Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini...
Hari ini saya nak sharing senario yang berlaku kepada majoriti kita pada zaman moden ini. Alhamdulillah ramai yang baru dapt gaji dan bonus. Syukur pada rahmat Allah. Harap-harap dapatlah kita menguruskan perbelanjaan kita dengan bijaksana.
Sengkek selamanya? |
Namun akibat belanja yg tinggi dan juga akibat belanja berlebihan tanpa planning, akhirnya ramai melalui situasi kekeringan wang, yg kita panggil SENGKEK. Asyik SENGKEK saje... Kawan pun jadi bosan bila selalu nak pinjam duit tapi bayar semula liat. Apa nak buat? Mcm mana nak elak SENGKEK?
Adakah kita patut berpeluk tubuh sahaja mendiamkan diri tanpa berusaha untuk mengatasi masalah ini?
Dari bulan ke bulan sampailah makan tahun. Kita tidak seharusnya membiarkan diri kita dibelenggu SENGKEK. Bagi mendapatkan motivasi untuk diri kita, cuba bayangkan situasi kita 1 tahun ke depan, 5 tahun atau 10 tahun akan datang. Adakah kita berasa takut? Kita patut melakukan bayangan negatif ini supaya ianya dapat menjadi kuasa menolak untuk kita keluar dari kepompong SENGKEK.
Padah meminjam ahlong |
Inilah positifnya kuasa bayangan negatif. Mari kita tukar bayangan negatif ini kepada sesuatu yang boleh menolak kita membuat persiapan menghadapi situasi yang kita bayangkan itu. Sekurang-kurangnya kita sudah menyediakan payung sebelum hujan.Kebiasaannya ramai yang telah merancang untuk memulakan perniagaan. Tetapi rancangan itu hanya tinggal hangat-hangat tahi ayam. Mengapa ini terjadi? Sebenarnya mereka tiada kuasa 'push up' untuk memulakan langkah pertama dan kurangnya ilmu berniaga.
Kita berhak untuk bahagia |
0 comments:
Post a Comment