Kebaikan Garlic Complex Shaklee Stabilkan Tekanan Darah Tinggi

Bila kali terakhir kita buat pemeriksaan tekanan darah?


Bawang Putih telah lama dikenali sebagai bahan makanan penyedap rasa dan penambah aroma makanan. Bukan semua orang menyukai baunya, namun amalan pemakanan bawang putih banyak kebaikan untuk kesihatan kita.

Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal.


Sekarang ni kalau kita nak makan bawang putih, kita tak payah susah-susah nak kopek bawang putih di dapur lagi. Shaklee sangat perihatin dengan menghasilkan produk berasaskan bawang putih iaitu Garlic Complex. Kebaikan utama Garlic Complex Shaklee ialah stabilkan tekanan darah tinggi. Jom kita baca kebaikan Garlic Complex yang lain di bawah.

Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal.

Kebaikan Garlic Shaklee


  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal.
  • Membantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air.
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti radang
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak.
  • Menggabungkan faedah kesihatan bawang dengan faedah antioksidan spesrmint dan rosemary.
  • Membantu melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.
  • Mengawal tekanan darah tinggi. Hasil kajian mendapati Garlic mampu menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point dengan mengambil 2-4 tablet Garlic Shaklee setiap hari. 
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. 


Siapakah yang perlukan Garlic Shaklee


  • Individu yang sering mengalami kembung perut
  • Individu yang sering mengalami alahan
  • Individu yang ingin melakukan detoksifikasi
  • Wanita/lelaki yang ingin menurunkan tahap kolestrol sesuai untuk pesakit jantung.
  • Pesakit darah tinggi yang nak stabilkan tekanan darah tinggi


Apa perbezaan Garlic Complex Shaklee dengan Garlic lain di pasaran?

  • Hanya menggunakan bawang putih dari jenis premium untuk menghasilkan Garlic Shaklee yang bekualiti. 
  • Bawang putih yang digunakan ini ditanam secara organik di California, USA semasa musim panas dan sudah tentu ia bebas dari segala racun perosak. Yeaahh.. buat kita rasa lebih yakin kan kan !! 
  • Tidak berbau garlic. Shaklee menggunakan dwi-teknologi agar setiap tablet Garlic Shaklee mempunyai bau yang special dengan perasa herba Rosemarry dan Spearmint. Mesti ramai tak suka bau asal garlic segar tu kan.. 
  • Mengandungi pelbagai jenis vitamin E bagi meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya dalam tubuh. 

Selagi kita bernyawa kita dituntut untuk menjaga kesihatan kita. Jangan berputus asa untuk merawat penyakit kita. Sebagai umat Muhammad SAW kita dituntut berusaha dan berdoa kepada Allah untuk diberikan kesihatan yang sihat selalu. Jangan biarkan penyakit kita terus menguasai diri kita. Berikhtiarlah segera. Dapatkan Garlic Complex Shaklee untuk stabilkan tekanan darah tinggi sekarang! Jom klik untuk mengetahui harga Garlic Complex di bawah


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:


♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.




Tips dan cara atasi masalah mudah lupa


Salam ceria semua pembaca blog Superb Vitamin! Semoga uols semua sihat dan dapat melakukan rutin harian dengan sempurna. Tiada masalah terlupa itu, terlupa ini. Tertinggal hand beg, handphone dan sebagainya. Kalau pelajar pula semoga dapat menjawab segala soalan peperiksaan dengan cemerlang. Ooops! Apa? Ada pelajar yang mengalami sindrom cepat lupa? Kenapa cepat lupa ni? 
vitamin untuk kuatkan daya ingatan


Mungkin kita merasa jengkel ketika situasi lupa atau tidak mampu mengingat sesuatu yang harus kita ucapkan atau sampaikan. Apa yang lebih buruk dari itu perasaan tidak mampu mengingat sesuatu yang kita tahu. Tentu sangat menyebalkan. Jangan biarkan sindrom mudah lupa menganggu hidup kita. Jom kita baca tips dan cara atasi masalah mudah lupa di bawah.

Perkara yang menyebabkan mudah lupa

  • Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Sesiapa yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
  • Sering bercakap bohong : Mereka yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
  • Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan mereka yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi mereka yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
  • Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang itu.

Tips dan cara atasi masalah mudah lupa


Buat catatan atau notis.


Kita catat apa sahaja yang penting dalam nota kecil. Kalau dulu selalu catat nota masa belajar takkan sekarang tak boleh. Sila buat catatan bila hendak membeli belah supaya tidak terbeli barang yang membazir dan tidak perlu. Catatlah perkara penting dan tugasan yang perlu kita selesaikan hari ini supaya kita lebih 'alert' dan tidak kelam kabut nanti. Boleh juga buat catatan di smartphone masing-masing.


Berikan komitmen pada kerja.

Yang ini sangat penting. Berilah komitmen kepada apa sahaja yang kita lakukan. Kalau bekerja lakukan kerja kita dengan sepenuh hati. Jika kita seorang pelajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Jadi dahulukan apa yang patut kita dahulukan. Berikan komitmen pada perkara yang diamanahkan kepada kita.


Jaga solat fardhu dan banyakkan amalan kerohanian


Ini amat penting sekali. Bersolatlah di awal waktu dan cukup 5 waktu sehari. Solat melatih kita berdisiplin dan membentuk jati diri kita. Begitu juga dengan amalan kerohanian seperti berzikir, bertahjud,membaca Quran dan sebagainya. Ini semua adalah 'makanan' yang berzat untuk otak kita supaya tidak mudah lupa. Selain itu ia dapat mengelakkan kita mudah hilang arah tujuan. Kita juga akan menjadi lebih fokus dengan apa yang kita sedang lakukan.

Letak barang ditempat yang mudah dilihat.

Kepada yang mudah lupa seperti tertinggal wallet, handphone, beg dan sebagainya bolehlah amalkan tips ini. Letakkan barang di tempat yang senang kita lihat atau tempat yang selalu kita lama berada di situ seperti di meja solek atau di rak buku. Awas! Tak semua barang sesuai dipamerkan . Boleh jugak jadikan ia “fridge magnet” lekat di pintu peti ais. Confirm takkan lupa sebab nampak di mata.


Banyakkan rehat dan jaga tidur.

Banyakkan rehat ini bukan bermakna kena berehat selalu tapi kita mesti dapatkan rehat yang secukupnya. Latihlah diri berdisiplin untuk berehat dan tidur yag cukup setiap hari. Orang dewasa memerlukan 6 jam untuk tidur. Selain itu luangkan masa bersantai tengok tv atau bersiar-siar di taman. Aktiviti seperti ini dapat merehatkan minda kita yang keletihan bekerja. Cas-cas positif dapat dijana ke tubuh badan kita sekaligus memberi tindak balas yang positif kepada otak kita. Otak sihat dapat mengelakkan mudah lupa.

Makan makanan untuk kuatkan ingatan

Makanan untuk kesihatan otak, kuatkan IQ dan macam-macam yang seumpamanya memang bagus untuk perkembangan otak kita. Makan makanan sunnah seperti kismis dan kurma  juga bagus untuk menguatkan daya ingatan kita. Amalan pemakanan vitamin untuk menguatkan daya ingatan dapat membantu gejala mudah lupa. Jom kita lihat apa vitamin atasi masalah mudah lupa ini:

Omega guard

vitamin untuk kuatkan daya ingatan

  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.


B Complex

vitamin untuk kuatkan daya ingatan

  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.


Lecithin 

vitamin untuk kuatkan daya ingatan

  • Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
  • Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 

Sifat lupa itu adalah normal. Perkataan insan itu sendiri membawa maksud lupa. Jadi tidak perlulah susah hati atau bermuram sekiranya kita ini adalah seorang yang mudah lupa. Tetapi janganlah kita berputus asa untuk atasi masalah mudah lupa ni. Marik kita praktikkan tips-tips ini untuk meningkatkan daya ingatan kita.

Segalanya terletak pada diri kita sendiri sama ada mahu melakukannya ataupun tidak. Bak kata pepatah, “ Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih”.

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

9 Kebaikan Bermain Untuk Kanak-Kanak

Oh! Andai masa boleh diputar ke belakang!


Kalau masa boleh diputar ke belakang pasti ramai yang nak kembali ke zaman kanak-kanak. Zaman yang penuh kegembiraan dan tiada sebarang tekanan. Celik sahaja mata dari tidur yang kita ingat ialah keseronokan bermain. Tapi tu zaman kita menjadi kanak-kanak. Zaman pantas berubah dan kini adakah kanak-kanak sekarang sangat menikmati zaman bermain mereka? Adakah mereka telah dibebani untuk mendapat kecemerlangan akademik bermula dari zaman tadika? 


Saya tidak setuju dengan ibubapa yang mengongkong anak mereka bermain. Ada ibu bapa yang begitu obses melihat anak dia berjaya dalam akademik dengan 'memaksa' anak mereka belajar tanpa henti. Bayangkan umur 5 tahun sudah dimasukkan ke kelas tuisyen. Peluang anak bermain begitu terhad dan ada yang murung ekoran tidak berkesempatan meneroka alam bermain yang sepatutnya

Namun begitu aktiviti anak bermain ini hendaklah dikawal dan dipantau. Tidak bolehlah dibiarkan sepanjang hari bermain sahaja. Perlu disulami dengan aktiviti berfaedah seperti membaca buku dan membantu kita mengemas rumah. Dalam hal ini ibubapa perlu bijak mendidik anak mereka mengenai penggunaan masa yang sesuai untuk anak bermain. 

Jom kita baca 9 kebaikan bermain untuk kanak-kanak

1. Bermain mendidik kanak-kanak tentang dunia persekitaran

Melalui bermain kanak-kanak dapat berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka. Mereka boleh meneliti, menemui, bereksperimentasi dengan teori, meneroka sebab dan kesan, mempelajari peranan kemasyarakatan dan nilai-nilai murni. 


Apabila mereka semakin mahir tentang dunia sekeliling, mereka juga semakin mahir dalam perkara-perkara lain yang membina keyakinan dan ketahanan diri untuk menghadapi dugaan di masa hadapan.

2. Bermain membina keyakinan diri

Kanak-kanak akan menggunakan tenaga mereka untuk bermain sesuatu yang mereka ketahui dan dapat lakukan dengan baik, kerana mereka percaya mereka boleh berjaya. 

Aktiviti bermain berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Proses secara tidak langsung tadi meliputi pelbagai tahap pergerakan seperti meraih, menggenggam, berjalan, memegang, menjulur, menyentuh, menggigit, menjilat dan lain-lain lagi. Proses ini boleh digelar sebagai proses penerokaan melalui lima pancaindera.

3. Bermain memupuk kemahiran sosial

Tahukah anda apabila bayi bermain dengan objek-objek yang tidak mendatangkan bahaya, seperti mainan lembut, mereka dapat melatih kemahiran komunikasi mereka? Apabila mereka kian membesar, mereka akan bermain pula dengan kanak-kanak lain.


Bermain tanpa arahan orang dewasa membolehkan kanak-kanak mempelajari cara-cara untuk bekerja dalam kumpulan, untuk berkongsi, berunding, bersimpati, menyelesaikan konflik dan mempertahankan diri.

4. Bermain menjalin kemesraan antara ibu bapa dan anak-anak

“Segalanya bermula dari rumah” adalah ungkapan yang kita dengar untuk menggambarkan bahawa rumah merupakan tempat atau lokasi paling awal dan terbaik untuk mendedahkan kanak-kanak dengan perkara baru.




Interaksi yang berlaku ketika bermain memberitahu kanak-kanak bahawa ibu bapa mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka dan ini membantu untuk menjalin kemesraaan yang berkekalan. Selain itu  ibubapa juga akan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan anak mereka.

5. Bermain mengajar kanak-kanak cara untuk mengawal emosi

Biarpun adalah sukar bagi kanak-kanak untuk berhadapan dengan emosi yang negatif, namun begitu banyak faedah yang boleh diperolehi dengan menangani perasaan-perasaan tersebut. Contohnya, seorang kanak-kanak yang risau tentang lawatan ke doktor gigi boleh menangani perasaan takutnya melalui bermain dengan anak patung dan berpura-pura si anak patung pergi ke klinik gigi.

6. Bermain membantu memperkembangkan kemahiran bahasa

Perkataan-perkataan yang diulang semasa bermain boleh memperkembangkan kemahiran bahasa dan tatabahasa kanak-kanak. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain. Kanak-kanak menjadi semakin berani dan tidak malu untuk berbual

7. Bermain menjana kreativiti dan imaginasi

Bermain membolehkan kanak-kanak untuk berpura-pura memegang pelbagai watak, seperti doktor, guru, jurutera dan juga raja! 

8. Bermain menbina tubuh yang aktif dan sihat

Bermain dengan bebas adalah cara yang baik untuk meningkatkan aktiviti fizikal kanak-kanak. 
Ini dapat memastikan gaya hidup sihat dan mengelak obesiti kanak-kanak. Kanak-kanak berlari, mengejar. melompat, meniarap, merangkak, memanjat dan melangkah dan semua ini merupakan aktiviti fizikal yang mempertingkatkan stamina dan memperkembangkan otot-otot dan sensori motor mereka.

9. Bermain menggalakkan pencapaian akademik

Bermain terbukti membantu kanak-kanak menyesuaikan diri di sekolah dan memperbaiki kesediaan belajar, sikap dan kemahiran menyelesaikan masalah. Melalui kegiatan bermain kanak-kanak sebenarnya secara tidak langsung telah berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Otak mereka sentiasa aktif berfikir ketika bermain. Otak yang cerdas membantu meningkatkan kefahaman pembelajaran di sekolah.

Pastikan anak kita sentiasa sihat!

Namun begitu sebagai ibubapa kita kena memastikan kesihatan anak kita sentiasa sihat. Kalau tak sihat macam mana nak bermain kan? Almaklumlah kanak-kanak belum mempunyai sistem imuniti yang matang. Mereka terdedah dengan serangan virus berjangkit yang boleh menyebabkan demam, batuk, selsema, ekzema, dan sebagainya. 


Untuk memastikan anak-anak saya sentiasa sihat, saya telah memberi vitamin ini setiap hari. Ia bukan sahaja untuk kesihatan sahaja tetapi dapat memberikan anak-anak saya (anak tak suka makan sayur) nutrisi lengkap untuk tumbesaran yang sihat dan sempurna. Jom klik link di bawah untuk perinciannya


Vitamin Kanak-Kanak


Anak-anak harta kita. Jangan kita bebani mereka dengan perkara yang tidak sepatutnya. Biarkan mereka menerokai alam kanak-kanak mereka dengan gembira dan pastikan anak kita sentiasa kekal sihat.

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Petua dan Tips Segar Sepanjang Hari


Mustahil kita tidak pernah mengantuk dan letih ketika bekerja. Tapi yang tidak normal ialah baru pukul 9 pagi dah mula rasa badan tak bertenaga dan mengantuk. Haaaissh macam mana ni? Tahun ni nak target dapat anugerah pekerja terbaik. Alamat tak dapatlah jika asyik mengantuk dan lemah sahaja ketika bekerja. Apabila kita tidak segar sepanjang hari maka produktiviti kerja kita pun menjadi hambar dan tidak berkualiti.Betul tak? Macam manalah boss nak sayang kita kan....

Jangan sampai tertidur waktu bekerja!


Petua dan tips segar sepanjang hari amat berkait rapat dengan bangun pagi awal. Emosi waktu pagi hendaklah dijaga. Mesti mood ceria dan gembira. Jika dah 'buat hal' waktu pagi habislah hari kita tu akan jadi hari yang hambar dan tidak gembira. 

Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”
Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.


Jom kita amalkan petua dan tips segar sepanjang hari ini:


  • Biasakan bangun awal pagi dan hirup udara luar yang segar. Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma’thurat atau al-Quran.
  • Buatlah senaman yang ringan dalam rumah. Kalau rajin pergilah berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman. Senaman dapat memberikan otot sentiasa sihat dan badan cergas
  • Bersarapan secukupnya atau sekadar alas perut. Jangan mengambil sarapan yang berat seperti nasi lemak atau mee goreng. Amalkan sarapan yang rendah glisemik. Jemput klik sarapan pagi terbaik.
  • Ambil buah-buahan, sayuran serta makanan berprotein seperti ikan dan daging dalam hidangan tengahari. Elakkan makanan manis.
  • Elak minuman soda kerana meyebabkan cepat dahaga dan tidak baik untuk kesihatan tulang. Minumm air masak sejam sekali adalah terbaik.
  • Amalkan posisi yang betul. Jika duduk hendaklah tegak, punggung lurus dan bahu tegak. Elak posisi menyandar kerana tubuh akan mudah kepenatan
  • Daptkan tidur yang cukup. Kita memerlukan minima 6 jam tidur untuk elakkan badan rasa lemah letih lesu bila bangun pagi. Jika boleh amalkan ostematrix Shaklee sebelum tidur untuk kesan pemulihan sengal-sengal badan dengan cepat. Kalsium yang cukup membantu kita medapat tidur yang berkualiti sekaligus memulihkan badan daripada sengal-sengal dengan cepat.

Nikmatnya bangun pagi

Okaylah setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Baca sahaja tak guna jika kita tak amalkan segala tips di atas. Akhir kata selamat beramal!

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

ESP Shaklee Makanan Tambahan Terbaik Untuk Ibu Hamil

ESP Shaklee menambat hati ibu hamil


ESP Shaklee makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil dan memang tidak dapat disangkal lagi. Ini bukan saya cakap semborono tau.  ESP atau nama penuhnya energizing soy protein telah menjadi fenomena kepada ibu hamil. Pendek kata ESP Shaklee ini peneman setia ibu hamil mengharungi cabaran mengandung 9 bulan. Saya sendiri jatuh cinta dengan Shaklee melalui ESP dulu.



Ringkasan mengenai ESP Shaklee


  • ESP Shaklee diperbuat dari kacang soya Non-GMO (tidak diubahsuai genetiknya)
  • Kualiti protein yang tinggi (satu tin ESP 850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya
  • Berikan sumber tenaga berpanjangan
  • Mengandungi kesemua asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh
  • Kandungan Glisemik Indek yang rendah, iaitu hanya 39, maka ESP sangat sesuai untuk pesakit kencing manis
  • Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu    rendah lemak
  • ESP tidak mengandungi kolestrol
  • Tidak mengandungi kolestrol dan laktosa serta pewarna tambahan dan tiruan bahaya.
  • Sangat mudah diserap oleh tubuh  
  • Boleh baca perincian ESP dengan klik Kebaikan ESP Shaklee


Kenapa ESP Shaklee makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil?


  • Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh ibu selama proses kehamilan.
  • Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim, tisu payudara dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino yang diperlukan adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet.
  • Memberi tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. Selain mengelakkan ibu hamil  cepat letih ia dapat mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.
  • Hanya mengandungi protein unggul itulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.
  • Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.
  • Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.
  • Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.

Rugi tau amalkan ESP ketika hamil. Banyak kebaikan esp ini kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Saya sudah 2 kali mengandung dan semestinya fasa kehamilan saya tidak pernah gagal dengan ESP. Fasa kehamilan saya berlalu dengan perasaan yang ceria dan gembira. 

Saya lebih bertenaga dan cergas untuk mengendong anak dalam perut selama 9 bulan. ESP Shaklee makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil. Jika ada ibu hamil di luar sana berhasrat mengamalkan ESP, bolehlah dapatkannya dengan cepat dan pantas. Hanya klik gambar di bawah



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


6 Tips Kurus dan Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Apa kaitan ibu bersalin dengan kangaroo?


‘Kangaroo pocket’ atau ‘spare tyre’ masih jelas kelihatan. Dua istilah ini sering menghantui ibu selepas melahirkan anak dan berpantang. Baju-baju banyak yang masih tidak boleh disarung. Nak pakai pun malu sebab masih nampak perut yang belum kempis dan mengelebeh. Nak tengok cermin pon takut dan fobia. Aaaaaaaargh! Semuanya jadi tak kena.



Bagaimana nak kurus dan kempiskan perut selepas bersalin? Bagaimana nak buang lebihan lemak selepas bersalin?

  • Breastfeeding. Adalah satu kelebihan bagi ibu selepas pantang kerana mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayi. Menyusu membakar 500 kalori setiap hari. Banyakkan mengepam dan direct feeding insyaaAllah sangat membantu bukan sahaja mengecutkan rahim tapi bantu ibu untuk cepat kembali ke bentuk asal. 
  • Berpantang dengan berdisiplin dapat membantu kempiskan perut selepas bersalin. Jangan ambil mudah ketika berpantang. Badan nak pakai lama kenalah berdisiplin semasa berpantang. Amalkan set bersalin berpantang Shaklee untuk menikmati fasa berpantang yang ceria, riang dan gembira selalu.
  • Jangan tinggal breakfast. Banyak kajian-kajian menunjukkan bahawa amalan sarapan pagi boleh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku lebih cepat. Dapatkan program permakanan diet yang sesuai untuk ibu selepas berpantang.
  • Lebihkan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaiknya 5 hidangan sehari. jadi pastikan ada bekalan buah yang boleh dimakan dan bertindak sebagai snek ketika anda terasa lapar di antara waktu sarapan pagi dan lunch atau di antara lunch dan dinner. 
  • Lakukan senaman mengembalikan tubuh yang langsing dan cergas selepas berpantang. Senaman dapat membantu kita kurus dan kempiskan perut selepas berpantang. Tips senaman selepas berpantang
  • Amalkan set vitamin slimming breastfeeding seperti yang saya amalkan. Boleh baca dan klik set  vitamin slimming breastfeeding 

Jom kita amalkan 6 tips kurus dan kempiskan perut ini secara konsisten. Jangan asyik mengeluh sahaja perut buncit walaupun tempoh berpantang sudah lama berlalu. Takkan nak duduk diam sahaja. Kalau nak kurus, slim dan cantik kenalah rajin berusaha! Ibu selepas melahirkan anak wajib untuk kurus dan cantik jelita! Suami kita pun terlebih sayang nanti! Aaauuw! Muuaaachks! Selamat beramal!

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...