Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Saya Ibu Bekerjaya dan Menyusu Bayi

with 5 comments

Cara membekalkan susu ibu ke pusat asuhan atau nursery



Salam ceria kepada pengunjung setia blog ini. Hari ini saya nak sharing tips bagaimana mengelolakan susu ibu (EBM). Saya akan berkongsi susur galur EBM ini dari proses penghasilannya hinggalah ke tangan pengasuh atau nursery. Jom baca cara membekalkan susu ibu ke pusat asuhan atau nursery. :)


Saya wanita bekerjaya yang menyusukan bayi

Saya memang seorang isteri dan ibu yang sibuk. Bukan sahaja sibuk menguruskan rumah tangga tapi sibuk melaksanakan tugas utama saya yang hakiki iaitu membuat bangunan. Sekarang saya sedang menyiapkan projek pembinaan Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh. Saya ibu bekerjaya dan menyusu bayi! Siapa cakap wanita yang bekerjaya tak boleh fully breastfeeding? Saya telah membuktikannya! Saya boleh! Berkat keazaman dan tekad serta dorongan yang hebat daripada keluarga saya, Alhamdulillah saya masih mampu menyusukan anak kedua saya Ilmuna Izzahra yang kini sudah menjangkau usia 1 tahun 6 bulan.



Cara simpan stok susu EBM


Jom kita baca proses penyediaan susu ibu EBM, yang sepatutnya

Setibanya di rumah, saya akan mulakan proses dengan mengasingkan EBM yang diperah di tempat kerja tadi sebanyak 4 oz setiap botol dan dimasukkan ke dalam peti ais. Kemudian letakkan kesemua EBM itu ke dalam bahagian sejuk peti ais (bukan bahagian beku).


Cara memproses susu ibu

Untuk info saya akan melakukan power pumping di Masjid Ibn Sina yang terletak berdekatan dengan pejabat tapak saya. Maklumlah di pejabat tapak mana ada bilik untuk ibu-ibu breastfeeding ni. Lagipun kurang selesa di situ. Usai sahaja solat zohor saya akan melakukan proses penghasilan susu EBM. Jangan lupa tau untuk hulurkan sedikit jariah almaklumlah kita ni menggunakan elektrik masjid ini. :)

Pada sebelah malamnya lebih kurang jam 11 malam saya akan keluarkan 3 plastik beg  EBM beku yang bertarikh paling lama dari bahagian beku kemudian saya letakkan dalam sebuah bekas yang berisi air paip dan masukkan ke dalam bahagian sejuk peti ais. Cara ini membantu EBM beku tadi cair dengan sempurnanya di keesokan paginya.


Seawal jam 4 pagi saya biasanya terbangun. Selalunya masa ni saya mengambil peluang untuk melakukan power pumping. Selepas mengepam saya akan mulakan proses memindahkan EBM yang dicairkan tadi ke dalam botol-botol untuk ke pusat asuhan. 

Bagaimana nak melabel botol-botol ini?

Mula-mula saya akan susun 3 botol 'fresh EBM' dan 3 EBM yang dicairkan semalaman itu. Kemudian saya akan melabelkan setiap botol. Manakala baki 'fresh EBM' di bahagian sejuk saya akan pindahkan ke bahagian beku. saya akan labelkan dulu EBM yang telah dicairkan kepada nombor 1, nombor 2 dan nombor 3. Sebabnya EBM beku yang telah di cairkan WAJIB di gunakan dalam tempoh 24jam. Jadi anak saya akan habiskan EBM yang dicairkan terlebih dahulu. Dan 3 botol 'fresh EBM' akan dilabelkan mengikut turutan dari nombor 4 hingga nombor 6.




Mengapa kita perlu sediakan 'fresh EBM'?

Sebabnya anak kita, kadang-kadang tidak habiskan kesemua stok susu yang kita bekalkan setiap hari, mungkin 4 atau 5 botol sahaja yang dapat dihabiskan. Atau mungkin kesemua susu dapat dihabiskan sekiranya saya lewat mengambilnya di pusat asuhan. Sekiranya susu tersebut tidak dihabiskan, saya akan meminta jasa baik pengajar pusat asuhan untuk terus meletakkan susu tersebut di dalam peti ais Pusat Asuhan untuk digunakan keesokkan harinya. 'Fresh EBM' dapat tahan selama 2-3 hari dibahagian sejuk peti ais. Dan sekiranya hari tersebut adalah hari jumaat (hari terakhir bekerja) saya akan membawa pulang 'Fresh EBM' tersebut untuk dibekukan. kredit to naluriibu

Amaran: EBM beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Sekiranya bayi anda tidak menghabiskan stok dari EBM beku yang telah dicairkan dalam tempoh 24 jam, susu tersebut perlu dibuang.



Kemudian saya akan masukkan botol-botol itu ke dalam cooling beg. Untuk info cooling beg ini boleh tahan selama 12 jam.  Serahkan beg cooling itu kepada pengasuh taska. Saya amat beruntung kerana taska anak saya ini menyokong amalam susu ibu. Biasanya pihak taska akan mengeluarkan botol-botol susu dari cooling beg dan disimpan di bahagian sejuk peti ais.

saya breastfeeding mommy

Begitulah rutin saya hari-hari. Yang paling penting adalh disiplin. Kesabaran dan kecekalan hati juga amat penting. Bukan senang tau nak menjayakan breastfeeding ni. :)

Panduan untuk memiliki vitamin:

Set vitamin ibu menyusu
Set vitamin milk Booster
Set vitamin bersalin/Berpantang
Set vitamin ibu hamil
Set vitamin ibu ramping bayi montel



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi   saya di:


Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk  
info terkini

5 comments:

  1. Thanks admin for the tips. Good entry sharing this time. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.


    >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

    ReplyDelete
  2. Ya setuju tu sis, bagi saya, Kelengkapan untuk menyusu kena ready dah, mcm breastpump, Baju Khas untuk Menyusu, semua ni penting untuk menjadikan kita lebih semangat untuk menyusukan bayi dan takde la nanti nak jadikan alasan malas sbb susah nak pump dekat office lagi-lagi untuk ibu yang bekerja etc.nak lebih jimat masa, jimat tenaga, pergi je seminar @ class menyusu oleh pakar-pakar laktasi, buat la research sikit berkenaan seminar tu, tengok testimoninya, tengok berapa ramai yg dah berjaya, kemudian invest la sket duit demi untuk anak-anak.. bukan apa, kalau kita blajar sendiri tanpa guru, takut tak jadi nanti sediri fade up, so better kena ada mentor, boleh tanye2.. insyallah berjaya, kalau saya, saya cadangkan seminar Pn. Asiah, dia ajar berdasarkan pengalaman die.. huhu..

    ReplyDelete
  3. nice sharing kak.ni sy ada share tip untuk handle anak yang cerewet makan. jemput baca ya.:)
    .
    https://www.facebook.com/toksyedori/photos/a.1452626308155108.1073741829.1311500102267730/1509689512448787/?type=3&theater
    .
    terima kasih.:)

    ReplyDelete

  4. Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
    in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
    categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
    loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
    ******************************
    1) Full Name:
    2) Gender:
    3) Loan Amount Needed:
    4) Loan Duration:
    5) Country:
    6) Home Address:
    7) Mobile Number:
    8) Fax Number:
    9) Occupation:
    10) Monthly Income:
    11) Salary Date:
    12) Purpose of loan:
    13) Where did you get our loan advertisement:

    ReplyDelete
  5. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans atlow interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whats app +919205646839
    helpfiance@gmail.com

    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    helpfiance@gmail.com
    Whats app +919205646839

    ReplyDelete

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?