Sebelum kelahiran anak kedua saya pada Ogos tahun lalu, saya memang berniat untuk breastfeed bayi saya sehingga umur 2 tahun atau lebih. Hati saya mula rungsing bila mengenangkan di mana nak simpan stok EBM tu. Memandangkan di rumah saya hanya ada peti ais 1 pintu sahaja, saya telah meminta suami untuk membeli peti ais yang besar iaitu 2 pintu. Pada mulanya suami saya membantah tetapi bila diterangkan nawaitu suci saya, terus dia bersetuju. Malah kami sama-sama mencari info dan artikel bagaimana cara terbaik menyimpan stok EBM.
Entry saya hari ini ingin berkongsi pengalaman dan cara saya menyimpan stok susu EBM saya. Selamat membaca! :)
1) Susu fresh baru perah (Suhu bilik)
Suhu 25c - 37c - 4 jam
2) Peti sejuk (Rak atas) - Bahagian sejuk
Suhu 2c - 4c -3-5 hari
(> 5 hari - perlu masukkan dalam freeze)
3) Peti sejuk (1 pintu)
Bahagian beku - 2 minggu
4) Peti sejuk (2 Pintu) -20c bahagian beku - 3 bulan
5) Deep Freeze - 6 bulan
Ini apa yang saya tahu dan saya baca dalam internet dan dari buku Panduan Penyususan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya. Jika ada maklumat tambahan atau pun ada kekurangan sila tegur dan beritahu saya. Insyallah niat murni dan suci kita untuk menyusukan anak akan mendapat pahala berlipat ganda dari Allah. Sesungguhnya susu kita hak mutlak anak kita! Selamat Breastfeed! :)
Untuk dapatkan set vitamin breastfeeding dan konsultasi sila hubungi saya
email: maznifaeza@gmail.com
sms/call: 016-5199271
fb page: facebook.com/superbvitamin
0 comments:
Post a Comment