Jangan panik!
Baru-baru ini ada kenalan saya muda belia berusia awal 30an diserang strok atau nama lainnya dikenali angin ahmar. Sungguh saya tak sangka kerana tiada lagi jaminan penyakit stroke ini hanya menyerang mereka yang berusia emas atau warga tua sahaja. Jaga-jaga ya, jangan dabik dada sangat yang muda-muda tu.
Di negara kita strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung.
Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.
Hari ini saya nak berkongsi tips apa yang perlu dilakukan jika ahli keluarga kita diserang strok? Saya pasti ramai yang tak tahu, malah panik jika ahli keluarga diserang strok.
- Masa itu emas dan sangat berharga kepada individu yang diserang strok kerana kerosakan otak berlaku berterusan sehinggalh rawatan diberikan. Apabila otak tidak mendapat oksigen dalam masa beberapa minit, sel-sel otak akan mula mati. Sebaik tisu otak mati, anggota badan yang dikawal oleh bahagian otak tidak boleh berfungsi dengan baik dan inilah yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan.
- Segeralah bawa pesakit ke hospital. Baringkan pesakit supaya lebih banyak bekalan darah (dan oksigen) sampai ke kepalanya. Jika dalam kereta, baringkan pesakit di tempat duduk belakang dengan membengkokkan kakinya.
- Jangan panik dan membuang masa menelefon saudara-mara untuk bantuan kerana bagi pesakit strok, masa amat kritikal. Lebih cepat pesakit dihantar ke hospital dan diberikan rawatan sepatutnya, peluang untuk sembuh lebih tinggi kerana kini hospital kita ada terapi akut untuk pesakit.
- Rawatan seharusnya diberikan dalam tempoh tiga hingga empat jam selepas pesakit mengalami serangan strok. Rawatan ini adalah untuk mencairkan darah beku supaya halangan dalam salur darah dapat diatasi.
- Apa yang penting, dalam perjalanan ke hospital jangan beri apa-apa kepada pesakit termasuklah air, makanan atau aspirin kepada pesakit kerana kita tidak tahu keadaan kesihatan pesakit. Jika pesakit mengambil ubat untuk sakit jantung, pemberian aspirin akan memburukkan keadaan. Sekiranya pesakit muntah, baringkan pesakit dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan muntah daripada termasuk ke dalam saluran pernafasannya.
- Jangan lupa bawa sekali ubat yang diambil pesakit dan rekod kesihatannya. Ini akan membantu memudahkan doktor memberi rawatan yang bersesuaian dengan pesakit.
Tanda amaran strok
Menurut Perunding Neurologi di salah sebuah hospital di ibu negara, Dr. Lee Moon Keen, strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.
Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.
Tiadakah tanda amaran yang boleh diperhatikan? Ada tetapi biasanya ia jarang dipedulikan. Ini kerana tanda amaran strok datang sekejap-sekejap dalam masa beberapa minit atau jam. Ia datang, hilang dan datang kembali menyebabkan ramai pesakit menganggap ia sebagai masalah biasa. Penting untuk diketahui, ia tidak menyebabkan rasa sakit.
- Rasa kebas secara tiba-tiba terutama pada sebelah badan
- Badan terasa lemah
- Ada masalah penglihatan (pandangan berganda) pada sebelah atau kedua-dua mata
- Pening kepala, sakit kepala secara tiba-tiba
- Hilang keseimbangan atau keupayaan untuk berjalan dengan tiba-tiba
- Rasa keliru, susah bercakap atau memahami percakapan orang lain
- Susah hendak menelan
- Rasa pening dan sekeliling nampak berpusing
Ada ujian mudah yang boleh kita lakukan iaitu senyum, lambai dan cakap atau F.A.S.T.
F - Face (muka). Suruh senyum. Adakah sebelah mukanya kelihatan ‘jatuh’?
A - Arm (lengan). Minta dia mengangkat kedua-dua belah lengannya. Adakah sebelah lengan melorot ke bawah?
S - Speech (cakap). Suruh bercakap dan perhatikan sama ada pertuturannya menjadi tidak jelas.
T - Telefon. Segera hubungi ambulans. Jika tiada, segeralah bawa individu ini ke hospital.
A - Arm (lengan). Minta dia mengangkat kedua-dua belah lengannya. Adakah sebelah lengan melorot ke bawah?
S - Speech (cakap). Suruh bercakap dan perhatikan sama ada pertuturannya menjadi tidak jelas.
T - Telefon. Segera hubungi ambulans. Jika tiada, segeralah bawa individu ini ke hospital.
0 comments:
Post a Comment