Tips elak Jaundice Bayi Baru Lahir
Kelegaan dengan penuh rasa bersyukur pasti terserlah di setiap wajah ibu bersalin
tatkala anak yang dikandungnya selama 9 bulan akhirnya berjaya melihat dunia
ini dengan selamatnya. Alhamdulillah itulah ungkpan yang terpacul dari mulut
seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat Adam di bumi Allah
ini.
Namun perasaan gembira ini akan lenyap dan bertukar murung apabila bayi baru lahir ini disahkan menghidapi penyakit kuning jaundice. Kesakitan bersalin belum pun hilang lagi tiba-tiba anak pula dilanda jaundice atau penyakit kuning. Apakah itu Jaundice? Bagaimana cara mengatasi Jaundice bayi baru lahir?
Namun perasaan gembira ini akan lenyap dan bertukar murung apabila bayi baru lahir ini disahkan menghidapi penyakit kuning jaundice. Kesakitan bersalin belum pun hilang lagi tiba-tiba anak pula dilanda jaundice atau penyakit kuning. Apakah itu Jaundice? Bagaimana cara mengatasi Jaundice bayi baru lahir?
Anak saya yang sulung memang teruk kena kuning Jaundice. Terpaksa saya berulang beberapa kali ke hospital untuk memantau kuningnya. Masa itu saya terlalu naif mengenai Jaundice ini. Almaklumlah anak pertama. Tapi saya bersukur Alhamdulillah apabila anak saya yang kedua dan ketiga terhindar daripada gejala kuning Jaundice setelah saya amalkan tips-tips pencegahan Jaundice ketika hamil. Apakah tips-tips itu? Kenalah baca entri ini sehingga habis yek. Insyallah saya kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk uols.
Ilmuna dan Iman tidak kena Jaundice, Alhamdulillah |
Apa itu penyakit kuning Jaundice?
Jaundice dari perkatan Perancis 'jaune' yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air. Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing. Sebahagiannya pula akan dibuang melaui najis melalui saluran hempedu.
Bagaimana penyakit kuning Jaundice terjadi?
- Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.
- Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
- Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
- Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.
Apakah faktor berlaku penyakit kuning Jaundice?
- Sekiranya kekuningan datang terlalu awal seperti pada hari pertama kelahiran, ia mungkin disebabkan tersumbatnya hempedu akibat kecacatn lahir seperti billiary atresia.
- Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
- Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
- Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
- Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
- Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
- Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
- Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
- Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
Adakah Jaundice berbahaya?
Sudah tentu sangat bahaya! Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!
Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.
Ibu semasa hamil boleh elakkan jaudis dengan amalan ini:
- Minum madu 3 sudu besar atau minum air madu 5 sudu besar. Bagi ibu yang ada masalah diabetes, jangan risau madu tidak memberi kesan negatif.
- Memperbanyakkan memakan kurma
- Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari
- Suami digalakkan berselawat sambil menggosok perut isteri. Lakukan sekerap mungkin.
- Amalkan Zinc Complex Shaklee pada trimester ketiga mengandung untuk elakkan anak kuning joundis.
Pengambilan set vitamin ibu hamil Shaklee semasa mengandung boleh membantu mengatasi jaundice bayi baru lahir. Ia bukan sahaja untuk mengelak sebarang komplikasi semasa bersalin nanti, tapi untuk memastikan keperluan nutrisi ibu dan bayi lengkap sekaligus boleh mengurangkan risiko jaundis terjadi kepada bayi.
Kenapa bayi jaundice perlu disusukan sekerap mungkin?
Selain itu menyusukan bayi dengan kerap dapat mengatasi jaundice bayi baru lahir. Ia akan membuatkan bayi membuangkan air kecil dan najisnya dengan lebih kerap. Maka dengan itu lebih banyaklah bilirubin dapat dibuang dan dikeluarkan dari tubuh bayi. Kolostrum juga turut bertindak sebagai julap yang turut membantu memproses dan menyingkirkan lebihan bilirubin dari tubuh bayi. Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu 7 kali atau lebih dalam masa sehari, dapat mengurangkan risiko jaundice.
Kenapa ibu bersalin patut berpantang dengan Set Bersalin Shaklee?
- Dirumuskan dapat membaik pulih sistem urat saraf badan bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anak.
- Boleh terus amalkannya sebaik sahaja bersalin. Membantu ibu tenang, tidak bentan dan meroyan.
- Memberi tenaga kepada ibu dan menggalakkan penghasilan susu ibu. Bayi yang baru lahir perlu diberi susu lebih kerap untuk mengatasi jaundice atau kekuningan.
Ramai yang cakap Set Bersalin Shaklee ini best. Tak rasa macam berpantang pun. Rasa cergas sangat. Cepat saje luka jahitan sembuh. Betulkah set bersalin shaklee ini terbaik? Jom kita baca perincianya dengan klik link di bawah,
Rawatan Jaundis
Jemur di bawah lampu
Bayi akan diletakkan di bawah lampu cahaya biru di hospital sehingga bilirubin akan ditukarkan kepada bahan tidak berbahaya dalam hati.(Anda tidak boleh dedahkan bayi anda di bawah matahari secara terus kerana sinaran uv boleh membahayakan bayi anda)
Pertukaran darah
Apabila kadar bilirubin bayi melebihi garis normal yang ditetapkan iaitu 20mg/dL (340 umol/L), pertukaran darah merupakan cara terakhir untuk mengelakkan kerosakan otak. Kadar bilirubin yang melebihi garisan normal disebabkan pelbagai faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.
Sudah terang lagi bersuluh. Apa lagi yang ditunggu. Jika anda ibu hamil yang sedang menanti saat kelahiran, segeralah amalkan tips yang telah saya kongsikan tadi. Berikanlah yang terbaik untuk zuriat kita. Anak adalah harta tidak ternilai.
Jom dapatkan set ibu hamil dan set bersalin Shaklee dengan saya sekarang.
Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271 atau 0192249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.
0 comments:
Post a Comment