Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

10 Punca Suami Isteri Tidak Subur Yang Mesti Kita Tahu

with 1 comment

Pengikat Kasih Penyambung Keturunan



Kehamilan sering dikaitkan dengan kesuburan. Untuk hamil setiap pasangan suami isteri perlu subur. Suami perlu menghasilkan sperma yang berkualiti manakala isteri pula menghasilkan ovum untuk disenyawakan oleh sperma  tadi.


Menurut Doktor Salwana Mohyiddin Pakar Sakit Puan Hospital Tanah Merah Kelantan, Isteri dan suami perlu jelas bahawa dalam 100 pasangan mandul, 30 adalah faktor isteri, 30 adalah faktor suami, 30 adalah faktor kombinasi suami dan isteri, manakala 10 lagi adalah normal bagi keduanya yang dipanggil "unexplained infertility" ataupun mandul tanpa penjelasan. 

Sudah lumrah setiap pasangan yang berkahwin pasti berhasrat memiliki cahaya mata. Namun tidak semua pasangan suami isteri itu bertuah. Ini semua rezeki Allah. Tapi apabila setiap pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin masih lagi belum ada tanda-tanda untuk mendapatkan zuriat, pasti ada yang tidak kena. Setiap masalah pasti ada puncanya. Apakah punca belum dapat zuriat walaupun sudah lama berkahwin? Jom kita baca 10 punca suami isteri tidak subur di bawah.



Menurut Dr Khairiah Seman daripada Pusat Bersalin Barakah, terdapat empat kategori penyebab mengapa seseorang wanita atau isteri lambat hamil. Antaranya ialah, masalah isteri, masalah suami, masalah kedua-duanya dan yang terakhir kedua-duanya normal namun belum diberi rezeki untuk mempunyai zuriat.


Bagi wanita, isu kesuburan banyak dipengaruhi oleh ketidak seimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi. Berikut adalah masalah-masalah yang menjadi faktor mengapa anda sukar untuk hamil.


  1. Kerosakan pada tiub fallopio yang akan menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fallopio yang rosok adalah disebabkan keradangan serta ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim.
  2. Berlakunya endometriosis. Ia terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim wanita.
  3. Sperma akan gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus atau serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan oleh pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari ovum wanita.
  4. Wanita yang mempunyai kelainan ataupun kecacatan pada sistem pembiakan juga sukar untuk hamil. Sistem pembiakan seperti rahim, tiub fallopio, rahim yang bermasalah menjadi faktor utama mengapa seseorang wanita itu tidak boleh hamil.
  5. Faktor usia juga antara penyebab wanita sukar ataupun lambat hamil. Wanita berusia 35 tahun ke atas mempunyai peluang yang lebih tipis untuk hamil jika dibandingkan dengan mereka dalam lingkungan usia sihat wanita iaitu 20 hingga 30 tahun.
  6. Emosi yang tertekan ataupun stress juga akan membantutkan usaha anda untuk mendapatkan zuriat.
  7. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil alkohol, merokok dan kafein yang tinggi akan mempengaruhi ketidaksuburan wanita.
  8. Masalah gagal untuk mendapatkan cahaya mata bukan hanya berpunca daripada golongan hawa sahaja. Dalam beberapa kes, lelaki juga dipercayai menjadi punca mengapa rumahtangga mereka tidak dikurniakan zuriat.
  9. Antara faktornya ialah lelaki juga boleh menjadi tidak subur disebabkan masalah hormon. Gangguan pada hormon sering berlaku kepada mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang yang menyebabkan testosterone tidak dapat dihasilkan hingga testis mengecut.
  10. Masalah sperma adalah masalah utama ketidaksuburan golongan adam. Ologospermia, bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap meliliter air mani dan tidak berkualiti adalah perkara lazim terjadi yang mengurangkan peluang pasangannya untuk hamil.

Apa yang penting di sini ialah setiap pasangan jangan cepat berputus asa untuk berikhtiar mendapatkan zuriat. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya dianugerahkan cahaya mata pengikat kasih sayang. Ada juga pasangan mendapat anak setelah lebih 10 tahun berkahwin, ada 8 tahun, 5 tahun dan sebagainya.

Ingat! Yang penting berusaha dan jangan berputus asa. Jom berikhtiar dengan set kesuburan di bawah ini:





Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 

♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


1 comment:

  1. Betul tu. Jangan berputus asa dan pasrah. Teruskan berusaha!

    ReplyDelete

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?