Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Perasaan Gembira Setelah Bersalin Bertukar Murung Bayi Baru Lahir Kena Penyakit Kuning Jaundice

with 0 Comment

Tips elak Jaundice Bayi Baru Lahir


Kelegaan dengan penuh rasa bersyukur pasti terserlah  di setiap wajah ibu bersalin tatkala anak yang dikandungnya selama 9 bulan akhirnya berjaya melihat dunia ini dengan selamatnya. Alhamdulillah itulah ungkpan yang terpacul dari mulut seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat Adam di bumi Allah ini. 

Namun perasaan gembira ini akan lenyap dan bertukar murung apabila bayi baru lahir ini disahkan menghidapi penyakit kuning jaundice. Kesakitan bersalin belum pun hilang lagi tiba-tiba anak pula dilanda jaundice atau penyakit kuning. Apakah itu Jaundice? Bagaimana cara mengatasi Jaundice bayi baru lahir? 




Anak saya yang sulung memang teruk kena kuning Jaundice. Terpaksa saya berulang beberapa kali ke hospital untuk memantau kuningnya. Masa itu saya terlalu naif mengenai Jaundice ini. Almaklumlah anak pertama. Tapi saya bersukur Alhamdulillah apabila anak saya yang kedua dan ketiga terhindar daripada gejala kuning Jaundice setelah saya amalkan tips-tips pencegahan Jaundice ketika hamil. Apakah tips-tips itu? Kenalah baca entri ini sehingga habis yek. Insyallah saya kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk uols. 


Ilmuna dan Iman tidak kena Jaundice, Alhamdulillah

Apa itu penyakit kuning Jaundice?

Jaundice dari perkatan Perancis 'jaune' yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air. Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing. Sebahagiannya pula akan dibuang melaui najis melalui saluran hempedu.




Bagaimana penyakit kuning Jaundice terjadi?

  • Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.
  • Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
  • Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
  • Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.

Apakah faktor berlaku penyakit kuning Jaundice?

  • Sekiranya kekuningan datang terlalu awal seperti pada hari pertama kelahiran, ia mungkin disebabkan tersumbatnya hempedu akibat kecacatn lahir seperti billiary atresia.
  • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
  • Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
  • Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
  • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
  • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
  • Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)

Adakah Jaundice berbahaya?

Sudah tentu sangat bahaya! Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!

Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.

Ibu semasa hamil boleh elakkan jaudis dengan amalan ini:


  • Minum madu 3 sudu besar atau minum air madu 5 sudu besar. Bagi ibu yang ada masalah diabetes, jangan risau madu tidak memberi kesan negatif.
  • Memperbanyakkan memakan kurma
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari
  • Suami digalakkan berselawat sambil menggosok perut isteri. Lakukan sekerap mungkin.
  • Amalkan Zinc Complex Shaklee pada trimester ketiga mengandung untuk elakkan anak kuning joundis.


Pengambilan set vitamin ibu hamil Shaklee semasa mengandung boleh membantu mengatasi jaundice bayi baru lahir. Ia bukan sahaja untuk mengelak sebarang komplikasi semasa bersalin nanti, tapi untuk memastikan keperluan nutrisi ibu dan bayi lengkap sekaligus boleh mengurangkan risiko jaundis terjadi kepada bayi.


Kenapa bayi jaundice perlu disusukan sekerap mungkin?

Selain itu menyusukan bayi dengan kerap dapat mengatasi jaundice bayi baru lahir. Ia akan membuatkan bayi membuangkan air kecil dan najisnya dengan lebih kerap. Maka dengan itu lebih banyaklah bilirubin dapat dibuang dan dikeluarkan dari tubuh bayi. Kolostrum juga turut bertindak sebagai julap yang turut membantu memproses dan  menyingkirkan lebihan bilirubin dari tubuh bayi. Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu 7 kali atau lebih dalam masa sehari, dapat mengurangkan risiko jaundice.


Kenapa ibu bersalin patut berpantang dengan Set Bersalin Shaklee?


  • Dirumuskan dapat membaik pulih sistem urat saraf  badan bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anak.
  • Boleh terus amalkannya sebaik sahaja bersalin. Membantu ibu tenang, tidak bentan dan meroyan.
  • Memberi tenaga kepada ibu dan menggalakkan penghasilan susu ibu. Bayi yang baru lahir perlu diberi susu lebih kerap untuk mengatasi jaundice atau kekuningan.


Ramai yang cakap Set Bersalin Shaklee ini best. Tak rasa macam berpantang pun. Rasa cergas sangat. Cepat saje luka jahitan sembuh. Betulkah set bersalin shaklee ini terbaik? Jom kita baca perincianya dengan klik link di bawah,



Rawatan Jaundis

Jemur di bawah lampu
Bayi akan diletakkan di bawah lampu cahaya biru di hospital sehingga bilirubin akan ditukarkan kepada bahan tidak berbahaya dalam hati.(Anda tidak boleh dedahkan bayi anda di bawah matahari secara terus kerana sinaran uv boleh membahayakan bayi anda)



Pertukaran darah

Apabila kadar bilirubin bayi melebihi garis normal yang ditetapkan iaitu 20mg/dL (340 umol/L), pertukaran darah merupakan cara terakhir untuk mengelakkan kerosakan otak. Kadar bilirubin yang melebihi garisan normal disebabkan pelbagai faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh. Apa lagi yang ditunggu. Jika anda ibu hamil yang sedang menanti saat kelahiran, segeralah amalkan tips yang telah saya kongsikan tadi. Berikanlah yang terbaik untuk zuriat kita. Anak adalah harta tidak ternilai.

Jom dapatkan set ibu hamil dan set bersalin Shaklee dengan saya sekarang.



Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.





20 Perkara Tanpa Kita Sedari Berubah Selepas Kita Memiliki Anak

with 0 Comment

“Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur” Memang inilah kata-kata yang sering kita terima ketika mengandung. Nampak ada bayi ini seronok dan best tapi sebenarnya menuntut banyak kesabaran dan pengorbanan. Betul kan?



Apa yang pasti, selepas memiliki anak beberapa rutin harian kita akan berubah. Secara keseluruhannya kehidupan kita akan berubah dan tidak seperti dulu. Rumahtangga kita akan dihiasi dengan gelak ketawa, tangisan dan rengekan si kecil. Suasana rumah tangga kita meriah dan gembira dengan kehadiran pengikat kasih kita suami isteri. Namun begitu kita bukan sahaja mengalami sindrom tidak cukup tidur, kekangan wang tetapi tanpa kita sedari ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar yang perlu digalas bagi memastikan si kecil membesar dengan sempurna sarat kasih sayang. 



Apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya banyak perkara yang menarik akan berlaku tanpa kita sedari.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. Bi taru kita tahu erti kasih sayang ibubapa kita setelah kita memiliki anak sendiri.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.



11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Kita akan marah dan tersentuh hati apabila terbaca, terlihat kes penderaan anak.
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!


Vitamin Tambah Darah Membantu Pesakit Kurang Darah Anemia Kembali Hidup Lebih Ceria dan Sihat

with 2 comments

Jagalah kesihatan kita!


Semalam saya dapat call dari seorang customer yang tinggal di Seremban. Dia bertanya, "Kalau nak tambah darah kena makan vitamin apa yek?"

Anemia - Kurang Darah

Sebelum saya bercerita tentang vitamin tambah darah, mari kita mengetahui apakah punca, kesan, dan risiko masalah kurang darah atau anemia ini kepada kita. 

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi. Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi.


Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.





Penyakit kurang darah merah atau anemia adalah penyakit yang biasa dialami golongan wanita. Terdapat kira-kira 30% wanita yang tidak hamil pada lingkungan umur subur, 38% wanita hamil dan 14% lelaki yang berada di kawasan luar bandar mengalami kekurangan zat besi di Malaysia – (sumber: WHO Global Database on Anemia, Malaysia 2007).
Penyebab Kurang Darah (Anemia Kekurangan Zat Besi)
  • Kehilangan darah yang disebabkan pendarahan haid yang berlebihan, radang perut, kanser kolon dan usus, atau fibroid rahim.
  • Diet yang tidak seimbang dan ketidak upayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan oleh gangguan atau penyakit usus. Sesetengah ubat, mineral dan makanan juga boleh mengganggu penyerapan zat besi
  • Kehamilan disebabkan peningkatan isipadu darah ibu mengandung bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fetus.
  • Ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan gangguan pada usus

Gejala Penyakit Kurang Darah Merah

  • Pucat
  • Rasa letih lesu dan tidak bermaya
  • Sentiasa rasa pening
  • Rasa pitam bila bangun (sakit kepala/pening)
  • Kebas/sejuk kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan berdebar-debar (sesak nafas)
  • Degupan jantung laju
  • Kuku mudah rapuh
Anemia - Kurang Darah Merah
Anda berisiko tinggi mendapat penyakit kurang darah merah atau anemia jika terdiri daripada golongan berikut:
  • Wanita yang mengalami kedatangan haid yang berlebihan
  • Wanita yang mengandung atau menyusu bayi
  • Bayi, kanak-kanak atau remaja dalam fasa pertumbuhan tubuh yang pesat
  • Individu yang kurang mengambil makanan kaya zat besi
  • Individu yang mempunyai penyakit radang perut atau pesakit kanser kolon
  • Ibu yang baru melahirkan anak
  • Pesakit yang baru menjalani pembedahan
Penyakit kurang darah merah atau anemia kekurangan zat besi perlu dirawat dengan segera. Jika penyakit anemia dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh bertukar serius dan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan termasuk.
  • Denyutan jantung yang tidak teratur yang boleh menyebabkan sakit jantung
  • Masalah kesihatan semasa mengandung yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau kelahiran bayi kurang berat
  • Melambatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak
Kita juga boleh mengetahui samada kita kurang darah merah melalui pemeriksaan darah di klinik atau hospital. Sedikit darah akan diambil dari hujung jari dan kadar hemoglobin dalam darah boleh diketahui.
Jika kadar hemoglobin dalam darah kurang dari 11 bermakna kita sedang alami penyakit anemia atau kurang darah merah.
Anemia - Kurang Darah
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit kurang darah merah boleh dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut kadar hemoglobin dalam darah:
  • Normal (tiada anemia) ~ lebih dari 11
  • Sederhana ke Normal ~ 9.5 – 11
  • Sederhana ~ 8 – 9.5
  • Merbahaya ~ 6.5 – 8
  • Membawa Maut ~ kurang dari 6.5


Vitamin Tambah Darah


1) Vita-lea Iron Formula
Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat besi

2) B Complex (lengkap dgn asid folik) 
Vitamin B12 mencegah anemia manakala B5 dan B6 membantu untuk penghasilan sel darah merah

3) Sustained Release Vita C
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih berkesan.

Lihatlah testimoni di bawah ini.



Kepada pengidap penyakit kurang darah dan anemia, janganlah membiarkan hidup anda dibelenggu penyakit ini. Anda juga berhak hidup ceria dan sihat seperti orang lain. Segeralah dapatkan set vitamin tambah darah ini dengan saya sekarang!



Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

9 Tips Galak Anak Berpuasa Dengan Perasaan Seronok Dan Gembira

with 3 comments

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Kareem


Sebenarnya kartun Upin Ipin memang banyak memaparkan kebaikan dan mempunyai nilai tauladan yang dapat dicontohi oleh anak kita. Bagus untuk anak kita menontonnya. Kekadang kita sebagai ibu bapa pun ralit menonton Upin Ipin ini disebabkan kartun ini membawa kita mengimbau kenangan silam di zaman kanak-kanak kita.

Berpuasa dengan Shaklee


Sebagai contoh episod Upin Ipin berpuasa di bulan Ramadhan berjaya membuat hati kita tercuit dan fikiran kita bingkas melayang ke zaman kanak-kanak. Kita mula teringat kenangan kita mula-mula belajar berpuasa dulu. Baring depan peti sejuklah, rendam muka dalam kolah sejam sekali, akal buat-buat terlupa makan dan sebagainya. Macam-macam ragam. Betul tak? 

Tips galak anak berpuasa yang mudah ialah menyuruh mereka menonton Upin Ipin episod berpuasa di bulan Ramadhan. Jadi anak kita dapat menghayati betapa seronoknya berpuasa dan ini memudahkan tugas kita untuk mendidik mereka berpuasa.

Anak sulung saya Irfan Izzarif mula belajar berpuasa pada tahun lepas ketika umur 6 tahun. Alhamdulillah dapat 24 hari dia berpuasa. Itu pun berjenuh jugaklah saya 'berperang' dengan dia. Pendekatan psikologi selalu saya amalkan bagi mengalih fikiran anak saya ni daripada asyik berfikir tentang lapar dan dahaga. Hari pertama sahaja susah dan memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak berpuasa.

Berpuasa dengan Shaklee


Okay mari kita baca tips galak anak berpuasa dengan perasaan seronok dan gembira. Saya senaraikan mengikut pengalaman saya mengajar anak saya berpuasa.

  1. Ajar anak niat puasa, terangkan kenapa kita perlu berpuasa. 
  2. Masa kejut untuk bersahur, secara perlahan-lahan beritahu tentang kelebihan bersahur.
  3. Sahur bersama-sama. Pastikan masakan sahur makanan kegemaran anak kita dan sedap!
  4. Semasa seharian berpuasa, jika anak penat, suruh dia mandi untuk segarkan badan.
  5. Menjelang berbuka, tanya anak kita apa makanan kegemaran untuk berbuka. Jika boleh ajak anak kita membantu siapkan hidangan berbuka.
  6. Jangan beri anak bermain lebih-lebihan di kawasan luar rumah. Nanti letih nak air pula.
  7. Jika ada adik kecil, jangan beri adik-adik kecil makan depan mereka.. Biskut kering pun boleh terliur tau.
  8. Beri galakan dan sokongan moral semasa berpuasa. Sentiasa ungkapkan, "Irfan boleh berpuasa!"
  9. Berikan makanan semasa berbuka dan bersahur dengan hidangan lengkap dan berkhasiat. 
Tapi tips ini yang paling penting untuk anak kita berpuasa dengan bertenaga dan menghindar berlaku dehydration. Jom amalkan!

1. Waktu bersahur jangan lupa bancuhkan Mealshakes untuk anak kita.

Saya akan pastikan anak saya minum Mealshakes bagi memastikan dia bertenaga ketika berpuasa disamping mengekalkan kadar nutrisi diri sentiasa mencukupi. Jom baca kebaikan Mealshakes

Berpuasa dengan Shaklee

Berpuasa dengan Shaklee





2. Waktu berbuka pula jangan lupa jadikan performance drink ini sebagai minuman utama berbuka puasa. 

Badan kita kehilangan banyak air ketika berpuasa. Performance Drink dapat mengelak berlakunya dehydration. Jom baca kebaikan Performance Drink

Berpuasa dengan Shaklee

Pastikan Ramadhan kali ini anak kita dapat berpuasa dengan selesa, lebih bertenaga dan yang paling penting ialah sihat. Berikanlah anak kita Mealshakes ketika bersahur dan berbukalah dengan air Performance Drink. Jom dapatkannya sekarang dengan saya.

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:


♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



Dipaksa Rela Menikmati Kemeriahan Shaklee National Conference 2015

with 3 comments

Syukur Alhamdulillah


Salam sejahtera buat pembaca setia blog Superb Vitamin. Sejak akhir ini saya begitu kekangan masa untuk mengemaskini blog kesayangan ramai ini. Bukan disengajakan tapi percayalah saya masih kekal istiqamah menyebarkan kebaikan Shaklee kepada rakyat Malaysia. Baru-baru ini saya telah terpaksa rela untuk menikmati kemeriahan Shaklee National Conference 2015 di Seri Kembangan. Peeergh memang best tidak terkata. Sungguh meriah dan macam-macam ada.


*Baca entri ini sehingga habis. Ada sesuatu yang menarik gempak saya nak belanja uols di akhir entri. Selamat membaca!

Shaklee National Conferenc 2015 kali ini dilangsungkan di Mines International Exhibition Centre (MIECC) pada 5 hingga 7 Jun yang lalu. Saya sungguh bertuah kali ini walaupun pelbagai cabaran melanda bisnes Shaklee 2014, saya masih dianugerahkan 2 tiket free untuk menginap di hotel Palace of The Golden Horses selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah. Berkat penat jerih saya dan suami mengusahakan bisnes Shaklee ini sedikit sebanyak berbayar dengan anugerah ini. Bolehlah bawak anak-anak bercuti di sini. Terima kasih Shaklee!

Bukan itu sahaja, 
Saya keterpaksaan apabila dipaksa rela untuk terima semua ni... ðŸ˜ƒ
dipaksa bermalam di sini selama 3 hari 2 malam
dipaksa untuk terima banyak gift
dipaksa untuk terima tajaan & layanan 5 bintang
dipaksa untuk terima award.
Tak percaya? Lihatlah gambar-gambar di bawah ini











Seronok tak tengok gambar di atas? Yang lebih seronok bila ada orang bayar penginapan kita tidur hotel ini. Dapat duit poket pula itu rm200 utk 3 hari menginap di sini. Anak-anak apa lagi, merekalah yang paling gembira. Pantang ada masa terluang terus ajak mandi kolam. 

Pada hari pertama, Shaklee telah membawa kami melancong di Kuala Lumpur. Kalau tak kerana Shaklee mesti saya lalu sahaja depan Muzium di Raja di Jalan Istana tu. Selain itu kami juga dibawa ke tempat pelancongandi Kuala Lumpur seperti KLCC, Aquaria dan Central Market. 

Apa yang ada di Shaklee National Conference 2015?


Selain majlis anugerah, ada juga demonstrasi produk, pemeriksaan kesihatan percuma, konsultasi percuma bersama pakar nutrisi Shaklee, pelbagai jualan barangan Shaklee yang limited edition dan jamuan produk Shaklee. 

Terdapat juga perkongsian kejayaan daripada 7 orang Master di NC tersebut. Kita ni bila nak jadi hebat, kenalah selalu dengar dan mengikuti cara orang yang hebat. Betul tak? Nak berjaya bukan senang. Kita ambil segala pengalaman yang mereka dah lalui itu sebagai inspirasi untuk kita mendaki puncak kejayaan menjadi Master Coordinator dalam Shaklee.
Saya pula macam mana? Saya sekarang di rank Key Coordinator. Lagi 2 tapak je nak ke Master. Doakan saya yek.
Jom saya belanja gambar-gambar di Shaklee National Conference 2015. Layaaaanz












Dalam zaman moden ini sudah pastinya kita dituntut untuk berniaga mengikut konsep bisnes terkini. Kita mesti seiring dengan kecanggihan zaman. Bukan kita yang ketinggalan zaman tau! Daftarlah menjadi ahli Shaklee dengan leader yang aktif dan power. Sebab apa kena power? Power yang macam mana? Jangan salah sangka ya! Power bukan dari segi kekuatan fizikal tetapi power dari segi ilmu dan pengetahuannya mengenai internet marketing. 


Apabila kita mendaftar ahli shaklee dengan penaja yang aktif dan power, segala ilmu internet marketing akan ditransformasikan kepada kita.

Tahun depan saya pasti anda juga akan dipaksa rela menikmati kemeriahan Shaklee National Confernece ini. Dengarnya tahun depan lagi best. Hahaha... Apa tunggu lagi! Tindakan luar biasa akan menghasilkan keputusan yang luar biasa. Kita mampu mengubah hidup kita untuk berjaya. Lakukan sekarang dengan mendaftar ahli Shaklee dengan saya dan sertailah Program YES Shaklee.

Janji mesti ditepati. Saya tunaikan janji saya di awal entri ini. Jom kita tonton video pendek yang gempak dan best ini. Rugi tau jika tak tengok! Jom klik play



National Conference Shaklee 2014/2015 Highlight from iReach HD on Vimeo.

Boleh hubungi saya untuk daftar ahli Shaklee 
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?