Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Hubungi Pengedar Sah Shaklee di Kawasan Anda!

with 0 Comment
Dapatkan shaklee daripada pengedar yang betul!

Hari ini saya berbesar hati untuk menyenaraikan pengedar sah shaklee dan merupakan rakan business Superb Vitamin. Alhamdulillah Shaklee semakin menjadi buah mulut orang sekarang. Asyik-asyik cerita tentang Shaklee ajer. Yang seronoknya bila dapat berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang lain. Sesungguhnya menyebarkan kebaikan adalah fardhu kifayah kita sebagai umat Islam.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Malaysia

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Malaysia secara amnya (group Euphoria). Saya adalah pengedar sah Shaklee di Selangor secara khususnya. Saya adalah pengedar sah Shaklee di Seksyen U5 Shah Alam secara perinciannya. ID Shaklee saya 880961. Kesimpulannya, semua penduduk di Malaysia ini iaitu dari Perlis Indera Kayangan hinggalah ke Sabah Negeri Bawah Bayu boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan saya.  'Now everyone can grab vitamin!'  :)

Sila beri perhatian! Di bawah ini adalah pengedar-pengedar Shaklee yang berhampiran di kawasan anda. Mereka ini dapat membantu anda mengamalkan vitamin Shaklee. Jangan takut. Mereka ini baik belaka dan akan 'service' uols dari tidak kira panas, hujan, gempa bumi mahu pun gunung berapi. Nak vitamin dengan cepat dan cash on delivery? Hubungi terus pengedar sah shaklee ini.


KUALA LUMPUR / SELANGOR


MAZNIFAEZA MUSTAFFA
  • 016-5199271
  • COD sekitar Subang Bestari, Kg Melayu Subang, Subang Permai, Denai Alam, Bukit Subang, Kota Damansara, Paya Jaras dan Sungai Buloh

HUZAINAH HUSSIN 
  • 016-2296067
  • COD sekitar Shah Alam, Taman Mutiara Subang Batu 3, Subang Jaya, Putera Heights, TTDI Jaya

SYANUL EZLIA MUKHTAR
  • 019-4770923 
  • COD sekitar Putrajaya, Bangi, Kajang, Seri Kembangan, Puchong  


AZLIDA ABDULLAH
  • 012-9906728
  • COD Subang Bestari, Subang Perdana, Kg Melayu Subang, Kota Damansara, Sungai Buloh 

SHARIFAH PUTERI AWIZA
  • 012-3765264
  • COD Dataran Maybank Kuala Lumpur, Kajang 

ERMA HAZIRA 
  • 017-3901192
  • COD sekitar Shah Alam dan Klang SELANGOR

NORMAH SALLAH 
  • 017-3862580
  • COD Sentul, Setapak, Batu Caves, Gombak, Selayang, Batu Muda, Kepong 




KEDAH


NORSALHANA ARSHAD 

  • 019-4640776
  • COD Jitra, Changlun, Bukit Kayu Hitam, UUM, Alor Setar, Pendang KEDAH


PERAK


NORAIZA ABU BAKAR 
  • 012-6178480 
  • COD Kamunting dan sekitar Taiping

ZURAIHASMA MAT AMIN
  • 017- 5915820
  • COD Bandaraya Ipoh, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Tambun, Medan Gopeng, Taman Cempaka 


JOHOR


NOR ERLINA
  • 012-7419914
  • COD Johor Bahru, Taman U, Skudai, Gelang Patah, Bukit Indah, Larkin JOHOR


SITI NOR HUSNI AB RASHID
  • 012-7215424
  • COD Taman Nusa Idaman, Taman Nusa Indah, Bukit Indah, Taman Perling, Skudai, Gelang Patah, Pelabuhan Tanjung Pelepas



PAHANG




NORLIANA MIOR BURHANUDDIN 
  • 012-2430208
  • COD Sekitar Kuantan

ROHAIDAH MOIDIN 
  • 019-9427248
  • COD Inderasempurna, Inderapura, Kuantan, Taman Tas, Beserah, Balok, Sungai Ular, Cherating, Kemaman, Cendor

SARAWAK 

MAZLINA RAMBLI

  • 013 - 8380644
  • COD Sibu

NUR SHAFIZAH SHAFIEE
  • 016-5727242
  • COD Kapit, Kuching  


SABAH 


MOHAMAD RAMDAN
  • 016-5727242
  • COD Kota Kinabalu SABAH




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Testimoni Mighty Triple Gems

with 0 Comment
Testimoni Set Mighty Triple Gems superb dooperb

Ramai yang dah sangat berpuas hati dengan Set Mighty Triple Gems ini. Alhamdulillah. Jemput baca testimoni Set Mighty Tripple Gems ini. Sekadar perkongsian :-)






Testimoni Set Mighty Triple Gems

~ ibu menyusu atau breastfeeding






Testimoni Set Mighty Triple Gems

~ Anak belajar berpuasa





Testimoni Set Mighty Triple Gems

~ seisi keluarga





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

GLA Complex Menyelesaikan Masalah Haid Tidak Teratur

with 0 Comment
Rungsing kerana haid tidak teratur

Salam semua pencinta blog SuperbVitamin. Entri kali ini saya nak cerita tentang hal keperempuanan. Hanya perempuan yang mengalaminya dan memiliknya. Apakah itu? Semestinya haid. Perempuan yang normal pasti mempunyai kitaran haid yang teratur. Bagaimanakah yang tidak teratur? Masih perempuan kah? Huhuhuhu

Rungsing masalah haid tidak teratur


Masalah haid tidak teratur sering melanda kepada kebanyakan kaum wanita sama ada baru berkahwin, sudah lama berkahwin, sudah mempunyai anak dan merancang untuk hamil lagi atau yang masih gadis sunti. Walaupun nampak remeh tapi ia akan menjadi serius jika wanita berkahwin ingin hamil. 

Jika dibiarkan ia akan menyebabkan sistem pembiakan kurang subur. Salah satu daripada punca kitaran haid yang tidak teratur  ialah ketidakstabilan hormon di dalam badan yang akan mengeluarkan hormon stress lalu  menganggu ovulasi dan seterusnya mengganggu kitaran haid anda.

Dibawah merupakan 12 punca kenapa haid tidak teratur:

Penggunaan Ubat-ubatan 
Sekiranya anda mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu atau herba, berkemungkinan ubatan tersebut akan mempengaruhi kitaran haid anda.

Berlebihan Hormon Prolaktin 
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat atau tidak datang selama berbulan-bulan. Masalah gangguan hormon seperti ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA Complex Shaklee.

Menyusukan anak
Sekiranya ibu menyusukan anak, kemungkinan besar haid si ibu tidak akan datang. Menyusukan anak boleh mengelakkan berlakunya hamil dalam masa terdekat. Amat bagus untuk merancang jarak anak berikutnya.

Masalah tiroid 
Rasa panas, berdebar-debar dan kekurangan berat badan secara mendadak adalah tanda bahawa anda mungkin mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Kegemukan 
Lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kerana lemak merupakan tempat simpanan hormon estrogen. Lebihan hormon estrogen akan menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Sekiranya anda mengurangkan 10% daripada berat badan anda, peluang anda untuk hamil akan meningkat. 

Terlalu kurus 
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadap kitaran haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak bersenam seperti atlit dan penari balet. Kitaran haid anda akan kembali teratur sekiranya anda mendapat berat badan yang ideal.

Tersilap tarikh haid yang terakhir
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka.  Pastikan anda mencatat hari pertama haid anda pada setiap bulan sebagai rujukan.

Monopos 
Bagi mereka yang berusia lewat 40an, haid yang sedikit & kekerapan yang kurang adalah petanda bahawa anda akan mengalami menopos.. Sekiranya anda bimbang, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear bagi memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Perancang keluarga
Sekiranya anda mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi maka kitaran haid anda akan terganggu.

Hamil 
Akhir sekali, mungkin haid anda lewat kerana anda mengandung. Tahniah!

Rungsing masalah haid tidak teratur

Untuk atasi masalah haid tidak teratur, saya cadangkan anda amalkan GLA Complex. Selain daripada mengatasi masalah haid tak teratur, GLA Complex juga banyak kelebihan lain..

Boleh baca di sini untuk mengetahui 

Faedah & Kebaikan GLA Complex Shaklee


Jom kita lihat testimoni di bawah:
Testimoni GLA Complex Shaklee

Jadi masih tidak percaya lagi? Terbukti GLA Complex menyelesaikan masalah haid tidak teratur kaum hawa.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Berpuasa : Kebaikan dan Manfaat Untuk Kesihatan Kita

with 0 Comment

Salam 1 Ramadhan kepada para pencinta blog Superb Vitamin. Macam mana hari ni? Bertenaga atau melepek? Letih sangat ke? Yang paling penting adalah sabar. Sabar menuju waktu berbuka puasa nanti.

Alhamdulillah hari ini saya masih segar dan bertenaga lagi. Sahur tadi dah minum set mighty triple gem. Yang melepek tu nak buat camne kan? Kita dah suruh amalkan mighty triple gem, dia tolak, dia tak nak.....Haaaa  kan dah kenaa...

Berpuasa : Kebaikan dan Manfaat Untuk Kesihatan Kita


Puasa ni sebenarnya bukan sahaja melatih kita untuk bersabar menahan lapar dan dahaga pada siang hari. Ada kebaikan tersirat yang kita tak tahu. Banyak kebaikan dan manfaat untuk  kesihatan kita. Jadi janganlah sengaja ponteng puasa. Rugi tau. Terlepaslah segala pahala dan kebaikan berpuasa.

Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.

  1. Kurang berat: Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).
  2. Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.
  3. Kurangkan gula darah:Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
  4. Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.
  5. Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.
  6. Ubah gaya hidup: Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.
  7. Rehat: Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.
  8. Bantu buang ketagihan: Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama.
  9. Kawal stres: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.
  10. Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.
Jom kita pilih yang mana satu kita nak baca,


Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sayang uols semua!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Vitamin Untuk Atasi Gastrik di Bulan Puasa

with 1 comment
Dilema pengidap gastrik di bulan puasa

Salam semua. Sihat? Janganlah tak sihat pulak. Kita perlu badan yang sihat untuk menyambut Ramadhan ini. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Jika kita sihat maka senanglah kita nak menjalani ibadah puasa dan melipat gandakan amalan-amalan lain seperti bertarawikh dan bertadarus Al-Quran.

atasi gastrik dengan vitamin shaklee

Bercerita pasal puasa ni pasti pengidap gastrik menghadapi dilema. Hati bersemangat nak berpuasa, tapi jika gastrik melanda semua kerja tak jadi. Asyik menahan sakit jer. Puasa pun boleh terbantut. Kesian kan? Yang sihat jangan pula nak ambil kesempatan kata gastrik sebab nak tuang puasa. Berdosa beb!

Jangan risau. Zaman moden ini memang terdapat vitamin untuk atasi gastrik di bulan puasa. Insyallah ia dapat membantu pengidap gastrik untuk berpuasa dengan lebih tenang. Sebelum itu, mari kita baca untuk mengetahui serba sedikit penyakit gastrik ni.

Bagaimana gastrik terjadi?

Perut kita mengandungi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.


Testimoni vitamin shaklee atasi gastrik


Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan. Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut. Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.


Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut. Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.



Gejala Gastrik
  • Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol. 
  • Mual. 
  • Muntah. 
  • Hilang selera dan terasa sebu. 
  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit. 
  • Hilang berat badan.
  • Pedih ulu hati.

Bahaya Gastrik

Jika keradangan ini dibiarkan tanpa rawatan, lama kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. Jom kita baca pengalaman pesakit gastrik ini

Testimoni vitamin shaklee atasi gastrik

Atasi gastrik dengan Shaklee


Ostematrix
  • vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.


B Complex
  • bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
  • berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.

Apa kata mereka setelah mengamalkan Shaklee?

Testimoni vitamin shaklee atasi gastrik

Vitamin Untuk Atasi Gastrik di Bulan Puasa

Vitamin Untuk Atasi Gastrik di Bulan Puasa


Sesungguhnya jika ada cara lain yang boleh mengatasi gejala gastrik, anda wajib untuk mengamalkannya. Tiada istilah rukhsoh puasa selagi anda belum cuba mengamalkan vitamin ini untuk atasi gejala gastrik anda. Insyallah vitamin Shaklee dapat atasi gastrik anda di bulan puasa tahun ini.  

Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sayang uols semua!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


CoQHealth Plus Shaklee dan Tips Penjagaan Jantung

with 0 Comment
Sayangi jantung kita!

Jantung boleh dikatakan nyawa kita. Berhentinya degupan jantung maka berakhirlah riwayat kita di bumi Allah. Ironinya kita tahu kepentingan jantung tapi kita masih mengabaikan penjagaan jantung ini dari awal. 

CoQHealth Plus Shaklee dan Tips Penjagaan Jantung


Ini adalah fakta yang patut kita ambil tahu.


Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh NO.1 di kalangan rakyat Malaysia.
2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser
(Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia)

37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok
(Organisasi Kesihatan Dunia)


Mari kita baca tips penjagaan jantung di bawah:

1. Kawal Berat Badan

  • Berat badan yang berlebihan menandakan kandungan lemak yang banyak di dalam badan. Lemak akan berada di seluruh badan termasuk di jantung. Lemak yang terkumpul di jantung akan menggangu fungsi jantung.
2. Pemakanan
  • Untuk mengelak penyakit jantung, kita mesti memberi perhatian atas apa yang kita makan.Kita perlu mengelak dari mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolestrol seperti mentega, minyak sapi, santan dan sebagainya.
  • Kita digalakkan untuk memakan lebih sayur sayuran sepeti,karot, kubis, sayur berdaun hijau dan lbuah-buahan. Kita digalakkan mengamalkannya setiap hari.
  • Satu lagi yang perlu anda jauhi adalah alkohol. Ia akan menyulitkan proses penurunan berat badan dan juga merbahayakan kesihatan terutamanya kepada hati.

CoQHealth Plus Shaklee dan Tips Penjagaan Jantung
3. Senaman 

  • Bersenam setiap hari kerana ia amat baik untuk kesihatan. Senaman yang teratur amat baik untuk memastikan jantung anda dapat berfungsi dengan baik. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Juga membantun tekanan darah diturunkan.
4. Merokok

  • Majoriti rakyat Malaysia yang diserang penyakit jantung adalah di kalangan perokok. Pesakit jantung dinasihatkan agar memberhentikan tabiat merokok ini bagi mengurangkan risiko penyakit ini berulang.
5. Perubahan Gaya Hidup
  • Penyakit jantung biasa dikaitkan dengan gaya hidup seseorang sama ada pemakanan, tabiat merokok, aktiviti harian dan sebagainya. Cubalah hidup dalam gaya hidup yang sihat agar anda terhindar dari sebarang penyakit.
  • Kesedaran di tahap awal amat penting bagi mengelak sebarang penyakit menjadi lebih serius.

dan akhir sekali amalkan vitamin ini http://goo.gl/DRpaJ

Tips Penjagaan Jantung

Sayangilah jantung kita. Amalkan tips penjagaan jantung dalam kehidupan kita. Mulakanlah sekarang! Jom ubah!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

GLA Complex Shaklee Vitamin Kegilaan Wanita

with 0 Comment
Dambaan setiap wanita

Salam semua pencinta dan pembaca setia blog ini. Semoga uols sentiasa selamat dirahmati Allah sentiasa. Akhirnya hari ini saya berjaya untuk updet blog saya yang semakin bersawang ini. Opps sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Julai. Apa yang best bulan Julai ni?

Ramadhan tahun ini jatuh pada bulan Julai. Birthday saya pun pada bulan ini. Anak sulung saya pun lahir pada bulan Julai. Tapi yang pasti uols nak tahu ialah promosi Shaklee bulan Julai kan? Promosi bulan ini adalah vitamin cute lagi comel iaitu GLA Complex.



Mari kita berkenalan dengan GLA Complex Shaklee vitamin kegilaan wanita ini:

  • Nama sebenar GLA adalah Asid Linoleik Gama ianya adalah asid lemak yang baik.
  • Sebagai bahan binaan bagi prostaglandin
  • Apakah prostaglandin? Ia adalah hormone dlm badan. Penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal kontraksi otot2, menghalang rembesan gastrik dsb.
  • Ianya juga membantu sebagai anti keradangan, anti pembekuan darah, serta mengurangkan tekanan darah.
Apakah kelebihan GLA Complex Shaklee?
  • Membantu mengurangkan keradangan yg bias dlm sindrom pra-haid (PMS) dan eczema.
  • Mengurangkan sakit dan kebas yg berkaitan dgn masalah kencing manis.
  • Membantu mengawal kencing manis jenis 2 dengan membaiki kadar insulin & kolestrol.
  • Membantu dlm kehilangan berat badan dengan menyingkirkan lebihan berat badan.
Siapa yang memerlukan GLA Complex Shaklee?
  • Wanita yg menghidap PMS
  • Wanita dan juga lelaki yg menghidap eczema
  • Mereka yg menghidap kencing manis
  • Mereka yg bimbang dengan lebihan berat badan.
Kenapa GLA Complex Shaklee vitamin kegilaan wanita?
  • Bahan Asid Linoleik Gama adalah daripada Borage, minyak tertinggi 2x ganda dari primerose & 50% lebih tinggi daripada blackcuurent
  • Ianya dari borage sumber semulajadi yg paling pekat asid linoleic gama
  • Badan boleh membina GLAnya sendiri dgn menukarkan asik linoleic yg didapati secara semulajadi dlm minyak sayuran tetapi faktor2 seperti tekanan, penuan, penyakit & pengambilan alcohol boleh mengganggu proses penukaran tersebut.
  • Oleh itu pemakanan tambahan GLA sgt disyorkan bagi memastikan kita mempunyai bekalan binaan yg mencukupi unt postsglandin. 
  • Diuji secara klinikal unt bioavailability, serapan dan gabungan ked lm sel & tisu.
  • Setiap kapsul GLA mengandungi 90mg asik linoleik gama, 216 mg asid linoleic dan 15 IU vitamin E.
Mari kita lihat testimoni ini:




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?