Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Diet Yang Sesuai Elakkan Kencing Manis Ketika Hamil

with 3 comments

Bahaya kencing manis kepada Ibu Mengandung


Alhamdulillah saya berpengalaman 3 kali mengandung dan tidak pernah mengalami kencing manis ketika hamil. Memang berasa syukur sangat. Setiap kali buat pemeriksaan bulanan di klinik ibu dan anak Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur paras gula saya berada dalam keadaan normal. Jadi saya memang tidak pernah minum air gula seperti mana yang selalu dikenakan kepada ibu hamil yang mempunyai paras gula membimbangkan.

Jaga kesihatan diri untuk dapatkan fasa kehamilan yang indah dan gembira
Kencing manis ketika hamil amat berbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Ibu hamil jangan ambil mudah dengan paras gula ketika hamil. Perlu selalu buat pemantauan terutamanya kepada ibu hamil yang mempunyai sejarah keturunan yang mempunyai kencing manis. Ada juga ibu hamil yang mengidap kencing manis sebelum dia mengandung lagi.

Kesan kencing manis kepada ibu hamil

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.

Kesan kencing manis kepada bayi dalam kandungan

  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari.
  • Boleh ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.


Bagaimana kencing manis  ketika hamil terjadi?


Organ pankreas dalam badan menghasilkan hormon insulin. Insulin berfungsi menukar gula kepada tenaga. Hormon-hormon lain yang dirembeskan semasa mengandung boleh menghalang insulin berfungsi dengan betul. Maka, pankreas perlu menghasilkan lebih banyak insulin. Jika insulin tidak dapat dihasilkan dengan kuantiti yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula dalam darah, ibu hamil akan mendapat kencing manis.

Saya mengamalkan diet yang sihat elakkan kencing manis ketika hamil. 


1. Untuk kekal bertenaga ketika mengandung, saya mengamalkan ESP Shaklee. ESP Shaklee ini memang bagus untuk ibu hamil. Selain memberi tenaga tambahan kepada ibu hamil, ia juga rendah kalori dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Apa itu ideks glisemik?





Glycemic Index merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras glukosa dalam darah.  Makanan dengan indeks glikemik rendah menciptakan rasa kenyang yang lebih besar dan bertahan lebih lama. (sebab itu makan ESP semasa perut kosong menyebabkan kita akan rasa kenyang yang berpanjangan)

2. Saya juga mengamalkan vitamin Shaklee yang membantu mengatasi gejala kencing manis ketika hamil. Dalam set ibu hamil Shaklee mengandungi vitamin yang membantu mengawal paras gula ibu hamil seperti:


B Complex

  • Membantu menukarkan gula kepada tenaga
  • Membantu mengurangkan keletihan
  • Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B


Vitalea

  • Membantu dalam penghasilan insulin
  • Mengandungi 19 Vitamin dan Mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan ibu hamil


Ostematrix

  • Membekalkan Magnesium kepada ibu hamil (kekurangan mangnesium antara punca kencing manis)
  • Mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis
  • Membekalkan kalsium magnesiam sepenuhnya bagi pembesaran bayi dan kesihatan ibu hamil.


Ibu hamil memerlukan lebih banyak makanan serat seperti buah-buahan
3. Elakkan makanan yang mempunyai karbo yang berlebihan. Lebihkan makan buah-buahan untuk dapatkan serat yang mencukupi. Peti ais saya memang sentiasa penuh dengan stok epal, limau, buah naga dan sebagainya. Tak rugi kita makan buah-buahan ni.


Ibu hamil perlu jaga kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Lengkapkan diri dengan nutrisi yang secukupnya. Perlu pandai memilih makanan apa yang berkhasiat untuk kesihatan ibu mengandung. Saya memang mengamalkan Set Ibu Hamil Shaklee semasa hamil. Sudah 2 kali mengandung Shaklee menjadi peneman setia saya ketika mengandung. Alhamdulillah fasa kehamilan saya memang sangat indah, seronok dan ceria. 

Kenangan di bulan Jun yang lalu. Sarat 9 bulan masa ni
Selain itu ibu hamil kena sentiasa bersenam untuk sentiasa sihat dan cergas. Bersenamlah mengikut kesesuaian ibu hamil bersenam. Boleh baca di sini tips bersenam ibu hamil.

Kepada ibu hamil yang mengalami kencing manis ketika hamil atau masih lagi mencari-cari supplement tambahan untuk ibu hamil bolehlah menghubungi saya untuk dapatkan Shaklee. Insyallah saya akan beri konsultasi dan cadangan vitamin yang sesuai untuk uols.

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

Maznifaeza Mustaffa 
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Tips Turunkan Kolestrol Dengan Cepat Ke Paras Normal

with 3 comments

Jangan ambil mudah dengan kolestrol!


Sekarang ini saya tidak perlu risau lagi untuk makan makanan kegemaran saya walaupun saya tahu ia mempunyai kolestrol yang tinggi. Best kan? Saya sudah jumpa tips elakkan kolestrol bermaharajalela di dalam badan saya. Kolestrol yang tinggi boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti stroke, darah tinggi dan sebagainya.

phytocol shaklee turunkan kolestrol
Kawal kolestrol melalui pemakanan kita
Dulu agak takut jugak nak 'belasah' makanan yang kita tahu kolestrol tinggi. Terpaksalah membayangkan makanan tu banyak ulat-ulat untuk membuatkan saya benci makanan tu. Hahaha. Sampai macam tu saya mengawal minda saya! 

Nampak senang bukan? Sebenarnya memang susah nak kawal minda kita! Kita sering terpengaruh dengan dorongan nafsu yang tinggi. Apatah lagi, Malaysia mempunyai kepelbagaian makanan jenis bergoreng dan bersantan, hidangan pencuci mulut seperti kek, coklat dan ais krim. Faktor kerap mengamalkan makanan tinggi lemak antaranya organ dalaman, daging merah, makanan laut dan telur kuning juga mampu menjadi faktor penyumbang terbesar kepada peningkatan paras kolestrol dalam darah.


Paras Kolestrol Normal, Pertengahan & Tinggi

  • Paras kolestrol darah normal merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang berada di bawah 5.20 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol darah yang unggul bagi anda.
  • Paras kolestrol darah pertengahan pula merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang berada pada julat 5.20 sehingga 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang kurang sesuai bagi anda.
  • Paras kolesterol darah tinggi pula merujuk pula kepada sukatan kolesterol dalam darah yang melebihi 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang memrbahaya untuk kesihatan anda. 

 

Punca paras kolestrol melebihi paras normal

  • Makan berlebihan terutamanya makanan yang beminyak.
  • Kerap makan makanan yang bergoreng. mentega, marjerin dan minyak sapi
  • Menggemari makanan berasaskan santan dan kerisik.
  • Makan daging berlemak dan ayam berkulit
  • Makan daging proses seperti burger dan sosej.
  • Kerap minum susus penuh krim dan makan hasil tenusu seperti keju dan dadih
Kini saya tidak risau lagi dengan kolestrol

Jangan risau! Phytocol mampu menghalang kolestrol menyerap ke dalam darah kita


Inilah rahsia saya untuk turunkan kolestrol dengan cepat ke paras normal. Bukan itu sahaja, phytocol perlu diamalkan sebelum kita menjamah sesuatu makanan yang berkolestrol tinggi. Untuk info phytocol mampu menghalang 90% kolestrol daripada makanan tersebut menyerap ke dalam darah kita. Jom kita lihat gambarajah di bawah untuk pencerahan.


phytocol shaklee turunkan kolestrol
Phytocol Shaklee mengandungi fitosterol dan rumusan klinikal istimewa untuk menghalang kolestrol menyerap ke dalam badan kita. Gambarajah di atas menunjukkan situasi sebelum dan selepas mengambil Phytocol Shaklee. Fitosterol telah menjadi perisai pertahanan yang hebat sehinggakan 90% kolestrol tidak berjaya menyerap ke dalam darah kita. Untuk penerangan terperinci boleh klik 

Phytocol Shaklee Turunkan Kolestrol Secara Semulajadi


phytocol shaklee turunkan kolestrol

Yang lagi 10% kolestrol tu macam mana? Takkan nak biarkan sahaja?


Jangan risau dan bimbang. Saki baki kolestrol yang terdapat dalam darah kita tu akan dapat dinyahkan oleh Omega Guard Shaklee. Boleh baca di sini kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee. Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan terbaik di dunia yang mampu menghakis kolestrol-kolestrol degil yang melekat di dinding saluran darah kita.


Sebenarnya pengambilan kolestrol yang sihat ialah di bawah 300mg sehari. Tetapi mampukah kita membenarkan 300 mg kolestrol sahaja ke dalam badan kita sehari. Jika kita lihat gambarajah ini, saya tahu uols pun tahu jawapannya

phytocol shaklee turunkan kolestrol

Masyallah! Ada yang mengucap panjang bila melihat gambar  di atas. Baru sedar bahawa setiap hari mengambil makanan tinggi kolestrol dan melebihi 300mg. Selagi kita berada di Malaysia memang sukar kita nak mengekalkan kolestrol di paras normal kerana Malaysia memang terkenal dengan aneka makanan yang lazat.

Justeru itu segeralah bertindak sebelum terlambat. Hapus dan turunkan kolestrol dengan cepat ke paras normal dengan Phytocol dan Omega Guard Shaklee. Saya memang tidak risau lagi dengan kolestrol. Sebelum menjamah makanan saya telan dulu phytocol untuk menghalang 90% kolestrol ke dalam badan saya. Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan. Sihat sebelum sakit! Jom klik link di bawah


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Cara Terbaik Buang Lemak Berlebihan di Peha

with 1 comment


Semalam saya telah meluangkan masa untuk mengemas stor di rumah saya. Sehari suntuk jugaklah saya mengerjakannya. Memanglah penat tapi rasa seronok  bila lihat stor kembali 'organize' dan tersusun. Apa yang sangat mengujakan ialah bila terjumpa kotak baju kebaya saya yang masih cantik tapi agak sendat dipakai. Terus nostalgia lama muncul kembali. Adooooiii. Terpaksa jugaklah layan kenangan zaman kegemilangan dulu-dulu ni seorang diri dalam stor....  Huhuhuhu

shape up program shaklee
Ramai wanita mengidamkan  bentuk badan ramping selepas bersalin

Zaman kegemilangan dulu memang saya banyak koleksi kebaya. Almaklumlah masa tu body langsing ramping bergaya lagi. Kanggaroo poket pun tak nampak lagi. Memang confident habislah bila mengenakannya. Tapi sejak selepas beranak pinak ni agak tak sesuai untuk menyarung kebaya semula. Saya tidaklah bersaiz besar atau gemuk. Cuma ada beberapa bahagian yang agak sukar nak dikecilkan seperti peha dan punggung. Kalau pakai kebaya jugak memang akan nampak macam buah pear! Sungguh memalukan! Aaaarghhh!

shape up program shaklee


Sejak saya amalkan tips ini sebulan yang lalu, Alhamdulillah banyak perkembangan positif yang saya perolehi.  Masalah peha besar ini sering menghantui ibu bersalin macam saya ini.  Jadi hari ini saya nak kongsikan cara terbaik buang lemak berlebihan di peha. Jom baca sampai habis entri ini

Tips ini harus diamalkan setiap hari sehingga kita nampak perubahannya.


Kurangkan pengambilan makanan berlemak

  • Pengambilan makanan berlemak merupakan faktor utama peha menjadi besar. Oleh sebab itu, kurangkanlah pengambilan makanan yang berlemak. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk badan kita. 

Makan makanan yang berserat

  • Makanan yang mempunyai serat yang tinggi dapat membentuk mengurangkan saiz paha. Ini kerana makanan berserat seperti sayur dan buah-buahan mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kurang lemak. Ia dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan.

Melakukan senaman

  • Antara senaman yang baik untuk peha ialah berjalan atau berjogging. Kaki kita merupakan otot utama untuk kedua-dua senaman ini. Jika kita tidak mampu untuk berjogging, lakukan aktiviti berjalan secara perlahan atau berlari setempat. Fungsi dan kesannya tetap sama. Jadi tiada alasan untuk kita tidak membuat senaman ini!

Amalkan vitamin


  • Permakanan vitamin dapat membantu kita mendapatkan peha yang kurus dan cantik. Nak-nak lagi ambil Set Slimming Shaklee. Set Slimming Shaklee terkenal dengan Shape-up Program dan membantu kita untuk menguruskan badan dan membuang lemak berlebihan di badan. Kebaikan program ini ialah membantu badan menjadi lebih ramping dan langsing, mengecilkan peha, mengurangkan lemak di punggung, lebih bertenaga dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. 

shape up program shaklee


Produk Shape-Up Program Shaklee terdiri daripada:
  • Cinch Shake Mix
  • Cinch Tea Mix
  • Lectihin
  • Herb Lax


Walau bagaimanapun, ibu menyusu tidak sesuai untuk mengambil Cinch Shake Mix. Sebagai ibu menyusu saya telah mengambil ESP sebagai ganti dengan Cinch Shake Mix. Kebaikan ESP selain merangsangkan penghasilan susu, ia juga memberikan saya tenaga berpanjangan dengan kalori dan indeks gisemik yang rendah.


Kini berat badan saya ialah 52 kilogram. Semasa mengandung berat badan saya mencecah 75 kilogram. Selain dapat kembali kurus, badan saya rasa bertenaga sahaja. Peha saya juga semakin mengecil saiznya. Target saya nak dapat berat yang ideal iaitu 47 kilogram. Harapan saya semoga saya dapat kembali selesa menyarung baju kebaya saya yang berlambak di stor itu. Tidak terlalu sendat dan melekat. Dapat ala-ala manis-manis sopan pun dah cukup dah. Haha... Betul tak?

shape up program shaklee


Apapun saya kena berazam dengan kuat untuk berdisiplin mengawal pemakanan dan senaman setiap hari. Shaklee bukan produk ajaib yang boleh bagi kurus sekelip mata. Nak buang lemak berlebihan di peha dan badan kenalah cekal dan ikut segala tips untuk kurus. 

Kalau nak kecilkan peha tu mehla bisik-bisik kat saya. Bukan peha sahaja, kita buang lemak dalam badan. Saya ada resepi rahsia. Tapi kenalah hubungi saya dulu!

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Keluarga Jiwa Negara Konsep Utama Usahawan Shaklee

with 2 comments


Assalamualaikum! Cepatnya masa berlalu. Kini kita di bulan November 2014. Alhamdulillah hari ini saya nak cerita pengalaman saya pada minggu lepas yang superb buzy. Jom layaaaanz cerita saya ini sampai habis.

Dalam bisnes Shaklee ini yang paling seronok ialah banyak aktiviti kekeluargaan. Sambil kita berbisnes, kita jangan lupakan keluarga kita. Keluarga adalah jiwa negara. Kebahagiaan sesebuah keluarga bermula dari rumah. Nak berjaya, nak kaya itu hak kita tetapi janganlah mengabaikan keluarga kita. Jadi janganlah risau! Tiada istilah keluarga dipinggirkan dalam bisnes Shaklee!

 menjana pendapatan tambahan
Master Lyna Noh sedang ambil aura. Aura apa tu?
Apa yang best kami usahawan Shaklee ini sentiasa menitip berat keharmonian keluarga kami. Nak tuntut ilmu baru, nak belajar dari sifu, sertai aktiviti makan-makan, nak pergi majlis rasmi Shaklee dan sebagainya boleh disertai dengan keluarga masing-masing. Bukan masalah besar. Janganlah bimbang dan gusar.

Hujung minggu lalu satu Seminar Mega Internet Marketing anjuran ASB telah diadakan selama 2 hari di Sunway. Apa itu ASB? ASB ialah geng suami yang menyokong para isteri dalam bisnes Shaklee. Aku Sayang Bini atau nama singkatannya ASB ini adalah gabungan para suami di bawah group Ireach kelolaan Master Zainul Anuar suami kepada Master Lyna Noh.

Jom kita lihat pelbagai ragam indah yang sempat saya abadikan. Sambil menuntut ilmu sambil menjaga anak. Dakwaan yang mengatakan anak-anak jadi penghalang untuk berjaya dalam Shaklee adalah salah! Jangan rekacipta banyak alasan untuk berjaya. Nak seribu daya tak nak duduklah diam-diam kan? Betul tak?

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan

 menjana pendapatan tambahan


Macam mana? Betul tak saya cakap? Apa yang penting kami usahawan Shaklee tidak mengabaikan keluarga. Apa jua aktiviti yang disertai pasti segala 'segerombolan askar' akan kami bawa sekali. Keluarga jiwa negara prinsip utuh kami. Anak happy, suami happy dan seluruh keluarga happy!

Jadi kepada yang ingin menceburi usahawan Shaklee tapi risau anak dan suami terabai janganlah teragak-agak lagi untuk sertai keluarga Shaklee saya di bawah keluarga SuperbTeam. Sambil kita menjana pendapatan tambahan sambil kita eratkan keluarga kita. Sambil kita berniaga Shaklee sambil kita penuhi ruang masa yang kosong dengan aktiviti-aktiviti keluarga dengan Shaklee. Pendek kata banyak perkara positif yang boleh kita perolehi dengan menceburi usahawan Shaklee.

Berminat nak jadi ahli Shaklee? Berminat nak sihat sambil menjana pendapatan dengan Shaklee? Alangkah baiknya uols baca link entri di bawah ini dulu untuk mendapatkan pencerahan serba sedikit mengenai usahawan Shaklee

8 Aspek Syariah Menentukan Multilevel Marketing Halal Diceburi


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.









Kebaikan Garlic Complex Shaklee Stabilkan Tekanan Darah Tinggi

with 3 comments

Bila kali terakhir kita buat pemeriksaan tekanan darah?


Bawang Putih telah lama dikenali sebagai bahan makanan penyedap rasa dan penambah aroma makanan. Bukan semua orang menyukai baunya, namun amalan pemakanan bawang putih banyak kebaikan untuk kesihatan kita.

Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal.


Sekarang ni kalau kita nak makan bawang putih, kita tak payah susah-susah nak kopek bawang putih di dapur lagi. Shaklee sangat perihatin dengan menghasilkan produk berasaskan bawang putih iaitu Garlic Complex. Kebaikan utama Garlic Complex Shaklee ialah stabilkan tekanan darah tinggi. Jom kita baca kebaikan Garlic Complex yang lain di bawah.

Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal.

Kebaikan Garlic Shaklee


  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal.
  • Membantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air.
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti radang
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak.
  • Menggabungkan faedah kesihatan bawang dengan faedah antioksidan spesrmint dan rosemary.
  • Membantu melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.
  • Mengawal tekanan darah tinggi. Hasil kajian mendapati Garlic mampu menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point dengan mengambil 2-4 tablet Garlic Shaklee setiap hari. 
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. 


Siapakah yang perlukan Garlic Shaklee


  • Individu yang sering mengalami kembung perut
  • Individu yang sering mengalami alahan
  • Individu yang ingin melakukan detoksifikasi
  • Wanita/lelaki yang ingin menurunkan tahap kolestrol sesuai untuk pesakit jantung.
  • Pesakit darah tinggi yang nak stabilkan tekanan darah tinggi


Apa perbezaan Garlic Complex Shaklee dengan Garlic lain di pasaran?

  • Hanya menggunakan bawang putih dari jenis premium untuk menghasilkan Garlic Shaklee yang bekualiti. 
  • Bawang putih yang digunakan ini ditanam secara organik di California, USA semasa musim panas dan sudah tentu ia bebas dari segala racun perosak. Yeaahh.. buat kita rasa lebih yakin kan kan !! 
  • Tidak berbau garlic. Shaklee menggunakan dwi-teknologi agar setiap tablet Garlic Shaklee mempunyai bau yang special dengan perasa herba Rosemarry dan Spearmint. Mesti ramai tak suka bau asal garlic segar tu kan.. 
  • Mengandungi pelbagai jenis vitamin E bagi meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya dalam tubuh. 

Selagi kita bernyawa kita dituntut untuk menjaga kesihatan kita. Jangan berputus asa untuk merawat penyakit kita. Sebagai umat Muhammad SAW kita dituntut berusaha dan berdoa kepada Allah untuk diberikan kesihatan yang sihat selalu. Jangan biarkan penyakit kita terus menguasai diri kita. Berikhtiarlah segera. Dapatkan Garlic Complex Shaklee untuk stabilkan tekanan darah tinggi sekarang! Jom klik untuk mengetahui harga Garlic Complex di bawah


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:


♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.




Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?