Kenangan berpantang!
Assalamualaikum semua! Semoga ceria selalu! Rasanya belum terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pencinta blog Superb Vitamin. Ampun maaf dipinta jika ada coretan di blog saya ini yang menyinggung perasaan uols semua. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan berceloteh di blog saya ini. Lama blog saya bersawang. Almaklumlah ibu berpantang di kampung yang kemudahan internetnya kejap ada dan kejap tiada.
Oh yeah! Semalam adalah hari merdeka saya! Merdeka berpantang 44 hari! Dah boleh gantung semua bengkung, tungku, stokin. Yeayyh! Pastinya saya merindui momen berparam pilis, bertungku, bertangas, berurut segala.. chewahh!! Rindu le sangat. Terima kasih to my beloved umi & abah yang banyak bagi bantuan & sokongan sepanjang berpantang. Tanpa mereka mahunya saya jadi hulk. Hihii
Raya 2014 |
Sekarang ni tengah berusaha nak kurangkan berat badan pulak. Misi nak dapatkan kembali 48kg. Macam biasa lecithin, alfalfa, esp, chinch shake jadi peneman. Moga breastfeeding dapat bantu dalam segala usaha saya ini.
Bercakap mengenai breastfeeding ni, sempat juga saya membuat stok susu ebm ketika berpantang hari tu. Saya juga telah melakukan power pumping dan mengamalkan vitamin milkbooster Shaklee untuk menghasilkan susu yang melimpah ruah, pekat dan menggiurkan. Syukur Alhamdulillah!
Susu ebm yang telah beku |
Susu ebm yang telah beku |
Kini tibalah masanya untuk pulang ke rumah di Shah Alam. Perjalanan dari Teluk Intan ke Shah Alam mengambil masa lebih kurang 2 jam. Stok susu ebm juga kenalah dipindahkan. Untuk info susu ebm yang beku ini tidak boleh dibiarkan cair kemudian dibeku semula. Jika cair sahaja susu ini hendaklah diberikan serta merta kepada bayi kita. Takkan nak bagi semua stok ebm ni kpd bayi kita sekaligus kan? Naya anak kita nanti. Hahaha
Susu ebm tidak boleh melalui proses 2 kali pembekuan! Ia akan rosak dan tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi kita. Jom ikuti tips bagaimana saya memindahkan susu ebm ini dari Teluk Intan ke Shah Alam.
1. Untuk memastikan susu ebm kekal beku, kita memerlukan beberapa barang seperti ini:
Bekas kedap udara |
Ketulan ais batu yang banyak |
2.Kemudian masukkan stok susu ebm itu ke dalam bekas kedap udara ini. Lihat gambar di bawah
Kak Ngah Muna sibuk bantu mama |
Susu ebm yang beku |
Proses menyimpan susu ebm ke dalam bekas |
3. Akhir sekali jangan lupa taburkan garam ke dalam bekas kedap udara ini. Tujuannya untuk membantu melambatkan ais batu itu cair. Tutup dengan kemas bekas ini. Kalau boleh balut penutup bekas ini dengan masking tape untuk memastikan penutup ini betul-betul rapat.
Garam ditaburkan |
Alhamdulillah setibanya di rumah saya susu ebm ini masih kekal beku. Saya segera masukkan susu ebm ini ke peti ais di rumah saya. Kini saya berazam dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk memudahkan saya menjayakan penyusuan susu ibu kepada Iman Izziqry sehingga 2 tahun.
Ibu-ibu diluar sana yang ingin mendapatkan info dan ilmu penyusuan bolehlah hubungi saya. Saya sudah 2 kali mempunyai pengalaman menyusukan anak saya sehingga berusia 2 tahun. Ingat! Susu ibu adalah terbaik di dunia! Anak kita berhak untuk mendapatkannya.
Jika ada pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
0 comments:
Post a Comment