Anugerah tidak diundang!
Bagaimanakah perasaan kita bila melahirkan anak pramatang tidak cukup bulan? Sudahlah sedang berpantang dan belum sempat merawat perasaan yang hiba dan sedih kerana menerima 'anugerah' ini, tetiba doktor pula sampai hati menzahirkan kata-kata ini,
"Berdoalah semoga anak awak sempat jalani pembedahan itu."
Atau ada juga doktor terpaksa mengeluarkan kata seperti ini,
"Bawalah anak ini pulang ke rumah dan tabahkanlah hati. Anak puan tidak ada harapan untuk hidup. Kita perlu redha dan sudah 2 bulan hidup dia bergantung dengan alat bantuan pernafasan. Kita jangan seksa dia"
Ibu mana yang tidak menangis mendengar pesanan keramat seperti itu. Bertabahlah! Oh Tidak! Hampir 9 bulan anak ini kita usung ke mana-mana tetiba doktor boleh cakap macam tu. Betapa luluh perasaan si ibu ketika itu. Susah nak digambarkan. Berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul.
Situasi di atas mungkin pernah dialami oleh ibu yang melahirkan anak pramatang atau tidak cukup bulan. Hanya ibu bapa yang pernah mengalami pengalaman yang tidak diundang ini sahaja memahami erti ketabahan dan dugaan yang terpaksa mereka tempuh. Sebelum tu apa kata kita lihat video pengalaman seorang ibu yang melahirkan anak pra matang. Jom kita lihat
Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.
Bertabahlah wahai ibu bapa yang diberi keistimewaan oleh Allah untuk menerima ujian seperti ini. Ada ibu bapa yang berbulan-bulan berumahtangga di hospital. Ada juga yang terpaksa bercuti panjang atau cuti tanpa gaji sehingga anak mereka dibenarkan keluar dari ward dengan sihat. Pelbagai lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa yang ada anak pramatang. Tetapi jangan lupa sentiasalah berdoa dan berzikir kepada Allah. Semoga urusan kita ini dipermudahkan dengan segera.
Bayi pramatang ialah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kehamilan. Biasanya lebih awal kelahiran lebih banyak risiko yang mungkin dihadapi oleh bayi berkenaan.
Apakan keperluan bayi pramatang?
- Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan.
- Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan...
- Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan
keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi
kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada
kanak-kanak cukup bulan (catch up growth). Tambahan pula sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.
Jom kita baca 5 tips menjaga bayi pramatang tidak cukup bulan.
1. Sentuhan ibu
Sentuhan ibu merupakan faktor utama dalam memastikan bayi pramatang berada dalam keadaan stabil dan selamat. Dakaplah bayi rapat ke dada ibu. Pergerakan ini bukan sahaja boleh menenangkan bayi, malahan dapat membantu merapatkan hubungan antara ibu dan anak.
2. Suara ibu merangsang jiwa
Suara ibu juga mampu membantu menenangkan bayi pramatang tidak cukup bulan. Cuba luangkan masa berbicara dengan bayi pramatang kita dan ucapkan kata-kata penuh kasih sayang kepadanya. Jangan lupa untuk mengalunkan zikir dan doa untuknya.
3. Susu ibu paling sesuai
Susu ibu sudah terbukti secara klinikal mengandungi segala nutrien dan zat yang penting. Makanan terbaik bagi bayi pramatang ialah susu ibu. Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia bertindak sebagai antibodi terbaik melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran.
4. Pantau keadaan bayi
Bayi pramatang mempunyai keadaan fizikal yang lebih lemah berbanding bayi yang dilahirkan cukup tempohnya. Oleh itu, bayi pramatang sudah pasti akan mempunyai keperluan yang lebih mendesak. Sentiasa perhatikan perubahan bayi pramatang ini dan rujuklah pada pakar perubatan sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara.
Biasanya, sekembali bayi pramatang dari hospital, mereka akan tidur sehingga 15 ke 22 jam sehari. Bayi pramatang biasanya tidak begitu menangis . Mereka akan lebih banyak menangis bila semakin hampir dengan tarikh sepatunya dilahirkan.
5. Ibu juga perlu jaga kesihatan
Pastikan kita sebagai penjaga utama bayi mempunyai masa rehat untuk diri sendiri. Memang kita perlu menjaga bayi pra matang ini dengan sempurna mungkin. Tapi kita jangan abaikan keperluan diri kita. Jika kita sendiri tidak bertenaga, bagaimana kita hendak menjaga bayi kita dengan baik? Bagaimana kita nak menyusukan anak kita jika kita pun tidak sihat?
Makanan utama bayi pramatang adalah susu ibu
Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi pramatang tidak cukup bulan. Memberikan susu ibu secara eksklusif pada bayi pramatang adalah pilihan yang terbaik dan jimat. Kandungan antibodi yang tinggi di dalam kolostrum (susu awal ibu), berfungsi mengelakkan sebarang jangkitan virus atau penyakit pada bayi. Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia bertindak sebagai antibodi terbaik melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran.
Mari kita baca luahan rasa Puan Lyna Noh yang terpaksa berpantang sambil menyusukan anaknya yang pramatang di hospital
"........saya yang berpantang sendiri berbuat sehabis baik untuk mendapatkan kesihatan yang baik agar dapat menjaganya di hospital, dan menadapatkan nutrisi terbaik agar susu badan yang saya beri padanya dpat memberi manfaat extra buat Fahry. Mujurlah Hospital Miri betul2 menggalakkan penyusuan susu ibu. Hampir kesemua ibu di situ menyusukan bayi pramatang mereka dengan susu badan.
Di wad SCN tu, saya melihat pelbagai ‘ragam’ anak2 pramatang ni.. ada yang berat badan naik-turun. Ada yang sekejap kuning, sekejap OK. macam2 lagilah… Hati saya begitu risaukan Fahry, takut dia terkena jangkitan kuman pada lukanya.
Apa yang saya amalkan semasa pantang, ialah supplement Shaklee iaitu Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Alfalfa, Vita-E, Zinc, Carotomax, ESP dan Ostematrix.
Memang saya benar2 struggle untuk besarkan Fahry dengan cepat dan bawa dia keluar dari wad itu."
Perkembangan Fahry menarik teman sebilik saya.. katanya bayinya dah lebih sebulan keluar inkubator tapi masih belum dapat pulang kerana berat badan masih naik-turun. Lalu saya berkongsi Vita-Lea dan ESP dengan beliau. Alhamdulillah, seminggu selepas itu mereka selamat pulang ke rumah "
Kini Fahry sudah berusia 5 tahun |
Bukan sesuatu yang mudah apabila terpaksa menhabiskan masa berpantang di hospital sambil menyusukan anak yang pramatang. Kita tidak dapat menjalani fasa berpantang dengan selesa dan sempurna. Emosi juga sekejap stabil sekejap tidak. Bukan sahaja kita nak anak kita sembuh dan keluar hospital dengan cepat tapi dalam masa yang sama kita kena pastikan diri kita sentiasa sihat, bertenaga dan ceria.
Kenapa ibu bayi pramatang kena sihat, bertenaga dan ceria?
Ini berkait rapat dengan susu ibu. Susu ibu dapat dihasilkan dengan melimpah ruah apabila ibu sihat, bertenaga dan ceria. Badan letih lesu macam mana prodktiviti susu nak banyak? Betul tak?
Pasti ibu tidak gembira dan murung apabila tak dapat hasilkan susu yang banyak untuk bayi pramatangnya. Betul tak? Jangan lupa si ibu juga sedang berpantang. Jadi jangan abaikan keperluan nutrisi yang lengkap untuk ibu berpantang dan menyusu supaya ibu sentiasa sihat, bertenaga dan ceria.
Mari kita lihat apakah keperluan supplement yang sesuai untuk ibu menyusu dan berpantang. Jom klik link di bawah
Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.
nampaknya baby pramatang perlukan penjagaan yang lebih lagi
ReplyDeleteJom kita makan Minyak Ikan
WAAHH GOOD INFO UTK PARENTS YANG ADE PREMATURED BABY..BOLEH JUGA BACA TENTANG PERSEDIAAN IBU SEBELUM BERSALIN DI SINI:
ReplyDeletehttp://danishdamiadaris.blogspot.com/2014/11/senarai-semak-checklist-persediaan-ibu.html
JEMPUT YEA =)
Tqvm dear krn sudi membaca blog saya. :)
Deletepuan tumpang tanya. macam mana keadaan anak puan sekarang?? sihat?? dan bagaimana ketinggian dia sekarang adakah sama dengan budak sebaya dengan dia?? mohon jawab soalan. terima kasih.
ReplyDeleteBukan saya tapi kawan saya yg pernah melahirkan bayi pramtang. (ini mesti tak baca entri sampai habis)
DeleteYa, pertumbuhan anak kawan saya tu normal seperti rakan sebaya dia.