • Pensil case
  • Pensil 3 batang
  • Pembaris
  • Pemadam
  • Pengasah Pensil
  • Gunting
  • Gam
  • Pensil warna
Semoga perkongsian tips ini dapat membantu uols dalam membeli keperluan persekolahan nanti. Tapi kita jangan lupa dan hanya membuat persiapan fizikal sahaja. Bagaimana pula untuk persiapan mental dan kesihatan anak kita? Apakah keperluan vitamin yang sesuai untuk anak kita?

vitamin otak cerdas dan bijak


Boleh klik di sini untuk vitamin otak cerdas dan bijak,

Vitamin Untuk Otak Cerdas dan Bijak



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Tips Cegah Dan Atasi Ruam Lampin Paling Awesome

with 3 comments

Adooooooi, baby kena ruam lampin!

Ruam lampin disebabkan oleh kegatalan kulit yang berlaku apabila bahan kimia air kencing mula dipecahkan oleh kuman-kuman. Mula-mula kulit akan menjadi bintik-bintik dan lembap. Kemudian kulit menjadi tebal dan berkedut dan seterusnya menggelupas di bahagian tepi. 


Saya mempunyai pengalaman kisah ruam lampin ni. Anak saya Ilmuna dulu pun terkena ruam lampin. Kesian sangat tengok dia bila naik merah-merah celah kangkang dan sekitar kemaluan dia. Masa nak cuci kencing dan air besar mesti dia menangis sekuat hati. Aduhaaaai sedihnya! Tapi setelah saya amalkan tips cegah dan atasi ruam lampin paling awesome ini, ruam lampin terus lenyap dan tidak muncul-muncul lagi. Alhamdulillah syukur.

Penyebab Ruam Lampin

  • Geseran: Geseren yang berlaku antara kulit bayi dan lampin yang basah boleh menyebabkan ruam lampin terjadi.
  • Kerengsaan: Kerengsaan berlaku disebabkan bahan dari lampin itu sendiri (kadang-kadang kena cuba tukar jenama pampers untuk keserasian bayi), atau sebab bahan pencuci (semasa membasuh lampin) atau juga boleh disebabkan air kencing bayi itu sendiri. Mungkin bayi dibiarkan terlalu lama tanpa ditukar lampinnya.
  • Jangkitan kulat: Jangkitan kulat atau fungal ini biasa berlaku disebabkan oleh organisma candida.
  • Alergik: Bayi mungkin alergic kepada sabun, losyen atau bahan pencuci lain.
Testimoni herbal blend atasi ruam lampin


Tips Cegah Dan Atasi Ruam Lampin Paling Awesome

  • Lampin bayi hendaklah ditukar lebih kerap. pilih pampers yang punyai daya resapan yang tinggi supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulit. 
  • Basuh sehingga bersih kemudian lap dengan tuala bersih dan lembut pada keseluruhan punggung, bahagian kemaluan dan celah peha sehingga kering.
  • Bersihkan bahagian kelamin dan punggung dengan teliti dan rapi setiap kali buang air besar. 
  • Biarkan anak kita bebas dari lampin seketika. Tidak perlu memakai lampin pada masa ini sehinggalah ruamnya kering dan bertambah baik.
  • Jika ruam itu berlaku disebabkan alergik kepada sabun atau bahan pencuci yang digunakan, maka berhenti memakai produk tersebut.
  • Boleh gunakan krim-krim yang dijual di pasaran untuk masalah ruam lampin seperti krim anti fungus. Tapi saya cadangkan krim Herbal Blend Shaklee untuk atasi ruam lampin ini. Herbal blend memang awesome!
Testimoni herbal blend atasi ruam lampin


Kandungan Herbal Blend yang membantu merawat ruam lampin

Terdapat kandungan ekstrak Rosemary dalam Herbal blend ini. Ia boleh bertindak sebagai antibakteria untuk lawan jangkitan kuman. Kulit bayi yang melecet boleh menyebabkan jangkitan kuman jika dibiarkan, jadi sapuan herbal blend dapat menyelamatkan keadaan.
Lagi satu sebab khasiat rosemary boleh merangsang pembaharuan sel kulit dan memperbaiki kulit yang teruk sensitif tadi.

Rahsia kedua adalah pada Ekstrak Chamomile. Digunakan secara tradisional sejak zaman dahulu lagi bagi meradakan keradangan. Ia bertindak sebagai anti keradangan pada kulit kemerahan yang terjadi akibat ruam lampin.


Herbal blend ni krim serbaguna. Berikut ialah keistimewaan dan kegunaan Herbal Blend ini: 
  • Melembutkan kulit kasar dan rekahan atau pecah-pecah pada tumit
  • Membantu menghilangkan parut pada kulit. Parut jerawat kat muka pun boleh hilang..
  • Hilangkan ruam lampin dan ruam pada badan bayi. Apa-apa jenis ruam pun boleh.
  • Bantu atasi gatal-gatal pada kulit. 
  • Beri kelegaan ketidak selesaan semasa demam
  • Boleh jadi losyen untuk keguaan seharian
  • Bantu kurangkan keradangan kulit

Jom kita tengok testimoni di bawah ini:


Testimoni Herbal Blend #1
Testimoni herbal blend atasi ruam lampin

Testimoni Herbal Blend #2
Testimoni herbal blend atasi ruam lampin

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

CikMuna Suka Selfie

with 0 Comment

Sihat, ceria dan gembira berselfie!

Bertuah anak zaman sekarang. Bertuah sebab mereka dilahirkan di zaman digital yang dipenuhi gajet-gajet menarik. Dulu kita semasa kecil lebih terdedah untuk manfaatkan alam semula jadi seperti bermain tarik upih kelapa, main lompat ketinting, lawan batu seremban, galah panjang lompat getah zero point dan sebagainya. Anak zaman sekarang memang terdedah untuk lebih menerokai dunia gajet. Paling kurang pun mesti pandai godek smartphone kita. Macam anak saya Ilmuna Izzahra 3 tahun sudah lebih advance dari mama dia untuk 'explore' smartphone.
vitamin untuk kanak kanak


Anak saya Ilmuna Izzahra atau lebih mesra dipanggil CikMuna memang sudah pandai download game di playstore. Memang itulah yang selalu dia buat. Nak main game jer. Lagi satu kegemaran dia ialah edit gambar yang ada di galeri. Pelbagai skill edit berjaya dilakukan CikMuna. Ada gambar jadi hitam putih, modified background dan macam-macam lagi. Kegemaran mengedit gambar ini telah membawa dia ke hobi satu lagi iaitu selfie. Suka tangkap gambar sendiri atau berselfie. CikMuna suka selfie! Hahahahah

Selfie, satu 'trend' semasa yang kini semakin menjadi kegilaan ramai. Di media sosial tempat perkongsian gambar juga semakin dipenuhi dengan aksi-aksi selfie. Ada kajian mengatakan mereka yang suka berselfie ini memiliki sifat negatif seperti mental lemah, emosi sukar dijangka, berkhayal, syok sendiri dan banyak lagi. Tapi bagi saya terpulanglah kepada cara dan niat orang tu berselfie. Lapangkan dada dan fikir positif. Sekali sekala okay juga berselfie ini. Dapat legakan stress dan menghiburkan hati kita! Kita berhak untuk ceria dan gembira! Betul tak kenkawan? Hahahaha


Jom kita tengok aksi CikMuna yang sihat, ceria dengan keletah macam-macam berselfie!










Kegembiraan anak-anak adalah anugerah tidak ternilai untuk kita sebagai ibu bapa. Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah untuk membesarkan anak-anak kita dengan sihat, ceria dan gembira. Saya percaya pasti kita rungsing jika ada anak selalu demam dan sakit-sakit. Kanak-kanak terdedah kepada jangkitan bakteria dan sistem imuniti mereka masih belum matang. Jadi kita patut memberi supplement tambahan seperti vitamin kanak-kanak kepada anak-anak kita. Kesimpulannya kesihatan yang sihat, ceria dan gembira adalah faktor utama anak saya CikMuna suka berselfie! Eh betulkah? Hahahahah


Ramai yang bertanya saya apakah vitamin untuk anak yang terbaik? Saya beri anak saya vitamin apa? Ini jawapannya. Jemput klik Vitamin Untuk Anak

♥Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.
















Keluarga Saya Jatuh Cinta dengan Kebaikan Meal Shakes Shaklee

with 0 Comment
Kebaikan Meal Shakes 

Salam Ceria Semua! Semoga semua sihat selalu. Hari ini saya bersemangat nak updet blog saya ni. Bulan ni ada PROMOSI Meal Shakes... Jun adalah peluang untuk kita grab meal shakes ini seberapa banyak yang boleh.  Sememangnya keluarga saya jatuh cinta dengan kebaikan meal shakes Shaklee ni. Itu yang excited nak cerita tentang Meal Shakes... 


keluarga Saya Jatuh Cinta dengan Kebaikan Meal Shakes Shaklee



Apa itu Meal Shakes? 



Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.



Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan serta sarat dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anak anda.



Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?


  • Bayi bermula 1 tahun ke atas
  • Sumber utama vitamin untuk kanak-kanak
  • Perangsang kepada anak yang kurang selera makan
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga emas
Keistimewaan Meal Shakes Shaklee
  • Sumber yg kaya dgn fiber, protein dan kalsium
  • Rendah glisemik dan lemak
  • Lengkap dengan protien dan 24 jenis A-Z vitamin penting, minerals dan trace minerals yang di perlukan untuk tumbesaran
  • Rasa french vanila yg sedap
Kelebihan Meal Shakes Shaklee
  • membantu perkembangan minda dan IQ anak
  • menambah selera makan anak-anak
  • membantu masalah sembelit
  • mengatasi masalah selalu selsema dan asma
  • menguruskan badan


Keluarga Saya Jatuh Cinta dengan Kebaikan Meal Shakes Shaklee


Kalau uols masih tak percaya, jom kita lihat testimoni-testimoni mengenai meal shakes. Jemput klik di sini. 

Sempena harga runtuh Meal Shakes ini, mari kita grab set vitamin yang berkaitan dengan Meal Shakes ni:


Kini, keluarga saya jatuh cinta dengan Meal Shakes ni. Memang menjadi menu wajib sarapan pagi setiap hari. Perut kenyang disamping sarat dengan vitamin. Anda bagaimana?

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Vitamin Untuk Anak : Mealshakes dan Omega Guard Shaklee

with 0 Comment

Superb Kids Combo vitamin untuk anak!



Ramai yang bertanya saya apakah vitamin untuk anak yang terbaik? Saya beri anak saya vitamin apa? Okay, kali ini entri saya nak cerita pasal vitamin untuk anak Mealshakes dan Omega Guard Shaklee. Memang betul anak adalah harta kita paling bernilai! Semestinya yang terbaik kita usahakan untuk mereka. Betul tak?



Perlukah makanan tambahan untuk kanak-kanak? Asasnya, jika anak- anak kita bukan jenis fussy eater serta mendapat segala nutrien daripada meals hariannya, makan makanan tambahan tidak perlu. Namun, jika sebaliknya, kita boleh memberinya makanan tambahan sebagai usaha untuk membekalkan zat-zat penting untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan mereka.

WOW!! Saya ada buah tangan untuk uols. Jom tengok kisah ibu yang rungsing bila anak  selalu tidak sihat. Akhirnya setelah.... Oooopss! Nak tahu seterusnya kliklah video di bawah ini. Wajib tengok! Jangan tak tengok tau. Nanti rugiiii...

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Kesihatan dan kecerdasan anak-anak merupakan nikmat yang paling berharga untuk ibu bapa. Mencegah anak-anak dari jatuh sakit adalah jauh lebih bijak dan berbaloi berbanding merawat mereka setelah mereka sakit. 


Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik Di Dunia


Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

  • Mengandungi minyak ikan
  • Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Imuniti badan
  • Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
  • Sistem peredaran darah yang teratur

6 fakta menarik tentang Mealshakes


1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.

Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.~ 

Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.




Cara terbaik untuk menggalakkan pemakanan sihat tentunya dari teladan.. Kita sebagai ibu bapa adalah role model terbaik kepada anak kita. Jadi kita  kena makan makanan sihat dan sediakan makanan sihat di rumah.



Laburkan sedikit wang untuk kesihatan, keceriaan dan kecerdasan anak-anak. Jika kita mampu membeli perhiasan rumah, hand bag, modify kereta dan lain-lain kenapa tidak mampu membelikan vitamin untuk anak ? Anak adalah harta kita paling bernilai! Berikanlah yang terbaik untuk mereka. Tepuk dada tanyalah iman! Betul tak?


Untuk pembelian cepat dan pantas boleh klik gambar di bawah ini,



ATAU


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:


♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?